Adsense

Jumaat, 15 Oktober 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Shout! Awards 2010) Fesyen Aliyah Tiru Gaya Lady Gaga, Nur Fazura Undian Tertinggi Hot Chicks

Posted: 15 Oct 2010 10:23 AM PDT

Terima kasih Media Prima. Akhirnya kami terima juga beberapa set gambar ketika majlis pengumuman calon-calon untuk Shout! Awards 2010. Ramai juga artis yang hadir, antaranya Aizat, Mizz Nina, Jacklyn Victor, Yuna, Joe Flizzow, dan aktres Indonesia, Nia Ramadhani.

Antara yang kami ingin hi-lite kan, fesyen Aliyah yang meniru gaya Lady Gaga, berambu-ramba cekak rambutnya. Ramai yang kata, Aliyah seperti krisis identiti. Namun pada kami, ini satu kelainan yang unik, sekurang-kurangnya umum tidak dihidangkan artis stereotaip.

Cerita lain pula, sedikit kajian yang kami lancarkan kelmarin berkenaan Hot Chick Awards telah menerima sejumlah 1976 undian, di mana Fazura menerima 33%, Nora Danish (30%), Vanidah Imran & Mizz Nina (11%), Scha (8%) dan Maya Karin (7%). Untuk undian rasmi, pihak Shout! Awards akan membuka undian secara online mulai 18 Oktober. Pilih artis kesayangan anda & ajak kawan-kawan agar mengundi sekali.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mantera : Filem Iron Man Versi Tempatan, Tomok Sebagai Hero

Posted: 15 Oct 2010 08:18 AM PDT

Sebuah lagi filem CGI menjadi taruhan oleh FlareStudio untuk ditayangkan ke seluruh pawagam tempatan tidak lama lagi, Mantera. Nampak'nya, konsep CGI sudah mula mendapat tempat di hati penonton dan juga pembuat filem, bukti'nya filem terbaru KRU, Magika telah mendapat 13 pencalonan dalam Festival Filem Malaysia 23 (FFM 23) yang akan berlangsung mulai 20 – 24 Oktober 2010. Satu pencapaian yang hebat, dan juga petanda bahawa industri filem Malaysia mengikut trend & selera semasa.

Mempertaruhkan Tomok sebagai hero, filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superhuman' kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Berdasarkan sinopsis Mantera, kami dapat simpulkan kisah ini amat berkait rapat dengan filem Iron Man. Memang kami teringin betul nak lihat kemampuan tenaga kerja tempatan dalam menghasilkan filem CGI berkualiti tinggi.

Sedikit kritikan, pihak produksi mungkin patut mengemaskan lagi babak-babak yang melibatkan CGI agar kelihatan lebih real & dramatik di mata penonton. Buatkan kami berkata, "Wow" di pengakhiran filem ini. Good luck and all the best!

Blog Widget by LinkWithin
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.