Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Gambar : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck
- Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz
- Artis Seksi Julia Ziegler berlakon watak Ustazah
Gambar : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck Posted: 29 Jul 2011 10:02 AM PDT Gambar : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck Topik yang semakin popular di dalam forum dan blog beautifulnara berkenaan isu Khairul Fahmi mempunyai kekasih gelap iaitu Dahlia Teck. Siapa dia? Semua orang tak tahu siapa dia cuma ada orang nampak mereka berdua kuar makan dan berpegangan tangan. Kesahihan cerita ini, kami tak dapat pastikan, kami hanya sampaikan :-). Adakah kontroversi ini membuatkan penjaga gol harimau malaya, terlena dan melepasi sungguh banyak gol ketika malaysia bertemu, Arsenal dan Liverpool. Bro bangun bro dari tidur perjalanan bro masih jauh lagi bro! Sebelum ini, Kahirul Fahmi juga dikatakan mempunyai masalah dengan tunangnya seperti dalam gambar disebelah ini. Tags: dahlia teck, gambar kekasih baru khairul fahmi, gambar skandal apek, gambar skandal khairul fahmi, siapa dahlia teck |
Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz Posted: 29 Jul 2011 09:32 AM PDT Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan kontroversi kononnya dia curang Almy Nadia, membuatkan keluarganya turut terkena tempias apabila mempercayai khabar angin tersebut. Fizz yang turut dikaitkan dengan Liyana Jasmay dan Izreen Azminda itu berkata, keluarganya mula bertanya kesahihan berita itu apabila ia semakin hangat dibicarakan dalam media-media tempatan. "Ibu saya dah mula tanya adakah gosip yang dikatakan itu benar? Alhamdulillah, saya sudah menjelaskan hal sebenar di mana Liyana hanyalah rakan kerja saya di set penggambaran filem "Papadom 2" dan Izreen pula, kami pernah berlakon untuk sebuah drama pada tahun 2004. "Saya pun pelik mengapa hubungan percintaan kami sering dikontroversikan sedangkan saya dan Almy masih lagi baik dan kami masih lagi berhubung dan berjumpa jikaada kelapangan," kata Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels, di sini, Rabu. Tambah Fizz, hal tersebut sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon dan perhubungannya dengan peminat. "Saya faham, mungkin bila orang industri hiburan membaca artikel mengenai keretakan hubungan saya dan Almy, mereka menganggap ia hanyalah sebuah gosip tetapi lain pula pandangan daripada pihak keluarga dan masyarakat luar di mana mereka yang tidak tahu apa-apa akan percaya dengan khabar angin itu," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem "Nirajim", di bawah produksi Grand Brilliance. Sebelum ini, Fizz pernah dikaitkan dengan Liyana kerana mereka saling berbalas mesej berbau sayang menerusi akaun Twitter masing-masing. Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang. Bagaimanapun, Fizz mengakui, kontroversi perhubungan mereka mungkin sering menjadi bualan ramai kerana dia dan Almy belum membuat sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan. Kata pelakon "Nur Kasih" itu, dia bukannya belum bersedia untuk berkahwin, tetapi ingin memberi peluang kepada Almy membina dan mengukuhkan kerjaya lakonan sebelum bergelar suami isteri. "Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya. |
Artis Seksi Julia Ziegler berlakon watak Ustazah Posted: 29 Jul 2011 09:17 AM PDT Artis Seksi Julia Ziegler berlakon watak Ustazah BERDARAH kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat bukan bermaksud pelakon Julia Ziegler mengamalkan cara hidup seperti orang Barat. Sebaliknya, Julia atau pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler, 27, mengakui dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Islam. "Memang bapa saya. Bob Ziegler Abdullah, 60, keturunan Mat Salih, tapi ibu saya, Saminah Subari, 66, adalah wanita berdarah Melayu-Jawa. "Selain membimbing saya dari segi agama, emak yang juga seorang ustazah juga mengajar saya mengaji sehingga khatam Al-Quran sejak kecil lagi," kata anak ketiga dari empat beradik ini. Justeru, tidak hairanlah, Julia juga tidak menolak untuk memegang watak sebagai Ustazah Halimah dalam drama bersiri sempena Ramadan berjudul Moreh untuk stesen TV Al-Hijrah. "Saya juga meminta emak mengajar dari segi tajwid bacaan surah dalam Al-Quran bagi memastikan saya menjiwai watak ustazah itu sebaik mungkin. "Maklumlah, selain bertudung, Halimah juga mengajar kanak-kanak membaca Muqadam dan Al-Quran dalam cerita ini. "Saya juga tidak menolak bila ditawarkan karakter Muslimah atau bertudung kerana sebagai pelakon, saya perlu versatil," katanya yang pernah beraksi dalam siri untuk Astro berjudul Tudung Ekspres. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |