Adsense

Rabu, 14 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Anuar Zain di Sidang Media Malam Gala Hari Ibu

Posted: 14 Mar 2012 10:15 PM PDT

Pada jam 3 petang semalam (14 Mac 2012), Anuar Zain telah hadir di Sidang Media Bersempena Malam Gala Hari Ibu atau dalam bahasa Inggerisnya, MOTHER'S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Dream Music & Dream Chorus Sdn Bhd.

VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA

Anuar Zain dipilih kerana aura dan bakatnya yang sangat kuat diyakini dapat menarik ramai peminat untuk datang menonton persembahannya. Konsep persembahannya sangat santai dan kasual di mana penonton bebas untuk berhibur bersama menghayati alunan suara eksklusif dari Anuar Zain.

Untuk info peminat Anuar Zain sekalian, penyanyi ini akan buat persembahan istimewa MOTHER'S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN di One World Hotel, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam. Anuar Zain akan menyanyikan lebih kurang 8 buah lagu popular beliau dan beberapa lagu lain termasuklah lagu Ibu. Persembahan selama 45 minit itu akan diiringi oleh pemuzik Faizal Uzair.

Majlis akan diserikan lagi dengan cabutan bertuah dengan hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000. Sesi bertemu peminat secara eksklusif juga turut disediakan. Budiey dikhabarkan, ada banyak peraduan akan dianjurkan oleh penaja untuk memberikan tiket percuma kepada peminat Anuar Zain.

Kepada yang mahu menempah tiket, bolehlah berbuat demikian. Harga tiket sangat berpatututan ya. Tiket dijual pada harga RM1,000, RM600 dan RM500. Jualan meja berbentuk penajaan yang berharga RM100,000, RM40,000, RM20,000 dan RM10,000 juga ditawarkan kepada syarikat korporat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my atau berhubung terus dengan sekretariat Dream Music di talian 03 – 2171 1220 / 2181 (Farida/Shikin).

Mahalkan tiket tu? Okay tak apa, Budiey dikhabarkan oleh Anuar Zain yang dia akan mengadakan persembahan santai bersama peminat dengan tiket yang semurah RM40 pada masa akan datang. Namun, segalanya masih dalam perancangan.

Anuar Zain tampil kacak, segak bergaya dengan suit lengkap berwarna perak. Smart!

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Isu Peminat Cium Anuar Zain Sebagai Strategi Marketing?
  • Gambar Anuar Zain @ Sidang Media A Nite With… Anuar Zain
  • Gambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!
  • Eksplorasi Mak Yong Puteri Jerijit Emas

    Posted: 14 Mar 2012 08:38 PM PDT

    EKSPLORASI MAK YONG 'PUTERI JERIJIT EMAS' SIRI JELAJAH KIJANG MAS DI KEDAH DAN PULAU PINANG

    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan melaksanakan Eksplorasi Mak Yong : Siri Jelajah Kijang Mas 2012 yang akan dilaksanakan di tempat berikut :

    16 & 17 Mac (Jumaat & Sabtu) di Auditorium Kompleks JKKN Kedah, Taman Budaya Negeri, Lot Ptd 400, Alor Setar, Kedah Darul Aman
    Tel : 04 – 731 5930

    22 & 23 Mac (Khamis & Jumaat) di Auditorium Kompleks JKKN Pulau Pinang, Kompleks Pusaka Warisan Seni Lot No. 2180 Jalan Rawang, Off Jalan P. Ramlee,10460 Pulau Pinang. Tel : 04 – 281 7791/ 7792

    Orang ramai di utara semenanjung dijemput hadir untuk menyaksikan Kumpulan Mak Yong Perantis yang diusahakan oleh JKKN sebagai usaha memelihara kesenian Mak Yong yang telah diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO.

    Eksplorasi Makyong (Siri Jelajah Kijang Emas) ini akan menjadi satu program bersifat pendidikan dan pendekatan kepada generasi muda dan masyarakat seluruh Negara bagi membantu mereka memahami dan menyanjung warisan seni budaya khususnya Mak Yong.

    Menggunakan konsep penjelajahan, Eksplorasi Mak Yong ini akan membawa Kumpulan Mak Yong bergaji yang pertama di dunia untuk menjelajah ke seluruh Negara bagi menjayakan misi ini. Sejak Mak Yong diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO. Masuk adalah PERCUMA.

    Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Mas 2012

    SENARAI TENAGA KREATIF KUMPULAN MAKYONG KIJANG EMAS

    1. Ruhani Binti Mohd Zin – Pengarah

    2. Mohd Radzi Bin Yusof
    Koreografer

    3.
    Nur Qul' Ain Binti Saari – Raja Besar / Tuan Puteri Jerijit Emas

    4.
    Nor Bariah Binti Salih
    Raja Kesuma Jaya / Raja Besar

    5.
    Nurdiana Binti Abdullah
    Tuan Puteri Jerijit Emas / Inang

    6.
    Siti Nur Fatihah Binti Ariffin
    Nenek Pendita

    7.
    Mohd Faiz Bin Adam Sakeri

    Kucing Hutan

    8.
    Abd Muhaiminin Bin Abdullah
    Peran Tua

    9.
    Che Mohd Rasul Bin Che Soh
    Peran Muda

    10.
    Liyana Binti Mohd Noor
    Inang Satu

    11.
    Nurdiana Binti Abdullah
    Inang Dua

    12.
    W. Dzuriyati Binti W. Ismail
    Inang Tiga

    13.
    Mohd Adam Bin Ismail
    Inang

    14.
    Mohd Tab Bin Hamat
    Rebab

    15.
    Che Muhammad Tarmizi Bin Che Soh – Gendang Ibu

    16.
    Che Abdul Aziz Bin Che Soh
    Gendang Anak

    17.
    Mohd Shah Rezal Bin Muhamad
    Gong

    18.
    Amirul Ikhwan Bin Masnudin
    Kesi

    19.
    Mohd Fairuz Faizal Bin Mohamad Zain – Canang

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Cerita Mak Yong Puteri Jerijit Emas
  • Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Mas 2012
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Drama Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen, Fizzow Omar
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei
  • Gambar Romantik Fizow dan Puteri Fateen Dalam Drama Puteri Salju
  • Persembahan Makyung Endeng Tejeli Di Taman Budaya Negeri Kedah
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Farahdhiya Bertudung Dalam Drama Payung Emas