Utusan Online - Hiburan |
Posted: Fiza bahagia dengan anak-anakOleh KHADIJAH IBRAHIM
EH... Annissa datang. Fiza apa yang akan terjadi kepada suami awak nanti," itulah antara soalan spontan yang diajukan oleh peminat sewaktu melihat Fiza di The Curve baru-baru ini. Ternyata lakonan Fiza sebagai Ana seorang isteri yang penyabar, memberi impak besar kepada peminat-peminatnya. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 31, berkata, itulah watak protagonis yang berjaya membuat penonton kasihan kepadanya. Sebelum ini Fiza sering diberi watak antagonis sehingga membuatkan orang beranggapan dia juga jahat seperti peranannya dalam drama bersiri Asmara. Bagaimanapun kata Fiza, akhir-akhir ini ramai yang mudah simpati dengannya dan tidak hairanlah rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin bertambah. "Alhamdulillah, akhir-akhir ini rezeki saya murah sangat. Ada banyak tawaran berlakon dan ada ketikanya, saya terpaksa tolak kerana jadualnya bertindih. "Sepanjang saya berlakon Annissa, ada lima job yang terpaksa saya tolak, dua untuk drama episod dan tiga telefilem. Selepas Annissa, saya ada job tapi saya tolak juga kerana tidak larat nak bekerja back to back," jelasnya. Fiza yang telah bercerai dengan suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 31, pada November 2010, dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2, berkata, matlamat hidupnya sekarang adalah untuk anak-anak. Menurut Fiza, biarpun dia dan suami mendapat hak penjagaan anak bersama, namun anak-anaknya banyak menghabiskan masa dengan bekas suami dan mertua di Gombak kerana kesibukannya berlakon. "Fiza tidak kisah anak-anak dijaga suami dan mertua kerana Fiza sendiri sibuk. Ada baiknya mereka dengan bekas suami kerana segala keperluan terjaga. "Walaupun Fiza tidak bersama kakak dan adik (panggilan untuk kedua-dua orang anaknya), tapi setiap apa yang mereka lakukan Fiza tahu. Fiza tahu pukul berapa mereka tidur, bangun, pergi kelas dan mengaji," katanya terus terang. Kata Fiza, pembantu rumahnya, Yulianti, 25, sentiasa menjadi mata dan telinganya ketika dia tidak bersama anak-anak. Baginya, Yulianti bukan sekadar pembantu tapi lebih kepada seorang saudara kerana mereka sudah bersama sejak Fiza melahirkan Feeya Adyrra. "Kalau nak tahu, bila si adik nak tidur, dia mesti cari Yulianti. Fiza tabiklah dengan dia sebab boleh menjaga kakak dan adik dengan sabar. Budak-budak biasalah, ada ketikanya tidak mahu dengar cakap. "Setiap kali Fiza shooting, ketiga-tiga mereka akan menetap di Gombak dan bila free, Fiza akan ambil mereka untuk tinggal dengan Fiza di Damansara. "Waktu itu, kami akan keluar jalan-jalan. Sebab itulah, orang sekitar The Curve sudah kenal kami kerana Fiza akan bawa anak-anak lepak kat sini," ceritanya tersenyum. S3 dapat melihat kemesraan yang terjalin antara Fiza dan anak-anak bersama dengan jurujual di bahagian permainan. Ketika Aryanna dan Adyrra ingin menunggang binatang mainan, mereka disuruh naik dulu dan bayar kemudian. Malah, Aryanna dan Adyrra yang comel dan sering menarik perhatian orang ramai itu turut menunjukkan kebolehan mereka membaca doa makan, tidur dan lagu-lagu berunsur keislaman. "Banyak perkara yang Fiza belajar daripada mereka. Kalau hari ini mereka diajar perkara baru di tadika atau kelas mengaji, pasti Fiza tahu malah secara tidak langsung, Fiza pun dapat belajar. "Cuba tengok telatah adik macam burung kakak tua. Dia ikut sahaja apa kakaknya buat, tapi ada bagusnya kerana dia dapat belajar banyak perkara," katanya. Disebabkan keletah anak-anaknya yang sentiasa ceria itulah Fiza tidak dapat berpisah lama dengan mereka dan setiap seorang dibelikan telefon bimbit selain pembantu rumah. Naluri seorang ibu membuatkan Fiza tidak dapat berpisah lama dengan anak-anaknya. Walaupun tidak dapat bertemu setiap hari kerana tugasan, namun Fiza akan pastikan dia berpeluang mendengar suara mereka. "Tiap kali mahu bertemu mereka, Fiza pasti teruja kerana ada sahaja cerita baru yang dapat Fiza dengar," katanya terus terang. Bila ditanya tentang masa depan, Fiza yang pernah dikaitkan dengan Faizal Mohd. Khan, 33, bapa kepada pelakon Erin Malek memberitahu yang dunianya sekarang adalah anak-anak dan kerjaya. Kata Fiza, dia tidak menolak jika bertemu jodoh lagi tapi untuk memilih siapa atau tarikh pernikahan, bukanlah urusannya. "Baru sangat Fiza bercerai. Bagilah Fiza kumpul wang untuk masa depan. Kalau ada jodoh, Fiza tidak menolak," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Alvin hilang stres dengan memecut Posted: Alvin hilang stres dengan memecutOleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
PECUTAN jentera kecil yang mampu mencecah kelajuan 60 hingga 120 kilometer sejam (km/j), go-kart berjaya menambat hati pendatang baru industri seni suara tanah air, Alvin Anthons sebagai alternatif untuk menghilangkan stres yang dialaminya. Mula meminati salah satu cabang sukan tersebut sejak beberapa tahun lalu, Alvin yang bernaung di bawah label milik Ajai, Wake The Baby itu mengatakan, dia adalah seorang yang suka memandu kereta dengan laju. Akan tetapi, pemilik kereta mewah BMW 5 Series itu akur dengan peraturan dan undang-undang jalan raya yang dipraktikkan di Malaysia. "Disebabkan tidak boleh memandu melebihi had laju di mana-mana jalan raya di negara kita, itulah sebabnya saya memilih untuk memandu go-kart. "Walaupun kelajuan 60 ke 120 km/j nampak macam perlahan bagi sesebuah kereta biasa, tetapi dalam kategori go-kart, pemandu boleh merasakan kelajuan kenderaan mini itu. "Tambahan pula, sukan ini dilindungi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan. Jadi, rasa gusar jika berlaku kemalangan dapat diminimumkan," kata jejaka berketurunan India itu. Ditemani dua orang rakannya, Alvin cukup berpuas hati apabila dapat memecut laju ketika memandu go-kart di litar yang bersebelahan dengan Litar Antarabangsa Sepang. Ujar Alvin, memandu di lokasi tersebut membuatkannya berasa seperti memandu jentera Formula 1 (F1) kerana deruman enjin kenderaan berkenaan boleh didengar dari litar go-kart itu sekiranya ada pemandu yang sedang membuat latihan. "Bunyi enjin di litar sebelah (litar F1) boleh didengari hingga ke sini. Jadi, suasana memandu go-kart di sini berbeza berbanding litar lain yang terdapat di Lembah Klang. "Barulah keseronokan dan kepuasan diperoleh pada tahap maksimum," katanya. Bagaimanapun, Alvin bukanlah seorang yang fanatik terhadap sukan bermotor itu sehinggakan dia sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jentera go-kart. "Cukuplah sekadar menyewa go-kart yang disediakan di litar ini. Saya belum terfikir lagi untuk memilikinya sendiri. "Sukan ini untuk suka-suka atau hobi. Lainlah kalau serius nak jadi pelumba go-kart," terangnya kepada S3. Sedikit mengenai perkembangan seninya, Alvin yang baru saja tampil dengan single sulung ciptaan Ajai, Berdua, mengharapkan industri muzik memberikan ruang kepadanya untuk melakar nama sebagai penyanyi. Walaupun dimonopoli oleh kaum Melayu, Alvin yakin akan mendapat tempat dalam kelompok artis tempatan bersandarkan semangat 1Malaysia yang dipupuk di negara ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |