Adsense

Jumaat, 28 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Farid Kamil & Diana Danielle Putus Cinta

Posted: 27 Jan 2011 09:27 PM PST

Sumber: OH BULAN


Kami tak endah seketika kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai untuk memberikan laluan kepada kisah putus cinta Farid Kamil & Diana Danielle pula. Ya, kami sudah faham anda sudah bosan dengan cerita pertelingkahan, dan mahu kan sesuatu yang lebih menjurus kepada kebahagiaan. Namun, jari kami tidak dapat menahan untuk memberikan laporan sensasi yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Ketika beramah mesra dengan follower OHBULAN!, pemilik akaun @cutisikit menerjah timeline dengan info yang mendebarkan dada. Kata empunya akaun, "Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!". Satu ayat yang pendek & padat, meninggalkan 1000 tanda tanya.


OHBULAN! difahamkan, Farid Kamil ucapkan bye bye kepada Diana Danielle kerana lemas dengan perangai dia yang tidak matang. Pemberi maklumat menyatakan, Diana Danielle menunjukkan sikap kebudak-budakkan & merupakan gadis tipikal yang suka mencari gaduh ketika hubungan kedua-dua selebriti ini berlangsung. Fuh, kami nak percaya 100% pun ragu-ragu!

Kami berjaya mendapatkan respon Diana Danielle berkenaan kisah putus cinta dia & Farid Kamil, dan apa yang dinyatakan sedikit berbeza dengan spekulasi gosip, malam tadi.

Menurut Diana Danielle, "Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab "luar" & terlalu personal untuk dibincangkan."

Kemudian kami bertanya sama ada kisah keanak-anakkan seperti yang digosipkan oleh pemberi maklumat tersebut adalah benar atau tidak.

"Itu orang cakap. Saya tak nak comment tentang "cakap orang". Biarlah " – balas Diana Danielle yang tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Setakat ini, kami kenal Diana Danielle sebagai aktres yang paling rajin melayan peminat & sopan membalas semua respon media. Mungkin inilah suratan takdir, jodoh semua di tangan tuhan. Kita merancang, tuhan menentukan. Apa pun, berikan sokongan 100% anda melalui twitter Diana Danielle.

google: farid kamil dan diana danielle, farid kamil dan diana danielle putus cinta, farid kamil dan diana danielle berpisah, kenyataan putus cinta farid kamil dan diana danielle, gambar farid kamil dan diana danielle, foto farid kamil dan diana danielle, farid kamil dan diana danielle bercinta, kontroversi farid kamil dan diana danielle, berita farid kamil dan diana danielle, gambar terbaru terkini farid kamil dan diana danielle

Riz (AF6) Tertanya-Tanya Kenapa Tidak Popular?

Posted: 27 Jan 2011 09:24 PM PST


PETALING JAYA: Selepas hampir tiga tahun menceburi bidang nyanyian, penyanyi Riz atau nama sebenar Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 24, menyifatkan perjalanan kariernya yang masih terumbang-ambing itu mungkin disebabkan oleh faktor lagu dan rezeki.

Ujar naib juara Akademi Fantasia musim ke-enam (AF6) itu, walaupun sudah tampil dengan sebuah album penuh Bermula Semula pada hujung 2009, popularitinya masih suram sehingga hari ini.

Lebih memburukkan keadaan, satu demi satu lagu yang dihantarkan ke radio juga kurang mendapat sambutan.

Riz yang enggan menyalahkan mana-mana pihak bagaimanapun percaya keadaan itu mungkin disebabkan oleh faktor rezeki yang masih tidak memihak kepadanya, selain lagu-lagu yang tidak menepati selera pihak radio dan pendengar.

"Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi ia mungkin berpunca daripada faktor rezeki dan lagu saya sendiri. Hendak kata saya tidak keluarkan lagu, saya sudah mengeluarkan album penuh.

"Hubungan dengan rakan media juga baik kerana saya masih mendapat sokongan daripada mereka.

"Namun, entah di mana silapnya sehingga hari ini tuah masih tidak menyebelahi saya," katanya.

Namun begitu, penyanyi yang kini mempertaruhkan lagu Khilaf ini enggan menyerahkan kalah.

Terbaru, Riz merancang untuk merakamkan dua buah lagu yang dibeli daripada Indonesia untuk projeknya akan datang.

Jelasnya, keputusan untuk membeli dua lagu tersebut bukan kerana dia tidak percaya kepada kredibiliti komposer tempatan tetapi semata-mata ingin bertukar angin dan menguji pasaran dan selera pendengar.

"Saya baru saja beli dua buah lagu daripada komposer di Indonesia untuk projek akan datang saya.

"Bukan kerana saya tidak yakin dengan sentuhan komposer tanah air tetapi sengaja ingin bertukar angin dan menguji respons pendengar dan industri apabila dua lagu itu diputarkan kelak," katanya.

google: riz af6, riz af6 facebook, riz af6 blog, riz af6 twitter, riz af6 myspace, riz af6 bio, riz af6 profile, riz af6 wiki, riz af6 biodata, riz af6 biography, gambar terbaru terkini riz af6, cerita terbaru terkini riz af6, gosip terbaru terkini riz af6, kontroversi riz af6

Tiz Zaqyah Tekejut Fasha Putus Cinta

Posted: 27 Jan 2011 09:22 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan bekas pasangan kekasih Fasha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) memberitahu terkejut dengan berita tentang perpisahan itu.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut adalah hal peribadi pasangan berkenaan dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya.

"Tipulah kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membacanya saya berasa begitu terkejut.

"Namun itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan mereka," ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, din sini Rabu.

Sementara itu, Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak seorang VIP bernama Aizat Fikri dan kontroversi tinggal sebumbung dengan pelakon kacak Remy Ishak.

"Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.

"Selepas itu gosip beli rumah dengan Remy Ishak dan dakwaan kami tinggal sebumbung ia tidak benar sama sekali. Saya masih duduk dengan keluarga saya dan seperti yang pernah saya beritahu Remy hanya kawan sepertimana kawan-kawan saya yang lain," ujarnya.

Jelas Tiz, dia menganggap apa juga kontroversi dan fitnah yang berlaku terhadap akan terbukti jika ianya tidak benar.

"Banyak kontroversi yang saya hadapi tapi saya percaya bahawa kebenaran akan terbukti," katanya yang tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi lagi.

Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan bi bawah arahan pengarah tersebut.

"Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya.

"Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang," katanya.

Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3.

Ia turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi.

David Teo Habiskan RM4.5 Juta Untuk Beri Hadiah

Posted: 27 Jan 2011 09:22 PM PST


PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus "1 Dekad, 49 Filem" yang diadakan di Hotel One world, di sini, Rabu.

Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, dia gembira kerana acara tahunan itu lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.



Shaheizy Sam menerima sebuah rumah Semi-D serta pakej umrah bernilai RM30,000.
"Ini satu pencapaian buat MIG dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan lain-lain.

"Bila kita berkongsi keuntungan yang diperoleh, rezeki kita akan lebih murah pada masa akan datang.

"Saya percaya, tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata," katanya.

Pada majlis tersebut, pelakon Shahaizy Sam dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.


Farid Kamil antara pengarah muda yang sedang meningkat naik dibawah naungan MIG.
Farid Kamil pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.

Dalam pada itu, Lisa Surihani dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang.

Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5, diikuti pula dengan pekerja-pekerja MIG turut menerima sebuah rumah Semi-D.



David Teo dan Lisa Surihani
Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.

Enam di antara merka berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan boxoffice.

Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.

Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.

Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem yang antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.

Sharifah Shahira Sahkan Jadi Deejay Suria FM

Posted: 27 Jan 2011 09:20 PM PST


PETALING JAYA: Bagi memantapkan lagi stesen penyiaran mereka, Suria FM berjaya memancing pengacara popular Sharifah Sahira menjadi deejay stesen itu berkuat kuasa Isnin depan.

Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

"Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.

"Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini," kata Shahira.

Penyertaan Shahira dilihat untuk meningkatkan rating stesen itu sama seperti kejayaan Sinar FM yang turut mempertaruhkan tiga juruhebah mereka iaitu Khairil Rashid, Salih Yaacob dan Raja Azura bagi mengendalikan slot pagi.

Pengumuman tentang pelantikan Shahira sebagai penyampai baru radio tersebut akan diberitahu dalam satu sidang media khas: Breakfast@Suria Terbaharu di Studio V, One Utama, pukul 3 petang, Jumaat.

Menjawab dakwaan bahawa dia akan menjadi pesaing terdekat Raja Azura atau Kak Engku, Shira bagaimanapun menyerah segalanya kepada penerimaan pendengar.

"Saya bekerja untuk keluarga dan tidak menganggap kerja yang saya lakukan ini sebagai suatu persaingan kerana saya dan Kak Engku berkawan baik dan kami mempunyai stail masing-masing.

"Saya menganggap Kak Engku seorang penyampai yang terbaik," ujarnya yang menerima tawaran tersebut melalui panggilan telefon pada awal Januari lalu.

Tambahnya: "Saya tak berfikir panjang, selepas mereka memberikan tawaran untuk menjadi penyampai radio Suria FM, terus saya bersetuju. Saya ditawarkan menjadi penyampai radio secara kontrak selama setahun."

Dalam masa yang sama, Shahira berseloroh tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengendalikan slot di awal pagi itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah enggan mengulas tentang perkara tersebut sebaliknya mengesahkan stesen itu akan menerima penyampai radio baru yang juga seorang artis wanita popular dalam industri hiburan tanah air.

Kahwin Bukan Nak Tutup Status Seksual - Awal

Posted: 27 Jan 2011 08:53 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari,30, menjelaskan kekasihnya Scha Al-Yahya lebih tahu siapa dirinya yang sebenar serta hubungan yang mereka jalinkan.

Awal berkata, Scha juga bukan jenis individu yang mudah memeprcayai kata-kata dan juga tuduhan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

"Scha lebih tahu siapa diri saya yang sebenar. Itu adalah kepercayaan yang amat paling penting.

"Kami telah berkawan selama satu tahun setengah dan saya pasti dia bukan bodoh untuk menilai tentang diri saya," ulas Awal mengenai gosip dalam sebuah portal yang mengatakan dia hanya berpura-pura bercinta dengan Scha untuk menutup dirinya seorang gay.


Scha
Kata Awal, penampilannya sebagai seorang lelaki yang bergaya ataupun lebih bercirikan metroseksual mungkin menyebabkan sesetengah pihak tersalah anggap dengan statusnya itu.

"Sebelum ini ramai lagi artis lelaki yang dilemparkan tuduhan kononnya mereka adalah gay kerana gaya dan penampilan mereka tetapi terbukti tuduhan itu tidak benar.

"Kebanyakan mereka semua sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak. Hanya kerana mengamalkan gaya hidup metroseksual tidak bererti gay," katanya selepas ditemui pada majlis pandu uji kereta model Honda CR-V di sebuah restoran di sini, Khamis.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dia dan Scha ada berbincang mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu, Awal mengakui pernah berbicara mengenainya.

"Kalau ada pihak yang termakan dengan apa yang orang cakap mungkin sekarang Scha telah meninggalkan saya tetapi percintaan kami masih kekal," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran program Rentak Bolly di India.

Pernah berangan-angan untuk mengakhiri zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun, Awal berkata apabila saat itu tiba, keputusan untuk berkahwin bukan untuk menutup cakap-cakap masyarakat mengenai status seksualnya tetapi kerana kehendak diri sendiri.

"Saya tidak akan berkahwin hanya kerana ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa saya lelaki tulen tetapi kerana kehendak diri saya sendiri.

"Saya tidak perlu buktikan bahawa saya bukan gay," katanya yang bakal mengacarakan program Fuhhh! musim terbaru di TV3.

Mengharapkan jodohnya dengan Scha panjang, Awal memberitahu apa yang diperkatakan oleh masyarakat mengenai status seksualnya adalah tidak penting kerana dia lebih mengetahui mengenai perkara itu.

"Saya tidak boleh menutup mulut orang lain untuk berhenti bercakap mengenai diri saya.

"Cukup keluarga,teman rapat dan Scha mengetahui siapa diri saya. Itu sudah memadai," katanya mengakhiri perbualan.

Shila Amzah Jayakan Persembahan Di Kazakhstan

Posted: 27 Jan 2011 08:52 PM PST


KUALA LUMPUR: Setelah 12 tahun berkecimpung dalam industri seni, buatpertama kalinya penyanyi Shila Amzah (gambar) akan menjayakan konsert di Kazakhstan bermula 30 Januari sehingga 5 Februari depan.

Shila merupakan satu-satunya artis Malaysia yang di undang untuk menyanyi di konsertAsia Star Session pada Festival Voice of Astana sempena temasyasukan 7th Winter Asian Games di negara itu.

Temasya itu merupakan sambutan ke-50 tahun acara sukan tersebut sejak pertama kali diadakan di New Delhi pada tahun 1951.

Pemilihan Shila ke Kazakhstan dilakukan oleh Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) agensi yang bertanggungjawab mengutip royalti persembahan artis di tempat awam.


Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu.
"Selaku pihak yang dilantik oleh jawatankuasa penganjur bagi memilih wakil Malaysia ke festival tersebut, kami melihat kecemerlangan vokal Shila dan kejayaannya menjuarai pertandingan Penang-Shanghai world Star Quest pada Mei 2008," kata Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chudalam satu sidang media di Bora Ombak, Ampang, di sini, Khamis.

Shila akan berkongsi pentas bersama-sama penyanyi dari 45 buah negara seperti Korea Selatan, Jepun, China, Filipina dan negara-negara dari Timur Tengah.

Selain konsert Asia Star Session, festival itu turut merangkumi dua lagi acara besar iaitu konsert Klasikal dan Opera serta Moden dan Hip Hop.

Shila yang akan berlepas ke Kazakhstan Ahad ini akan ditemani oleh ibu bapanya dan wakil pihak Prism.

"Saya rasa teruja kerana akan membuat persembahan di hadapan ramai penonton dari luar negara. Saya akan membuat persembahan pada 3 Februari dengan memilih lagu Nirmala nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan sebuah lagu Inggeris yang belum diputuskan.

"Setakat ini, saya berlatih menyanyi lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus dan I Drove All Night nyanyian Celine Dion.

"Selain itu, saya suka melancong dan ini merupakan kali pertama saya terbang jauh," katanya yang pernah membuat persembahan di Singapura.

Selain memperkenalkan lagu Malaysia di sana, anak kepada pelakon ND Lala ini akan menonjolkan budaya Malaysia dengan memperagakan pakaian daripada tiga pereka tempatan iaitu Faizal Azraf, Salikin Sidek dan Ariff Shukor.

"Sebagai persediaan sebelum ke sana, saya telah membuat latihan nyanyian selama sebulan dan tidak lepas bersenam selama 30 minit di rumah untuk mengekalkan stamina.

"Saya juga berharap kesihatan tidak terjejas apabila berada di sana walaupun sekarang ini sedang menghidapi selesema. Bagaimanapun, saya tetap mementingkan penjagaan hidung, telinga dan tekak. Doakankesihatan saya," ujarnya yang turut tampil dengan album 3 Suara gabungan bersama-sama Jaclyn Victor dan Ning Baizura.

Album tersebut akan dilancarkan pada 18 Februari ini di Solaris Dutamas. Kini, single pertama album tersebut berjudul Di Mana Di Mana telah diputarkan di radio.

Konsert Aznil Inspirasi Persembahan Sudirman

Posted: 27 Jan 2011 08:51 PM PST


PETALING JAYA: Selepas 21 tahun bertapak dalam bidang seni, pengacara Aznil Nawawi, 48, buat julung kalinya bakal mengadakan Konsert Hore Hore pada 12 Mac ini di Taman Tasik Titiwangsa, pukul 8.45 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkonsepkan kekeluargaan dan ia diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Aznil, dia gembira kerana berpeluang mengadakan konsert tersebut kerana sebelum ini dia hanya sekadar mengendalikan sesebuah konsert sebagai pengacara atau artis jemputan.

"Saya bersyukur diberi peluang sebegini kerana belum pernah lagi seorang pengacara melakukan konsert sendiri. Tambah pula saya tidak pernah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert.

"Walaupun tidaklah sehebat dengan konsert-konsert artis lain, saya tetap akan menghiburkan penonton dengan nyanyian serta lawak jenaka saya untuk memastikan konsert saya meriah.

"Setakat ini saya bersama pihak produksi ada membincangkan tentang kejutan-kejutan yang akan dibuat serta pecahan segmen dan salah satunya ialah segmen penghormatan untuk Allahyarham Sudirman," katanya pada sidang media acara itu di Bukit Kiara Equastrian Park, di sini, Khamis.


Aznil ketika sidang media Konsert Hore Hore, Khamis.
Tambah pengacara itu, dia juga ingin membuat beberapa gimik serta menempah kostum khas rekaannya sendiri.

Malah Aznil akan membuat latihan senaman untuk menguatkan stamina sebagai persiapan awal konsert tersebut.

"Saya menjadikan konsert Sudirman sebagai inspirasi saya dan mahukan satu kelainan dalam konsert ini agar ia akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu saya akan menempah sebanyak 4 pasang baju menggunakan rekaan saya sendiri.

"Saya juga akan memaparkan keperibadian sebenar saya serta berkongsi cerita tentang susah senang saya dengan pendekatan yang tidak membosankan penonton," ujarnya.

Pada konsert tersebut Aznil juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Toyol, Teramat Sangat, Jangan Cepat Marah serta beberapa lagu popular daripada penyanyi wanita dan muzik-muzik indie.

Selari dengan konsert tersebut, Karnival Hore Hore turut diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Kaunter penjualan tiket boleh didapati di Istana Budaya, Pejabat Ticket2u di Taman Melawati, Hulu Kelang, Triways Travel Network KLCC, Sri Amera Holiday (Shah Alam dan Putrajaya), My Axis Travel (Shah Alam,Kinrara dan Klang) atau layari www.ticket2u.biz.

Untuk pertanyaan mengenai tempahan tiket, sila hubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.

Tiket dijual dengan harga dari RM15 hingga RM200.

Benarkah Qhaud AF7 Tidak Minat Menyanyi?

Posted: 27 Jan 2011 08:50 PM PST


KUALA LUMPUR: Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Qhaud yang semakin aktif di pentas lakonan menafikan sudah tidak berminat pada bidang nyanyian lagi.

Hampir dua tahun selepas AF7, kecenderungan pemilik nama sebenar Mohd Qhaud Abd Rashid itu menghiasi pelbagai drama televisyen, teater dan filem dilihat seolah-olah meminggirkan kerjaya nyanyiannya yang suram.

Menurut Qhaud, tawaran lakonan yang berterusan telah memaksa dia untuk menangguhkan seketika perancangan untuk muncul dengan lagu atau album sulung.

"Saya masih meminati nyanyian sebenarnya. Cuma buat masa ini, beberapa tawaran lakonan yang hadir menyebabkan saya tidak sempat untuk menumpukan perhatian pada perancangan mengeluarkan lagu atau album pertama.

"Bagaimanapun, seboleh mungkin saya akan cuba keluarkan album pertama atau sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam tahun ini juga.

"Konsep lagu masih lagi saya usahakan untuk mencari kelainan buat peminat muzik," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Sini Ada Hantu di GSC Mid Valley, di sini, Rabu.

Bercerita tentang filem arahan James Lee itu, Qhaud mengakui pembabitannya dalam produksi filem tersebut sangat menyeronokkan walaupun gementar untuk berlakon.

Menjayakan watak sebagai pelajar sekolah bernama Yaakub, Qhaud mengakui tidak berdepan sebarang kesulitan atau 'gangguan' ketika penggambaran filem seram komedi itu.

"Saya seronok terlibat dalam filem ini. Sebenarnya ini bukan pengalaman pertama bekerja di bawah James.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dalam sebuah telefilem di bawah arahannya juga. Dari situlah James menawarkan saya peluang ini.

"Walaupun ia filem seram tetapi saya tidak hadapi sebarang masalah atau 'gangguan' sepanjang penggambaran berlangsung," katanya yang turut terlibat dalam muzikal Terima Kasih Cinta yang bakal dipentaskan bermula 17 Februari hingga 6 Mac ini di Istana Budaya.

google: qhaud af7, qhaud af7 facebook, qhaud af7 blog, qhaud af7 twitter, qhaud af7 myspace, qhaud af7 bio, qhaud af7 biodata, qhaud af7 profile, gosip qhaud af7, filem terbaru qhaud af7,

'Carefree' Cari Wanita Untuk Jadi Pelakon

Posted: 27 Jan 2011 08:48 PM PST


PETALING JAYA: Jenama tuala wanita Carefree kini sedang mencari wanita muda yang berbakat untuk berlakon bersama-sama Scha Al-Yahya, dalam siri drama televisyen baru yang akan disiarkan pada bulan Jun ini.

Carefree Girl Bebaskan Bakatmu telah diumumkan semasa sidang media hari ini, di mana dutanya, Scha Al-Yahya sendiri mempamerkan lambang dan logo pencarian pelakon gandingannya.

Pencarian tersebut dikatakan sebagai "jalan pantas" untuk menjadi bintang dan Scha menyeru wanita berumur antara 18 hingga 35 tahun untuk menyertai sesi uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir Februari ini.

"Pencarian bakat Carefree menawarkan peluang keemasan yang jarang dilakukan untuk wanita muda menjadi bintang televisyen dalam sekelip mata. Sekiranya anda seorang yang berbakat dan ingin menjadi seorang pelakon seperti saya, inilah cara mudah untuk mendapat peluang berlakon dalam siri drama televisyen," kata Scha.

Menceritakan hadiah-hadiah yang akan ditawarkan,Gadis Carefree bakal memenangi wang tunai RM10,000 serta produk itu.

Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Stanford Guo, pihaknya sememangnya komited untuk memenuhi keperluan wanita supaya berasa segar sentiasa setiap hari tanpa perlu risau mengenai ketidakselesaan selain membolehkan wanita untuk meluahkan ekspresi dengan bebas.

Seiring dengan kepercayaan jenama ini, untuk melahirkan bakat wanita muda, idea mengadakan pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu diperoleh bagi mencari seorang gadis yang penuh semangat dan berkeyakinan untuk memainkan peranan dalam drama siri televisyen itu.

Pemenang pencarian itu nanti akan berpeluang berlakon bersama-sama barisan pelakon muda dan terkenal iaitu Scha Alyahya, Marsha Londoh dan Awal Ashaari.

Pencarian bermula dengan pusingan kelayakan untuk menjadi finalis melalui sesi uji bakat di seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac, diikuti dengan pencarian pada peringkat akhir di Kuala Lumpur, akhir bulan April.

Pemenangnya akan terus menerima latihan untuk mengambil peranan yang bakal dilakonkan sebelum memulakan penggambaran dalam produksi drama televisyen yang akan ke udara di Astro Ria pada akhir bulan Mei.

Sesi uji bakat di seluruh negara untuk pencarian ini akan diadakan di empat buah cawangan pasar raya besar Giant.

Ia Bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 & 27 Februari seterusnya di Giant City Mall, Kota Kinabalu (6 dan 6 Mac) dan Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang, (12 & 13 Mac).

Sementara di Selangor pula akan diadakan di Giant, Bandar Kinrara, 19 dan 20 Mac.

Terdapat dua cara untuk menyertai sesi uji bakat iaitu:

Pertama, beli pek permulaan Carefree dengan panty liner Ultra Thin & Super Dry bernilai RM8.90 atau panty liner Acti-Fresh & Healthy Fresh bernilai RM11.90.

Kemudian layari www.facebook.com/mycarefree atau dengan mencari "Pink Daisy". Melalui laman sosial itu, peserta berpeluang menghantar permohonan berpandukan syarat yang dinyatakan termasuklah menyertakan bukti pembelian dengan memuat naik imbasan atau foto resit.

Peserta juga dikehendaki menyertakan sekeping gambar sendiri yang terkini.