macam macam hiburan terkini |
- Norman Hakim & Memey Suhaiza Menangis Bebas Tuduhan Khalwat
- Nera (AF9) Boleh Bercinta Dengan Bukan Melayu
- Zach Mahu Buat Album Kerana Siti Nurhaliza
- Norman KRU Mahu Anak Secepat Mungkin
Norman Hakim & Memey Suhaiza Menangis Bebas Tuduhan Khalwat Posted: 28 Jul 2011 08:29 PM PDT KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat, tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan. Norman dan Memey yang hadir bersama pada pukul 9.30 pagi Jumaat, menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan. google: memey dan norman hakim, kes khalwat memey dan norman hakim, keputusan terkini terbaru kes khalwat memey dan norman hakim, keputusan kes memey dan norman hakim, berita terkini memey dan norman hakim, terbaru kes khalwat memey dan norman hakim, keputusan mahkamah kes khalwat memey dan norman hakim, memey dan norman hakim 2011 |
Nera (AF9) Boleh Bercinta Dengan Bukan Melayu Posted: 28 Jul 2011 08:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia ke 9 (AF9) Nera atau nama sebenar Queennera Francis Kitingon, 19, memberitahu keluarganya tidak pernah menghalang untuk dia bercinta dengan lelaki Melayu atau berlainan agama. Tambah Nera, ahli keluarganya berfikiran terbuka dan sentiasa memberi sokongan apa juga pilihannya. "Keluarga tidak pernah menghalang saya untuk berkawan dengan siapa sahaja, mereka tidak pernah meletakkan syarat dan sentiasa berfikiran terbuka. "Bagaimanapun sebagai ibu bapa mereka sentiasa memberi nasihat kepada saya agar menjaga diri dalam apa juga yang saya lakukan," katanya. Bagaimanapun, Nera mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24. "Saya belum mempunyai kekasih atau bertemu orang yang betul-betul sesuai dengan saya. Lagi pula saya masih baru di sini dan baru memulakan kerjaya. "Saya dan Azri berkawan rapat sejak di dalam akademi tapi apabila sudah keluar dari akademi kami jarang bertemu dan sibuk dengan hal masing-masing," katanya. Ditanya tentang lelaki idaman, Nera memberitahu dia mendambakan lelaki yang jujur dan bertanggungjawab. "Saya tidak kisah atau terlalu memilih cukuplah dengan seorang yang baik hati, jujur dan bertanggungjawab sebagai lelaki," tuturnya. Sementara itu, Nera yang baru muncul dengan "single" terbaru berjudul Hatiku Milikmu memberitahu telah menitiskan air mata ketika merakamkan lagu tersebut. "Lagu ini sangat menyentuh hati saya, ketika menghayati dan memahami lagu tersebut sewaktu proses rakaman, saya menangis. "Saya terharu kerana ramai yang memberi maklum balas baik terhadap lagu tersebut, secara tidak langsung saya dapat menangkis cakap-cakap orang tentang bakat nyanyian saya," katanya. google: nera af9, nera af9 blog, nera af9 facebook, nera af9 myspace, gambar terbaru nera af9, nera af9 2011, album nera af9 2011, single terbaru nera af9 2011, berita nera af9, nera af9 profile, nera af9 bio, nera af9 biodata, nera af9 seksi, nera af9 hot, gambar terkini nera af9, nera af9 bogel, nera af9 putih, buah dada nera af9, kontroversi nera af9, nera af9 hatiku milikmu |
Zach Mahu Buat Album Kerana Siti Nurhaliza Posted: 28 Jul 2011 08:25 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Zachery Francis atau mahu dikenali sebagai Zach Diamond, 34, bakal kembali mewarnai dunia nyanyian apabila berhasrat menghasilkan album secara solo selepas meninggalkan dunia nyanyian sejak sekian lama. Menariknya, dia yang popular sebagai anggota kumpulan X-Factor berhasrat menyahut cabaran itu selepas diminta oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang mahukan dia berbuat demikian. "Datuk Siti Nurhaliza berpesan kepada saya untuk membuat album solo dan tidak mahu melihat saya hanya sibuk berlakon. "Jika ada rezeki, saya akan cuba menunaikan keinginannya selain perlu meminta pendapat daripada kawan-kawan saya yang lain," katanya kepada mStar Online. Semuanya bermula apabila dia dan Siti dipertemukan dalam satu majlis hari jadi rakan baiknya, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. Dalam majlis itu, mereka dikehendaki berduet mendendangkan lagu Dealova yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia. "Saya agak teruja apabila pertama kali menyanyi bersama-sama dia (Siti) dan terkelu lidah apabila dia meminta saya menghasilkan album. "Pada waktu itu juga, saya terlepas cakap untuk mempelawanya berduet bersama-sama dalam satu album," ceritanya lagi. Pelakon drama Si Capik dan Duyong Aridinata yang kini selesa bergerak sendiri berbanding mempunyai pengurus ini juga akan tampil dengan single berjudul Aura Membara nyanyian bersama dua anggota X-Factor iaitu Danny dan Shah. Menyentuh tentang nama barunya Zach Diamond yang mengambil sempena nama berlian, lelaki itu menganggap nama itu akan memberi satu maksud yang bernilai memandangkan berlian merupakan batu yang keras dan kukuh. "Saya masih baru menggunakan nama ini untuk diperkenalkan dalam beberapa drama lakonan saya. Saya juga mahu lari daripada gelaran Zach X-Factor," jelasnya. Beralih kepada lakonan, dia baru sahaja selesai penggambaran drama Cut Amirah untuk stesen televisyen di Singapura dan sedang menjalani penggambaran drama Biarlah Rahsia di samping pelakon Natasha Hudson, Eizlan Yusof dan Rozita Che Wan. Selain itu, dia juga bakal muncul dengan dua buah filem iaitu Jidin Sengal dan Suatu Malam Kubur Berasap pada hujung tahun ini di pawagam. google: zach diamond, zach diamond profile, zach diamond facebook, zach diamond blog, zach diamond twitter, zach diamond myspace, gambar terbaru terkini zach diamond, album terbaru zach diamond, zach diamond 2011, single terbaru zach diamond, lirik download, download mp3 zach diamond, berita zach diamond 2011, zach diamond hot, foto zach diamond |
Norman KRU Mahu Anak Secepat Mungkin Posted: 28 Jul 2011 08:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Abang sulung kumpulan KRU, Norman Abdul Halim, mengakui, dia dan isterinya, Shireen Mardziah, memerlukan cahaya mata untuk lebih menyerikan rumah tangga mereka. Kata Norman, sejak berkahwin pada 7 Ogos 2009, dia dan isteri sering berdoa agar dapat memperoleh anak secepat mungkin namun, sehingga kini mereka masih lagi belum dikurniakan rezeki itu. "Saya memang perlukan anak sebenarnya. Dan sehingga kini kami masih lagi berusaha, cuma rezeki saja yang belum tiba. "Malah kami juga merancang untuk mendapatkan anak sekurang-kurangnya dua hingga empat orang. Kalau boleh saya mahu menjadi bapa secepat yang mungkin," katanya. Tambah Norman, walaupun dia sering sibuk dengan kerjaya menguruskan syarikat KRU Studios, dia tidak pernah menganggap kanak-kanak sebagai satu bebanan buatnya. Malah, dia begitu menyukai kanak-kanak dan kadang-kala Norman sempat meluangkan masa bersama tujuh orang anak buahnya. "Sebenarnya saya sangat sukakan kanak-kanak kerana mereka dapat mengurangkan tekanan kerja saya. "Kadang-kala mereka juga memberi perangsang dan semangat untuk kita mulakan kehidupan harian kita. Sebab itulah saya tak sabar-sabar nak ada anak agar dapat lebih menyerikan kehidupan saya dan isteri," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |