Zon Artis |
Isu Adik, Alyah Luahkan Rasa Hati Posted: 16 May 2012 10:14 PM PDT Mungkin sudah ramai yang tahu mengenai isu yang melibatkan adik kepada penyanyi, Alyah kerana ianya tersebar secara meluas di laman-laman sosial malah turut dilaporkan dalam Buletin Utama TV3. Tapi tidak mustahil masih juga ada yang belum tahu mengenainya. Bagi yang sudah tahu, anda memang mengikuti perkembangan semasa. Bagi yang belum tahu tu pula, takpe dan biar kami highlight'kan sedikit dimana adik lelaki Alyah iaitu Mohd Faizal Abu Hassan telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada minggu lalu atas pertuduhan melakukan samun terhadap seorang ahli perniagaan warga Singapura. Disebabkan itu, ramai pihak terutamanya wartawan hiburan ingin mendapatkan reaksi Alyah berhubung perkara tersebut, tetapi Alyah gagal dihubungi sehinggalah Alyah akhirnya tampil meluahkan perasaannya melalui Facebook berhubung perkara yang melibatkan adiknya itu pada malam kelmarin, 16 Mei 2012. Berikut merupakan luahan hati Alyah itu:- Psstt: Apa yang bagus sangat dengan nombor 3 ni? |
“Tuntutan Aidil Kelakar & Macam Budak-Budak” – Rita Rudaini Posted: 16 May 2012 09:03 PM PDT Sedikit sambungan daripada post Aidil Zafuan Batal Hasrat Ceraikan Rita Rudaini~ Selain telah membatalkan hasrat untuk bercerai dengan Rita Rudaini, Aidil Zafuan turut menuntut Rita Rudaini untuk kembali taat kepadanya. Disebabkan tuntutan yang dibuat oleh Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini menyifatkannya sebagai kelakar dan macam "budak-budak" malah menganggapnya tidak masuk akal kerana Rita Rudaini mengakui yang selama ini dia tidak pernah melanggar perintah Aidil sebagai seorang suami ataupun membelakangkannya.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Aidil menarik balik permohonan untuk bercerai dengan Rita Rudaini atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka. Aidil juga dalam tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) itu mahu Rita Rudaini dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya. Aidil yang rasanya semua orang tahu merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memberitahu bahawa rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita Rudaini perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini. Jika Rita Rudaini gagal mematuhi permintaan Aidil itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita dalam kenyataan balas pula memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.
Zon Artis: Bukan nak jadi penasihat rumah tangga kerana kami tiada kepakaran itu. Tapi dalam hal ini, kami rasa Rita Rudaini perlu mengalah dan mengikut tuntutan yang dibuat oleh Aidil itu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Dan dengan berpindah, duit sewa rumah RM3,000 sebulan tu dapat disimpan untuk masa depan anak-anak. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |