macam macam hiburan terkini |
- Gambar Diana Danielle beraya di rumah farid kamil
- Shafnie Pinjam Duit Kerana Nafkah Anak Tidak Cukup
- Bayar AS$1 untuk cerita jenaka
- Berat 44kg tapi makan 183 kepak ayam
- Gambar Anjing miliki telinga paling panjang
- Gambar Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk
- Jihan (Raja Lawak) Tinggalkan Kerjaya Di MBSA
- Shila Amzah Muat Naik 45 Lagu Di YouTube
- Ana Raffali Mahu Pelajar Sekolah Gemar Membaca
- 'Tahajjud Cinta' : Erma Fatima Mahu Rujuk Dr Asri
- Anak Sulung KD Teruja Dapat Adik Baru
Gambar Diana Danielle beraya di rumah farid kamil Posted: 07 Sep 2011 03:00 AM PDT |
Shafnie Pinjam Duit Kerana Nafkah Anak Tidak Cukup Posted: 06 Sep 2011 11:45 PM PDT KAJANG: Bekas isteri A.C Mizal iaitu Shafnie Zainudin dimaklumkan ada meminjam wang daripada ibunya yang berusia 62 tahun bagi tujuan perbelanjaan anak-anak lantaran nafkah yang diberikan oleh pelakon dan pengacara tersebut tidak mencukupi. Rapiah Ab Talib yang merupakan seorang pesara juga memberitahu, Shafnie turut meminjam wang daripada ibu saudaranya selain pernah menjual barang kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk mendapatkan wang lebih demi keselesaan dua anak yang diperoleh hasil perkahwinannya dengan A.C Mizal. "Saya tolong setakat termampu. Saya tahu duit tidak cukup kerana plaintif (Shafnie) selalu mengadu nafkah yang diberikan oleh defendan (A.C Mizal) tidak mencukupi," katanya pada afidavit keterangannya yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa. Afidavit keterangan tersebut diikrarkan pada 25 Ogos lalu dalam kapasitinya sebagai saksi kedua dalam permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah anak berjumlah RM300 kepada RM3,770 sebulan yang dituntutnya daripada pelakon tersebut. Shafnie, 36, yang merupakan seorang bekas model berkahwin dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12, sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001. Dalam prosiding yang bermula pada pukul 3.20 petang itu, Shafnie diwakili oleh peguam syarie Azmi Rais. Pada keterangan lain, Rapiah memberitahu, tidak beberapa lama selepas bercerai, Shafnie bersama anak-anaknya kembali menetap dengan dia di Batu 12, Jalan Cheras-Kajang, di sini kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah di Kota Damansara, dekat sini. "Bila tinggal serumah, saya banyak tanggung makan, minum dan lain-lain termasuk perbelanjaan anak-anak. Saya tidak mampu bantu plaintif menjaga anak-anak sepenuh masa kerana saya tidak berapa sihat," katanya dan menambah Shafnie mengambil pembantu rumah untuk menguruskan anak-anak apabila dia bekerja. Rapiah seterusnya memberitahu, emosi Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman juga terganggu apabila mendengar cerita mengenai AC Mizal kerana tahu ayah mereka hidup dalam suasana yang senang, sedangkan kehidupan mereka adalah sederhana kerana nafkah yang diberikan tidak cukup. "Muhammad Shafiq Iman pernah cakap pada saya bahawa masa dia berjumpa dengan defendan di mahkamah, dia tahu ayahnya pakai kasut mahal. Anak-anak itu tahu defendan hidup senang kerana tengok dalam televisyen tentang kekayaan defendan," tambah Rapiah. Saksi menambah, pada pengetahuannya hubungan anak-anak tersebut juga telah lama tidak berjumpa dengan rancangan Maharaja Lawak itu, selain kebanyakan panggilan telefon yang dibuat mereka kepada AC Mizal tidak berjawab. Menyentuh mengenai pendidikan anak-anak itu, Rapiah memberitahu, Muhammad Shafiq Iman bersekolah di sebuah sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini manakala Muhammad Shabil Iman menuntut ilmu di Sekolah Rendah Seri Sekamati, Kajang, di sini. "Pada pengetahuan saya, Sekolah Al-Amin bagus kerana membimbing anak-anak dalam pendidikan agama. Tambahan pula, anak-anak tersebut tidak mendapat bimbingan agama daripada bapa kandung mereka. Sejak tingkatan satu, Muhammad Shafiq Iman tidak pernah tinggal solat dan tahu konsep anak soleh," katanya. Tambahnya, yuran persekolahan Muhammad Shafiq Iman melebihi RM200 sebulan dan akan dibekalkan RM2 sehari sebagai wang belanja dan dinaikkan kepada RM5 jika kanak-kanak itu perlu menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah. "Muhammad Shafiq Iman juga akan menaiki komuter setiap kali menghadiri kelas tambahan," katanya dan menambah, dia tahu A.C Mizal berkemampuan untuk membayar nafkah yang dituntut oleh anaknya kerana kehidupan pelakon itu senang kerana sering keluar di televisyen dan mempunyai syarikat sendiri. Sementara itu, semasa menjawab soalan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa Shafnie pernah berkahwin untuk kali kedua selepas berpisah dengan A.C MIzal dan perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian. "Saya tak ingat bila mereka bercerai kerana dia kahwin sekejap sahaja," katanya. Rapiah bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa permohonan tersebut hanya difailkan selepas perceraian kali kedua berlaku dan memberitahu bahawa isu nafkah itu telah lama timbul semasa Shafnie masih bergelar isteri orang. Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menetapkan perbicaraan bersambung pada 13 September depan untuk membolehkan Siti Aishah meneliti secara terperinci afidavit keterangan Rapiah bagi membolehkan beliau menyoal balas saksi. |
Bayar AS$1 untuk cerita jenaka Posted: 06 Sep 2011 11:40 PM PDT NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seorang mahasiswa yang menganggur, Jason Schneider memperoleh pendapatan dengan mengenakan bayaran cuma AS$1 (RM2.97) untuk setiap jenaka yang diceritakannya, lapor sebuah akhbar semalam. Schneider yang mengadakan persembahan lawak di taman awam Central Park di sini memperoleh bayaran sekitar AS$140 (RM418) selepas beraksi buat kali pertama selama enam jam pada April lalu. Pemuda berusia 26 tahun itu mendapat idea unik tersebut setelah dia gagal untuk memperoleh pekerjaan di beberapa studio perfileman dan saluran televisyen utama AS termasuk Time Warner serta HBO. Dia yang berdiri di Central Park sambil memegang papan tanda yang mengandungi mesej yang menawarkan jaminan ketawa kepada orang ramai yang mendengar ceritanya. "Mengapa ikan jerung adalah haiwan rasis," dia bertanya kepada beberapa orang yang menyaksikan persembahannya baru-baru ini. "Kerana cuma spesies jerung putih diberi gelaran Great (besar)," katanya. Schneider akan memulangkan semula wang pelanggan sekiranya mereka mendapati lawaknya kurang memuaskan. – Agensi |
Berat 44kg tapi makan 183 kepak ayam Posted: 06 Sep 2011 11:39 PM PDT WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita seberat 44 kilogram (kg) yang digelar Black Widow mengekalkan rekod dunia miliknya apabila dia memakan sebanyak 183 keping kepak ayam dalam masa cuma 12 minit. Wanita berkenaan, Sonya Thomas yang telah menjuarai beberapa pertandingan memakan hot dog, memakan kepak ayam itu pada Festival Kepak Ayam Kebangsaan Buffalo di bandar raya New York, Ahad lalu. Dia telah memakan 181 keping kepak ayam dalam masa yang sama semasa pertandingan berkenaan pada tahun lalu. Walaupun memiliki ketinggian cuma 1.65 sentimeter dan berat 44kg, dia mencatat 38 rekod dalam pertandingan makan di dunia. Thomas mendapat hadiah wang tunai AS$1,500 (RM4,477) kerana menjuarai pertandingan tahunan tersebut manakala naib johan menerima wang tunai AS$750 (RM2,238) dan tempat ketiga mendapat AS$300 (RM895). Thomas, 43, yang merupakan seorang pengurus restoran makanan segera Burger King menerima gelaran Black Widow kerana kebolehannya menewaskan peserta lelaki dalam pertandingan makan. – Agensi |
Gambar Anjing miliki telinga paling panjang Posted: 06 Sep 2011 11:38 PM PDT Anjing jantan dari jenis coonhound bernama Harbor itu memiliki telinga kiri sepanjang 31.24 sentimeter (sm) manakala telinga kanan haiwan tersebut pula berukuran 34.54 sm. Ia dipelihara oleh seorang wanita, Jennifer Wert yang menetap di sini, negeri Colorado. "Setiap kali saya membawa anjing saya bersiar-siar, terdapat pemandu kereta akan berhenti untuk melihat Harbor dari dekat dan merakam gambarnya," kata Wert. Menurut wanita itu, baka anjing tersebut dibela untuk memburu rakun kerana telinga mamalia tersebut yang panjang dapat membantu menolak bau ke arah hidungnya. – Agensi |
Gambar Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk Posted: 06 Sep 2011 11:37 PM PDT Buaya jantan seberat 1,075 kilogram (kg) dan sepanjang 6.4 meter itu disyaki membaham seorang petani yang hilang pada Julai lalu di bandar Bunawan dan membunuh seorang budak perempuan berusia 12 tahun dengan kepalanya putus dua tahun lalu. Namun seorang pemburu, Rollie Sumiller yang memeriksa perut buaya tersebut dengan memaksa haiwan berkenaan muntah tidak menemui sebarang petunjuk ia telah memakan manusia itu dan beberapa ekor buaya yang dilaporkan hilang. "Masyarakat lega," kata Sumiller selepas buaya tersebut ditangkap. Namun, katanya: "Kami tidak pasti jika haiwan ini pemakan manusia kerana terdapat kelibat beberapa buaya lain di kawasan ini." Kerajaan tempatan di bandar yang didiami 30,000 orang itu memutuskan untuk tidak membunuh buaya itu. Penduduk di bandar Bunawan sebaliknya mahu membina sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu. Seorang ketua bahagian hidupan liar di Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, buaya tersebut mungkin yang terbesar pernah ditangkap di dunia. "Berdasarkan rekod kami yang sedia ada, buaya paling besar yang pernah ditangkap adalah 5.48 meter panjang," katanya. Dalam laman rekod Guinness World Records, ia menyenaraikan seekor buaya yang paling besar pernah ditangkap ialah Cassius sepanjang 5.48 meter. Buaya jantan itu kini hidup di sebuah taman hidupan semula jadi di Australia. Media juga pernah melaporkan bahawa seekor buaya jantan sepanjang 6.2 meter pernah dibunuh di Papua New Guines pada 1982. Pasukan memburu haiwan itu di Bunawan itu datangnya dari sebuah ladang buaya yang dikendalikan kerajaan. Pada mulanya, umpan daging ayam, babi dan daging digunakan pada 15 Ogos lalu sebagai usaha untuk menangkap buaya itu. Namun, buaya itu mudah membaham makanan itu dan tali yang mengikat daging tersebut putus. Satu kabel logam kemudian digunakan dan ia menyebabkan rahang buaya tersebut tersangkut menyebabkan haiwan itu ditangkap dengan bantuan kira-kira 30 lelaki tempatan di sebuah teluk di sini. – AFP |
Jihan (Raja Lawak) Tinggalkan Kerjaya Di MBSA Posted: 06 Sep 2011 11:35 PM PDT Jihan yang dihubungi mStar Online pada Selasa berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan secara mendalam dan membuat pertimbangan wajar mengenai masa depannya sebagai anak seni. "Sebenarnya agak sukar untuk membuat keputusan meninggalkan kerjaya di MBSA sebagai Juruteknik tetapi memikirkan minat yang mendalam di dalam dunia lakonan dan pengacaraan saya bersedia untuk menghadapi segala cabaran selepas ini. "Sudah tentu saya sayangkan kerjaya dan kawan-kawan di tempat lama tetapi memikirkan banyak tawaran terpaksa ditolak semasa masih bersama MBSA saya perlu membuat keputusan," ujarnya. Katanya lagi, dia tidak mahu membebankan majikannya apabila sering mengambil cuti untuk memenuhi tawaran berlakon dan menimbulkan lebih banyak masalah jika menyambung kontrak bersama MBSA. Kini katanya, tumpuan diberikan kepada kerjaya dan tawaran yang datang terutamanya daripada syarikat penerbitan dan stesen televisyen selain ASTRO yang sebelum ini banyak ditolak kerana terikat dengan kerja tetapnya. "Sebelum ini saya tidak pernah pergi uji bakat untuk mendapatkan sesuatu peranan dalam drama atau pun sitkom tetapi lebih kepada menerima sahaja apa juga tawaran yang diberikan oleh pihak yang menawarkan kerja kepada saya. "Kini sudah masanya saya membina nama dengan bergerak dan berusaha lebih gigih untuk terus bertahan dalam dunia seni lakonan yang amat saya cintai," ujarnya yang baru sahaja selesai rakaman Sitkom "Meh Ke Kafe Kita" musim ketiga untuk siaran TV3. Jihan juga turut memberitahu dia juga baru selesai menjalani pengambaran beberapa buah drama selain masih menunggu filem lakonan pertamanya, "Adik Manja The Return" untuk ditayangkan. "Alhamdulilah rezeki masih berpihak kepada saya dan itu tanda saya perlu berusaha keras lagi untuk terus diberi peluang dalam industri dan mengembangkan bakat," ujarnya penuh harap. |
Shila Amzah Muat Naik 45 Lagu Di YouTube Posted: 06 Sep 2011 11:34 PM PDT Kata Shila, setakat ini sebanyak 45 buah lagu kegemarannya telah dinyanyikan semula dengan petikan gitar dan dirakam hanya sekadar suka-suka. "Saya buat video itu hanya sekadar suka-suka bagi memenuhi permintaan peminat, mereka ingin dengar saya menyanyikan lagu orang lain tapi saya tidak dapat nyanyikannya di khalayak jadi saya mengambil medium ini untuk memenuhi permintaan tersebut. "Ia juga seperti latihan nyanyian kepada saya selain membantu saya untuk menambahkan keyakinan apabila memetik gitar," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa. Bagaimanapun, kata Shila dia tidak berniat untuk meraih publisiti atau menarik perhatian komposer dari luar negara. "Saya tidak berniat untuk sebarang publisiti terutamanya mendapatkan perhatian dari pihak luar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penyanyi baru. "Jika saya ingin tarik perhatian luar bukan dengan cara begini tapi menggunakan kaedah atau saluran yang betul," katanya. Tambah Shila, rakaman yang di muat naik itu tiada sebarang tujuan komersial dan tidak salah dari segi undang-undang hak cipta. google: shila amzah, shila amzah blog, shila amzah twitter, shila amzah myspace, shila amzah terkini terbaru, single terbaru shila amzah, lagu baru shila amzah, album baru shila amzah, shila amzah 2011, gambar terbaru terkini shila amzah, shila amzah seksi, shila amzah hot, shila amzah bogel, buah dada shila amzah, shila amzah profil, shila amzah bio, shila amzah biodata, keluarga dan shila amzah, shila amzah dan keluarga, berita sensasi terbaru terkini shila amzah |
Ana Raffali Mahu Pelajar Sekolah Gemar Membaca Posted: 06 Sep 2011 11:32 PM PDT Projek ini dianjurkan menerusi syarikatnya, About The Letter A Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada Julai lalu. "Saya sedang berusaha untuk menggalakkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah agar suka membaca buku. Saya akan meneruskan projek ini secara menyeluruh di sekolah-sekolah negara ini dengan membuka satu dana khas agar orang lain juga dapat memberikan sumbangan. "Jadi, saya merasakan idea memberi sumbangan buku baru dapat memberi semangat kepada mereka untuk membaca," katanya kepada mStar Online. Dengan menggunakan "tagline" 'Baca Selalu, Sayang Buku', Ana yakin para pelajar akan menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan harian. "Saya rasa sebak apabila para pelajar di Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara, Puchong melaungkan tagline 'Baca Selalu, Sayang Buku' beramai-ramai. "Saya perhatikan mereka teruja apabila mendapat buku baru kerana saya juga lebih suka membaca buku yang baru. Saya rasa kaedah ini merupakan satu cara untuk menggalakkan mereka membaca," kata Ana lagi. Beralih kepada karier seni, Ana merancang untuk melakukan kolaborasi dengan beberapa penyanyi lelaki dan wanita untuk lagu terbarunya akan datang. Bagaimanapun dia enggan memberitahu nama penyanyi itu kerana masih belum mendapat persetujuan. |
'Tahajjud Cinta' : Erma Fatima Mahu Rujuk Dr Asri Posted: 06 Sep 2011 11:31 PM PDT Erma berkata, individu yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional setelah drama yang disiarkan itu mendapat kritikan hebat daripada penonton kira-kira dua bulan lalu. "Saya mahu dia memberi komen tentang drama itu kerana saya pernah membaca sudut pandangannya tentang beberapa buah filem Islamik di Indonesia. "Saya percaya dia dapat melihat sudut pandang yang rasional dan bukannya berlandaskan emosi memandangkan dia mempunyai pengetahuan agama yang tinggi," katanya kepada mStar Online. Tahajjud Cinta lakonan Fouziah Gous, Nur Fazura, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Neelofa ituberkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka. Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut. Drama berkenaan disiarkan di TV3 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam. Bagaimanapun kata Erma, Dr Asri belum dapat memberikan komen disebabkan beliau belum berkesempatan untuk menonton drama tersebut. "Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya. "Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai," katanya lagi. Jelasnya, sejak drama itu mendapat kritikan, dia belum memberikan sebarang komen dan memohon penonton menantikan episod akhir yang dijangka disiarkan dalam masa sebulan lagi. "Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan. "Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh," ulasnya. Dalam perkembangan lain, Erma juga bakal muncul dengan telefilem arahannya berjudul Oh Haram yang akan disiarkan di TV3 pada Sabtu ini, pukul 9 malam. Oh Haram mengisahkan tentang seorang pemuda yang baru pulang dari menuntut pengajian agama dan sentiasa menganggap semua perkara yang dilakukan oleh orang lain adalah haram. Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Sharifah Amani, Rita Rudaini, Jalil Hamid dan Hamidah Wahab. |
Anak Sulung KD Teruja Dapat Adik Baru Posted: 06 Sep 2011 11:30 PM PDT JAKARTA: Anak sulung penyanyi Krisdayanti, Aurel gembira menerima kelahiran adik bongsunya, Ariannha Amora Lemos yang dilahirkan, Isnin. Dia yang menunjukkan gambar adiknya di telefon Blackberry memberitahu belum puas untuk mencium bayi kecil itu. "Iya senang sangat dapat adik perempuan, lepas ni saya boleh bermain-main dengannya," katanya. Aurel juga berhasrat memberi hadiah berupa pakaian untuk adik barunya itu. "Saya nak belikan dia baju, namun belum beli lagi, jika ada masa saya akan membelinya. Buat masa ini saya memang sangat gembira ada adik perempuan," katanya. Bagaimanapun kata Aurel dia tidak sabar untuk mendukung dan memandikan bayi berkenaan. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |