Adsense

Rabu, 16 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Thomas Sabo Glam & Soul

Posted: 16 May 2012 08:58 PM PDT

Thomas Sabo baru-baru ini telah menghasilkan satu keluaran terbaru bergelar Glam & Soul. Untuk himpunan musim ini Thomas Sabo menampilkan variasi rekaan yang lebih glamor dan juga sedikit element muzik diterapkan dalam rekaannya. Sebanyak 44 rekaan loket,lima gelang, rantai dan cincin direka dalam rangkaian Special Edition dengan kunci rekaan gewang.

Bentuk unik seperti tengkorak, Fauna dan gading pula dihimpunkan bersama dalam rangkaian Rebel At Heart. Aksesori rona perak simbahan rona terang dirangkaian Seasonal, manakala rangkaian Classic diadaptasi dari gaya glamor era 20-an,40-an dan era yang leih moden.

Antara rekaan gelang tangan Thomas Sabo edisi Glam & Soul

Rekaan Rantai leher Glam & Soul

Foto Wajah Aishwarya Rai, Dulu & Sekarang

Posted: 16 May 2012 08:47 PM PDT

OHBULAN! sendiri terkejut dengan foto terbaru milik selebriti popular dari India ini. Kalau dulu, dia sememangnya seorang yang sangat cantik sehinggakan namanya sudah begitu sinonim dengan cerita harian kami di OHBULAN! HQ.

Kini, OHBULAN! rasa, Aishwarya Rai sudah boleh dimasukkan didalam senarai selebriti 'gagal' kerana gambar terbaru Aishwarya sangatlah menyedihkan berbanding dengan apa yang kita pernah lihat sebelum ini.

Model dan juga aktress ini pernah dimahkotakan Ratu Dunia pada tahun 1994 dan telah berkahwin bersama Abhishek Bachchan, anak kepada Amitabh Bachchan dan mereka berdua telah dikurniakan anak pertama pada bulan November 2011.

Dalam kenyataan Aishwarya Rai kepada media, dia menegaskan bahawa dia mahu menikmati perasaan menjadi ibu tanpa perlu memikirkan masalah berat badan. Namun begitu, media lain telah menulis bahawa Aishwarya telah menghampakan para peminatnya kerana tidak menjaga berat badannya. Ya, kami pun hampa.

Sumber : Dailymail