:: MYARTIS.COM :: |
HUBUNGAN FAHMI & ELIA RETAK..?? Posted: 25 Jul 2011 02:22 PM PDT Penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi yang baru-baru ini bertunang dengan Elia menjadi mangsa gosip pihak tidak bertanggungjawab. Dakwa mereka, Fahmi dilihat berjalan dengan seorang wanita sambil berpegangan tangan macam pasangan kekasih layaknya. Lebih memburukkan keadaan, dakwa mereka lagi perempuan tersebut lebih menarik dan lebih cantik daripada Elia. Malah di blog Elia juga, terdapat entry terkini yang kononnya ditulis oleh Elia sendiri berjudul 'doaku buat kekasih' yang menimbulkan seribu tanda tanya. Melalui penulisan tersebut, dakwa mereka lagi seperti ada sesuatu yang sedang melanda hubungan Elia dan Fahmi. Biasalah... bila dah glamor, pelbagai gosip dan dugaan bakal melanda. Harapan kita semua, semoga dakwaan tersebut hanya sekadar gosip semata-mata. Semoga Fahmi dan Elia dikuatkan iman untuk terus mempertahankan ikatan pertunangan yang telah terjalin. Amin...! Klik untuk imej besar... . |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |