Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
Zahida Rafik bernilai RM1 juta - Noor Azman? Posted: 16 May 2012 09:29 AM PDT Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu. Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu. "Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. "Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai. Noor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut. Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000. Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu. Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank. "Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya. Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie. Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu. Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga naib presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu. Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang). Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut. Malaysiakini telah menghantar SMS kepada Zahida dan tweet kepada Shafie bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap dakwaan tersebut. Bagaimanapun, setakat berita ini dikemaskini, Malaysiakini masih belum menerima sebarang jawapan. -malaysiakini- |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |