Celebrity News |
Gambar Logo Kemerdekaan Malaysia Kecoh Di Internet Posted: 23 Jul 2012 09:28 PM PDT Sana sini rakan-rakan kita di internet bercerita mengenai logo hari kemerdekaan ke ke 55 yang menjadi pilihan sebagai rekaan dan diluluskan oleh kerajaan. Entah dimana silapnya ada beberapa orang yang mempertikaikan logo tersebut. Dan diantara alasan yang ZoOm baca daripada beberapa blog seperti : 1.Seperti direka oleh kanak-kanak sekolah 2.Tidak ada kepuasan apabila melihat logo tersebut 3.dll.....cuba search dalam internet, nescaya anda akan membaca 1001 komen. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Pakej Perkhimatan Prabayar Njoi Astro Posted: 23 Jul 2012 09:21 PM PDT Perkhidmatan Prabayar Televisyen Satelit Pertama di Malaysia Tersedia untuk semua pelanggan NJOI di seluruh negara Kuala Lumpur, 19 Julai 2012 – Astro hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan prabayar televisyen satelit yang pertama di Malaysia. Prabayar NJOI, sejenis perkhidmatan bayar-dan-tonton kini membolehkan semua pelanggan NJOI untuk mengakses kandungan premium di saluran tambahan, selain 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio bergantung kepada keperluan tontonan dan bajet masing-masing. Sebagai permulaan, Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej prabayar - Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan Filem dan Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xing). Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan menonton dan bajet para pelanggan NJOI. Setiap pakej Prabayar NJOI boleh didapati menerusi baucer prabayar RM20 yang boleh dibeli dari pengedar NJOI yang sah tanpa sebarang yuran langganan berganda atau kontrak. Selepas melakukan pembelian dan mengaktifkan perkhidmatan prabayar ini, pelanggan NJOI akan menikmati 15 hari akses tontonan pakej prabayar secara serta merta. Tawaran prabayar ini membolehkannya dimiliki oleh mereka yang bukan dari kalangan para pelanggan Astro untuk mengakses kandungan hiburan berbentuk umum dan filem premium. Tawaran menarik ini boleh didapati dengan hanya membayar serendah RM1.33 sehari! Puan Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, "Astro berhasrat untuk menawarkan nilai yang menyeluruh, bersesuaian dengan gaya hidup, kesukaan dan bajet para pelanggan. Kami bertekad untuk menyediakan akses kepada hiburan, pendidikan dan maklumat untuk masyarakat. Oleh yang demikian, satu program Tanggungjawab Korporat Sosial NJOI telah dilancarkan pada bulan Disember 2011 untuk menjadi jambatan bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia. Pada bulan Februari 2012 pula, kami telah melancarkan perkhidmatan NJOI yang boleh didapati secara komersial untuk para pelanggan yang tidak mahu terikat dengan yuran langgan bulanan. Perkhidmatan Prabayar NJOI yang dilancarkan pada hari ini mewakili satu lagi inovasi unik dalam perkhidmatan Astro, yang menyalurkan kandungan model terbaru untuk mengembangkan lagi pasaran kami terutama di kalangan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Prabayar NJOI akan diperkenalkan dalam beberapa peringkat. Sistem baucer prabayar diperkenalkan dalam fasa pertama. Pada masa akan datang, ciri prabayar yang lebih terperinci akan diperkenalkan dalam beberapa fasa seperti pengenalan layanan tambah nilai e-wallet dan perkhidmatan kandungan premium yang yang disampaikan melalui pelbagai platform." Menurut Ketua Pegawai Kewangan MBSB, Encik Tang Yow Sai berkata, "Inisiatif ini merupakan satu lagi kerjasama unik yang ditawarkan kepada pelanggan Astro dan MBSB dengan perkhidmatan tambah nilai yang pelbagai demi memanfaatkan kedua-dua pihak." Astro amat komited dalam memberikan pelaburan yang berterusan dalam memperkembangkan bakat, pembangunan kreatif dan teknologi menggariskan komitmen kami untuk menyediakan kandungan menarik untuk seluruh rakyat Malaysia. Kami menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memilih mengikut keperluan, keutamaan dan bajet mereka. Sila layari www.njoi.com.my atau berkunjung ke pengedar NJOI terdekat untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan NJOI Prabayar. |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |