Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gossip Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam Posted: 03 Sep 2012 10:12 PM PDT Pada pagi ini, Budiey ada terbaca tentang satu gosip yang enak juga dibaca iaitu Gossip Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam yang disiarkan di BH. Selepas pelakon Ashraf Muslim dan penyanyi Adam mendalami ilmu perubatan alternatif Islam, kini ada khabar angin mengatakan penyanyi popular bersuara lantang, Anuar Zain sudah mula mengikut jejak yang sama. Sejak bila Anuar Zain dah beramal nak jadi bomoh Islam ni? Ramai menganggao ini adalah satu kejutan termasuklah Normah Becoh di ruangan gossip Berita Harian. Dengarnya, Anuar Zain sekarang ni dah mampu sikit sebanyak mengubat kenalannya yang sakit dan terkena buatan orang dengan menggunakan ilmu perubatan Islam yang ada. Wah! Ini dah bagus. Kalau benarlah bagai dikata, pasti ramai yang nak datang berubat dengan Anuar Zain. Yelah, bukan senang tau nak jumpa dengan Anuar Zain ni. Kalau selama ini persembahan Anuar Zain dipenuhi dengan peminat wanita yang sanggup membayar harga tiket yang mahal, tak hairan pula selepas ini, berduyun-duyung datang ke klinik Anuar Zain yang katanya akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur. Pastinya ramai media akan bertanyakan tentang perkara ini kepada Anuar Zain sendiri. Kita tunggu pengakuan dan statement AZ. No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang Posted: 03 Sep 2012 09:27 PM PDT Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang, Diana Danielle & Farid Kahwin Setahun Lagi. Pasangan pelakon yang hangat bercinta, Diana Danielle dan Farid Kamil telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012, Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara. Tahniah buat Dee & Farid, semoga korang bahagia dan cepat-cepat kahwin ya. Budiey pasti ramai peminat yang nak tengok gambar majlis pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil. Ini bukan gambar majlis tunang Diana Danielle & Farid Kamil ya, gambar ini diambil semasa Diana Danielle & Farid Kami hadir di Majlis Nikah Resepsi Lisa Surihani & Yusry KRU. Pandai betul Diana Danielle dan Farid Kamil simpan rahsia. Seingat Budiey, pernah sekali terserempak dengan pasangan ini di Suria KLCC. Masa tu, terserempak dengan Farid Kamil dalam lift. Kemudian, jumpa lagi dengan Diana & Farid masa nak makan kat Sushi King. Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang di mana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu. Diana & Farid bertunang selepas menyulam cinta selama tiga tahun. Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.
Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.
Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja. Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan. Tags: Berita Artis Bertunang, Cincin Tunang, engagement, Farid Kamil, Gambar Diana Danielle Farid Kamil Bertunang, Gambar Majlis Bertunang, gambar majlis kahwin, Gambar Rumah Diana Danielle, Gossip Diana Danielle, hantaran pertunangan, tarikh kahwin Tags: Berita Artis Bertunang, Cincin Tunang, engagement, Farid Kamil, Gambar Diana Danielle Farid Kamil Bertunang, Gambar Majlis Bertunang, gambar majlis kahwin, Gambar Rumah Diana Danielle, Gossip Diana Danielle, hantaran pertunangan, tarikh kahwinClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |