Adsense

Rabu, 7 Julai 2010

borak kosong

borak kosong


Kisah Malang

Posted: 07 Jul 2010 06:45 AM PDT

Seorang isteri yang baru balik kerumah,tergamam melihat lilitan wayar pada pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik."Suamiku terkena kejutan elektrik!!!".Dengan secepat kilat ,dia memukul suaminya dengan kayu yang di capainya dibelakang pintu.
Akibatnya suaminya patah tangan dan sebenarnya suami wanita itu sedang mendengar walkman.


p/s berfikir dulu sebelum membuat keputusan

Kejutkan Saya

Posted: 07 Jul 2010 05:17 AM PDT

Wake up to the truth! Pictures, Images and Photos

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.Pada suatu malam si suami telah menulis nota..."KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI" dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.
Keesokan harinya sisuami terjaga daripada tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi.Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis..."BANG, BANGUN BANG SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"

Rahsia Pergerakan Otot Dalam Solat

Posted: 07 Jul 2010 01:21 AM PDT

Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan berdiri tegak,kemudian mengangkat tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.Pada masa yang sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.




Ketika ruku' dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan mendatar,ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,tulang leher,tulang pinggang supaya berasa lebih bebas.




Semasa sujud pula,seluruh badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan ,kaki,dada ,perut,punggung,leher dan otot-otot kaki.Ketika ini banyak otot dan sendi yang digerakkan tanpa di rancang.




Setelah itu,kita akan bangun semula dari sujud.Duduk di antara dua sujud dan sujud kembali.Selepas itu kita akan berdiri kembali.Dalam pergerakkan badan ketika itu,secara automatik kita telah mengerakkan sejumlah besar otot-otot di dada,bahu,lengan perut,punggung,paha ,kaki bahagian bawah dan sebagainya.
Jika dilihat dengan jelas,kesemua pergerakan yang dilakukan secara tidak sedar itu ,ianya membantu seseorang untuk memastikan kesihatan tubuh lebih terjamin tanpa perlu bersenam berjam-jam di tengah panas.Namun ianya perlu dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut.

Ular Dukun Piala Dunia Di sita

Posted: 07 Jul 2010 12:22 AM PDT

Seekor ular jenis Piton Burmese Rock (ular sawa) sepanjang 2.8 meter kepunyaan seorang dukun telah disita oleh  petugas kesejahteraan haiwan di Afrika Selatan.Ular itu di gunakan oleh dukun itu sebagai perantaraan untuk memuja roh orang mati membantu pasukan pilihan mereka menang dalam perlawanan Piala dunia ini.Pegawai Perhimpunan Pencegahan Kekerasan Haiwan (SPCA)  telah diarah untuk menyita ular itu selama 30 haru .Ular itu di jumpai di belakang kenderaan .Ular itu didapati menderita radang paru-paru dan kekurangan cairan serta kehilangan berat badan.-kompas .com

Pelajar dilacurkan

Posted: 06 Jul 2010 10:18 PM PDT

Tiga orang pelajar telah di lacurkan oleh satu sindiket persundalan.Mereka yang berusia belasan tahun di paksa untuk melayan lelaki dengan bayaran RM 60 dan RM80.Ketiga-tiga mereka dikatakan telah lari dari rumah dan tinggal di rumah ibu ayam.Mereka di percayai telah melayan 130 orang lelaki.
Kesemua mereka telah ditahan termasuk ibu ayam dan dua orang pembantunya.Salah seorang pembantunya ialah anggota tentera yang berusia 20 an.Anggota tentera itu di tugaskan untuk mencari pelanggan dan menghantar gadis -gadis itu ke hotel-hotel.-kosmo

Budak terkuat di dunia

Posted: 06 Jul 2010 09:13 PM PDT

Seorang budak lelaki Britain Kyle Kane yang berusia 12 tahun telah mencipta rekod sebagai budak terkuat didunia setelah berjaya mengangkat berat dua kali ganda daripada dirinya.'Little Arnie' gelaran yang di berikan kepadanya memiliki berat badan 67 kilogram dan ketinggian 1.7 kg.Dia memecahkan sejarah dalam acara bina badan amal dengan mengangkat 139.7 kg mengatasi rekod lama 107kg oleh rakyat Amerika Kirby Winson.Dia juga turut mampu mengalihkan barang seberat 272kg dengan kedua belah kakinya-kosmo

Akibat Minum 20 tin COKE sehari

Posted: 06 Jul 2010 08:11 PM PDT

Berat seorang wanita Lisa Mckay naik mendadak sehingga mencecah 120.6kg gara-gara ketagih meminum Coca-Cola sebanyak 20 tin sehari.Dia juga sanggup bangun pukul 4 pagi untuk meminum minuman tersebut.
Pada usia 24 tahun dia perlu membeli dua kerusi ketika menaikim kapal terbang dan berasa keletihan walaupun berjalan beberapa meter.


Namun akhirnya ibu kepada dua orang anak ini terpaksa menjalani satu pembedahan kerana masalah kegemukan.Kini dia mengharamkan minuman Coca -Cola berada dirumahnya dan dia berjaya mengurangkan berat badan hampir 63.5kg.-kosmo

Bakar wang kertas tanda protes

Posted: 06 Jul 2010 07:00 PM PDT

Sebuah parti feminis di Sweden membakar wang sebanyak 100,000 kronor Sweden (RM 41,892)  sebagai tanda protes kerana bayaran gaji tidak adil terhadap pekerja wanita.Menurut mereka wang dibakar itu mewakili jumlah wang yang tidak diperolehi oleh pekerja wanita bagi setiap minit berbanding lelaki.-kosmo

Isteri curang dicekup di rumah kongsi

Posted: 06 Jul 2010 06:11 PM PDT

Gara-gara tergoda ketampanan seorang lelaki dari Ambon Indonesia,seorang wanita beranak lima sanggup menduakan suaminya dan bermadu kasih disebuah rumah kongsi di Bukit Mertajam.Lebih menyedihkan kerana ketika wanita 48 tahun dan pasangannya 38 tahun berseronok di rumah kongsi itu,suaminya sibuk membanting tulang di sawah mencari rezeki halal.Hubungan itu terbongkar selepas mereka dicelup oleh beberapa pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang-harian metro

Karan Isteri

Posted: 06 Jul 2010 05:41 PM PDT

Berang kerana ditegah isteri mengambil anak perempuan tunggal berusia enam tahun,seorang lelaki bertindak ganas apabila mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh wanita berkenaan sehingga pengsan.Dia melarikan diri masih gagal di kesan.Pasangan yang sudah 10 tahun hidup bersama tinggal bersaingan lebih 4 bulan kerana perselisihan faham-harian metro

MUTIARA KATA 5

Posted: 06 Jul 2010 12:35 PM PDT

"ORANG YANG SANGAT DIBENCI OLEH ALLAH IALAH ORANG YANG SUKA BERMUSUH-MUSUHAN"

"JANGAN LUPA PADA PUTIH.IANYA SUCI,BERSIH SUDI JUGA MENGINGATKAN KITA PADA USIA"

"HIDUP YANG BERGUNA ADALAH HIDUP YANG KETIKA PETANG MEMBAWA SULUH UNTUK MENGHADAPI MALAM YANG AKAN SAMPAI"

MUTIARA KATA 4

Posted: 06 Jul 2010 11:22 AM PDT


SUATU HARI NANTI KITA PASTI BERHENTI BEKERJA DENGAN MANUSIA TETAPI TIADA ISTILAH BERHENTI BEKERJA DENGAN ALLAH MELAINKAN PERJUANGAN BERAKHIR BERSAMA NAFAS YANG TERAKHIR

KEKAYAAN YANG HILANG DAPAT DIKEJAR KEMBALI DENGAN KERAJINAN DAN JIMAT CERMAT,KESIHATAN YANG HILANG BOLEH DIREBUT KEMBALI DENGAN UBAT-UBATAN.AKAN TETAPI WAKTU YANG HILANG PASTI TIDAK AKAN KEMBALI

BILA ANDA DAPAT BANGUN DARI TIDUR PADA SUATU PAGI,BERMAKNA ANDA HARUS MENJADIKAN HIDUP ANDA LEBIH BERMAKNA SEBAGAI TANDA KESYUKURANMU KEPADA ILLAHI