Harian Metro: Rap |
Posted: 25 Jul 2011 07:14 AM PDT SUKAR nak percaya, wanita cantik sepertinya masih belum berpunya? Hanya dia saja yang ada jawapannya. Sekalipun hidup solo, penyanyi jelita Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Jee, 41, mengakui ia bukan penghalang buatnya untuk hidup bahagia seperti orang lain. "Memang saya belum bertemu pengganti sampai saat ini. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya. Kalau ada, adalah. "Saya juga tidak ingin mencari jodoh kerana ia ketentuan Tuhan. "Saya juga hargai dan bahagia dengan apa yang saya kecapi hari ini. Apa yang saya mahu semua sudah dapat dalam hidup iaitu dari segi karier seni, kehidupan dan keluarga. Apa yang saya lakukan sekarang ini semuanya untuk masa depan anak-anak.
Sebagai ibu, Jee juga ingin memberikan yang terbaik buat dua anak lelakinya iaitu Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11. "Anak-anak saya tinggal dengan bekas suami, tapi kami sama-sama menjaga mereka mengikut giliran saban minggu. "Apa yang saya perhatikan, Jeffri dan Jeremy sama-sama meminati bidang muzik dan kedua-duanya boleh menyanyi. "Saya juga tidak kisah kalau mereka ingin mengikut jejak saya menceburi bidang seni asalkan mereka tamatkan persekolahan dulu. Selepas habis sekolah terpulanglah kepada mereka nak jadi apa mengikut minat masing-masing," katanya. Selain karier nyanyian, hidup Jee yang juga duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral) juga tidak pernah sunyi kerana ada saja aktiviti lasak dan alam sekitar dilakukan bagi mengisi masa lapangnya. Jee ditemui ketika menjayakan The Blue Kebaya 'showcase' anjuran The Weld Shopping Centre dan Rafflesia The Pearl Centre. Terbaru, Fauziah baru kembali dari menjayakan rombongan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak, baru-baru ini. "Saya memang tidak asing dengan aktiviti berkaitan alam sekitar. Namun, saya lebih kerap menyertai program kesedaran mengenai kehidupan laut. "Sepanjang program ini, saya menimba pengalaman menarik ketika melawat perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding. "Apa yang boleh, saya katakan Orang Asli di sini lebih terbuka dalam menerima pembangunan tanpa merosakkan tempat asal mereka. "Saya melihat anak-anak Orang Asli ini bermain alat muzik dengan telinga kerana mereka tidak boleh membaca. Kita juga patut beri peluang pada kanak-kanak ini untuk mengetengahkan bakat mereka itu," katanya. Tidak ketinggalan, Jee juga menjayakan majlis berkodeng yang mengangkat adat perpatih Negeri Sembilan sejak turun temurun untuk diperkenalkan pada orang luar bersama 300 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi. Selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, Fauziah bersyukur dengan pencapaiannya yang membolehkannya mampu bertahan sampai hari ini. "Saya bersyukur kerana masih diterima peminat yang sentiasa menyokong saya dari dulu hingga kini. "Saya juga berhubung dengan peminat menerusi laman sosial facebook dan Twitter. Artis dulu menyanyi dari dalam dan dia betul-betul masuk dalam lagu itu. "Sepanjang pembabitan dalam bidang seni, saya kenal banyak erti kehidupan. Saya juga sudah lakukan apa yang saya sepatutnya buat dulu. Saya menganggap diri masih lagi belajar dan saya juga tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang," katanya. Sekalipun tidak bikin album baru, Fauziah saya masih sibuk memenuhi undangan persembahan makan malam korporat. "Lagu yang diminta penonton ialah lagu 'evergreen' Teratai Layu Di Tasik Madu. Lagu kegemaran saya pula ialah Aku Sebutir Pasir dan album Sahabat yang meninggalkan kesan pada saya. "Saya juga mula berjinak-jinak menulis lirik lagu untuk kepuasan sendiri tapi belum ada keyakinan untuk beri pada artis lain lagi," katanya yang dikenali menerusi lagu Kau Merubah Segalanya, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu dan Enggan. Ditanya sama ada dia hanya selesa kerja dengan Rosyam Nor saja, Fauziah mengakui menimba pengalaman yang sangat berharga dalam drama bersiri popular, Gelora Di Hati Sara. "Rosyam dan pasukannya banyak membantu saya menjiwai watak Sara dengan baik. Lebih memberangsangkan, Fauziah duta produk SK-II selama 11 tahun bekerjasama dengan Broadway Acres Sdn Bhd yang beroperasi di Sunway, awal tahun lalu, untuk menggilap bakat muda dalam bidang seni. "Setakat ini, kami sudah mendapat seorang artis dari program Idola Kecil iaitu Dayana Emelda dan Daniel Razak yang juga pemain dram yang berusia 12 tahun. "Ini adalah lebih pada kerja belakang tabir, tapi masih dalam bidang hiburan. Saya juga menjadi instruktor pada mereka," katanya. PROFIL NAMA SEBENAR: Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff |
Posted: 25 Jul 2011 07:04 AM PDT SELAIN sibuk dengan karier seni, artis juga dialu-alu meluangkan masa menyertai kerja amal. Ditambah lagi, sebagai golongan yang menjadi perhatian umum semestinya pembabitan golongan insan seni tanah air mampu membawa keceriaan dan hiburan.
Menyedari golongan tak bernasib baik juga berhak berasa gembira, dua artis popular tanah air iaitu Intan Ladyana dan Hunny Madu sudi menyertai Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2011 di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR). Pada kempen amal itu, sebanyak 40 rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dibantu menerusi pembekalan produk makanan berkhasiat dan mudah disediakan oleh Ayam Brand selama dua bulan. Ia nyata sumbangan amat bermakna.
"Biarpun hanya muncul seketika, saya tidak kisah asalkan dapat berbakti kepada masyarakat. "Begitu juga pembabitan saya dalam askar Wataniah. Saya nekad menyertai kerana ia ada kaitan dengan masyarakat. Saya melakukannya secara sukarela demi sumbangan yang kecil kepada negara," katanya yang baru menghabiskan lima jam sesi latihan. Menurut Intan Ladyana, dia perlu menghabiskan 235 jam lagi latihan untuk pentauliahan. Katanya bagi latihan awal, dia melakukan kawad dan diperkenalkan dengan jenis senjata api. Justeru, ia satu pengalaman baru yang menarik dan cukup bermakna. "Kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan ada kalanya saya tak boleh menyertai latihan seperti masuk ke hutan baru-baru ini. "Memandangkan ia khidmat artis pada negara dan masyarakat, maka ada sedikit kelonggaran untuk kami. "Bentuk latihan diberikan masih sama seperti askar Wataniah lain, cuma memandangkan ini bukan pekerjaan utama maka ada kelonggaran untuk menghadiri sesi latihan. Apa yang pasti, kelonggaran diberikan itu tidak bermakna golongan artis dimanjakan," katanya. Intan yang muncul dengan filem baru, Flat 3A arahan Azhari Zain mengakui dia tidak kekok bergandingan dengan hero baru, Adey Syafrien. Menurut Intan, kini dia sibuk menyiapkan penggambaran drama Kekasihku Puyu arahan Zul Arshaad dan filem X (Olynn Khadir). Sementara itu, penyampai radio Fly FM yang kini sudah bergelar penyanyi, Hunny Madu juga hadir dalam kempen ini sekalipun terpaksa bertongkat. Ini disebabkan, kaki Hunny mengalami kecederaan sehari sebelum program itu ketika dia bermain futsal. Katanya, sebagai individu prihatin dan ikhlas untuk menggembirakan golongan kurang bernasib baik, dia sentiasa bersemangat untuk turut serta. Ujar Hunny, walaupun dia kurang sihat, tetapi hatinya seronok dapat menghiburkan anak-anak yatim. "Ditambah, ibu juga memberikan sokongan padu dan memiliki minat yang sama seperti saya suka melakukan kerja amal," katanya yang menyanyikan dua lagu daripada album Pulau Janji iaitu Kisah Kita dan Bayangkanlah yang mendapat tepukan gemuruh. Menyentuh soal albumnya, Hunny berkata setakat ini sambutan diterima sangat menggalakkan dan memandangkan masih baru di pasaran, dia belum mengetahui jumlah album yang sudah terjual. Katanya, apapun kini dia banyak menerima undangan menyanyi. Selain Intan Ladyana dan Hunny Madu, kempen itu turut dihadiri Pengerusi Ayam Brand, Tunku Datuk Mu Tamir Tunku Mohamed dan Naib Presiden RACTAR, Datin Norfiah Abdul Syukor serta wakil rumah kebajikan anak yatim. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |