Adsense

Jumaat, 15 Oktober 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Bajet 2011: Berubah atau ketinggalan

Posted: 15 Oct 2010 08:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Kejayaan menuntut kepada perubahan dan perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan."

BENTANG...Najib diringi Muhyiddin  dan Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah ketika hadir Pembentangan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.
BENTANG...Najib diringi Muhyiddin dan Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah ketika hadir Pembentangan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penuh bersemangat ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, semalam yang menyaksikan rakyat daripada semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya.


"Bajet ini digubal penuh keazaman mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Ia mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia," katanya.


Bermula daripada syarikat konglomerat, kakitangan, kerajaan atau swasta sehinggalah golongan orang biasa termasuk imam dan pengawal keselamatan semuanya mendapat manfaat daripada Bajet 2011.


Berkuat kuasa semalam kerajaan memansuhkan duti import yang sebelumnya dikenakan pada kadar antara lima peratus hingga 30 peratus ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.


Barangan itu merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuk kelambu.


Cukai jualan telefon bimbit dimansuhkan bertujuan penyelarasan selepas telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus sebelum ini manakala telefon bimbit mempunyai pelbagai aplikasi seperti Internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan.


Untuk memenuhi impian rakyat memiliki rumah selesa, kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit menerusi Projek Bantuan Sewa Rumah.


"Selain itu, golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan akan dibantu menerusi Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000," katanya.


Skim itu bagi pembeli rumah pertama berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan dan pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.


Bagi pengawal keselamatan, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan, berbanding RM300 hingga RM400 ketika ini dan kenaikan bermula Januari depan itu bermakna pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun melebihi RM1,00 sebulan," katanya.Sumbangan penjawat awam tidak diketepikan dan bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan akan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari kini.


Selain itu, Bantuan Khas Kewangan RM500 diberi kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan dengan pembayaran dibuat pada Disember ini.


"Kerajaan juga bersetuju memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun 2011," katanya.


Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda kebanggaan negara yang akan dibangunkan menjelang 2020 iaitu projek bersepadu Warisan Merdeka yang turut membabitkan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.Keseluruhan projek bernilai RM5 bilion itu akan dilaksanakan Permodalan Nasional Berhad dengan menara dijangka siap pada 2015.


Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya, kerajaan bersetuju kadar tol di empat lebuh raya milik Plus Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, bermula serta-merta.


Sumbangan pemimpin masyarakat turut dihargai dan kerajaan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 ketika ini.


Elaun turut diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan, selain menaikkan elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa daripada RM30 kepada RM50.


Elaun bulanan imam dinaikkan RM450 kepada RM750 sebulan. Imbuhan bulanan guru Kafa pula naik kepada RM800 sebulan berbanding RM500 kini, berkuat kuasa Januari depan.

Dakwa tertuduh menipu

Posted: 15 Oct 2010 08:48 PM PDT

HULU KLANG: Seorang saksi kes perbicaraan khalwat pelakon Norman Hakim dan Memey memberitahu Mahkamah Syariah di sini, semalam, dia tidak bersetuju kenyataan di dalam akhbar tidak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah.

SENYUM...Norman dan Memey keluar dari mahkamah selepas prosiding perbicaraan kes khalwat, semalam.
SENYUM...Norman dan Memey keluar dari mahkamah selepas prosiding perbicaraan kes khalwat, semalam.
Mohd Yusri Abd Razak, 55, berkata, ia bagi membuktikan terdapat penipuan dan pembohongan yang pernah dibuat kedua-dua artis itu yang menafikan mereka terbabit dalam tuduhan berkenaan.


"Ia penting bagi membuktikan kebenaran yang berlaku membabitkan mereka berdua," kata pereka bentuk itu berulang kali walaupun ditegah memberi penjelasan terhadap soalan yang dicadangkan Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh.


Dia berkata demikian ketika menjadi saksi keenam pada prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.


Dalam perbicaraan semalam, dia turut mengemukakan beberapa keratan akhbar tempatan antaranya Harian Metro berhubung laporan media kes khalwat membabitkan mereka.


Saksi itu bagaimanapun mengakui dan bersetuju dengan cadangan Fakhrul bahawa keterangan pengakuan bersalah yang diberikan oleh kedua-dua artis itu di luar sehingga ke dalam mahkamah adalah konsisten sehingga ke hari ini.


"Ya, saya setuju tapi ia konsisten dengan penafian dan pembohongan," jelasnya walaupun sekali lagi ditegah Fakhrul.


Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.


Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada prosiding semalam, Yusri turut berkata dia tidak berniat menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sebelum prosiding berjalan sebaliknya untuk membantu menyedarkan mereka.


"Saya bukan Hakim untuk jatuhkan hukuman, saya Yusri bukan Norman Hakim."Media digunakan untuk menyindir perbuatan mereka yang masih tinggal bersama supaya mereka sedar dan tak ulangi kesalahan sama," katanya menjawab soal balas oleh Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhammad Nazri Basrawi bagi menjelaskan soalan yang dicadangkan pihak pembelaan berhubung tindakannya memberi kenyataan kepada media.


Perbicaraan bersambung pada 22 Oktober ini.

'Kami mohon maaf, kami sudah insaf'

Posted: 15 Oct 2010 08:46 PM PDT

BANTING: Sambil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia, dua pekerja ladang mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad.

BERSALAH...Sarawanan (kiri) dan Suresh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, semalam.
BERSALAH...Sarawanan (kiri) dan Suresh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, semalam.
BUKTI...kenderaan yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa dibawa ke mahkamah, semalam.
BUKTI...kenderaan yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa dibawa ke mahkamah, semalam.
Dengan wajah tenang, K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap pertuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar mayat dan membuang abu mayat keempat-empat mangsa bagi mengelakkan tertuduh utama dalam kes pembunuhan itu dikenakan tindakan undang-undang.


Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kepada kedua-dua tertuduh bagi empat pertuduhan itu dan memerintahkan ia berjalan serentak mulai tarikh mereka ditangkap iaitu 9 September lalu.


Ketika diberi peluang bercakap, Sarawanan dan Suresh dengan nada perlahan dalam bahasa Tamil memohon maaf terhadap perbuatan mereka sebelum diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.


"Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya. Saya sudah insaf," kata kedua-dua tertuduh.


Sarawanan didakwa menghilangkan bukti yang menjadi satu kesalahan serius dengan sengaja membakar mayat keempat-empat mangsa dengan niat untuk mengelakkan N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.


Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.


Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.


Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.


Suresh pula didakwa menghilangkan bukti berkaitan kesalahan tertuduh utama dengan sengaja membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting, pada masa dan tarikh sama, juga bagi mengelakkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.Berdasarkan fakta kes juga, ketika kejadian, Suresh yang berada di ladang milik Pathmanabhan didakwa melihat Thilaiyagan dan Matan memungut sesuatu di tempat pembakaran berhampiran pondok di ladang itu dan memasukkannya ke dalam tong biru.


Suresh bertanya kepada Thilaiyagan serta Matan dan diberitahu ia berisi abu mayat empat mangsa yang mereka bunuh dan bakar pada malam kejadian.


Pekerja ladang itu mendakwa melihat Kathavarayan membawa sebuah kenderaan pikap Isuzu D-Max ke tempat abu mayat itu dipungut. Setibanya di situ, Thilaiyagan dan Matan mengangkat tong biru yang mengandungi abu mayat ke dalam kenderaan berkenaan.


Selepas itu, dia bersama Thilaiyagan dan Kathavarayan pergi ke Sungai Panchau, untuk membuang abu mayat itu. Kathavarayan mencurah abu mayat itu ke dalam sungai bersama tong sekali.Selepas selesai kerja pembuangan abu mayat pada jam 10 pagi, dia bersama Thilaiyagan dan Kathavarayan pulang semula ke ladang itu.


Suresh dan Thilaiyagan kemudian diarahkan Kathavarayan untuk membersihkan tempat pembakaran dengan membuang semua sisa kayu dan kepingan zink ke dalam lori sebelum membuang sisa kayu di tempat pembuangan sampah Sungai Arak, Kampung Kelanang, Banting manakala kepingan zink dibuang ke dalam sungai kampung itu.


Ketiga-tiga mereka balik semula ke ladang dan membuat kerja seperti biasa.


Bagi semua perbuatan itu, Sarawanan dan Suresh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Sebuah kenderaan Isuzu D-Max berwarna kelabu yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa sebelum dibuang ke dalam Sungai Panchau turut dibawa ke mahkamah sebagai barang bukti kes dan prosiding ditangguhkan seketika bagi membolehkan majistret, pihak pendakwaan dan pembelaan melihat kenderaan itu.


Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff dan dibantu Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abdul Ghani.


Sarawanan dan Suresh diwakili peguam M Puravelan, Mohd Naguib Abdul Malik dan Roslie Sulie.


Roslie ketika berhujah bagi pihak Sarawanan memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya menanggung beban keluarga dengan menyara bapa yang menghidap sakit jantung serta ibunya yang hanya seorang suri rumah.


Menurutnya, Sarawanan tidak mempunyai kesalahan lampau dan pengakuan anak guamnya perlu diambil kira kerana ia menjimatkan masa mahkamah.


Sementara itu, Mohd Naguib dalam rayuan bagi meringankan hukuman terhadap Suresh berkata, anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menyara adik serta menjaga ibunya yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan alahan kepada ubat.


Ishak dalam hujahnya membantah hukuman ringan dan memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum tanpa memberi diskaun kepada semua tertuduh selain meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berjalan secara berasingan.


Menurutnya, hukuman maksimum perlu bagi memberi pengajaran bukan saja kepada tertuduh, tetapi memberi peringatan kepada orang lain.


Rabu lalu, peguam Pathmanabhan, 41, didakwa bersama-sama Thilaiyalagan, 19, Matan, 20 dan Kathavarayan, 30, membunuh Sosilawati, 47.


Selain itu, keempat-empat tertuduh turut didakwa membunuh pemandu wanita itu, Kamaruddin, 44; peguam, Ahmad Kamil, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham, 38.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, di sini, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu.


Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Disember ini.

Belum 14 hari air kena potong

Posted: 15 Oct 2010 08:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Jangan aniaya kami begini. Disebabkan sikap segelintir penduduk tidak membayar bil air, kami yang terpaksa menanggung susah," kata G Selvakumar, 28, mengenai masalah penduduk yang mengalami gangguan bekalan air akibat dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

ANGKAT...penduduk mengambil air yang dihantar DBKL.
ANGKAT...penduduk mengambil air yang dihantar DBKL.
Hampir 5,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kondo Rakyat Desa Pantai, Pantai Dalam, dekat sini, terpaksa menggunakan air disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Rabu lalu berikutan bekalan air mereka dipotong.


"Saya faham mungkin tindakan Syabas kerana bil yang terlalu banyak tertunggak, tetapi jika diikutkan mereka tidak boleh memotong sewenang-wenang sedangkan notis 14 hari belum tamat tempoh.


"Saya mengadukan hal ini kepada Biro Pengaduan Awam dan selepas siasatan mereka dapati tiada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) menghubungi Syabas untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.


Akibat daripada masalah itu, hampir semua penduduk tidak dapat melakukan kerja rutin, malah ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan serta ada elajar yang terpaksa mandi di sekolah.


Sementara itu, Pengurus JMB Kondo Rakyat, Yusri Ahmad, berkata dia terkejut dengan pemotongan terbabit kerana sebelum ini pihaknya menerima surat amaran bertarikh 6 Oktober lalu dengan memberi tempoh 14 hari daripada tarikh terbabit jika tidak mahu air dipotong.


"Saya hairan apabila ramai penduduk mengadu pada pagi 13 Oktober lalu rumah masing-masing tiada air dan berikutan itu saya terpaksa mengeluarkan notis Syabas kepada JMB bagi memaklumkan kepada mereka keadaan sebenar.


"Mengenai kenyataan Biro Pengaduan Awam mendakwa saya tidak menghubungi Syabas, apa yang berlaku saya cuba meneliti segala bil serta surat yang dikeluarkan dan sudah menghubungi Syabas bagi menyelesaikan perkara ini," katanya.


Menurutnya lagi, petang kelmarin wakil Syabas datang mengadakan beberapa perbincangan bagi menangani masalah berkaitan serta air sudah dipasang.

Jangan pandai berjanji

Posted: 15 Oct 2010 08:43 PM PDT

KEJAYAAN hebat dilakar kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel yang baru melabuhkan tirainya kelmarin terpaksa dibayar dengan harga tinggi oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

TAHNIAH...Shabery  bersalaman dengan Pandelela Rinong di KLIA, semalam.
TAHNIAH...Shabery bersalaman dengan Pandelela Rinong di KLIA, semalam.
Ini kerana, mereka perlu membayar anggaran hampir RM2 juta kepada atlet negara yang meraih 12 pingat emas, 10 perak dan 14 gangsa menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlit Kebangsaan (SHAKAM).


Pencapaian Sukan Komanwel ke-19 ini adalah yang terbaik berikutan melepasi sasaran 10 emas dimenangi negara ketika menjadi tuan rumah temasya itu di Kuala Lumpur pada 1998.


Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Ahmad Shabery Cheek, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pihaknya akan mengkaji semula jumlah ganjaran yang akan diberikan dalam masa terdekat.


Beliau berkata, bagaimanapun kajian mendalam perlu dijalankan memandangkan ganjaran yang diberikan harus bersesuaian dengan kadar di beberapa negara lain di rantau ini.


"Saya akan minta pihak pengurusan majlis sukan mengkaji semula jumlah ganjaran ini sebelum membawanya ke kabinet, iaitu sama ada jumlah yang ditetapkan ketika ini (RM80,000) cukup atau tidak.


"Namun, jumlah yang diberikan Malaysia adalah lebih besar berbanding apa yang diberikan oleh negara lain kepada atlet mereka. Ganjaran diberikan Malaysia ketika ini, jauh lebih tinggi berbanding Australia.


"Disokong jumlah ganjaran yang besar, maka tidak menjadi halangan buat atlet kita melakar pencapaian lebih baik di masa depan," katanya ketika menyambut kepulangan sebahagian kontinjen Sukan Komanwel New Delhi yang pulang ke tanah air, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.


Selain ganjaran, Shabery berkata, pihaknya turut akan mengkaji semula acara sukan yang berada di bawah program 'Road To London 2012'.


"Disokong dengan pencapaian terbaik atlet di Sukan Komanwel New Delhi, Sukan Sea Laos, serta pemerhatian di Sukan Asia Guangzhou November nanti, kita akan mengkaji semula jumlah acara sukan dalam program tersebut, sama ada menambah atau mengurangkannya," katanya.


Katanya lagi, ketika ini program berkenaan meletakkan tumpuan kepada empat jenis sukan yang dijangka menyumbang kilauan pingat emas pertama Malaysia di temasya Olimpik, iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun."Namun, ketika ini empat acara sukan yang diberikan tumpuan itu akan dikaji semula berikutan terdapat sukan yang kita harapkan itu tidak membuahkan hasil, umpamanya memanah. Sebaliknya, gimrama pula yang menyinar dengan meraih satu emas," katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai Sukan Asia, Shabery berkata tidak mustahil berbekalkan pencapaian terbaik di Sukan Komanwel, atlet mampu melakar kejayaan lebih tinggi.


"Kejayaan di Sukan Komanwel menanam keyakinan yang kuat di kalangan atlet untuk tampil lebih baik dan mengaut lebih banyak pingat emas," katanya.

Mallika hidupkan Naagin dalam Hisss

Posted: 15 Oct 2010 08:40 PM PDT

NAMA bintang ternama Bollywood, Mallika Sherawat sering dikaitkan dengan imej panas dan tubuh seksinya. Malah, Mallika atau nama sebenar, Reema Lhamba, 29, wanita India pertama ditawarkan bergambar bogel dalam majalah Playboy.

pix_middle

MENJADI...antara babak menarik dalam Hisss. BERANI...Mallika bergambar bersama ular ketika menghadiri Festival Filem Cannes ke-62.


Namun, Mallika menolak tawaran itu kerana ingin mengelakkan risiko disenarai hitam dalam industri perfileman India.

Justeru, tidak hairanlah, kelibat model jelita dan pelakon kontroversi ini sentiasa mencuri perhatian ramai sama ada di karpet merah tayangan filem Bollywood mahupun Holly­wood.

Terbaru, bintang seksi ini menjadi sebutan ramai apabila dilamar produksi filem Bollywood/Hollywood untuk beraksi dalam filem Hisss arahan Jennifer Lynch.

Hisss menceritakan me­ngenai dewi ular, Naagin yang pendendam dan menjelma menjadi wanita cantik. Naagin pergi ke bandar untuk mencari pasa­ngannya yang diambil dari hutan oleh warga Amerika, George Amerika.

Sebagai pelakon utama, Mallika mengakui filem itu mengangkat dirinya sebagai seorang pelakon berkaliber di Bollywood. Untuk menjiwai watak ular, Mallika mengalami proses menukar kulit dan mata. Naagin juga hanya makan korban sehingga mangsanya perlu berdoa untuk mendapat belas kasihan."Terus terang, memang jarang pelakon mendapat watak seperti itu dan saya tetap nampak seksi dalam filem ini. Menjayakan filem ini satu pengalaman yang cukup bermakna.


"Saya berasa sangat sejuk ketika menjayakan penggambaran babak jatuh di Selatan Hutan Thekkady. Saya perlu berguling di lumpur dalam keadaan berbogel."Orang ramai juga masih bercakap mengenai 17 ciuman yang dilakukan Naagin dalam filem ini. Saya pula percaya, sekurang-kurangnya saya mencium manusia dan bukan ular.

"Saya juga berasa sangat berlendir apabila menjilat dan mencium ular. Pengarah filem ini, Jennifer juga memberitahu supaya saya menjadi ghairah untuk menjiwai babak Nagin mencium ular itu," katanya.

Mallika turut berhadapan cabaran besar ketika penggambaran Hisss. Katanya, sebagaimana kita tahu, ular adalah makhluk berdarah sejuk. Bagi menjiwai watak Naagin, Mallika perlu disolek dengan kesan khas yang membabitkan tempoh lebih empat jam sebelum penggambaran dimulakan.

"Saya juga tidak boleh minum air sepanjang hari dan tidak boleh ke tandas untuk buang air kerana memakai kostum ular yang lengkap," katanya.

Bagaimanapun, Mallika juga nampaknya terpaksa berhadapan dengan kritikan kerana dikatakan sering buat gimik untuk menarik perhatian ­termasuk bergambar dengan ular sawa sepanjang 22 kaki untuk mempromosikan filem Hisss ketika menghadiri Festival Filem di Cannes ke-62.

"Saya tidak melihat bergambar seperti itu hanya untuk meraih perhatian ramai. Saya ke Cannes dengan pelakon Jackie Chan pada 2005 dan juga meraih perhatian ramai kerana Jackie adalah bintang filem antarabangsa. Tapi kali ini, saya bergambar dengan ular di Cannes kerana ingin mempromosikan filem Hisss dan meraih perhatian lebih meluas.

"Untuk meraih perhatian dengan bergambar seperti itu tidak memberi makna apa pun, tetapi meraih perhatian di Hollywood membuat saya berasa bangga. Selepas ­Aishwarya Rai dan filem Slumdog Millionaire, lebih banyak peluang terbuka untuk pelakon seperti kami," katanya.

Bill Clinton minat Mallika

Dalam pada itu, tidak banyak publisiti mengenai Mallika dilaporkan di akhbar sejak beberapa tahun ini. Hanya gambarnya bersama selebriti terkenal sering dipaparkan di Internet. Mungkinkah dia selebriti kegemaran Bill Clinton apabila mengadakan pertemuan dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu.

"Beliau personaliti paling menarik yang pernah saya temui. Kami bercakap mengenai politik, filem Hisss dan Cinta Barrack yang juga filem yang saya jayakan di Los Angeles. Ia mudah kerana ia bukan filem serius," katanya.

Sementara itu, Mallika yang kembali ke India untuk ­penggambaran filem Double Dhamaal juga nampaknya lebih suka bercerita pengalamannya selepas hampir setahun menetap di Los Angeles.

Ditanya sama ada dia ­merancang terus menetap di Los Angeles, Mallika ­menganggap Los Angeles dan Mumbai sebagai rumahnya.

"Saya akan bekerja di mana-mana negara pun tapi akhirnya akan kembali ke akar semula. Saya juga terbuka dari segi skrip yang bagus dan dari mana-mana negara pun di dunia ini. Saya juga suka berlakon dalam filem dari India Selatan, Jepun dan Korea," katanya.

Tidak lengkap jika tidak ­me­nyentuh kehidupan ­peribadinya yang berstatus janda ini. Akui Mallika, dia memang tidak suka bercerita soal peribadi terutama berkaitan keluarga.

"Bagi saya, kejayaan dikecapi hari ini tidak mengubah apa-apa pun. Ibu dan anggota keluarga terdekat juga sudah mengubah sikap mereka pada saya. Maklumlah, mereka datang dari latar belakang tradisional dan konservatif.
"Soal perkahwinan pula, saya memang ingin mencari calon yang tepat. Kini, hanya anggota keluarga yang me­nyokong saya dari belakang," katanya.

Namun, Mallika berkata, dia tidak berasa kesepian dalam hidupnya sekarang.
"Hidup saya tidak kosong dan masa saya sentiasa terisi. ­Se­orang adik saya ada menemani di sini dan saya juga mempu­nyai projek filem yang bagus.

"Tapi hati saya sudah terbuka untuk memiliki seorang lelaki dalam hidup. Mengapa tidak? Ada banyak pelakon yang mengajak saya keluar. Mereka adalah pelakon yang sangat popular dan saya dalam proses mempertimbangkannya.

"Saya juga masih menikmati kebebasan dalam hidup. Saya juga berasa sudah sampai masanya saya mengumumkan siapa teman lelaki saya sekarang," katanya.

Hisss juga dibuat dalam versi bahasa Tamil, Telugu dan Malayalam. Filem terbitan Venus Records & Tapeni ini membabitkan lokasi penggambaran di hutan Kerala, Mumbai, Chennai, Madh Island dan di studio Filmistan.

Filem yang bakal menjengah pawagam di seluruh dunia bermula 22 Oktober nanti,
turut dibintangi Irfan Khan, Divya Dutta, Raman Trikha dan pelakon Amerika, Jeff Doucette.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Reema Lambha

TARIKH LAHIR: 24 Oktober 1981

TEMPAT LAHIR: Rohtak, Haryana, India

STATUS: Janda

PENDIDIKAN: Bidang Falsafah dari Miranda House, Delhi University.

KERJAYA: Model dan pelakon

ANTARA FILEM: Jeena Sirf Merre Liye, Khwahish, Kis Kis Ki Kismat, Murder, Bachke Rehna Re Baba, The Myth (China), Pyaar Ke Side Effects, Shaadi Se Pehle, Darna Zaroori Hai, Guru, Jhumpa-The Dancer, Aap Ka Suroor-The Real Love Story, Fauj Mein Mauj, Welcome, Dasavathaaram (Filem Tamil), Ugly Aur Pagli, Dhakrey's Bed, Maan Gaye Mughal-e-Azam, Unveiled, Dashavatar.

PENCAPAIAN: Keahlian Dewan Penasihat Asia Akademi filem dan televisyen menyokong pendidikan filem di India dan disenaraikan Asia's Sexiest Women (2006).

Sahut cabaran ekonomi baru

Posted: 15 Oct 2010 08:39 PM PDT

TRANSFORMASI memerlukan usaha bersepadu yang menuntut langkah berani serta komitmen dan penyertaan daripada semua pihak bagi menangani cabaran utama seperti pelaburan swasta dan produktiviti rendah, kapasiti daya inovasi yang lemah serta kekurangan pekerja mahir.

pix_middle
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, untuk menghadapinya rakyat mesti bersedia mengubah minda serta bangkit menyahut cabaran ekonomi baru.


Beliau berkata, rakyat perlu bersama-sama berkongsi aspirasi negara dan memperlengkapkan diri dengan kemahiran serta pengetahuan bagi menyokong aktiviti bernilai tambah yang lebih tinggi.


"Untuk merealisasikan aspirasi negara, kita mesti memanfaatkan kelebihan kita sebagai sebuah masyarakat berbilang budaya, biodiversiti yang kaya, dilengkapi infrastruktur terbaik serta asas-asas ekonomi yang kukuh," katanya yang juga Menteri Kewangan dalam prakata Laporan Ekonomi 2010/2011 yang dikeluarkan hari ini.


Menurut Najib, Malaysia kini berada pada fasa pembangunan yang amat penting dalam usaha transformasi menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.


"Bagi merealisasikan transformasi itu, perubahan mesti dilakukan dengan melaksanakan langkah berani untuk mempercepatkan transformasi, memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan produktiviti menerusi kreativiti, inovasi, menambah baik modal insan secara berterusan dan mengguna pakai teknologi terkini.


"Kita mesti bekerja sebagai satu pasukan untuk mengatasi segala rintangan demi mencapai aspirasi ini. Kita bersama-sama dalam perjuangan ini dan setiap orang ada peranan dalam perjalanan ke arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapat tinggi," katanya.


Kerajaan sudah memulakan program transformasi nasional berteraskan empat tonggak iaitu Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10.


Kerajaan juga sudah memperkenalkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara untuk meningkatkan pendapatan kasar negara kepada RM1.7 trilion dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 menerusi pelaksanaan 131 projek permulaan.

Rumah baru Ambani 27 tingkat

Posted: 15 Oct 2010 08:34 PM PDT

MUMBAI: Lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani sudah berpindah ke kediaman barunya setinggi 27 tingkat di Mumbai yang berharga £630 juta (RM3,150 juta).

BANGUNAN Antilia berdiri megah di bandaraya Mumbai.
BANGUNAN Antilia berdiri megah di bandaraya Mumbai.
Ambani, isteri dan tiga anaknya berpindah ke bangunan yang bernama Antilia, diambil sempena nama pulau khayalan. Ia mengandungi kelab kesihatan dilengkapi gimnasium, sekurang-kurangnya satu studio menari, dewan, beberapa bilik tetamu dan beberapa ruang istirahat serta panggung wayang 50 tempat duduk. Malah, terdapat taman tergantung dengan binaan siling untuk ditanam pokok kecil.


Bumbung bangunan dilengkapi tiga landasan pendaratan helikopter dan terdapat parkir bawah tanah yang memuatkan 160 kereta bagi kemudahan tetamu Ambani menghadiri parti rumah barunya.


Dari tingkat atas bangunan setinggi 173 meter itu dapat dilihat pemandangan indah bandaraya Mumbai dan Laut Arab.


Taikun berusia 53 tahun itu bukan saja lelaki paling kaya di India tetapi juga yang keempat terkaya di dunia. Secara keseluruhannya, dilaporkan terdapat 37,000 meter persegi ruang yang lebih luas daripada Istana Versailles.


Ia memerlukan 600 kakitangan untuk urusan penyelenggaraan.


Menurut majalah Forbes, Ambani memiliki industri minyak, peruncitan dan bioteknologi yang dianggarkan bernilai £18 bilion (RM90 bilion). Dahulu beliau membantu menguruskan perniagaan sebelum berselisih faham dengan adiknya. Kaca, keluli dan jubin yang digunakan untuk membina bangunan itu dikatakan diperolehi daripada sumber tempatan. Ambani tidak terpengaruh dengan seruan Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya pemimpin perniagaan menjadi model kesederhanaan'.

Jenama pakaian terlaris di dunia

Posted: 15 Oct 2010 08:31 PM PDT

NAMANYA saja amat unik apabila disebut kala pertama kali diperkenalkan mengenainya di Tokyo, Jepun, beberapa bulan lalu.

JENAMA ANTARABANGSA...butik Uniqlo di Paris Opera, Perancis.
JENAMA ANTARABANGSA...butik Uniqlo di Paris Opera, Perancis.

UJ...Uniqlo mengeluarkan pelbagai jenis seluar jean menarik untuk lelaki dan wanita. PELBAGAI...selain aspek rekaan menarik, Uniqlo turut mementingkan gaya praktikal. MUSIM INI...antara koleksi dalam himpunan musim luruh dan sejuk 2010. TAHUN 1984...butik Uniqlo pertama dibuka secara besar-besaran di Hiroshima. UNIK...UT dijual dalam botol silinder di butik Harajuku. TARIKAN PELANCONG...butik Uniqlo yang khusus menjual kemeja-T UT di Harajuku. YANAI...Uniqlo dicipta untuk semua dengan himpunan ringkas yang berkualiti tinggi. PEREKA TERNAMA...kolaborasi Uniqlo bersama Jil Sander cetuskan gaya busana mewah. AJNAS...rekaan minimal tapi menampilkan pelbagai warna bagi memenuhi setiap cita rasa.


UJ...Uniqlo mengeluarkan pelbagai jenis seluar jean menarik untuk lelaki dan wanita.
Seiring dengan maksudnya - unik, satu-satunya (unique, one and only) - Uniqlo sememangnya jenama yang menampilkan keunikan personaliti seseorang dengan helaian asas seperti kemeja, blaus dan kemeja polo serta pakaian kasual antaranya kemeja-T, seluar jean, kasut dan jaket.

Meskipun rekaannya minimal dengan pilihan pelbagai warna, Uniqlo sebenarnya bertindak sebagai pelengkap gaya suai padan yang boleh digandingkan dengan apa jua pakaian yang ada dalam koleksi seseorang.

Seperti kata Ketua Pegawai Operasi Fast Retailing Group (yang juga pengasas Uniqlo), Tadashi Yanai, Uniqlo bukanlah label yang dicipta mengikut gaya terkini tapi berusaha mencetuskan kreativiti si pemakai dalam menyuai padan penampilannya.

"Uniqlo amat berpegang teguh kepada falsafah rekaan untuk semua dan kami berusaha menyediakan pakaian yang sesuai untuk semua jenis manusia, melangkaui kategori seperti umur, pekerjaan, kewarganegaraan dan jantina.

"Kami tidak kisah di mana jua anda berada kerana Uniqlo mencipta pakaian untuk semua kategori dan kumpulan sosial. "Pakaian kami direka untuk semua, menjangkaui usia, jantina, etnik dan apa jua yang sering membezakan antara satu sama lain.


"Kami percaya kepada pakaian yang ringkas tapi amat penting dan universal, jadi ia memudahkan individu itu bebas menggabungkannya dengan stail unik mereka.
"Ia adalah idea yang lebih baik daripada mengeluarkan produk yang seakan-akan meniru jenama lain."Tapi kami juga tetap menerapkan sedikit elemen fesyen terkini dan paling utama ia tidak kekok dipakai," katanya.

Kata Yanai, kemunculan Uniqlo di Malaysia bulan depan, hadir tepat pada masanya selepas lebih 27 tahun jenama itu dinikmati khalayak Jepun.

"Selepas kejayaan Uniqlo di Eropah (England, Perancis dan Russia) diikuti Amerika Syarikat, China, Korea, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, Malaysia adalah destinasi terkini yang disifatkan mempunyai prospek tinggi memandangkan masyarakat Malaysia mula menitikberatkan gaya serta penampilan kreatif.

"Setiap yang kami lakukan sentiasa berakar umbi dari Jepun, sentiasa menuju kepada kualiti tertinggi dalam rekaan dan teknologi.

"Namun, pada masa sama, kami juga memastikan setiap helaian yang dikeluarkan Uniqlo berpatutan dan mudah diperoleh semua.

"Uniqlo juga diibaratkan cara pemikiran yang sentiasa berubah, mewujudkan kepelbagaian dan mencabar kebijaksanaan konvensional.

"Kami percaya setiap individu boleh mendapatkan keuntungan daripada pakaian yang ringkas tapi direka sebaiknya," ujar Yanai.

Ternyata aspek ringkas yang diangkat sebagai paksi utama dalam jenama ini berjaya meletakkan Uniqlo dalam senarai lima teratas selaku jenama pakaian terlaris di dunia menerusi jualan mencecah ¥576 bilion (RM21.7 bilion) pada Ogos 2009, selepas Inditex (yang mengeluarkan jenama Zara), Gap, H&M dan Limited Brands (yang mengeluarkan Victoria's Secret).

Dengan 944 gedung di seluruh dunia dalam tempoh 27 tahun, Uniqlo akan terus menampilkan helaian yang ringkas tapi penuh inovasi dengan menggunakan fabrik berkualiti tinggi.

Kala pintunya dibuka di Fahrenheit 88, Bukit Bintang, 4 November ini, pasti peminat fesyen Malaysia teruja dengan lebih 500 produk untuk lelaki dan wanita termasuk rang­kaian kasual asas, denim Jepun, koleksi +J, Bra Top, variasi fleece dan pakaian berteknologi tinggi, Heattech.

Shila Jelaskan Hubungan Dengan Pemain Bola

Posted: 15 Oct 2010 08:30 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Shila, 21, (gambar)mengakui sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak Harimau Muda negara, Haziq Zikri Elias dan sering digosipkan keluar bersama.

Namun begitu, Shila berkata, tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka, malah memberitahu dia dan Zikri lebih senang menjadi kawan rapat.

"Saya dan Zikri hanya sekadar kawan baik sahaja, memang kami selalu keluar bersama-sama malah dia juga sering datang melepak di rumah saya.

"Persahabatan kami bukan berdua tapi kami ada lagi seorang rakan baik perempuan bernama Bella. Mereka berdua baru sahaja pulang dari United Kingdom dan tidak banyak kawan di sini," katanya.

Menurut Shila, dia sukakan dua rakannya itu kerana mereka berfikiran terbuka berbanding rakan-rakan yang kurang memahami kerjayanya sebagai artis.

"Saya senang berkawan dengan mereka sebab pemikiran mereka lain. Mereka lebih terbuka dan tidak cepat merajuk.

"Buat masa ini memang saya selalu keluar membeli belah atau menonton wayang bersama-sama, malah ibu bapa saya sudah percaya jika keluar dengan mereka," katanya.

Bercerita tentang pemain bola sepak, Shila sebelum ini juga dikaitkan dengan pelakon yang juga aktif sukan tersebut, Fizo Omar. Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan.

Dalam pada itu, Shila turut memberitahu bakal memulakan proses rakaman album terbarunya sedikit masa lagi.

Kali ini dia berharap konsep yang bakal ditonjolkan lebih matang memandangkan usianya sudah menginjak ke alam dewasa.

Alyah & Farhan Tiada Lagi Pengurus

Posted: 15 Oct 2010 08:29 PM PDT

Sam (kiri) dikatakan enggan bekerjasama dengan Alyah dan Farhan kerana masalah disiplin.

PETALING JAYA: Setelah beberapa bulan menguruskan kerjaya seni dua penyanyi, Farhan dan Alyah, pengurus mereka, Sam Kassim tidak lagi bekerjasama dengan dua artis itu.

Khabar angin mengatakan, ia berpunca dariapda masalah disiplin dua penyanyin itu selain masalah komunikasi di antara mereka.

Malah Farhan juga dikatakan tidak membayar pengurusnya itu sehingga membuatkan Sam enggan lagi bekerjasama dengannya.

MStar Online mendapatkan mereka untuk mendengar sendiri dakwaan tersebut.

Alyah yang sebelum ini pernah mempunyai masalah dengan jurumekapnya berkata, dia berharap agar hal ini tidak disalah ertikan kerana perjanjian kontrak selama tiga bulan di antara mereka telah tamat.

"Hubungan antara saya dan Sam masih lagi baik. Cuma dari segi kontrak saya memberi tempoh tiga bulan percubaan kepada Sam dan akan meneruskan kerjasama sekiranya saya mahu. Kontrak Sam sudah tamat.

"Tapi memandangkan saya bukan di bawah naungan mana-mana syarikat rakaman, saya tidak mampu untuk membayar gaji pengurus. Saya perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk karier saya. Jadi saya takut jika saya gagal membayarnya, masalah lain akan timbul.

"Bayangkan, untuk baju saja saya perlu melaburkan beribu ringgit untuk membeli baju dan juga melakukan pembikinan klip video.

"Ingin saya tegaskan, kami tidak ada apa-apa masalah pun. Cuma saya ada masalah kewangan," tegasnya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Farhan yang juga dihubungi mStar Online pula menegaskan bahawa dia dan Sam tidak bergaduh seperti yang dikhabarkan.

Menggunakan alasan sama seperti Alyah (tak mampu bayar pengurus), penyanyi lagu Bukan Mimpi itu lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.

"Nak ikutkan saya tak tahu apa perjanjian dia (Sam) yang dibuat dengan ayah saya. Cuma saya difahamkan kami bekerja mengikut kepercayaan masing-masing tanpa membabitkan sebarang kontrak.

"Kami tak gaduh pun, cuma tak mampu bayar dia sahaja. Saya faham, dia banyak membantu saya sepanjang empat bulan kami bekerjasama," tegas Farhan.

"Tiada Niat Hukum Norman & Memey Melalui Media" - Pengadu

Posted: 15 Oct 2010 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak pernah berniat mahu menghukum pasangan pelakon itu dengan menggunakan pihak media.

Mohd Yusri Abd Razak, 55, berkata, dia hanya mahu menyindir pasangan itu yang didakwa masih tinggal bersama walaupun baru dicekup oleh penguatkuasa agama.

"Sebenarnya saya menggunakan media kerana tugas wartawan adalah mulia, oleh demikian saya gunakan untuk menyindir," katanya.

Perunding kreatif itu berkata demikian semasa memberi keterangan selaku saksi pendakwaan keenam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Jumaat.

Saksi yang juga merupakan jiran Norman turut membawa beberapa keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Norman dan Memey menafikan tuduhan khalwat terhadap mereka.

Katanya, keratan itu adalah untuk membuktikan penipuan dan pembohongan yang didakwa saksi telah dilakukan oleh pasangan tersebut.

Perbuatan saksi itu dibantah oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman dan Memey.

"Saksi tidak boleh mengambil keratan akhbar untuk dijadikan fakta. Saksi seharusnya hanya boleh mengatakan dia pernah membaca keratan itu," katanya dan menambah tindakan tersebut adalah menyalahi prosiding mahkamah.

Mohd Yusri kelihatan agak bengang dengan bantahan tersebut menegaskan tindakannya adalah dengan niat mulia bagi membuktikan pembohongan oleh pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Salehan Yatim menerima bantahan tersebut.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 22, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 1.45 pagi dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a)Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Mereka kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Muhammad Nazri Basrawi.

Perbicaraan akan bersambung pada 22 Oktober ini.

Yalal Chin Meninggal Dunia

Posted: 15 Oct 2010 08:27 PM PDT

Emelda Rosmila dan Yalal Chin (kanan) ketika berlakon dalam Jongkang Jongkit.

PETALING JAYA: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.

Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.

Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.

Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.

Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

Bintang AF8 Simpati Dengan Nasib Iwan

Posted: 15 Oct 2010 08:26 PM PDT

PETALING JAYA: Rakan artis terutama bintang AF8 bersimpati dengan nasib pemenang tempat kelima program realiti itu, Iwan atau nama sebenarnya Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, selepas disingkirkan dari drama bersiri Kau dan Aku musim kedua (KDA2), baru-baru ini.

Iwan didakwa menghadapi masalah disiplin setelah beberapa kali tidak hadir ke kelas lakonan drama bersiri terbitan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) itu.

Menurut rakan rapatnya di AF8, Nad atau nama sebenarnya Nadia Emilia Roselan, 22, dia hanya mengetahui sedikit-sebanyak cerita tentang Iwan itu menerusi akhbar.

Ini kerana Iwan bukanlah seorang yang gemar berkongsi hal peribadi mahu pun masalahnya dan disifatkan perahsia.

Shah (kiri), Alif, Nad dan Daus antara bintang AF8 yang bersimpati dengan rakan seperjuangan mereka, Iwan.

Apabila mereka bertemu semasa Konsert Reunion AF8 pada 10 Oktober lalu, pemuda itu kelihatan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Saya tak tahu tentang masalah yang dihadapinya kerana dia tak pernah bercerita kepada saya sebelum ini. Malah, saya juga terkejut dan tertanya-tanya sebab wartawan mengerumuninya pada Konsert Reunion AF8 yang lalu.

"Walaupun berkawan baik, saya tidak tahu langsung tentang ceritanya disingkirkan daripada KDA2.

"Mungkin dia tak sedar tentang kesilapannya. Tetapi saya rasa orang luar yang tidak mengetahui tentang cerita sebenar supaya tidak terlalu cepat menghukum," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, seorang lagi bintang AF8, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Kadim, 19, yang turut berlakon dalam KDA2 sebagai Emran menafikan tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh Iwan.

"Saya tengok dia selalu datang ke kelas lakonan dan tidak pasti tentang alasan dia disingkirkan. Saya kasihan juga apabila mendengar dia tidak lagi sama-sama berlakon dalam drama itu.

"Bagaimanapun, Hafiz memberikan lakonan yang tidak menghampakan," katanya.

Anith akui Iwan selalu menghadiri kelas lakonan dan menghafal gerakan lakonan dengan baik.

Sementara bintang AF8 Shah atau Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, menyifatkan faktor masih muda dan mentah dalam industri seni ini membuatkan Iwan gagal mengawal masalah yang dihadapinya.

"Mungkin juga ada berlaku masalah salah faham antara pihak produksi dengan Iwan. Saya rasa kasihan juga kepadanya tetapi tak tahu nak buat apa," ujarnya.

Bagi pelakon utama KDA2, Anith Aqilah Sulaiman Lim, 19, Iwan selalu menghadiri kelas lakonan dan membuat latihan dengan baik.

"Jadi, saya tidak tahu bagaimana hendak memberikan komen tentang dakwaan tersebut," jelasnya ringkas.

Iwan melakonkan watak Elena, seorang pelajar kolej yang bercita-cita tinggi, disenangi ramai dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Tempat Iwan diganti oleh Hafiz AF7.

Kanye West Edar Gambar Bogel?

Posted: 15 Oct 2010 08:26 PM PDT

PENYANYI Rap Kanye West tidak pernah lekang daripada dihimpit gosip.

Terbaru penyanyi lagu Stonger ini dikatakan mengambil gambar bogelnya sendiri dan mengirimkan kepada beberapa perempuan.

Bagaimanapun, foto tersebut telah pun menjadi barang dagangan apabila dibeli dan dijual kepada agensi-agensi media antarabangsa.

"Dia mengirim gambar tersebut kepada beberapa perempuan dan kini gambar tersebut dijual kepada media-media yang memerlukannya," ujar sumber RadarOnline.

Menurut sumber lagi, foto-foto yang tersebar memperlihatkan Kenye bergambar tanpa sebarang pakaian sambil mengenakan kaca mata hitam dan rantai emasnya.

Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah membuat kenyataan bahawa ingin beraksi bogel di hadapan kamera.

3.2 Juta Penonton Saksikan Perkahwinan Sheikh Muszaphar

Posted: 15 Oct 2010 08:25 PM PDT

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu.

SIARAN eksklusif majlis persandingan dan resepsi Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu di TV3 berjaya meraih rating 3.2 juta.

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan acara gilang-gemilang di kaca televisyen itu dan meraikan detik bersejarah pasangan tersebut.

Paparan ekslusif bemula pada hari yang sama, pukul 2 petang hingga 3 petang menerusi program Nona yang dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan.

Hampir 1.6 juta penonton mengikuti laporan terkini Fiza yang turut berada di sekitar majlis pernikahan.

Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, persandingan kedua mempelai pada pukul 9 malam dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) menampilkan gandingan serasi, Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai pengantara.

Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Datuk Mahadzir Lokman, laporan eksklusif turut menyiarkan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan 'istana kayangan' dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra serta selawat dan marhaban ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata, TV3 sentiasa peka terhadap kehendak penonton dan sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepada mereka.

"Kami amat teruja dengan kejayaan catatan rating tinggi untuk program khas tersebut. Kami sudah menjangkakan jumlah penonton akan meningkat kerana majlis ini memang amat dinantikan oleh penonton setia TV3.

"Populariti Dr. Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan pertama negara secara tidak langsung menjadikannya sebagai 'wedding of the year'.

"Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton semua kerana terus setia bersama TV3!," kata beliau.

Penyertaan Anugerah Skrin 2010 Meningkat

Posted: 15 Oct 2010 08:24 PM PDT

PENGIKTIRAFAN kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2010 yang bakal diadakan pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij itu.

Kesemua rangkaian televisyen itu layak untuk menghantar penyertaan bagi siaran drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen masing-masing untuk merebut anugerah yang dipertandingkan.

Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori.

Telefilem Miah Oh Miah yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2010 disiarkan pada 14 November 2010 di TV3.

Sebanyak 17 buah telefilem, 13 drama rantaian dan enam drama komedi telah dicalonkan.

Pencalonan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia dan dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri.

"Kami berasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.

"Pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas pada bulan November nanti," kata Farid.

Telefilem Masyitah yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2010 disiarkan pada 21 November 2010 di TV3.

Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2010, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2010.

Ia akan disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam mulai 24 Oktober sehingga 19 Disember ini.

Berikut adalah senarai telefilem yang bakal ditayangkan.

-Taubat Nasuha - 24 Oktober-Bagaikan Sumayyah - 31 Oktober-Sebelum Akhirat - 7 November-Miah Oh Miah - 14 November-Masyitah - 21 November-Dalil Cinta - 28 November-Lillahi Ta'ala (pencalonan dari TV9) - 5 Disember-Keropok Dan Nisan (pencalonan dari TV9)- 19 Disember

Uji Bakat "Anda Ada 60 Saat" Bermula

Posted: 15 Oct 2010 08:21 PM PDT

ASTRO memperkenalkan sebuah program permainan terbaru berjudul Anda Ada 60 Saat yang akan memulakan penjelajahan untuk sesi uji bakat tidak lama lagi untuk siaran Astro Warna (saluran 132).

Program Anda Ada 60 Saat ini akan mula bersiaran pada 25 Disember ini.

Anda Ada 60 Saat adalah sebuah program kuiz permainan yang mengetengahkan konsep permainan santai dan menarik yang memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi wang tunai sehingga RM500,000 jika berjaya melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu.

Setiap peserta perlu bermain secara individu dan diberikan tiga peluang untuk menamatkan cabaran dalam masa 60 saat.

Pengurus saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata Astro telah memberi banyak peluang kepada penonton untuk menonjolkan bakat dan potensi diri.

Daripada bidang nyanyian, komedi, lakonan, tarian dan pelbagai program lain.

"Tidak dapat dinafikan, terdapat kumpulan penonton yang lebih cenderung melakukan aktiviti fizikal ringan menerusi aktiviti permainan. Akur memenuhi kehendak setiap penonton, kami sediakan sebuah lagi program istimewa untuk tontonan pelanggan kami.

"Permainan-permainan yang dberikan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian penonton kerana cabaran-cabaran yang bakal dikenakan hanya menggunakan perkakas yang digunakan seharian di rumah. Untuk memudahkan mereka, contoh-contoh cabaran boleh ditonton menerusi laman web rasmi Anda Ada 60 Saat.

"Menariknya, orang ramai juga dijemput untuk memuat naik rakaman video latihan cabaran-cabaran yang digunakan untuk tontonan ramai yang melayari laman web itu," jelas Nizam lagi.

Nizam menambah: "Sebagai contoh cabaran Bersemuka Dengan Biskut. Dalam cabaran ini, peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan menggunakan otot muka sahaja. Jika biskut itu jatuh, peserta boleh meletakkan semula biskut lain pada dahi dan cuba sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta mungkin tersingkir jika masih gagal melakukan cabaran selepas tiga kali percubaan.

Permainan-permainan yang akan disediakan dalam program ini sebenarnya amat mudah dan santai sekali. Tetapi persoalannya, mampukah anda melakukannya dalam masa 60 saat? Itulah keunikkan program ini!"

Antara cabaran yang lain yang akan diberikan kepada bakal peserta pada setiap minggu seperti; Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Lawan Graviti, Hantu Bungkus Pening, Bersemuka Dengan Biskut, Gantung Paku, Pantas Tangan, Menara Epal, dan Susun-Susun. Untuk melihat cara permainan cabaran-cabaran ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Anda Ada 60 saat di www.astro.com.my/andaada60saat.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Anda Ada 60 Saat, sila datang beramai-ramai ke ujibakat yang bakal dijalankan di Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil pada 16 dan 17 Oktober ini, pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Sesi uji bakat ini terbuka warganegara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berumur 18 tahun keatas.

Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R termasuk gambar profil dan paras pinggang.

Peserta yang hadir juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu sesi uji bakat ini nanti.

Balasan lupus bukti

Posted: 15 Oct 2010 08:20 PM PDT


SURESH (belakang) dan Sarawanan (depan) dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting semalam.


BANTING - Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam sunyi seketika apabila dua lelaki yang dihukum penjara tujuh tahun kerana mengaku melupuskan bahan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menyatakan permohonan maaf mereka.

"Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya... saya telah insaf."

Demikian kata K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, dalam bahasa Tamil sebelum diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah sejurus hukuman diputuskan oleh Majistret Hurman Hussain terhadap kedua-dua tertuduh itu.

Dua sahabat itu yang berdiri di kandang pesalah menundukkan kepala seolah-olah kesal dengan perbuatan mereka.

Terdahulu, Hurman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti termasuk abu mayat mangsa dan bahan yang digunakan untuk membakar mayat.

Keempat-empat tuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan jurubahasa sebelum mereka kemudian menganggukkan kepala dan mengaku salah.

Sarawanan dan Suresh masing-masing dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap tuduhan yang diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap pada awal bulan September lalu.

Hukuman maksimum itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu jika sabit kesalahan dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

RM212 bilion untuk transformasi

Posted: 15 Oct 2010 08:19 PM PDT


NAJIB ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2011 berjumlah RM212 bilion yang menggariskan pelan strategi dan projek- projek utama ke arah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, beliau menyifatkan bajet ini sebagai meletakkan 'bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap, sekali gus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju' yang tinggal sembilan tahun, dua bulan dan 17 hari lagi.

Bajet bertemakan 'Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi' itu memberi tumpuan kepada empat strategi utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Bagi menggerakkan kembali sektor pelaburan swasta, Najib berkata, kerajaan mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan akan dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.

Antara PPP tersebut ialah projek-projek lebuh raya baru Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Cheras- Pandan, Lebuh Raya Guthrie-Damansara, Lebuh Raya Damansara- Petaling Jaya, Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh Raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh Raya Paroi-Senawang-KLIA.

Tol 4 lebuh raya tidak dinaikkan

Posted: 15 Oct 2010 08:19 PM PDT


Mulai semalam orang ramai tidak akan dibebani dengan kadar kenaikan tol di empat lebuh raya kendalian PLUS.


KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd. (PLUS) tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta bagi meringankan beban pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.

Sementara itu, UEM Group Bhd. (UEM Group) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mewujudkan sebuah syarikat khas (SPV) untuk tawaran mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti PLUS pada harga berjumlah RM23 bilion.

Tawaran yang akan dibayar secara tunai itu adalah bersamaan dengan RM4.60 untuk setiap saham, demikian menurut kenyataan bersama KWSP dan UEM Group.

UEM Group akan menguasai sebanyak 51 peratus pegangan di dalam syarikat khas tersebut manakala 49 peratus lagi akan dimiliki KWSP.

Tawaran ini bergantung kepada kejayaan penstrukturan semula Perjanjian Konsesi dengan terma-terma yang boleh dipersetujui oleh semua pihak.

Bebas hukuman gantung

Posted: 15 Oct 2010 08:18 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada lima tertuduh diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar kanabis semalam.


KUANTAN - Lima tertuduh menghela nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan mengedar kanabis seberat hampir 28 kilogram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan keputusan itu selepas beliau mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata, terdapat beberapa inferens yang ditimbulkan iaitu berkaitan jenis dadah dirampas, isu jagaan dan kawalan dadah dihantar untuk dianalisis Jabatan Kimia serta berat sebenar bahan khayal itu.

"Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan kaitan tertuduh dengan barang kes kerana tiada satu pun elemen yang menunjukkan isu jagaan, kawalan dan pemilikan dadah yang ditemui," katanya.

Tambahnya, keterangan saksi pendakwaan juga mengandungi elemen yang kabur terutama dari segi penjagaan dan kawalan terhadap barang kes.

"Mahkamah berpendapat, berdasarkan isu identiti jenis dadah saja sudah memadai pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kelima-lima tertuduh termasuklah warkah keizinan yang dikeluarkan berlaku percanggahan dengan menyatakan dadah yang dirampas jenis heroin sedangkan kertas pertuduhan menyatakan dadah jenis kanabis," jelasnya.

Sebaik sahaja keputusan itu dibuat, kelima-lima tertuduh iaitu seorang tukang gunting rambut, Azli Che Lah, 46; suri rumah warga Thailand, Zailani Husin, 38; pesara, Mijan Jusoh, 66; pemandu teksi, Che Mat Che Mahmood, 57; dan pelajar warga Thailand, Miss Nanthiya, 20; menangis teresak-esak sambil dipeluk keluarga masing-masing.

Wahid didapati tidak bersalah

Posted: 15 Oct 2010 08:18 PM PDT


WAHID melambai tangan selepas dibebaskan daripada tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – "Saya bersyukur, proses mencari keadilan di mahkamah kini selesai." Demikian luahan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi urusan pengeluaran visa kemasukan pekerja asing, dua tahun lalu.

Wahid, 57, yang akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada November ini juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan sepanjang perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan Wahid tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Wahid didakwa di Mahkamah Se- syen di sini pada 19 Ogos 2008 atas tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan permohonan visa 4,337 pekerja Bangladesh untuk masuk ke negara ini.

Dia didakwa menerima rasuah tersebut daripada ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian di kediamannya di No. 3167, Jalan Lembah Ledang persimpangan Jalan Duta di sini kira-kira pukul 10.15 malam 10 Julai 2008.

Berdasarkan pertuduhan, wang suapan itu merupakan sebahagian daripada pembayaran upah bagi mempercepatkan proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi warga Bangladesh terbabit.

600 guru sandaran bakal hilang kerja

Posted: 15 Oct 2010 08:15 PM PDT


Sebahagian daripada 400 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menunjukkan surat kontrak mereka tidak disambung di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Kira-kira 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini bakal kehilangan punca pendapatan setelah kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Pelajaran secara berperingkat bermula 10 Oktober lalu.

Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gulau di Sik, Amir Hamzah Harun, 33, berkata, setiap hari dia menunggang motosikal sejauh 150 kilometer dari Gurun untuk mengajar bagi menampung kehidupan bersama isteri, anak dan ibunya.

"Kalau kontrak ini ditamatkan, susah untuk saya menyara keluarga.

"Saya merayu kementerian agar menyambung kontrak guru GSTT kerana kebanyakan kami mempunyai pengalaman mengajar yang agak lama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri perjumpaan guru-guru sandaran dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah di sini semalam.

Lagi kes hina Sultan Johor

Posted: 15 Oct 2010 08:14 PM PDT


SEORANG pelayar Internet melihat akaun Facebook yang menghina Sultan Johor semalam.


JOHOR BAHRU - Kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor di Facebook masih tidak berkesudahan. Terbaru, kemuliaan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu disifatkan perbuatan membazirkan wang rakyat oleh satu pemilik akaun Facebook.

Pemilik akaun terbabit juga dipercayai menggunakan gambar seorang remaja perempuan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Difahamkan, pemilik akaun terbabit telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berunsur menghina institusi diraja Johor serta PDRM sebelum ini sebelum dinyahaktifkan beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai telah diaktifkan semula pada bulan lepas.

Pemerhatian Kosmo! di laman sosial berkenaan semalam mendapati akaun itu masih aktif.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan Facebook itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 4.33 petang kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Kita akan siasat laman ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu termasuk jika ada unsur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini semalam.