Adsense

Rabu, 16 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zed Zaidi Cabar Aaron Aziz Tunjukan Permit Kerja Di Malaysia?

Posted: 15 May 2012 04:59 PM PDT

Zed Zaidi Cabar Aaron Aziz
Semalam MyGosip ada membuat satu post mengenai kesanggupan Aaron Aziz menunjukan permit kerjanya di Malaysia jika diperlukan, dan malam tadi kita dikejutkan pula dengan tweet Zed Zaidi yang menjurus ke arah cerita tersebut.. Walaupun Zed Zaidi tidak menyebut nama Aaron Aziz didalam tweet itu, namun ramai yang beranggapan yang tweet tersebut ditujukan buat Aaron Aziz..

"JGN NAK BERANI CAKAP NAK TUNJUK PERMIT,TUNJUKKAN JE PERMIT TU MACAM MANA DIA MENUNJUKKAN IC DIA DULU NAK TAHU JUGAK PERMIT KEMENTERIAN MANA?"

Tweet yang penuh dengan huruf besar itu Bagaikan satu cabaran buat Aaron Aziz untuk membuktikan yang beliau mempunyai permit yang sah.. Jadi sebelum ini kita sudah pun dapat melihat kad pengenalan Aaron Aziz, selepas ini pastinya kita dapat melihat permit kerjanya pula kan.. Itu pun jika benar-benar Aaron Aziz mempunyai permit bekerja di Malaysia yang sah.. MyGosip tak tahu la selepas ini apa pula yang perlu dibuktikan lagi..

tweet Zed Zaidi Cabar Aaron Aziz Tunjukan Permit Kerja Di Malaysia

Sidang Media Saiful Apek Minta Media Hentikan Cerita Perang Mereka

Posted: 15 May 2012 04:59 AM PDT

Sidang Media Saiful Apek
Sidang media Saiful Apek yang berlansung di Tease Bar & Restaurant Subang Avenue petang tadi menjelaskan yang Saiful Apek akur dengan keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan RM200,000 beliau sebelum ini.. Saiful Apek juga meminta semua wartawan, blogger dan orang ramai untuk menghentikan cerita negatif mengenai arwah Bob Kuman dan pihak metrowealth..

Saiful Apek yang hadir seorang diri dan bukanya bersama 50 orang artis yang lain seperti yang diperkatakan sebelum ini, mengucapkan jutaan terima kasih kepada David Teo dan krew-krew MIG kerana memohon maaf secara terbuka sebelum ini…

"Jutaan terima kasih kepada David Teo dan MIG juga krew-krew dalam produksi terbabit kerana memohon maaf secara terbuka. Mengakui kesilapan dirinya dan menghormati adat dan budaya orang Melayu.

"Jadi saya memohon semua wartawan, blogger dan orang ramai untuk hentikan cerita negatif tentang arwah lagi dan tentang Metrowealth. Bagi saya, meminta maaf adalah yang paling afdal,"

Mengenai tuntutan Saiful Apek terhadap David Teo yang berjumlah RM200,000 pula Saiful Apek menghormati keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutanya dan bercadang untuk menubuhkan satu biro khas untuk membela nasib artis-artis yang teraniaya dan menjadi platform buat artis menceritakan masaalah mereka serta mencari jalan penyelesaian..

"Kita akan tengoklah nanti. Ini baru peringkat permulaan, belum lagi ditubuhkan. Kita tidak ada nama biro itu lagi. Tapi, kita boleh panggil sebagai 'working title' iaitu KEMAS, Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni. Saya sudah menyenaraikan beberapa agenda yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Setakat ini ramai yang menyokong usaha saya," (mynewshub)

MyGosip harap usaha murni Saiful Apek ini akan menjadi kenyataan hendaknya.. Apa-apa pun kami harap dengan adanya sidang media ini akan berakhirlah kontroversi yang melanda mereka berdua ni…