Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Mar 2012 03:22 PM PDT Hip Sedih tidak dapat temui peminat menerusi siri jelajah ABPBH2011KEGAGALANNYA hadir ke siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 mungkin menimbulkan tanda tanya kepada peminat Yunalis Zarai atau Yuna, penyanyi yang terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya. Apakah selepas dipilih sebagai Penyanyi Wanita Popular pada ABPBH lalu membuatkan Yuna enggan atau keberatan untuk bertemu serta beramah mesra bersama peminat dan penyokongnya, terutama dari luar Lembah Klang?Saya harap, tahun depan saya dapat sekali lagi bertemu peminat yang sentiasa tidak berputus asa menyokong kerjaya saya selama ini. Tanpa peminat, saya tidak mungkin tercalon. - Yuna, Penyanyi Dengan riak wajah terkilan dan nada suara cukup lembut, bakat seni yang dicalonkan sebagai Penyanyi Wanita Popular ABPBH2011 itu cuba menjelaskan keadaan sebenar.Katanya, jika boleh, sesiapa saja pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyertai acara ternama itu, tetapi atas beberapa halangan, hasrat bertemu peminat secara dekat menerusi siri promosi ABPBH kali ini terpaksa dilepaskan. "Sejujurnya, saya rasa terkilan dan sedih kerana tidak dapat menyertai mana-mana acara anjuran ABPBH, termasuk siri jelajahnya. Ini kerana saya cukup sibuk dengan tugasan dan berada di luar negara. "Malah, pada malam kemuncaknya juga, saya tidak dapat turut serta. Saya harap tahun hadapan, ada peluang saya untuk menyertai acara ini lagi," katanya yang bersyukur kerana masih dicalonkan sekali lagi pada tahun ini dan menganggap peminat masih menghargai dirinya sebagai anak seni. "Setiap kali memandang tweet daripada rakan artis yang berpeluang menyertai anugerah berprestij itu atau peminat yang menceritakan pengalaman dapat bertemu artis kesayangan pada siri promosi ABPBH, saya rasa sangat cemburu kerana tidak dapat merebut peluang sama. "Dua tahun lalu, saya juga tidak dapat menyertai kemeriahan ABPBH. Bagaimanapun tahun lalu saya berpeluang menjayakannya. Saya harap, tahun depan saya dapat sekali lagi bertemu peminat yang sentiasa tidak berputus asa menyokong kerjaya saya selama ini. Tanpa peminat, saya tidak mungkin tercalon," katanya yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Berita Harian sebagai penganjur ABPBH kerana kewujudan anugerah melalui undian peminat itu membantu populariti seseorang artis. Berbicara mengenai pandangan terhadap anugerah yang memasuki edisi ke-25 itu, Yuna memberitahu, dia melihat ABPBH sebagai landasan kepada anak seni seperti pelakon, penyanyi dan pelawak membuktikan bakat mereka untuk diiktiraf peminat secara langsung. "Saya akui, ABPBH ialah ruang yang baik kepada artis membuktikan usaha mereka dalam arena seni selama ini. Ini kerana, ia terbahagi kepada pelbagai kategori yang membuka peluang untuk artis memenangi anugerah. "Ia juga membuatkan artis bekerja dengan lebih kuat untuk merebut peluang yang disediakan. Tetapi ia bukan mudah dicapai. Apabila seseorang artis itu menang anugerah, ia bukan tiket untuk mereka melupakan kerjaya dan terus taksub terhadap anugerah yang diperoleh. Mereka perlu tampil lebih hebat bagi membuktikan mereka benar-benar layak memenangi anugerah yang diterima," katanya. Samsung mudahkan penghasilan klip video BERALIH kepada pembabitannya bersama jenama telekomunikasi terkemuka, Samsung, Yuna memberitahu, kerjasama itu sudah terjalin sejak awal tahun lalu dan dia bersedia menerima pelawaan syarikat teknologi itu kerana ada persamaan antara dirinya dan projek yang disertainya. "Apa yang istimewa apabila saya menyertai kerjasama ini adalah apabila single terbaru saya, Sparkle, akan dirakam selama empat minit, selepas itu ia disunting dengan menggunakan teknologi canggih daripada Samsung Galaxy Note. "Ia percubaan kali pertama dilakukan di negara ini dan seperti yang semua tahu, saya suka menjalankan eksperimen terhadap kerjaya seni saya. Itu jawapan tepat kenapa saya memilih menyertai projek khas ini," katanya yang melihat klip video yang dirakamkan syarikat itu menggunakan telefon mampu menarik minat peminat untuk melakukan sesuatu yang kreatif dalam dunia tanpa sempadan ini. Katanya lagi, klip video terbabit secara tidak langsung akan menyatukan dirinya, peminat dan pengguna telefon bimbit itu. "Single ini sebenarnya sudah saya tulis bersama anggota Estranged, Hanafi, tiga tahun lalu. Tetapi, baru kini ia muncul menemui peminat. Pemilihan lagu untuk klip video ini juga dilakukan bersama pihak Samsung," katanya. |
Dengarnya... Uji bakat Imam Muda 3 secara online Posted: 22 Mar 2012 03:19 PM PDT Hip WAH, nampaknya proses uji bakat program yang diwujudkan bagi memartabatkan status imam, Imam Muda, semakin canggih dan sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.Jika sebelum ini Cik Normah ada dengar pertandingan nyanyian yang menggunakan laman YouTube sebagai medan uji bakat, kali ini Imam Muda yang memasuki musim ketiga pun menggunakan pendekatan sama. Khabarnya, uji bakat secara atas talian itu sudah pun bermula sejak 19 Mac lalu dan akan berakhir pada hujung bulan ini. Sejak dilancarkan tiga tahun lalu, program ini memang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri. Bukan sekadar menggamit perhatian peminat dan media dalam negara, malah ia juga mengundang perhatian media luar negara, yang sudah pun dua musim memberikan fokus kepada program terbabit.Kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar (gambar), pengaruh internet dan jaringan sosial amat memberi kesan terhadap populariti program itu sejak musim pertama lagi. "Pihak produksi sentiasa menitikberatkan pendapat serta komen peminat yang dihantar menerusi laman Facebook rasmi Imam Muda, yang kini berjumlah hampir 500,000 peminat, selain tulisan di laman web, video di Youtube dan jaringan sosial lain. "Setiap pandangan yang diberikan ini ialah tanda sokongan dan menggambarkan keghairahan anak-anak muda untuk mendekati program berbentuk keagamaan menerusi platform lebih bersifat interaktif," katanya dalam sebuah kenyataan yang dihantarkan kepada kami. Kata Izelan lagi, pada masa yang sama, mereka ingin mendidik imam yang berfungsi sebagai seorang pemimpin bermula dengan mengetuai keluarga, masyarakat, seterusnya ummah pada keseluruhannya. Mereka percaya ramai anak muda di luar sana yang berpotensi untuk diketengahkan dan berharap mereka lebih berani untuk tampil ke hadapan dengan menyertai program itu. Lelaki Islam berumur 18 hingga 30 tahun digalakkan untuk turut serta dalam Imam Muda musim ketiga. Peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik. Peserta hanya dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang untuk diisi. Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera dua bacaan dalam al-Quran seperti yang ditetapkan. Rakaman yang lengkap hendaklah dimuat naik ke laman YouTube melalui akaun yang dibuka oleh peserta uji bakat sendiri. Borang yang lengkap berserta pautan video di YouTube hendaklah dihantar ke e-mel imammuda@astro.com.my. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |