Adsense

Selasa, 26 Julai 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley

Posted: 25 Jul 2011 08:15 PM PDT

PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.

"Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.

Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.

Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya," ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

google: Suhaila dan jimmy shanley, konflik Suhaila dan jimmy shanley, berita Suhaila dan jimmy shanley, penceraian Suhaila dan jimmy shanley, berita penceraian Suhaila dan jimmy shanley, kenyataan balas Suhaila dan jimmy shanley, Suhaila dan jimmy shanley bergaduh, Suhaila dan jimmy shanley bercerai, gambar terbaru Suhaila dan jimmy shanley isteri Suhaila dan jimmy shanley, terkini terbaru Suhaila dan jimmy shanley, anak Suhaila dan jimmy shanley, baby Suhaila dan jimmy shanley, nama anak baby Suhaila dan jimmy shanley, gambar seksi suhail, facebook suhaila, blog suhaila, suhaila hot, gambar terkini terbaru suhaila isteri jimmy

Fathia Tepis Tuduhan Sudah Besar Kepala

Posted: 25 Jul 2011 08:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fathia Latiff, 23, yang mesra disapa Fathia menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai artis bermasalah susulan insiden terbaru kononnya dia semakin besar kepala sehingga gagal muncul di lokasi penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Menurut heroin drama Stanza Cinta itu, dia semakin pelik dengan pelbagai kontroversi yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini sedangkan semua dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan ditokok tambah.

"Saya semakin pelik dengan pelbagai gosip yang melanda akhir-akhir ini. Walhal, sebelum ini saya sudah terlibat dengan pelbagai drama dan filem tetapi tidak pernah pula mendapat respons negatif daripada produksi terbabit.

"Kenapa saya harus berubah sikap menjadi seorang yang besar kepala dan berlagak tidak bertempat pula sekarang ini?

"Namun, apa yang mampu saya jelaskan dakwaan-dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja diperbesarkan oleh pihak yang tidak senang dengan saya," luahnya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, sebagai orang baru dalam dunia lakonan apa yang termampu dilakukannya adalah untuk tidak melenting dan bersabar menghadapi tohmahan tersebut.

"Selepas isu baling telefon, kini saya didakwa tidak berdisiplin dan besar kepala pula. Saya hanya mampu bersabar dan akur menghadapinya.

"Kejadian yang berlaku ini membuka mata bahawa ada ramai individu yang tidak boleh dipercayai dan hanya bermulut manis di depan saja.

"Walaupun saya telah memberikan komitmen terbaik dan bersikap sebaik mungkin, ada juga yang gemar menyampaikan cerita buruk tidak berasas," katanya yang tidak akan patah semangat atau serik dengan gosip-gosip yang timbul.

Menyentuh jadual seninya, Fathia akan terus sibuk dengan komitmen lakonan menjelang bulan Ramadan pada minggu depan, selain bakal terlibat dengan sebuah filem antarabangsa arahan pengarah dari "China".

"Sekarang, saya sedang sibuk dengan penggambaran sebuah telefilem di samping Fizz Fairuz arahan Wan Asliza.

"Saya juga akan terlibat dengan filem berjudul Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah China, Namewee di samping Afdlin Shauki, penyanyi Reshmonu dan model Nadine tidak lama lagi," katanya.

Suami Zakiah Anas Enggan Tebus Talak

Posted: 25 Jul 2011 08:10 PM PDT

PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas,45, pada Isnin, memberitahu bahawa dia tidak bersetuju dengan saranan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini yang mencadangkan agar pasangan tersebut berpisah secara khuluk (tebus talak).

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamed membuat saranan itu mengikut Seksyen 48(6) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 selepas meneliti laporan wakil hakam (penimbang tara) yang dilantik untuk mencari jalan penyelesaian kemelut rumah tangga yang telah berlarutan selama tiga tahun.

Dalam majlis hakam itu, Zakiah diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala suaminya, Mohamad Yusof @ Muhamed Yusof Taib,49, diwakili Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad yang merupakan imam di Masjid Kampung Johan Setia, Wangsa Maju, dekat sini.

Pada prosiding itu, Wan Mahyuddin juga mengambil kesempatan untuk menyoal wakil-wakil hakam berkenaan mengenai saranan khuluk.

Kedua-dua wakil hakam tersebut memberitahu, tiada persetujuan mengenai khuluk dicapai dan mereka juga tidak bersedia untuk melafazkan khuluk, meskipun diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut undang-undang.

Justeru itu, Wan Mahyuddin memutuskan bahawa wakil hakam itu dibatalkan dan satu wakil hakam yang baru akan dilantik.

"Mahkamah melantik proses hakam yang sama untuk kali ketiga yang terdiri daripada pegawai-pegawai sulh," tambah Wan Mahyuddin.

Beliau seterusnya menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan semula bagi melantik wakil hakam.

Terdahulu, Muhamad Yusof yang pernah berkhidmat dalam bidang media masih mempertahankan pendiriannya untuk tidak melepaskan Zakiah, meskipun wakil hakam telah memutuskan bahawa ikatan kasih sayang tidak lagi wujud dalam perkahwinan itu.

Dakwa Muhamad Yusof, dia tidak pernah diberikan peluang untuk berbincang dengan Zakiah yang telah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripadanya.

"Saya terkilan perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu dibiarkan begitu sahaja dan turut kasihan dengan anak-anak yang telah ditinggalkan," katanya.

Muhamad Yusof seterusnya mendakwa, dia dan Zakiah telah tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu dan wanita itu turut mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Muhamad Yusof seterusnya memohon agar mahkamah memerintahkan Zakiah untuk meminda permohonannya kepada perceraian secara fasakh, sekiranya masih mahu berpisah.

Bagaimanapun, peguam syarie Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memberitahu, anak guamnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.

Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009 yang menyebabkan Mohamad Yusof, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.

Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini.

Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun.

Sheila Majid Rindu Masa Kecil Anak-Anak

Posted: 25 Jul 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid, 46, merindui keadaan masa kecil anak-anaknya yang dirasakan cepat berlalu.

Kini, penyanyi lagu Warna dan Aku Cinta Padamu ini bahagia dengan empat anaknya, Nur Khaleda, 20, Megat Abd Majid, 17, Khadeja Zaireen, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5, yang sedang membesar.

"Saya masih lagi aktif dengan kerjaya seni, perniagaan dan menumpukan kepada keluarga.

"Alhamdulillah, saya sibuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan merasakan semuanya berlalu terlalu cepat sehingga kadangkala saya merindui waktu usia mereka masih kecil dan bayi," katanya ketika majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi peraduan produk Jerneh di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Ahad.

Bercerita tentang masa depan anak-anaknya, Sheila seronok berkongsi tentang Khaleda yang telah menuntut di Kolej Universiti Help dalam jurusan psikologi manakala Megat pula bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya agak tertarik dengan pendapat Khaleda apabila saya bertanyakan kenapa dia memilih psikologi berbanding jurusan lain. Dia berjaya meyakinkan saya bahawa jurusan itu mampu memberi masa depan yang cerah kepada kariernya.

"Saya juga berharap anak-anak saya yang lain memperoleh masa depan yang cemerlang dan kerjaya yang bagus kelak. Mana tahu Megat akan menjadi seorang chef suatu hari nanti," ujarnya berseloroh.

Menyentuh tentang karier seni Sheila, wanita ini aktif memenuhi jemputan nyanyian di majlis tertentu dan bakal menerbitkan dua buah album pada tahun ini.

"Saya masih aktif menyanyi seperti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Sabtu lalu dan membuat persembahan amal di Johor pada minggu lalu.

"Pada minggu ketiga bulan Ramadan ini, saya akan terbitkan album yang memuatkan lapan buah lagu Hari Raya Aidilfitri lama dan baru yang diberi sentuhan dan susunan muzik baru. InsyaAllah, saya akan merakamkan album ini pada 1 Ogos ini.

"Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, saya akan muncul dengan album Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid yang menampilkan 20 buah lagu yang pernah dipersembahkan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur sebelum ini," katanya yang turut merupakan Duta Institut Jantung Negara dan Prudential serta jurucakap Diamond Water Filter.

Selain itu, dia tidak menolak jika ada peluang untuk memasarkan album-album tersebut ke pasaran Indonesia.

Dia juga teruja apabila mendengar khabar lagu-lagunya sering diputarkan di stesen radio di Indonesia serta kebanyakan peminatnya di laman sosial Twitter dan Facebook adalah dari Indonesia.

Kini, dia berjaya mengumpul lebih 27,000 peminat di Twitter manakala lebih 74,000 peminat di Facebook.