Adsense

Jumaat, 15 Oktober 2010

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Cari gaji halal

Posted: 14 Oct 2010 08:24 AM PDT

Aku ada terbaca mengenai hukum mengular (ponteng semasa bertugas) adalah berdosa dan gajinya haram. Untuk meminta halal wang tersebut perlu meminta kepada majikan dan shareholder syarikat kita. Kalau kerja kerajaan pula kena minta halal dengan rakyat Malaysia. Peh 27 juta orang tu. Sebab tu Ustaz tu kata biar makan babi dari gaji dari mengular semasa bertugas kerana kalau makan gaji minta ampun dengan Allah SWT sahaja tapi kalau nak minta maaf dengan orang ni memang susah.

So bekerjalah kerana Allah, mulakan kerja dengan ucapan Bismillah, kalau nak tekan switch komputer tu baca Bismillah. Jangan main facebook dan baca isuhangat semasa waktu bekerja.

staff TM main facebook
*Sekadar gambar hiasan jer. Seorang pekerja di kaunter yang terkantoi melayan Facebook semasa melayan pelanggan yang menjadi isu hangat terkini di blog-blog. Jangan salah anggap  sebenarnya dia sedang mencari data pelanggan di Facebook, mana tau pelanggan ni memberi data palsu. hohoho

Aku dah sampaikan, terpulanglah pada korang dan ingatan kepada diri aku sendiri…so sendrik mau ingat!

Ok seterusnya aku nak bercerita pasal kawan-kawan Ajoi yang cari gaji halal. Kalau dah nama Ajoi di isuhangat ni, biasalah semestinya cerita lawak la kan..

Seorang juruteknik Majlis Daerah di daerah 'tooot' sedang turun site untuk menyelia para kontraktor lanskap sedang bekerja. Dia lihat dua orang pekerja yang sedang bekerja tapi kelakuan mereka pelik.

Seorang menggali tanah membuat lubang, apabila dah siap satu lubang yang sorang lagi menimbus balik lubang yang baru digali tadi dengan tanah.

Setelah 2-3 lubang diaorang buat benda yang sama, si penyelia ni bertanya kenapa diaorang buat kerja tak berfaedah tersebut.

Begini jawapan salah seorang dari mereka yang bernama Suparman..

Kami selalu bertiga membuat kerja tanam pokok ni, saya , Ajoi dan Sumardi. Saya gali lubang, Ajoi letak pokok dan Sumardi menimbusnya. Hari ni Ajoi cuti sakit pasal cirit-birit.

Daripada kami melepak mengular,  baik kami buat kerja kami . Cari gaji halal Pak..

sumber – isuhangat

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.