Adsense

Rabu, 14 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Scha Al-Yahya Menawan Dalam Persalinan Busana Pengantin

Posted: 14 Mar 2012 10:15 PM PDT

Isu perkahwinan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sudah lama menjadi tanda tanya para peminat. Bilakah mereka berdua akan menjadi pasangan suami isteri?

Atau segala percintaan mereka hanyalah strategi untuk populariti sahaja? Ouh tidak, itu hanya spekulasi kami. Terbaru dari Scha Al-Yahya yang sememangnya nampak cantik dan menawan telah menggayakan gaun pengantin Syaiful Brides, rekaan Syaiful Baharim.

Adakah Scha cuma menggayakan ataupun memang dia sudah mula mencari gaun pengantin yang sesuai untuk majlisnya yang akan datang? Kalau tak salah tekaan kami, pasti Syaiful Baharim akan menaja persalinan Scha di majlis perkahwinannya nanti. Siapa tahu kan?

Apa pun, mari kita lihat Scha Al-Yahya dengan persalinan busana pengantin rekaan khas oleh Syaiful Baharim selepas ini!

Kredit Gambar : Syaiful Brides

Audio: “Kisah Hati” Adalah Karya Asal Adi Sixth Sense Aka Manusia Putih!

Posted: 14 Mar 2012 09:43 PM PDT

Pasti dari dulu ramai yang tertanya-tanya kan siapa si Manusia Putih? Komposer ini telah mencipta lagu berjudul "Kisah Hati" yang telah dipopularkan oleh Alyah sehingga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

Setelah lama berteka-teki, akhirnya, menurut Rotikaya, Manusia Putih adalah vokalis kumpulan Sixth Sense iaitu Adi. Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 29, adalah penyanyi asal dan pencipta penuh lagu yabg boleh dikatakan berhantu ini.

Lagu "Kisah Hati" juga telah banyak kali di-cover oleh peminat-peminat di Youtube dan versi instrumental juga pernah dibuat kembali oleh komposer amatur, Affan Aizat. Namun, OHBULAN! pasti ramai yang tahu lagu ini melalui drama "Stanza Cinta" kan?

Tapi itu semua adalah samada suara Alyah, ataupun orang-orang lain yang kita tidak kenal. Kali ini, anda akan mendengar sendiri karya asal Adi Sixth Sense dengan suara Adi sendiri. Sangat mengasyikkan!

Mana satu pilihan anda? Adi atau Alyah?