Sensasi |
- Video Kelakar: K-Malaysia-Pop
- Gambar Khairul Fahmi beraya dnegan Dahlia Teck ,Masih belum putus tunang mengikut adat
- Marsha Pengsan setelah menelan 30 biji Pill ,masih belum sedarkan diri
- Selebriti Hollywood dan Tattoo yang dibuang selepas berpisah dgn Kekasih
- Ally Iskandar merisik gadis Terengganu untuk dijadikan bakal isteri
- Woman's body Language
- Petua Wardina didik anak solat 5 waktu
- Video Filem Pendek: There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly.
- Video Ucapan Raya oleh Lisa Surihani bersama Yusry KRU dan adik Mia Sara
- Gambar Baby Krisdayanti yang baru lahir pada 5 September 2011
- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim dan Nur Dayana di Mekah
- Zizan dan Jue Saling Sayang Menyayang
Posted: 07 Sep 2011 09:35 PM PDT |
Gambar Khairul Fahmi beraya dnegan Dahlia Teck ,Masih belum putus tunang mengikut adat Posted: 07 Sep 2011 09:19 PM PDT Sebelum nie, Khairul Fahmi mengaku gambar berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapore adalah dirinya,sekaligus mengukuhkan lagi anggapan ramai terhadap perhubungan cinta antara mereka semasa Khairul Fahmi masih lagi tunangan orang. Khairul Fahmi dah pun buat pengumuman memutuskan pertunangan dengan Elia,namun sehingga kini belum dibuat pemulangan cincin secara adat.
Khairul Fahmi berkata yang ini semua adalah salah faham. Berikut ialah kata-kata Khairul Fahmi:-
|
Marsha Pengsan setelah menelan 30 biji Pill ,masih belum sedarkan diri Posted: 07 Sep 2011 09:12 PM PDT Dengar cerita Marsha telah jatuh dan pengsan di rumahnya pagi ini dieprcayai setelah menelan 30 biji pil sekaligus. Masrha kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. Menurut pengurus Marsha, dia bukan menelan 30 biji pil untuk membunuh diri,sebaliknya Marsha kebelakangan ini mempunyai masalah kesihatan. Sehingga kini Marsha masih belum sedarkan diri.Sensasi harap takdalah perkara buruk berlaku. |
Selebriti Hollywood dan Tattoo yang dibuang selepas berpisah dgn Kekasih Posted: 07 Sep 2011 08:57 PM PDT Angelina Jolie & Billy Bob Thornton "I have Billy Bob tattooed down there so any time I do a love scene, the name is really, really clear." -Angelina Jolie Q. "Where does that leave you?" A. "With a lot of dermatology appointments!" –Dipetik daripada temubual oleh Chris Heath (Rolling Stone) selepas perpisahannya dengan Billy Bob Thornton. Angelina berkahwin dengan aktor Billy Bob Thortorn pada tahun 2000, ikatan cinta pasangan 'pelik' ini tidak cukup dibuktikan melalui ikatan perkahwinan, ciuman berahi di atas karpet merah depan umum malah turut dizahirkan melalui dakwat kekal di tubuh. Angelina telah mencacah tatu nama suaminya di bahagian sulitnya dan satu lagi pada bahagian lengannya. Manakalan Billy pula mengabadikan 'Angelina' pada otot lengannya. Namun bila rumahtangga mereka bergolak pada 2003, Angelina membuang tatu tersebut kemudiannya menutupi kesan tatu tadi dengan kordinat tempat lahir keenam-enam orang anaknya termasuk kordinat tempat lahir Brad. Manakala Billy pula memadam tatu nama Angelina menggantikannya dengan perkataan 'Peace' dan lukisan bermotif 'angel' Britney Spears & Kevin Federline Sebagai tribute untuk suami tersayang, Kevin Federline yang memiliki tatu simbol dadu bewarna biru, Britney kemudiannya turut membuat tatu motif sama bewarna merah jambu. Walaubagaimanapun selepas mahligai rumahtangga mereka berakhir dengan pelbagai drama pada 2007, tatu 'tribute' Britney tersebut sudah tidak kelihatan lagi. Johnny Depp & Winona Ryder "I love Winona. I'm going to love her forever. Putting her on my arm solidified it. Tattoos are extremely permanent." -Johnny Depp "I kept thinking it was going to wash off or something. I couldn't believe it was real...I mean, it's such a big thing, because it's so permanent." -Winona Ryder, ketika ditemubual oleh majalah Rolling Stone January 1991 Beruntung sungguh Winona kerana pernah terpahat dalam sanubari Johnny Depp suatu ketika dulu. Selain ikatan pertunangan, Johnny menzahirkan lagi rasa sayangnya dengan mengukir tatu 'Winona Forever'. Tapi apabila hubungan mereka terpisah sebelum menginjak pelamin, Johnny memadamkan perkataan 'na' menjadikan tatu tersebut 'Wino Forever'. Pamela Anderson & Tommy Lee Pam & Tommy berkahwin selepas empat hari berpacaran. Lari daripada cara tradisi iaitu bertukar cincin kahwin, Pam mengukir nama 'Tommy' di jari manisnya simbolik kepada cincin kahwin manakala Tommy mencacah tatu nama 'Pamela' di bahagian sulitnya. Selepas Pam memfailkan penceraian, Pam mengakui dia menghidap Hepatitis C akibat berkongsi jarum tatu dengan Tommy. Denise Richard & Charlie Sheen Denise mengukir tatu ama suaminya 'Charlie' pada buku lalinya manakala Charlie mengukir nama 'Denise' di bahagian pergelangan tangannya. Berkahwin pada tahun 2002, kurang daripada tiga tahun kemudia Denise memfailkan cerai. Dua hari selepas fail penceraian dikemukakan, Charlie serta merta membuang tatu 'Denise' yang jadi kebanggaannya itu. Kerry Katona & Brian McFadden Bekas ahli kumpulan Atomic Kitten, Kerry Katona telah memahatkan nama suami tersayang, Brian McFadden, ahli kumpulan Westlife pada bahagian punggungnya disamping ukiran tatu kartun 'Winnie the Pooh'. Mereka berkahwin pada 2002 sebelum bercerai pada 2004. Tom Arnold & Roseanne Barr Tabik spring dengan Tom Arnold kerana, selain ukiran tatu wajah isterinya Roseanne Barr yang tersenyum 'seram' pada bahagian dadanya, dia turut memahat nama timangan Roseanne, 'Rosey' pada bahagian punggungnya juga beberapa bahagian lain lagi. Manakala Roseanne pula memahat perkataan 'Property of Tom Arnold' pada bahagian pinggulnya. Malangnya, bila rasa cinta antara mereka sudah hilang, begitu jugalah jadinya dengan tatu masing-masing. |
Ally Iskandar merisik gadis Terengganu untuk dijadikan bakal isteri Posted: 07 Sep 2011 08:52 PM PDT Ally Iskandar telahpun putus tunang beberapa hari selepas Khairul Fahmi Che Mat buat pengumuman untuk memutuskan tunang dengan Elia,tak silap senasi dalam bulan 8 mcm tue kot.. Menurut Ally,semenjak bertunang dgn bekas tunangnya itu,mereka semakin jauh,tidak serasi dan tiada sefahaman jadi terpaksa putus tunang ,namun Ally sedih sbb dah umur 35,punyai kerjaya yang mantap dan bersedia untuk berkahwin namun putus tunang pulak.. Tapi bak kata org,yang patah tumbuh,yang hilang berganti..Ally baru-baru nie merisik seorang gadis terengganu iaitu Farah Lee yang merupakan seorang pelajar yg skrg tgh belajar kat Korea. kalau tgk gambar wajah mereka memang ada keserasian,ada jodoh lah agaknye tue...Semoga perhubungan Ally kali nie berakhir dgn ikatan pernikahan... |
Posted: 07 Sep 2011 08:45 PM PDT Wanita kadangkala dikatakan sebagai mahkluk yang rumit... Mungkin kerana wanita lebih pemalu,tertutup,sopan dan tak mahu menyakiti hati secara terang terangan jadi bahasa tubuh memainkan peranan penting untuk menunjukkan sesuatu.. Jadi lelaki,boifren,suami,kawan lelaki dan kenalanmcuba fahami dan kenali bahasa tubuh wanita... tapi kartun nie saje je..banyak lagi bahasa tubuh wanita..hehe..lain kali lah sensasi share... |
Petua Wardina didik anak solat 5 waktu Posted: 07 Sep 2011 07:53 PM PDT BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap"…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
|
Video Filem Pendek: There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. Posted: 07 Sep 2011 06:39 PM PDT Kisah tentang seorang bapa yang pekak dan bisu dengan anaknya yang meningkat remaja... |
Video Ucapan Raya oleh Lisa Surihani bersama Yusry KRU dan adik Mia Sara Posted: 07 Sep 2011 03:48 AM PDT Wah wah ,skrg pasangan sejoli nie makin terbuka menunjukkan hubungan cinta mereka...dengar kata nak kahwin secepat mungkin.. :) Sebelum terlambat,erm hari nie adalah hari ke 8 raya...memang agak lambat lah sebenarnye,Sensasi busy di kampung halaman...Sensasi ingin mengucapkan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin andai ada melukai mana-mana pihak...dan juga dah 54 tahun 7 hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang tercinta... Tahun nie raya best je buat Sensasi dan keluarga,sampai 2-3 minggu x hapdet blog..hee... okey take care everibadi,, |
Gambar Baby Krisdayanti yang baru lahir pada 5 September 2011 Posted: 07 Sep 2011 01:12 AM PDT Kris Dayanti yang telah bernikah dengan suaminya Raul Lemos pada bulan march 2011,baru saja melahirkan anak perempuan sulung mereka,yang diberi nama Aryana Amora Lemos pada hari isnin 5 September 2011 pukul 2.21 ptg Aryana Amora Lemos yang dilahirkan secara pembedahan itu adalah hasil perkahwinan kedua Krisdayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos. Ujar Raul Lemos, "Alhamdulillah anak kami sudah lahir dengan selamat dan sihat. Beratnya sekitar 2.95 kilogram." |
Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim dan Nur Dayana di Mekah Posted: 07 Sep 2011 12:08 AM PDT Maaflah Sensasi lambat update maklumlah baru habis beraya di kampung..Sibuk dgn keluarga,ziarah menziarahi,cuti-cuti Malaysia.. :) Pada 1 Syawal 1432H, Ashraf Muslim dah selamat diijab Kabulkan dengan tunangnya Nur Dayana di Tanah Suci Mekah..Alhamdulillah.. Seronoknya dahlah dapat beraya bersama sebagai suami isteri,bahkan dapat bernikah di Mekah,Tanah Suci..semoga ikatan perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat... Majlis Resepsi Ashraf tak silap sensasi akan diadakan pada 24 September di Malaysia.. |
Zizan dan Jue Saling Sayang Menyayang Posted: 06 Sep 2011 11:59 PM PDT Sama Padan ,sama Lawa...dua-dua berjaya menempa nama dalam dunia industri hiburan tanah air. juliana Evans nie sejak mengacarakan rancangan Remaja,masa tue dia dgn Aidid Marcelo jadi pengacara,memang Sensasi dah suka tgk,comel dan cantik..selepas menamatkan persekolahan barulah Jue aktif berlakon dan modelling..kat Malaysia nie wanita berwajah Pan-Asian memang laku...tp kalau laki ,mesti yang Macho2 dan kemelayuan sikit kaalau Pan-Asian taklah lakuu sgt kot..hehe dah lama kemesraan Jue dgn Zizan nie..tp dua2 mengaku kawan jer...ye kerrrr?? Pergi kemana slalu berdua,bergurau senda,hepi dan ada chemistry...Jue siap ckp dia dah mcm Semi-single (ke memang dah x single lagi..aha) Pada firasat Sensasi lah kan..Deraang berdua nie memang bercinta,cum masing-masing setuju untuk ckp kawan je sebab nak jaga publisiti...memang ramai ckp peminat zaman skrg dah tak mcm dulu yang nak minat selebriti single je...tp sensasi rasa gossip cinta sedikit sebanyak menjatuhkan saham artis... Jom dgr Komen Zizan dan Jue.. Komen Zizan Tentang gossip hubungan Cinta Zizan dan Juliana Evans. "Saya bukan hendak berdolak dalih tapi ya, saya mengakui saya sangat sayangkan Jue (panggilan mesra Zizan kepada Juliana Evans) tetapi lebih kepada sayang sebagai seorang kawan baik. Saya berani mengakui Jue adalah satu-satunya wanita yang rapat dengan saya sekarang ini. Ada keserasian tapi tiada bibit-bibit perasaan ke arah percintaan." "Bila berkawan dengan perempuan cantik seperti Jue ramai yang tidak percaya kalau saya cakap kami hanya berkawan baik, tapi saya lebih selesa berkawan dengannya. Saya boleh berkongsi pandangan, minta nasihat, usik-mengusik, sakat menyakat dan sebagainya. Seronok berkawan dengan Jue kerana dia seorang yang berfikiran terbuka, banyak ilmu dan pengalaman, pendek kata saya gembira bersamanya." Jelas Zizan sambil berseloroh nakal. Menyentuh tentang pengalaman digandingkan pertama kali dengan Jue juga pertama kali berkerja dengan pengarah Ahmad Idham menerusi filem komedi seram, "Hantu Bonceng". Zizan menyifatkan berkerja dengan kedua-dua individu ini satu pengalaman berharga buatnya. "First time berlakon dengan Jue memang seronok dan apa yang saya boleh simpulkan adalah Jue memang professional ketika bekerja. Chemistry antara kami juga kuat, kata orang keserasian itu ada dan itu yang memudahkan kerja kami." "Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan sekaligus menjayakan filem arahan Ahmad Idham ini. Seronok bekerja dengannya. Dia seorang pengarah yang berkaliber, boleh menerima pendapat pelakon, kelakar tapi dalam masa yang sama serius berkerja," tambah Zizan Komen Jue Evans berkaitan hubungan rapat dengan zizan "Saya dengan Zizan memang sangat rapat, tapi perasaan saya terhadap dia tidak lebih perasaan kasih kepada seorang kawan. Saya selesa dengan hubungan kami berdua sekarang jadi saya tidak mahu sebarang perasaan yang lebih dari seorang kawan bakal merosakkan hubungan persahabatan kami. Jadi biarlah begini, saya gembira," ujar pelakon berdarah Melayu-Inggeris ini. Jue turut mengakui Zizan antara lelaki yang rapat dengannya buat masa ini. Malah Jue turut mengagumi jejaka kelahiran Dungun,Terengganu yang disifatkannya seorang yang kuat berlawak, penyanyang, mengambil berat, matang dan komited dengan karier. "Kalau ditanya siapa lagi lelaki yang rapat dengan Jue, Zizan adalah antara orangnya. Dia punya kriteria lelaki idaman yang saya cari tetapi sayangnya bibit-bibit cinta antara kami belum berputik. Mungkin kami hanya ditakdirkan sebagai kawan sahaja." "Buat masa ini Jue lagi senang dilabel 'semi single', maknanya belum berpunya tapi ramai kawan lelaki. Maknanya saya ramai kawan lelaki cuma lelaki yang bergelar 'kekasih' belum ada lagi," ujar pelakon filem 'Kami The Movie" ini lagi ketika ditemui di Tayangan Perdana filem "Hantu Bonceng" baru-baru ini. Ketika ditanya pengalaman serta kesukaran sepanjang berlakon dalam filem komedi seram, "Hantu Bonceng" yang bakal menemui pawagam 31 ogos ini. Jue menjelaskan tidak banyak kesukaran menjayakan filem tersebut meskipun harus menggalas tiga watak berbeza. "Memegang tiga watak berbeza iaitu watak gadis kampung lurus bendul, watak hantu dan gadis jahat memang agak mencabar. Bayangkan untuk watak hantu sahaja, saya kena mekap berjam-jam, naik treler dan sebagainya. Tapi adengan paling mencabar bila saya kena menghafal mantera pelik untuk adengan nasi kangkang, memang seram." "Selain itu juga, saya berdepan dengan kesukaran untuk menutup mulut Zizan kerana dia tidak pandai berhenti buat lawak. Sampai ada satu tahap saya terpaksa mengarahkannya untuk berhenti buat lawak. Dia berhenti, tapi enam minit kemudian dia sambung lagi," |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |