Himpunan Kisah Sensasi |
Kanak-kanak dua tahun setinggi 1.34 meter Posted: 14 Oct 2010 08:00 PM PDT
GAMBAR menunjukkan Karan Singh (kiri) berdiri bersama rakan-rakan sebaya. NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia, lapor sebuah akhbar semalam. Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter. Menurut ibu Karan, dia berharap anaknya itu akan mengatasi ketinggiannya. Ibu budak itu akan mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi yang bermula pada 3 Oktober dan berakhir 14 Oktober depan. Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi. "Apabila dia melihat ada orang sedang makan, dia akan meminta makanan. Dia tidak akan berhenti makan jika saya tidak memaksanya supaya berhenti," kata ibunya. Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari. Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya. – Agensi /// kosmo /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |