Berita Harian: Hip |
Posted: 28 Jul 2011 05:58 PM PDT Hip GADIS bermata galak ini lebih banyak ditawarkan watak anak dara ayu bertudung dan ia sememangnya tidak langsung menepati ciri-ciri yang ada pada dirinya di dunia realiti.Namun tawaran berlakon tetap diterima atas dasar percaya ia adalah rezeki yang membantu menggerakkan kerjaya seninya. Semua itu turut diakui oleh pemilik nama berusia 24 tahun, Nur Fathia yang menempa nama dalam bidang seni layar dan sesungguhnya gadis punya senyuman manis ini pernah tersungkur seketika dalam perjalanan seni yang baru setahun jagung dilaluinya. Mana tidaknya, pelakon drama Stanza Cinta ini pernah melemparkan telefon bimbit ke arah seorang pengarah di lokasi penggambaran, namun semua itu sudah dianggap satu pengajaran dan kutipan pengalaman yang harus diinsafi sebagai anak seni yang baru bertatih dalam dunia hiburan.Bertemu empunya diri di satu majlis fesyen, The Blue Kebaya, baru-baru ini ternyata gadis berkenaan cukup bijak berkata-kata sesuai dengan dirinya sebagai pelajar jurusan undang-undang membuatkan sesi temuramah lancar. Nur Fathia yang yang menampilkan dirinya sebagai gadis baik dan bertudung dalam Stanza Cinta, ternyata resah jika peminat terus-terusan menganggap dirinya seratus peratus sama dengan watak yang dibawakan itu. Bermula daripada iklan syampu hinggalah kepada drama Dea Sofea, Laila Asyikin, Hani dan Hotel Hasanah, semuanya menuntut wanita bernama Nur Fathia Abd Latiff ini mengenakan tudung.
"Saya harap peminat tidak terkejut dengan penampilan saya di luar lakonan kerana saya berbeza ," katanya berterus terang dan mengakui dia berperibadi kasar dan suka bercakap. Dia mengakui kini tidak lagi berada dalam keadaan tertekan selepas isu yang membabitkan dirinya timbul dan menganggap ia sebagai pengajaran dalam melalui fasa kehidupan baru. "Membawa watak Amni bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan penghayatan dan perlu banyak bermain emosi. Saya masih dalam proses belajar dan saya rasa lakonan saya lebih baik dari sebelum ini. "Saya harap penonton dapat menilai lakonan saya setelah menonton keseluruhan episod dan barulah bakat saya dinilai ," kata anak sulung daripada empat beradik ini ketika ditanya pandangan sesetengah pihak yang mengatakan lakonannya kurang menjadi, namun menganggap teguran itu membantu melengkapkan kekurangan diri. Terbang ke Melbourne selepas Syawal Tidak lekang dengan tawaran filem dan drama, gadis yang akan membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dari produksi China, berkata filem itu akan menjalani penggambaran di Melbourne selepas Syawal. "Selepas raya, saya akan menjalani penggambaran di Melbourne dan berlakon di samping Afdlin dan Reshmonu," katanya yang kelihatan teruja berlakon di luar negara kerana menganggap ia akan membantu dirinya mengutip pengalaman sebagai pelakon baru. Kata gadis yang mempunyai kalangan keluarga berlatar belakangkan bidang undang-undang ini, dia juga bakal berlakon telefilem di bawah arahan Wan Hasliza . "Saya baru dapat skrip dan dalam belum ada judulnya lagi. Kali ini saya membawa watak yang tidak memerlukan saya memakai tudung," katanya. Di sebalik kontroversi yang melanda dirinya, gadis yang menganggap bidang lakonan hanya kerja sambilan pada mulanya ini tidak menafikan rezekinya semakin melimpah ruah dan dia mensyukuri segala nikmatnyang diberikan-Nya. Biarpun masih terlalu awal, tetapi apabila ditanya apa kebiasaan yang dilakukan ketika menyambut puasa danAidilfitri, Nurfathia berkata, sudah menjadi tradisi dalam keluarganya untuk pulang beraya di kampung halaman sama ada di Perak di sebelah ayahnya, mahupun Pulau Pinang di sebelah ibunya. "Keluarga saya amalkan pulang ke kampung berhari raya dan ia satu pengalaman berhari raya yang cukup menyeronokkan," katanya yang memberitahu hidangan masakan Arab adalah hidangan wajib pada setiap Syawal. "Nasi Bukhari dan masakan Arab pastinya hidangan wajib yang melengkapkan keindahan Hari Raya kami," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 28 Jul 2011 05:49 PM PDT Hip Hasnul siapkan dokumentari P Ramlee, kembali berlakonSELAIN Aaron Aziz dan Adi Putra, seorang lagi pelakon kelahiran Singapura, Hasnul Rahmat sepatutnya lebih menonjol atau sebaris dengan mereka dalam lakonan filem, mahupun drama. Namun, selepas membintangi filem KL Menjerit dan Rock kira-kira enam tahun lalu, nama Hasnul seolah-olah terpadam dalam senarai pelakon pilihan pengarah dan produser. Malah Hasnol tidak pernah menjadikan soal ketinggalan daripada dua rakannya itu sebagai penghalang untuk dia terus bertapak kukuh dalam bidang lakonan walaupun ketika ini penonton lebih mengenali Aaron dan Adi. Baginya, setiap individu memiliki karektor dan bakatnya tersendiri untuk dikenali dalam bidang diceburi, tetapi dirinya lebih bersifat sederhana dalam lakonan agar tidak dianggap mengejar populariti semata-mata."Dulu saya warga Singapura tetapi kini sudah lebih setahun jadi rakyat Malaysia. Setiap orang ada bakat tersendiri, bagi saya biarlah orang mengenali kerana bakat lakonan. Tak salah mengejar populariti tetapi biarlah ia seiring dengan bakat. Jangan hanya kejar populariti tetapi bakat entah ke mana," katanya. Mula dikenali sekitar tahun 2002, Hasnol mula bertapak dalam bidang lakonan ketika membintangi filem KL Menjerit, namun bakat pengarahan dan penulisan skripnya lebih dikenali sebelum itu lagi. Setelah sekian lama menyepi dalam dunia lakonan, Hasnol membintangi drama dan filem termasuk telefilem terbaru, Tunggu Sekejap.
Hasnol kini turut mengorak langkah ke satu fasa baru dengan menceburi pembikinan dokumentari. Dia sekarang gigih menghasilkan dokumentari berjudul Sejarah Perfileman Melayu di Zaman Penjajahan Jepun sehingga mendorongnya untuk membuat kajian di Jepun. "Sekarang dalam proses menyiapkan dokumentari itu dan Insya-Allah lepas raya akan diterbitkan. Idea ini timbul setelah tengok filem-filem Tan Sri P Ramlee. Saya buat dokumentari ini berdasarkan fakta sebenar sehingga membawa saya ke Kyoto, Jepun untuk mengkaji dan melihat sendiri perkembangan industri filem ketika itu," jelasnya. Walaupun masih di peringkat percubaan, namun Hasnol bertekad untuk menghasilkan lebih banyak karya dokumentarinya berkisar tentang budaya dan sejarah perfileman tempatan. Dalam pada itu, jarak dan masa yang terbatas tidak pernah menghalang pasangan Hasnol, 40 dan isterinya, Farah Mardani, 32, untuk hidup bahagia, malah setelah setahun mendirikan rumah tangga, perhubungan mereka semakin erat walaupun berjauhan. Mengakui faktor jarak antara mereka mengundang kerinduan, namun Hasnol tetap berasa bahagia kerana masing-masing saling memahami dan tidak pernah menganggap itu sebagai halangan. "Dia sekarang di Jogjakarta bertugas di Arkib Nasional Indonesia dalam bidang seni. Alhamdulilah faktor jarak tak pernah menjadi halangan dalam perhubungan kami, malah semakin intim dan bertambah rindu membuatkan kita semakin sayang," jelasnya yang masih masih menantikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Fuad penuh emosi Melakonkan watak Fuad dalam telefilem, Tunggu Sekejap memberi cabaran buat dirinya kerana ia membabitkan karektor seorang lelaki yang kejam dan mempunyai keinginan yang tinggi. "Fuad memberi kesan pada saya kerana sikap ego dan kejahatannya membuatkan penonton benci, malah sikapnya yang suka mendera isterinya, Amirah agak keterlaluan. Pada luarannya Fuad ini nampak baik tetapi dalam dirinya dialah raja dan mahu memiliki segala-galanya yang akhirnya memakan dirinya sendiri," katanya. Telefilem ini mengisahkan permintaan Adli lakonan Fizo Omar kepada kekasihnya, Amirah (Eira Syazira) supaya sabar menanti saat mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri kerana Adli mahu mengubah hidupnya yang dalam kesempitan.
Kehidupan Amirah berubah dan sering menjadi mangsa kejahatan Fuad, namun kerana cintanya kepada Adli, Amirah bertekad mahu menjelaskan segala-galanya tetapi tidak diterima Adli.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |