Adsense

Sabtu, 17 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


10 Gambar Neelofa Di Edinburgh Scotland

Posted: 16 Mar 2012 08:55 PM PDT

 Wow...sedapnya Lofa....Bagi sikit dekat ZOoM yang dah lapar ni, ops lupa pula nak keluar pergi Kuala Lumpur Hari ini. Namun kerana ternampak wajah Neelofa yang cantik ini dan sering kali menjadi sebutan rakan sekerja ZoOM, biarlah 10 gambar Lofa ini menjadi tatapan dia.


Lagi gambar Lofa di bawah :









Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Shikin Dangdut Dan Suami Sudah Setahun Tidak Tinggal Sebumbung

Posted: 16 Mar 2012 08:25 PM PDT


Walaupun tidak memutuskan untuk bercerai tetapi jika selama setahun ZOoM rasa ia masa yang lama bagi pasangan yang berkahwin menjauhkan diri. Walaupun ZOoM hanya mengetahui serba sedikit mengenai hal perkahwinan ini, namun apa yang ZOoM tahu berdosa apabila isteri berjauhan daripada suami tanpa memberi nafkah yang sepatutnya.


Sedih juga apabila tanpa gossip dan hujan ribut artis ini telah berjauhan daripada suami namun belum sampai memfailkan penceraian, dan perpisahan sementara itu hanya dibuat bagi memberi ruang pada diri masing-masing. ( Bagi ZoOM dah terlalu lama berjauhan).


Untuk pengetahuan anda Shikin dan suami Ahmad Zuki telah dikurniakan seorang anak, Qistina Balqis yang kini sudah berusia tujuh tahun. Kesian dekat Qistina kerana zaman mudanya sudah merasai keluarga yang kini masing-masing menjauhkan diri.


Apa-apa pun semoga pasangan ini kembali bertaut dan bersama semula demi masa depan
anak tersayang.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : GRO atau Pelayan Pelanggan Pakai Jubah

Posted: 16 Mar 2012 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai 'Queen of the Night' dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.

ZoOM : Iskkk Iskkk macam-macam sekarang ni, kalau dulu kalungan bunga diberi kepada GRO....dan kini berita terbaru yang ZoOM baca pakai Jubah pulak....macam nak ambil sijil je hazabnya....Bilalah masalah ini akan selesai ??

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Tugu Peringatan

Posted: 16 Mar 2012 08:04 PM PDT

Cerita Lawak Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!