OHBULAN! |
“Bukan Salah Saya” – Mamat Sepah Jawab Isu Zed Zaidi ‘Kemalangan’ Posted: 24 Jul 2012 10:36 PM PDT Kecoh sebentar dunia hiburan apabila timbulnya khabar angin mengatakan Zed Zaidi mengalami kemalangan dan foto Presiden Seniman itu mengalami kecederaan turut tersebar dengan pantas di laman Twitter. Isu ini mula menjadi hangat apabila sekitar 1.20 pagi hari ini (25 Julai), Mamat Sepah telah menulis satu status di akaun Twitternya mengatakan Zed Zaidi telah mengalami kemalangan. Sekeping gambar turut dimuat-naik dan ia memang benar-benar menimbulkan kejutan pada para pengikut Mamat Sepah sehinggakan 'tweet' tersebut telah di'ReTweet' lebih 200 kali. Antara kandungan tweet Mamat Sepah ialah, "Zed Zaidi xcident, doakan beliau selamat. amin ~ info Ruthle Adam." Namun begitu, sebenarnya gambar diatas adalah sebuah babak dari sesi penggambaran Zed Zaidi dan ini telah menimbulkan pertanyaan dan spekulasi pada beberapa pihak terhadap berita yang disebarkan oleh Mamat Sepah. Sebentar tadi, OHBULAN! berjaya menghubungi Mamat Sepah demi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat mengenai situasi itu. "Saya minta maaf tapi ini bukan salah saya kerana saya sendiri mendapat info dari orang lain. Orang tersebut adalah rakan artis juga," jelas Mamat Sepah. Persoalannya, relevankah laman sosial kini dijadikan sebuah medium untuk menyampaikan berita sebegini? |
Posted: 24 Jul 2012 10:36 PM PDT Jenama Wings yang bertahan selama 3 dekad dalam industri hiburan ini adalah satu pencapaian yang tak boleh dipandang enteng. Setelah hampir 10 tahun mereka tidak mengeluarkan album, kini Wings, dengan mengekalkan anggota yang sama akan mengeluarkan sebuah lagi karya seni berjudul, "Menakluk Kosmos". Uniknya, sebelum ini Wings berada di bawah naungan syarikat label antarabangsa, kini mereka mengorak langkah dengan menggunakan kepada tenaga tempatan melalui syarikat label, KRU Music. Menceritakan pembabitan KRU Music bersama Wings, Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk KRU Music dapat dilihat sebagai sebuah entiti yang boleh bersaing dengan syarikat antarabangsa. "Sudah tibanya masa untuk KRU Music duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, setaraf dengan label antarabangsa. Justeru, pemilihan Wings adalah penting kerana kami memerlukan kumpulan artis yang mempunyai pengaruh sendiri." Pada masa yang sama, Norman turut menyatakan sistem toleransi antara Wings dan Kru Music dalam penghasilan album terbaru ini. "Sebagaimana yang anda tahu, Wings sudah mempunyai kelompok peminat yang besar. Jadi, kami berhasrat untuk tidak campur tangan dalam penghasilan genre music, mereka lebih memahami selera peminat. Tapi apa yang KRU Music boleh bantu adalah daripada segi teknikal serta pemasaran. Contohnya, promosi untuk album ini akan dibantu dengan penghasilan 2 muzik video untuk single hit mereka." Awie, vokalis Wings berkata keputusan untuk bernaung dibawah label KRU Music telah dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor semasa. "Kita ambil keputusan yang agak lama untuk bernaung di bawah KRU Music. Sebabnya, kita mahu pastikan apa yang kami mampu buat untuk KRU Music, dan apa yang mereka mampu lakukan untuk kami." |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |