Adsense

Isnin, 14 Februari 2011

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Kelab bolasepak terburuk di UK, Kalah 55 – 0

Posted: 13 Feb 2011 09:49 PM PST

Photobucket

Sebuah pasukan bolasepak luar bandar di Britain ditabalkan sebagai kelab bolasepak terburuk di UK setelah kalah dalam 11 pertandingan berturut-turut. Mereka juga harus menerima gawangnya dibocori 220 gol termasuk di antaranya menerima kekalahan teruk 55-0.

Madron FC terus tampil buruk sejak awal musim pertandingan lagi sejak pertandingan dimulakan pada bulan Ogos dan hanya mampu menjaringkan dua gol.


Performance terburuk pasukan ini ialah ketika melawan Illogan Reserves yang mempermalukan mereka 55-0 pada awal bulan ini. Pada pertandingan itu pasukan lawan rata-rata mampu menjaringkan satu gol setiap seminit.

Pengurus pasukan Alan Davenport mengaku Madron FC mungkin adalah "pasukan terburuk di Britain". Meskipun begitu penampilan pasukannya yang merosot teruk, beliau tetap memuji semangat bermain pasukannya.

Yang menjadi punca prestasi teruk Madron FC ialah akibat gelombang perpindahan pemainnya setelah berakhir musim lalu. Kelab hanya mampu mempertahankan 8 pemain dan kalah 22-0 dari St Buryan pada liga pertama pertandingan Liga Saturday, liga non profesional. Pasukan Madron FC bahkan hanya mampu menurunkan 7 pemain ketika dipermalukan 55-0 pada 20 November lalu.

"Kami memang dipaksa berjuang keras di mana harus bermain dengan hanya 7 pemain dan tidak ada penjaga gol. Saya tahu semua orang mentertawakan kami namun kami akan terus berjuang," kata Davenport, iaitu sebagai jurulatih sementara Madren FC.

Davenport menjelaskan pasukannya akan terus bermain setiap bandar sehingga akhir musim pertandingan. Walaupun penampilan para pemainnya belum menunjukkan trend positif mereka tetap gembira kerana dapat bermain. "Kepala kami boleh sahaja tertunduk lesu. Namun kami akan terus berjuang," katanya.

Yeah, semangat paling utama.

Sumber : isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.