Adsense

Jumaat, 15 Oktober 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Puteri Sarah suka kelentong

Posted: 14 Oct 2010 08:27 AM PDT


Beri alasan ada kelas padahal ke majlis Aidilfi tri teman artis

TAK disangka-sangka, buah cempedak menjadi nangka. Selepas puas menepis, mengelak, penafian demi penafian, malah sanggup 'berpura-pura' masih bahagia, akhirnya pelakon, pengacara TV dan penyampai radio SinarFM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih mesra disapa Kak Engku atau KE, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Osman pada 28 September lalu di mahkamah syariah di Selangor dalam prosiding tertutup.

Tapi, apa boleh buat, jodoh Kak Engku bersama Adzmin tak panjang. Namun, Zubir kagum dengan semangat yang ditunjukkan Kak Engku, sekalipun berita perceraiannya terpampang di muka depan Harian Metro, dia masih meneruskan tugasnya di konti SinarFM pada pagi berkenaan!

Pun begitu, Zubir dimaklumkan, ada beberapa teman wartawan yang menunggu Kak Engku di luar konti dengan harapan dapat bertemunya selepas dia bersiaran pagi itu. Biasalah tugas wartawan, ingin mendapatkan pengesahan daripada empunya badan. Namun, apa yang sampai ke telinga Zubir, sebaik saja Kak Engku menyedari kehadiran wakil media, dia terus berlari keluar konti sambil menutup mukanya!

Itu kisah perceraian artis. Sabtu lalu juga industri hiburan melihat seorang lagi pasangan artis yang naik pelamin, pengacara popular, Jimmy Shanley dan pasangannya, Nursuhaila Eliani yang bersanding di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Zubir sempat menghadiri majlis berkenaan, memang vass!

Namun, ada cerita kurang enak yang sampai ke telinga Zubir. Khabarnya ada wakil media tidak dibenarkan masuk ke dewan persandingan, gara-gara konon ceritanya syarikat media berkenaan tidak diundang, selain tidak membawa bersama mereka kad undangan untuk tujuan pendaftaran! Memang pelik Zubir mendengar cerita jurugambar tidak dibenarkan masuk!

Nasib baik Zubir dapat masuk meskipun terlupa membawa kad jemputan, malah tidak mengenakan suit sebagai pakaian wajib yang tertera di belakang kad undangan. Bagi Zubir, apalah salahnya wakil media dibenarkan masuk sekalipun tak membawa kad, lagipun kerjaya Jimmy memang sering berurusan dengan wartawan. Malah, banyak lagi kerusi kosong yang disediakan khas di meja wartawan. Perkara seperti ini tak patut berlaku!
Ini pula kisah aktres remaja, Puteri Sarah Liyana yang agak lama Zubir tidak panggil untuk fotografi sejak kontroversi dirinya bersama teman lelakinya, Ammar Alfian yang pernah mencetuskan kemarahan di kalangan wartawan.

Pada 28 September lalu, Zubir ada mengirimkan SMS kepada Liyana untuk mengadakan sesi fotografi dia bersama seorang lagi artis baru, Puteri Fateen, dua-dua nama bermula dengan pangkal Puteri, itu motif Zubir.

Namun, Sarah memaklumkan dia tidak dapat hadir fotografi pada petang 1 Oktober lalu kerana dia ada kelas yang perlu dihadiri dan meminta maaf. Nak dijadikan cerita, kelibat Sarah bersama teman lelakinya, Ammar, dilihat sempat menghadiri majlis Aidilfitri anjuran seorang aktres popular di Restoran Bora Ombak, Ampang pada tarikh dan waktu sama dengan fotografi Zubir bersama Puteri Fateen di studio B*POP! Kan dah kantoi!

Teman Zubir yang melihat kehadirannya pada majlis berkenaan, terus merakamkan fotonya bersama Ammar sebagai bukti. Itu satu, keduanya Zubir lihat pakaian Sarah ketika menghadiri jamuan majlis Hari Raya pada petang itu, tak begitu sopan! Majlis Aidilfitri tapi pakai skirt pendek, tak belajar sivik ke? Bagi Zubir, Sarah memang tak pernah serik dengan kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini. Pandai pula cakap belit-belit, akhirnya terbelit!

google: puteri sarah, puteri sarah facebook, puteri sarah blog, puteri sarah twitter, puteri sarah myspace, puteri sarah dan amar, puteri sarah seksi, puteri sarah hot, puteri sarah bogel, puteri sarah bikin, puteri sarah buah dada, gambar seksi puteri sarah dan amar, kekasih puteri sarah, puteri sarah wiki, foto terkini puteri sarah, gambar terbaru puteri sarah, puteri sarah sosial, puteri sarah merokok, puteri sarah dan keluarga

Ayu Raudhah nafi jadi punca

Posted: 14 Oct 2010 08:25 AM PDT


Kekasih Zaquan Adha akui tidak tahu kemelut rumah tangga Rita-Aidil

KONTROVERSI yang melanda rumah tangga pelakon Rita Rudaini, 34, dan suaminya, Aidil Safuan dikatakan turut mengaitkan seorang lagi pelakon Ayu Raudhah yang dilaporkan bakal berkahwin dengan kembar Aidil, Zaquan Adha, 24. Nama Ayu turut terpalit sama dalam kemelut itu hingga dikatakan menjadi dalang kononnya beliau antara individu yang menyebarkan cerita buruk dan fitnah mengenai Rita kepada media massa dan kru produksi.

Itu didakwa oleh Rita sendiri yang memberi kenyataan kepada media massa sebelum ini apabila membuat pendedahan mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapinya. Kononnya adik kepada pelakon Rozita Che Wan ini juga turut memburukkan nama Rita di kalangan keluarga suaminya.

Difahamkan Ayu, 26, dan Zaquan bakal menaiki pelamin pada awal tahun depan.

Sejak tersebarnya pendedahan mengenai rumah tangga Rita yang dilanda badai, ramai wartawan cuba menghubungi Ayu bagi mendapatkan penjelasan dan komen berhubung dakwaan itu tetapi Ayu sukar dihubungi kerana panggilan telefon tidak dijawab dan SMS juga tidak berbalas.

Namun, Khamis lalu, B*POP berjaya menghubungi Ayu dan pelakon itu yang kini sibuk melunaskan penggambaran telefilem berjudul Semua Nak A Juga bersama Fizz Fairuz, Nabil Raja Lawak dan Jue Aziz, menjawab panggilan telefon dan sedia memberi penjelasan.

Ayu mengakui, dia bukan sengaja mahu melarikan diri daripada pihak media massa sebaliknya cerita yang memalit namanya itu dalam kemelut rumah tangga Rita-Aidil memang tiada kena mengena langsung dengan dirinya.
Justeru, katanya, dia tidak berhak untuk bercakap atau memberi komen terhadap rumah tangga orang lain.

"Ayu sendiri tidak tahu menahu dan tidak faham apa yang cuba dimaksudkan pihak itu (merujuk kepada Rita). Zaquan sendiri tidak pernah bercerita mengenai urusan keluarganya apatah lagi yang membabitkan rumah tangga abangnya sendiri. Jadi mustahil boleh wujud istilah Ayu mengambil tahu hal mereka," katanya yang tidak mahu mengeruhkan keadaan berhubung isu berkenaan.

Dengan apa yang terjadi, Ayu menjelaskan, hubungannya dengan kekasih hati itu tidak terkesan dan berjalan seperti sedia kala. Malah di sebalik kekalutan cerita membabitkan Rita dan suaminya, Ayu sendiri tidak lepas dengan pertanyaan mengenai hari bahagianya dengan pemain bola sepak kebangsaan itu.

Menurut Ayu, dia tidak menidakkan mengenai cerita yang sudah tersebar luas mengenai detik bersejarah yang bakal melihat dua hati bercantum menjadi satu pada Januari depan. Cuma sebagai pihak perempuan, Ayu sebenarnya sudah tidak larat memberi komen mengenai hal terbabit.

"Sebenarnya Ayu tidak mahu dianggap terlalu memukul canang satu Malaysia mengenai hal ini. Kalau ada jodoh, insya-Allah... jadilah. Doakan saja. Buat tempoh sekarang, Ayu tidak mahu lagi menggembar-gemburkan hal perkahwinan kami ini.

"Memang ikutkan apa yang sudah diputus, Januari ini bakal menjadi saksi hari yang ditunggu. Perancangannya memang begitu cuma tidak diputuskan lagi tarikh yang betul-betul untuk kami disatukan. Pihak Ayu hanya bersedia dan apa juga keputusan terletak kepada keluarga Zaquan," kata Ayu yang mengakui memang sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Difahamkan Ayu dan Zaquan sudah menghadiri kursus perkahwinan sekitar Ramadan lalu. Malah cerita yang tersebar kononnya pasangan itu ingin melangsungkan pertunangan pada bulan ini juga ada kesahihannya. Namun, disebabkan kesibukan masing-masing, rancangan itu terpaksa ditunda.

"Ayu sendiri tak kisah sama ada perlu bertunang atau tidak. Apa yang lebih penting ialah akad nikah. Kita hanya merancang," katanya yang bakal muncul menerusi filem Nur Kasih tahun depan.

Dira: 'Saya kecewa sikap Ash'

Posted: 14 Oct 2010 08:24 AM PDT


Dira kesal tuduhan bekas suami tidak benarkan jumpa anak

"MUNGKIN itu cara Ash untuk meluahkan segala ketidakpuasan hatinya kepada saya. Tetapi sebagai orang dewasa dan matang, setiap apa juga masalah boleh dibawa berbincang. Saya percaya setiap apa juga perbuatan dan tindakan kita pasti akan memberikan impak pada kemudian hari. Disebabkan itu, saya tidak mahu membalas luahan yang dibuat Ash.

"Saya berusaha untuk tidak menyakit hatinya dan tidak mahu antara kami ada permusuhan kerana apa pun yang terjadi dia tetap bapa anak saya. Cuma apa yang berlaku membuat saya sedikit kecewa," kata Dira apabila ditanya mengenai luahan hati bekas suaminya, Ash atau Tengku ShafizRullah Tengku Mohd Shahid yang mendakwa tidak dapat bertemu anak tunggal mereka, Anggun Deandra, 3 tahun, baru-baru ini.

Pemain dram kumpulan Bau itu meluahkan ketidakpuasan hatinya menerusi laman twitter miliknya mendakwa Dira tidak membenarkan dia menemui anak mereka apabila tidak menjawab panggilan telefon yang dibuatnya.

Menjelaskan perkara itu, Dira berkata, dia berharap jalinan komunikasi antara mereka akan berubah lebih baik kerana apa yang berlaku sekadar salah faham. Enggan perkara itu berlarutan, Dira juga memohon isu itu tidak diperbesarkan kerana mahu menjaga keharmonian demi anak tunggal kesayangan mereka.

"Mungkin ia memerlukan sedikit masa tetapi saya percaya, setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara berunding. Saya tidak tahu kenapa Ash bertindak begitu. Jika itu caranya untuk melepaskan kemarahan, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Itu mungkin caranya dan lebih baik ditanyakan kepadanya. Jalan terbaik ketika ini adalah berdiam diri daripada turut sama memberi kenyataan dan memburukkan lagi keadaan," kata Dira.

Dira berkata, selepas berpisah dia tidak pernah memusuhi lelaki yang hidup bersamanya lebih tiga tahun. Biarpun hak penjagaan diberikan kepadanya, Dira tidak pernah menghalang Ash untuk bertemu dengan Anggun.
"Itu hanya interpretasi Ash yang mungkin salah faham apabila saya tidak menjawab panggilannya. Kebetulan kebelakangan ini saya agak sibuk dengan latihan teater, jadi setiap urusan memerlukan masa. Bagi saya, ada banyak cara untuk melepaskan marah atau perasaan tidak puas hati. Bertindaklah seiring kematangan usia dan pengalaman," nasihat Dira.

Masih belum bertemu pengganti di hati, Dira berkata, dia juga sibuk menyelesaikan beberapa urusan kerana berhasrat mahu melanjutkan pelajaran di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Akuinya, dia sudah memperoleh tempat untuk menyambung pelajaran dalam pembikinan filem di sebuah institusi pengajian di sana.

"Insya-Allah jika semua menjadi kenyataan saya akan berlepas ke AS pada Mac depan kerana pengajian cuma bermula pada April.

Saya hanya mengambil pengajian pendek, memadai untuk saya mengutip pengalaman dan mencari segala sebab serta punca mengapa Hollywood menjadi kiblat kepada industri perfileman dunia.

"Saya ke sana bukan kerana menidakkan keupayaan institusi pengajian tempatan, sebaliknya saya perlukan pendedahan. Jika ada rezeki, saya ingin mencari peluang bekerja di sana sebelum pulang ke tanah air," katanya.

Jujur kata Dira, niat untuk belajar di luar negara sudah lama tersimpan di hatinya. Malah sebelum bernikah lagi, dia ingin menyambung pengajian di United Kingdom tetapi tidak mendapat keizinan keluarga.

"Niat di hati memang saya akan membawa Anggun bersama dan sekarang, saya sedang menguruskan semua dokumen berkaitan.

Saya tidak boleh hidup tanpa dia. Mungkin untuk berpisah seminggu dua, saya kuat tetapi untuk jarak masa berbulan-bulan saya tidak dapat membayangkannya," kata Dira.

Saat mengambil keputusan itu kata Dira, dia tidak melakukannya sendirian. Selain pandangan ahli keluarga, dia juga berbincang dengan Ash kerana lelaki itu juga mempunyai hak untuk menjaga Anggun.

Ketika ini, Dira sedang dalam latihan untuk pementasan teater terbaru lakonannya, Banduan Akhir Di Sel Akhir yang dipentaskan dari 10 hingga 14 Oktober ini. Teater diadaptasi daripada kisah benar itu diarahkan Namron terbitan Amnesty International Malaysia dengan kerjasama Rumah Anak Teater.
Pementasan tetaer itu berlangsung di Black Box @ MAP Level G2-01, Block A5, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Membawakan watak Yong Vui Fong, teater itu kata Dira, menuntut emosi yang pelbagai membuatkan dia sangat teruja menjayakannya.

Aktif berteater sejak tahun lalu selepas diajak Zahiril Adzim, Dira berkata, dia menemui apa dicarinya sebagai pelakon menerusi teater.

Nora danish: Tetap rapat selepas berpisah

Posted: 14 Oct 2010 08:23 AM PDT


Nora Danish akui selesa berkawan baik dengan Jejai tanpa lagi ikatan suami isteri

HATINYA tidak pernah terusik jika bekas suaminya berkahwin terlebih dulu, malah pelakon yang digelar `hot mama', Nora Danish, 28, sudah lama menerima hakikat perpisahan mereka.

Walaupun apa yang berlaku dulu cukup menyeksakan hidupnya, pelakon utama filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Cuti Cuti Cinta tidak lagi ambil pusing mengenainya, malah terserahlah pada bekas suami, Rizal Ashram Ramli untuk menentukan siapa gadis pilihan hati. Sama ada pilihannya ialah pelakon, Fasha Sandha atau gadis lain, itu hak Rizal atau lebih dikenali dengan Jejai.

Mengenai dirinya, Nora akui belum bertemu dengan jejaka yang mampu membuka pintu hatinya. Bukan tidak berkawan, malah dirinya punya ramai teman lelaki, tetapi mereka sekadar kawan, tiada hubungan istimewa.

Semakin seksi dan jelita, Nora berkata: "Bohonglah kalau saya katakan saya tidak mahu berkahwin lagi, tetapi jodoh nampaknya belum sampai. Selain melayan kerenah anak, Putera Rayqal Rizal Ashram yang sedang membesar, saya juga kembali sibuk di lokasi penggambaran filem dan drama.

"Saya tidak kisah jika Jejai berkahwin dulu, malah saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Hubungan kami jadi semakin rapat apabila berpisah. Saya selesa berkawan baik tanpa ada apa-apa ikatan dengan Jejai. Saya lebih mengenali `true colour' Jejai apabila kami berpisah.

"Kami sudah lama terima hakikat antara kami memang tiada jodoh. Usahlah diungkit perkara silam, yang berlaku sudah pun berlalu. Jadi, biarlah kami berkawan baik demi Rayqal. Bagaimanapun, saya mengharapkan Jejai memilih gadis yang sesuai dan paling penting, bakal isterinya dapat menerima Rayqal dengan ikhlas. Jika membenci saya, bagaimana nak terima anak kami?
"Jujurnya, saya memang tiada apa-apa perasaan lagi terhadapnya. Semua kenangan sudah lama saya padamkan dalam diari hidup ini. Apa yang lebih penting, kami tidak mengabaikan tanggungjawab dan memisahkan kasih sayang Rayqal. Anak adalah nyawa kami."

Di sebalik itu, Nora berkata jika bertemu jodoh dalam masa yang terdekat, dirinya tidak mungkin menolak. Dia juga seperti wanita lain mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan hakiki dengan lelaki yang bernama suami, apatah lagi usia sudah menginjak 28 tahun.

Tanpa berselindung, Nora akui: "Saya tidak pernah serik mahu berkahwin lagi, malah saya terima jika ada lelaki yang mampu membuka pintu hati saya yang terkunci ini. Apa yang berlaku dulu cukup membuatkan saya tabah dan matang dalam menempuh kehidupan.

"Saya tidak pernah kesal, jauh sekali menyesal apabila bergelar ibu tunggal dalam usia yang muda. Hakikatnya, itulah suratan takdir buat diri saya. Cuma, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya akui sudah lama melangkah dari kehidupan lalu, malah sejak bercerai, saya sudah punya haluan hidup baru.

"Bagaimanapun, saya mahu lebih berhati-hati jika memasuki alam perkahwinan buat kali kedua. Dulu, saya berkahwin atas dasar cinta dan tidak sempat mengenali Jejai dengan lebih rapat apabila kami membuat keputusan untuk berkahwin cepat. Tapi kali ini, saya mahu mengenali pasangan hidup dengan lebih mendalam.

"Saya mahu membuat pilihan yang tepat. Tidak dinafikan ramai lelaki datang menghimpit, tetapi belum ada yang sesuai. Saya tidak mahu berkahwin kerana tekanan. Jika Jejai mahu berkahwin dulu, biarlah. Saya masih lagi mencari dan tidak pernah terdesak untuk berkahwin lain."

Akuinya, dia tidak rasa pernah sunyi walaupun hakikatnya tidak bertemankan seorang suami. Kehidupan sehariannya sentiasa sibuk dengan anak dan kerjaya lakonan yang semakin menjadi-jadi.

"Saya bersyukur memiliki keluarga yang sentiasa memberi semangat, malah bekas ibu bapa mentua dan ipar duai sentiasa mengambil berat mengenai saya dan Rayqal. Saya tidak sempat nak rasa sunyi kerana ada saja aktiviti yang dilakukan. Jika tidak sibuk di lokasi penggambaran, saya sibuk menjaga Rayqal.

"Sudah menjadi kemestian saya akan menghantar Rayqal di rumah datuk dan neneknya setiap hari. Mereka akan kesunyian jika Rayqal tiada. Jika saya sibuk, mereka sendiri akan datang menjemput cucunya.

"Hubungan Rayqal dengan Jejai memang rapat, malah setiap kali melihat Jejai, Rayqal akan mengucapkan kata `sayang daddy' sambil membelai wajah Jejai banyak kali. Kami sentiasa tergelak melihat keletah Rayqal yang kini sudah pandai bercakap.

"Keluarga Jejai terutama ibu bapanya tidak boleh berpisah langsung dengan Rayqal. Mereka seronok melayan Rayqal yang semakin bijak dan aktif," katanya yang kini terpaksa berpisah dengan Rayqal kerana terbabit dengan penggambaran drama bersiri, Putera Katak arahan Adam Hamid di Kuala Terengganu selama enam hari.

Menyentuh mengenai kerjayanya, Nora berkata dia kembali berlakon filem selepas sekian lama tidak muncul di layar perak. Kali terakhir lakonanya dalam filem Gila-Gila Pengantin Popular dan Senario - Pemburu Emas Yamashita kira-kira enam tahun lalu.

"Diam tak diam sudah hampir 10 tahun saya menikmati hidup sebagai anak seni. Saya memulakan kerjaya sebagai model ketika berusia 18 tahun dan detik permulaan sebagai pelakon dalam drama bersiri Puteri selama lima musim.

"Saya akui dulu saya tidak banyak ruang untuk bekerja dengan pengarah lain, melainkan Aziz M Osman kerana terikat dengan drama Puteri dalam jangka masa yang panjang. Selepas berkahwin pula, saya terpaksa mengurangkan aktiviti seni kerana menumpukan perhatian pada rumah tangga. Kini, saya baru terasa dapat menikmati hidup sebagai anak seni apabila kembali aktif, itupun selepas Rayqal semakin membesar," katanya.

Penat berlakon babak dirasuk

MENGULAS lakonannya dalam filem terbaru, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC2) yang kini sedang ditayangkan dan seelpas ini pula bakal muncul menerusi filem Cuti Cuti Cinta arahan Ahmad Idham terbitan MIG Production Sdn Bhd, Nora Danish akui seronok berlakon bersama anggota Senario.

"Dua filem itu memberi pengertian buat kerjaya saya. Dua genre yang berbeza, tetapi saya seronok melakonkannya. Dalam filem JPBC2, saya bergandingan dengan Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Cat Farish dan Lisa Surihani.

"Mungkin orang lain sukar nak mengikut rentak Mazlan dan Azlee yang dianggap agresif, tetapi saya sudah punya pengalaman bekerja dengan mereka ketika filem Senario - Pemburu Emas Yamashita. Mereka bukan saja berbakat besar, malah layak dianggap penghibur. Ketika pelakon lain semakin layu dek kepenatan sehingga jauh pagi berada di lokasi penggambaran, mereka pula sebaliknya sentiasa menceriakan keadaan.

"Bagaimanapun, saya agak kepenatan apabila melakonkan babak kena rasuk. Saya tidak pernah kena rasuk, jadi saya terpaksa melakukan kajian dalam filem-filem barat, cuma bezanya ia dilakonkan dengan genre komedi. Untuk melaksanakan babak ini, solekan saja mengambil masa hampir dua jam. Saya hampir hilang suara kerana babak rasuk memerlukan suara serak. Ketika proses memasukkan suara, saya hilang suara sekali lagi," katanya.

Selain Nora, Mazlan, Azlee, Lisa Surihani dan Cat Farish, filem JPBC2 yang menemui penonton di pawagam pada 7 Oktober lalu turut menampilkan Bob Kuman, Pie, Ruminah Sidek dan Ebby Yus.

Ia mengisahkan usaha Pak Mor (Azlee) dan Mustika (Lisa) yang cuba membolot harta dan saka peninggalan Pak Sudir (Pie) daripada Punai (Mazlan) serta Asmat (Cat) hingga mendorong mereka menggunakan ilmu hitam. Punai dan Asmat mendapatkan bantuan Wak Ketari (Bob Kuman) bagi menghalang cubaan jahat dan pada masa sama mereka menyimpan perasaan terhadap anak gadis guru mereka, Seha (Nora).

Info Nora

NAMA: Nora Mohd Danish Hanif
NAMA KOMERSIAL: Nora Danish
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
UMUR: 28 tahun
ZODIAK: Aries
ASAL: Kajang, Selangor
KERJAYA: Model dan pelakon
ANAK: Putera Rayqal Ramli
KOMERSIAL: Sunsilk, Esso, Intimate, Walls Cornetto, Hotlink
DRAMA/TELEMOVIE: Puteri, Arjuna, Celak Pak Andam, Pendekar Lima, Bunian, Gadis Cuci, Salon & Putera Katak
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario - Pemburu Emas Yamashita, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Cuti Cuti Cinta & Seru
PROGRAM: Bolly 10 (Astro B4U) dan I-Glam (TV9)

rating Nona jatuh kerana Maya Karin jadi host?

Posted: 14 Oct 2010 08:20 AM PDT


Selepas hampir setahun Maya Karin mengemudikan rancangan Nona, maklum balas yang diterima adalah pelbagai. Sudah menjadi adat resam dunia hiburan, ada yang suka dan ada yang tidak. Rata-rata maklum balas yang diterima kebanyakannya merasakan Maya tidak mampu menarik perhatian minat mereka untuk terus menonton Nona seperti mana musim-musim terdahulu. Sehingga ada desas-desus mengatakan rating Nona tidak lagi sehebat dulu apabila ia hanya sekadar mencatatkan jumlah penonton sekitar 1 hingga 1.2 juta setiap minggu sahaja.

Pelbagai reaksi yang diterima tentang gaya penyampaian Maya yang pada hemat mereka kelihatan kekok dan begitu canggung sekali jika hendak dibandingkan dengan penyampai terdahulu. Memang pada asalnya, kata Penerbit Eksekutif Nona, Hartina Ayu Harun, pemilihan Maya sebagai hos Nona adalah untuk memikat golongan urban di samping pengikut setia program wanita unggul itu.

google: maya karin, maya karin nona, maya karin pengacara nona, rating nona jatuh punca maya karin, maya karin rating jatuh, maya karin dan nona

Noh Hujan Kini Berwajah Baru, Rambut Pendek & Spek Hitam

Posted: 14 Oct 2010 08:18 AM PDT


google: noh hujan, noh hujan imej baru, noh hujan potong rambut, noh hujan pakai spek hitam, noh hujan gaya baru, noh hujan rambut baru, noh hujan dan rambut

(Gambar) Sharifah Amani Bertudung

Posted: 14 Oct 2010 08:16 AM PDT



google: sharifah amani, sharifah amani facebook, sharifah amani blog, sharifah amani twitter, sharifah amani myspace, sharifah amani wiki, sharifah amani seksi, sharifah amani hot, sharifah amani 2010, sharifah amani dan filem, sharifah amani dan drama, gambar terbaru sharifah amani, foto terkini sharifah amani, sharifah amani bertudung, sharifah amani merokok, sharifah amani botak, sharifah amani dan keluarga, sharifah amani dan boyfriend, sharifah amani bogel, sharifah amani buah dada

(GAMBAR)Tiz Zaqyah Yang Hot and Seksi

Posted: 14 Oct 2010 08:12 AM PDT


















google: tiz zaqyah, tiz zaqyah seksi, tiz zaqyah hot, gambar terbaru tiz zaqyah, gambar terkini tiz zaqyah, tiz zaqyah foto, tiz zaqyah fotoshot

(Shout! Awards 2010) Nora Danish, Mizz Nina Dicalonkan Dalam Kategori Hot Chick Awards

Posted: 14 Oct 2010 08:08 AM PDT


Sebentar tadi berlangsung'nya pengumuman calon-calon yang akan dipertandingkan dalam anugerah paling cool di Malaysia, Shout! Awards 2010. 15 kategori dipertandingkan, namun kami lebih tertarik dengan kategori Hot Chick Awards. Nama-nama besar & popular seperti Nora Danish, Mizz Nina, Maya Karin, Nur Fazura, Scha Al Yahya & Vanida Imran (wtf?) telah dicalonkan dalam kategori tersebut. Nice, tetapi sepatut'nya digantikan Vanida Imran dengan Fasha Sandha, teringin juga kami melihat kedua-dua musuh tradisi Nora Danish & Fasha Sandha berentap untuk anugerah ini.

(Gambar) Diana Danielle Di Breast Cancer Awareness Month

Posted: 14 Oct 2010 08:07 AM PDT


Setuju atau tidak, kalau kami kata Diana Danielle sepatut'nya dicalonkan dalam Hot Chick Awards untuk Shout! Awards 2010 yang akan berlangsung bulan November nanti.

Berkisarkan entri ini, Diana Danielle ada umumkan di Twitter bahawa beliau akan singgah di Mid Valley sempena Breast Cancer Awareness Month bagi tahun 2010. Pada mula'nya, kami ingin singgah ke sana juga, tetapi rasa janggal pula sebab tiada seorang pun daripada kami digelar wanita. Lantas, kami batalkan hasrat tersebut.


Sesungguh'nya, barah payudara kalau betul caranya, boleh dicegah dari awal. Menggunakan Diana Danielle sebagai ikon, sedikit sebanyak dapat menyedarkan ramai wanita muda di negara kita untuk peka dengan penyakit ini. Orang cakap, cegah itu lebih baik daripada mengubat.

Diana Danielle lebih comel sebentar lagi.




google: diana danielle, diana danielle breast cancer awareness, foto diana danielle breast cancer awareness, gambar diana danielle breast cancer awareness, gambar terbaru diana danielle, diana danielle dan magika