Adsense

Selasa, 24 Julai 2012

Zon Artis

Zon Artis


“Artis Tak Wajar Campur Aduk Politik Dan Kerjaya” – Zed Zaidi

Posted: 24 Jul 2012 08:38 PM PDT

ZED ZAIDI PRESIDEN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA

Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menegaskan, meskipun menyertai parti politik merupakan hak setiap individu, namun penggiat seni tidak sepatutnya mencampur aduk antara politik dan bidang seni demi kepentingan masing-masing.

Seperti kata Zed Zaidi:-

"Jika artis mahu menyertai mana-mana parti politik, itu terpulang kepada mereka. Perjuangan politik negara dan perjuangan seni tanah air adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak boleh dicampur aduk. Jangan melibatkan kepentingan peribadi apabila menyertai parti politik,"

Mengulas perkembangan artis menyertai parti-parti politik, tidak kira parti kerajaan atau pembangkang, Zed Zaidi menyatakan golongan artis perlu mengambil sikap neutral kerana perjuangan mereka adalah semata-mata untuk semua ahli persatuan tanpa mengira fahaman politik.

"Jika mana-mana artis mahu sertai parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang, itu tidak menjadi satu masalah. Terpulang kepada prinsip dan ideologi masing-masing,"

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Kereta Audi A5 Cabriolet Milik Tasha Shilla?

Posted: 24 Jul 2012 10:19 AM PDT

GAMBAR TASHA SHILLA SEKSI

Pergh! Terbeliak mata ini melihat kereta mewah berjenama Audi A5 Cabriolet berwarna putih dengan nombor pendaftaran yang sungguh unik, TASH4 yang dipercayai milik penerima anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 iaitu Tasha Shilla. Cekidaut~

KERETA AUDI A5 CABRIOLET TASHA SHILLA

Jika benar kereta Audi A5 Cabriolet berwarna putih dengan nombor pendaftaran TASH4 ini milik Tasha Shilla, memang kami tabik spring la kat beliau sebab mampu memiliki kereta mewah yang menjadi idaman ramai itu termasuklah kami. Serius jealous!

Untuk info, berdasarkan harga semasa di laman Oto.my, Audi A5 Cabriolet jenis baru ini boleh mencecah harga RM269,000! *Pengsan.

Related Posts with Thumbnails