Adsense

Selasa, 24 Julai 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Mangsa k-pop

Posted: 23 Jul 2012 11:07 AM PDT

Bunk Not Dead, album kedua Bunkface yang dilancarkan minggu lalu boleh dianggap interpretasi ketidakpuasan hati Sam, Youk dan Paan terhadap banyak perkara, termasuk layanan berat sebelah buat kumpulan tempatan.

Enggan menuding jari ke arah mana-mana pihak, tiga pemuda yang lantang bersuara ini berkata, siapa makan cili akan terasa pedasnya. Mereka kecewa apabila kumpulan muzik tempatan tidak diberikan peluang sama rata, sebaliknya menyifatkan orang kita lebih mengagung-agungkan penyanyi luar.
Terutama dengan fenomena K-pop ketika ini, sehingga jutaan ringgit dilaburkan untuk mengundang kumpulan Korea, manakala band tempatan hanya ditampil dalam persembahan percuma.

Kami sudah tidak tahan dengan sikap double standard terhadap band tempatan.

Kami faham penganjur boleh buat duit dengan mengundang penyanyi antarabangsa.

Tapi bagaimana nasib band tempatan?
Sesuatu perlu dilakukan supaya masyarakat tidak terlalu bergantung kepada konsert percuma. Sudah tiba masanya masyarakat dididik untuk mengeluarkan duit bagi menonton konsert.

Inilah silapnya apabila orang ramai terlalu didedah dengan konsert percuma.

Penganjur pula berpendapat, apabila persembahan membabitkan artis dan band tempatan, ia mesti dilakukan secara percuma.

Jika begitu, band tempatan tidak boleh cari makan, kata.

Sedarkan masyarakat

Lagu Kita Perang Kita Menang ialah terjemahan mereka terhadap isu berkenaan.

Bagi Bunkface, lagu menjadi langkah pertama dalam memperjuangkan nasib penggiat muzik tempatan.

Penyanyi lain mungkin tidak berani lantang bersuara dalam album mereka, tetapi tidak bagi kumpulan ini. Mereka tidak gentar jika lagu Bunkface diharamkan di corong radio kerana niat mereka hanyalah untuk menyedarkan masyarakat agar tidak terus ditindas.

Kami kumpulan punk rock, takkanlah tiba-tiba hendak tukar konsep kepada lagu cinta pula? Apa pun, lagu kami bukan bertujuan memprotes, tetapi untuk menyedarkan masyarakat.

Perkara itu juga antara yang mengecewakan kami, apabila pemuzik ada kalanya tidak bebas berkarya.

Bila buat lebih-lebih, pasti kena.

"Ketika tujuan kami hanya mahu menyelamatkan industri, ada yang menuduh kami hendak menghancurkannya, kata sam.

Tidak batal

Posted: 23 Jul 2012 11:02 AM PDT

Pengunduran Adlin Aman Ramli selaku pengarah Teater Tun Siti Hasmah tidak akan menghalang World Islamic Network Television Sdn Bhd (WINTSB) mementaskan kisah isteri mantan Perdana Menteri itu seperti dijadualkan di Istana Budaya, bermula 30 Ogos sehingga 8 September ini.

Pengerusinya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, berkata Erma Fatima kini dipertanggung jawabkan mengambil alih tempat Adlin, malah sutradara berpengalaman itu giat memperhalusi semula naskhah skrip yang dijangka dapat disempurnakan minggu ini. Tegasnya, tiada sebab untuk menunda atau membatalkan pementasan seperti dilaporkan sebuah akhbar kerana teater itu sudah dirancang sejak setahun lalu, apatah lagi latihan kini rancak dijalankan manakala penaja juga memberi sokongan penuh.
Kami kecewa apabila timbul isu pembatalan sedangkan hakikatnya hanya berlaku perubahan pengarah. Adlin sendiri sudah bertemu dengan saya dan meminta pelepasan pada minggu lalu, selain menjelaskan keadaan sebenar serta sebab penarikan dirinya.

Kami menghormati permintaannya, lagi pun kebetulan Erma yang sebelum ini bertindak sebagai Penasihat Eksekutif pementasan ini baru pulang dari Makkah sekali gus membolehkannya menggalas tugas sutradara.

Sebenarnya awal dulu kami pernah melamar Erma, tetapi waktu itu dia sibuk dengan penggambaran dramanya. Nampaknya jodoh Erma memang kuat dengan Teater Tun Siti Hasmah ini, katanya ketika dihubungi.

Pementasan itu akan menyaksikan aktres tersohor, Erra Fazira, membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Khairuddin berkata, diharap tiada pihak menyebarkan lagi spekulasi kurang enak kerana sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan keyakinan penaja, selain boleh memberi kesan kepada penjualan tiket.

Memang kami terkejut apabila membawa laporan desas-desus pembatalan padahal tiada masalah besar. Biasalah, apabila berlaku rombakan pengarah yang juga penulis skrip, tentu orang baru perlu memperhalusi semula naskhah berkenaan dari awal.

Setakat ini, kami sudah bertemu sendiri penaja bagi memperjelaskan keadaan. Cuma ada di kalangan bakal penaja yang teragak-agak sedikit selepas mendengar khabar angin berkenaan, katanya.

Ditanya reaksi Dr Siti Hasmah, katanya, beliau sendiri terus menghubunginya sebaik membaca berita terbabit dan akuinya, beliau memahami berlaku salah faham berhubung pertukaran pengarah hingga mencetuskan isu pembatalan.

Ulasnya lagi, satu sidang media akan diadakan dalam tempoh terdekat yang bertujuan mengumumkan barisan pelakon selain membuka peluang kepada wartawan melihat perkembangan latihan atau kerja penerbitan.