Adsense

Jumaat, 23 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Usul Ketiga Seniman Ialah Mohon Mahu Artis Jadi Anggota Rela

Posted: 23 Mar 2012 09:29 PM PDT

Sedikit salah faham lagi disini, apa yang kita semua tahu sebelum ini ialah usul ketiga yang masih belum dihantar pada kerajaan adalah usul berhubung memohon pelepasan untuk artis meletak stiker hitam di cermin (tinted) tanpa perlu pengesahan mana-mana pihak.

Apa yang OHBULAN! ketahui dari sesi sidang akhbar semalam, sebenarnya usul ketiga itu bukanlah mengenai permohonan untuk cermin 'tinted'. Tetapi usul ketiga persatuan Seniman ialah usul agar artis menjadi anggota rela.

Usul ketiga ini meminta agar kerajaan mengiktiraf persatuan Seniman dan jika ada apa-apa aktiviti, mereka boleh mendapatkan peruntukan dengan medium yang lebih mudah.

"Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu. Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah." – dipetik dari mStar Online.

Apa yang pelik disini, bagaimana media boleh tersalah tulis mengenai usul yang dihantar mengenai PPRT dan juga isu cermin 'tinted' sebelum ini? Adakah Zed Zaidi sendiri memang tersalah cakap ketika ditemubual? Itu OHBULAN! sendiri tak dapat pastikan.

Jadi, untuk pengetahuan anda semua, usul ketiga persatuan Seniman ialah memohon agar artis dibawah seniman menjadi anggota rela dan bukannya permohonan untuk cermin 'tinted' kereta artis.

Kredit gambar : mStar Online

Zed Zaidi Mengaku Tersilap Cakap, Bukan PPRT Tapi PRIMA

Posted: 23 Mar 2012 09:12 PM PDT

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, ramai orang tidak bersetuju dengan permintaan usul persatuan Seniman kepada kerajaan berhubung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Namun itu semua kembali jelas apabila semalam, satu sidang akhabar diadakan di Saloma Bistro berhubung isu yang sedang bermain di media sekarang.

Zed Zaidi ketika ditemui berkata, dia meminta maaf kerana tersilap cakap pada wartawan apabila ditanya apakah usul pertama yang dihantar pada kerajaan.

"Saya memang hantar usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA), tapi saya minta maaf jika saya tersilap cakap ketika ditanya wartawan. Masa itu saya betul-betul sibuk dan mungkin tidak menyedari apa yang saya cakap," jelas Zed Zaidi memulakan perbualan.

Dia turut mengatakan bahawa jika ada ramai yang mempertikaikan usul ini, dia ada buktinya iaitu sebuah usul yang lengkap beserta nama artis yang berada di bawah persatuan Seniman.

Jadi, untuk pembetulan, sebenarnya persatuan Seniman telah menghantar usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) kepada kerajaan untuk golongan artis dan bukannya Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) seperti yang kecoh di media sekarang.

Kredit gambar : mStar Online