Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Sarimah Ibrahim Jadi Pengacara Program 1,2,3… Tukar! Posted: 06 Dec 2010 07:58 AM PST Disember ini, Astro Ria akan menayangkan program hiburan terbaru berjudul 1,2,3… Tukar! yang akan menemui penonton pada setiap Rabu, jam 10.00 malam bermula 15 Disember 2010. 1,2,3… Tukar! adalah program gaya hidup yang mengubah penampilan peserta untuk mencapai impian mereka. Program 13 episod ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian peserta dalam soal kerjaya malah melangkau percintaan dan masa depan mereka. Impaknya, peserta akan merasa lebih yakin dengan penampilan baru. Pada jam 3 petang tadi – 6 Disember 2010, Budiey sempat hadir di Sidang Media Program Hiburan 1,2…3…Tukar! di Musa Cafe, G3 Avenue K, depan KLCC. Turut hadir ialah pengacara program ini iaitu Sarimah Ibrahim dan pereka fesyen Fitri Zainal yang akan membantu untuk mengubah penampilan peserta. Selain Sarimah & Fitri, turut hadir ialah Puan Azlin Reza Azmi, Pengurus Saluran Astro Ria, penerbit iaitu Michael Ang dan pengarah program iaitu Rozaisyam Rashid dari Cube Film. 1,2,3… Tukar! ni lebih kurang dengan program Tangkap Muat, cuma untuk 1,2,3… Tukar! ni ada beberapa kelainan dan tarikan tersendiri. Namun, kedua program ini sebenarnya dibuat atas tujuan yang sama iaitu mengubah penampilan seseorang dengan nasihat pakar tatagaya menjadi lebih baik. 1,2,3… Tukar! rasanya lebih kepada kejutan dan menyentuh perasaan atau emosi dalaman. Lagi satu, Sarimah dan Fitri juga akan menggunakan sebuah van khas untuk ke sana ke mari untuk menyelesaikan misi mereka. Selain ada penata gaya, atau juru runding penampilan, 1,2,3… Tukar! juga akan menjemput pakar motivasi iaitu Dr Azizan untuk memberikan keyakinan kepada peserta. Setiap minggu, Sarimah dan Fitri akan berusaha untuk mengubah gaya dan fesyen individu yang berbeza. Pertamanya, dia akan menemui para peserta di rumah dan berbual secara empat mata untuk meluahkan impian mereka serta berkongsi cerita latar belakang mereka. Sarimah dan Fitri Seterusnya, peserta terpilih akan mengucapkan selamat jalan kepada ahli keluarga dengan menaiki van khas 1,2,3… Tukar! Maka dari situ bermulalah episod perubahan gaya dan fesyen para peserta yang terpilih. Setelah mengubah penampilan gaya dan fesyen peserta, Sarimah Ibrahim dan pasukannya akan membawa peserta ini kembali ke rumah dan mempersembahkan penampilan baru mereka kepada ahli keluarga dengan rasa teruja dan penuh emosi. Setakat ini, sebanyak 10 episod sudah pun dirakam. 3 episod lagi akan disambung selepas Sarimah pulang dari Ireland nanti. Yang pasti, bukan sahaja orang biasa yang jadi peserta tapi 1,2,3… Tukar! juga akan memberi peluang kepada Nubhan untuk mengubah imejnya sempena dengan pelancaran album pertamanya. Untuk menjadikan Nubhan lebih yakin dan tidak gugup, Dr Azizan sedia untuk memberi kata-kata semangat untuk Nubhan buat persembahan. Sarimah dipilih sebagai pengacara program ini kerana Sarimah begitu sinonim dengan fesyen yang mana bertepatan dengan konsep dan kehendak program ini. Gaya penyampaian Sarimah yang santai, spontan dan ada sense of humor menjadikan program ini lebih mesra penonton. Menurut Sarimah, dia juga akan membawa imej yang berlainan dalam 1,2,3… Tukar! Sepanjang berada di Jepun untuk tempoh yang agak lama juga, Sarimah telah mendalami dunia fesyen di sana. Untuk tampil lebih ceria, kata Sarimah beliau kena ceriakan dirinya 30% lebih ceria dari biasa agar nampak jelas di kaca mata penonton. Lama betul tak jumpa Sarimah. Kali terakhir jumpa Sarimah masa dia jadi hos Konsert Reunion AF8. Terbaru, Budiey diberitakan Sarimah Ibrahim telah disambung kontrak untuk bersama jentera Astro selama 3 tahun lagi. Mungkinkah Akademi Fantasia 9 akan disandang lagi oleh Sarimah? Sama-sama kita nantikan. Rozaisyam Rashid selaku pengarah program Michael Ang selaku penerbit Sarimah, nampak lebih kurus sikit. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Karnival Jom Heboh 2010 Kuala Lumpur Posted: 06 Dec 2010 04:42 AM PST Karnival Jom Heboh edisi 2010 bakal melabuhkan tirainya di lokasi kesepuluhnya, Kuala Lumpur pada 11 Disember 2010 dan 12 Disember 2010. Jom Heboh merupakan satu landasan untuk berinteraksi dengan penonton setianya dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil untuk turut serta dalam permainan-permainan dan pertandingan yang dianjurkan di setiap gerai. Ianya juga menemukan peminat-peminat serta orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair seperti Ryzal Jaafar, Nur Fathia, Zarina Zainoordin, Ungku Ismail, Intan Ladyana, Wan Sharmila, Fizo Omar, Mia Sara Nasuha, Amyza Adnan, Kenchana Dewi dan ramai lagi. Memasuki tahun ke 8 penganjurannya, ianya telah berkembang dari sebuah konsep tapak ekspo/pameran dan gelanggang hiburan kini ianya diadakan dengan lebih fokus, praktikal dan mesra rakyat menjadikannya sejajar dengan matlamat kerajaan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Jom Heboh menitik beratkan konsep kekeluargaan, ilmiah, antarabangsa dan 1Malaysia. Antara program menarik sempena dengan penganjuran Karnival Jom Heboh 2010: Acara : Lawatan Amal Jom Heboh bersama Personaliti TV3 Acara : Rakaman Soopa Doopa edisi khas Selebriti VS Media (penyertaan terbuka kepada wakil media) Acara : Lawatan Menteri Jabatan Perdana Menteri Acara : Majlis Raikan Program MyTV3 di Gerai MyTV3 Acara : Konsert Jom Heboh 2010 Kuala Lumpur (siaran langsung) Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |