Adsense

Rabu, 7 Julai 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Noni AF5 punca cerai Anne Ngasri & Wafi

Posted: 06 Jul 2010 10:38 PM PDT






Diambil dari Harian Metro, akhbar unggul Malaysia.
"Memang saya mengenali Wafi tapi hubungan kami sekadar kawan biasa. Kami juga pernah keluar bersama ke sebuah kelab, namun dengan disertai beberapa teman lain dan ia berlaku selepas dia bercerai." Kata Noni AF5.
Lepas bercerai, Wafi sangat pantas mengambil tindakan keluar bersama perempuan lain sedangkan dia baru menceraikan bekas isterinya Anne Ngasri?
"Usah menghukum saya tanpa usul periksa. Tuduhan merampas suami orang atau meruntuhkan rumah tangga orang, terlalu hina buat saya. Saya masih hijau dalam dunia seni. Tuduhan seperti ini hanya akan mencemarkan reputasi saya, " katanya ketika ditemui semalam.
For the first place kalau tak mahu orang menghukum Noni, kenapa keluar dengan bekas suami orang yang baru sahaja bercerai? Lagi satu, apa motif keluar bersama ke kelab malam?

Mimie One Nation Emcees posing sekssssssi

Posted: 06 Jul 2010 10:37 PM PDT





Mimi, satu-satunya penyanyi perempuan dalam kumpulan One Nation Emcees. Ala yang sekali gelek, tak tertahan deh nak tengok. Hampir mengalahkan Inul dong. Sekali dia posing sangat seksssi dalam majalah Maskulin baru-baru ini, wow tertarik you.

Alternatif masalah parking penuh

Posted: 06 Jul 2010 10:33 PM PDT





Ini menjunjukkan bilangan kereta di Malaysia dah bertambah banyak. Apa taknya student pun dah pakai kereta yang disponsor oleh keluarga mereka. Kereta pun dah tak berapa mahal sangat dan mampu di pakai oleh orang kebanyakan.
Selepas kereta banyak, selain dari masalah kesesakan jalanraya di waktu puncak, ialah susah nak cari parking. Kalau di JB antara tempat awam yang susah nak park kereta kereta ialah di Hospital Sultanah
Aminah. Memang rezekilah kalau sekali round dan dapat parking kecuali terpaksa menapak jauh.
Oleh itu alternatif perlu dicari untuk membina tempat parking yang menjimatkan ruang tanah dan lebih baik ianya dibuat secara robotik, tanpa pemandu jadi ia dapat disusun rapat-rapat.


Ini garaj depan rumah beb, pencuri susah nak klepet..

1930s Automatic Car Park

System Grando – Cylindrical car parking system

Dubai Robot car park

Pigeonhole Parking Lot

Mechanical Underground Parking Station Systems

Robotic Car Park, Breach Candy Mumbai

Automated Car Parking System

Carsafe by Westfalia Technologies, Inc

Kalimah Allah

Posted: 06 Jul 2010 10:32 PM PDT





kalimah Allah
Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.
Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini.

Petua menghalang semut

Posted: 06 Jul 2010 10:30 PM PDT







Rumah anda ada banyak semut ? Salah satu petua yang didapati dari member, untuk mengelakkan rumah banyak semut sentiasalah pastikan rumah kita bersih dari sisa makan, sapu rumah sebelum tidur ialah kpd yang ada anak kecik yang suka makan jajan tu semua -faham-fahamlah.
Kalau rumah dah banyak semut, salah satu cara untuk menghalang semut daripada memasuki balang gula / bekas makanan / tin susu ialah:
1-Ambil kapur tulis (atau chalk) * kalau boleh guna yang warna putih lagi baik
2-Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan atau di mana-mana kawasan yang anda tidak mahu dimasuki semut.

Teorinya : Semut tak suka kepada kapur (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya.
Petua menghalau semut yang lain:
Kalau ruang nak lukis garisan tak ada atau tak cukup,
ambik tali yang dibuat dari kapas atau kain (yang boleh menyerap cecair), celupkan dalam minyak masak.
pastu ikatkan sekeliling balang tersebut. Insya-Allah, semut tak lintas tali tu.
(sebelum ikat, perahlah dulu tali tu. tak perah karang, meleleh lak minyak tu nanti).

Mike Tyson Menangis di Mekah

Posted: 06 Jul 2010 10:28 PM PDT





Mike Tyson menangis di Mekah
Mike Tyson (tengah) (arab news)
Bekas juara tinju heavyweight dunia , Mike Tyson menangis ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Tyson juga melakukan umrah di Mekah, pada Julai 2010.
Tyson memijakkan kakinya ke Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat 2 Julai 2010. Mike Tyson yang berusia 44 tahun ini melakukan ibadah di Masjid Al-Nabawi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh online news Saudi Gazette, Tyson menginap di hotel berhampiran Masjid Al-Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya.

Bekas peninju yang kontroversi kerana menggigit telinga semasa pertandingan ini mendapat pengawalan ketat semasa melakukan solat Zuhur. Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama di Arab Saudi.
"Saya senang punya peminat yang mencintai saya di sini (Arab Saudi). Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di salah satu taman surga," ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi.
Tyson yang memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan 1990an, kemudian mengganti pakaian dengan mengenakan ihram untuk melakukan umrah di Mekah.Selesai melakukan umrah di Mekah, Mike Tyson nama Islamnya, Malik Abdul Aziz ini merancang akan mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh

kredit isuhangat

Scha Alyahya Dalam K.I.T.A

Posted: 06 Jul 2010 10:27 PM PDT







Drama K.I.T.A yang dibintangi oleh Scha, Marsha dan beberapa orang lagi pelakon lain. Nama K.I.T.A ini  diambil dari nama watak utama drama ini iaitu Kiera, Ilma, Tina dan Alissa.
Urghh, comel'nya Scha dan seksi sangat tengok Marsha. Putih, gebu, miaw-miaw. Kami tahu, anda pun suka tengok, pastikan jangan tergugat rasa sayang pada isteri dan awek.

Wajah Lisa Surihani Tanpa Makeup, Sweet’nya

Posted: 06 Jul 2010 10:26 PM PDT





Fuiiyoo, kalau tacap muka lawa, tak tacap pun lawa. Wahai pembaca sekalian, ini dipanggil Natural Beauty. Menurut Lisa, dia sengaja tidak mahu makeup kerana nak bagi kulit itu bernafas sedikit supaya kekal cantik.
Kalau banyak sangat letak bahan kimia dekat muka, memang sangat tidak bagus untuk kulit dan badan.

Avril Lavigne Malaysia ?

Posted: 06 Jul 2010 10:25 PM PDT





Siapa Avril Lavigne Malaysia ni. Mungkin ada yang sudah tahu. Yang belum tahu mungkin kini bakal tahu. Siapa lagi kalau bukan penyanyi kecil molek, Liyana Jasmay. Ramai orang beranggapan dahulu, dia nie menciplak lagu-lagu dari barat, dan disebab itulah orang menaggap Liyana seperti Avril. Dan Liyana pun sepertinya mengiyakan sahaja tanggapan orang itu dengan kini mewarnakan rambutnya sama seperti Avril (gambar dibawah bersama Aizat). Atas dasar minat terhadap Avril atau secara kebetulan atau ikutan-ikutan atau 'extension', yang itu tanya kat Liyana sendiri ler yer.. :)

Zarina Akademi Fantasia 2 Bertatoo?

Posted: 06 Jul 2010 10:24 PM PDT





Ketika lepak di sebuah pusat membeli-belah terkemuka baru-baru ini, C (bukan nama sebenar) nampak Zarina AF berkepit dengan seorang jejaka yang boleh tahan kacak. Pasangan yang kelihatan cukup mesra itu minum di sebuah restoran dan kedudukan mereka tidak jauh dari C. Hmm... nampak gayanya anak jati Johor ini sudah pandai bertatu. Namun C tidaklah terlalu cepat menjatuhkan hukuman kerana tidak pasti tatu itu asli atau sekadar tampal. Maklumlah zaman sekarang, ramai muda mudi suka meniru gaya remaja luar negara yang tidak sesuai dengan budaya kita. Kalau tak sanggup menahan sakit, banyak tatu tampal dijual di kedai tatu.

C bukan nak menyibuk tetapi sebagai artis, sewajarnya Zarina menjaga penampilan. Tambahan pula dia berbangsa Melayu dan beragama Islam, takkan tak tahu kita tidak boleh bertatu? C harap Zarina lebih peka selepas ini dan kalaupun nak bergaya atau mengikut trend semasa, ambil yang mana sesuai saja. Bukan apa, bila namanya artis, pasti jadi perhatian masyarakat dan idola remaja, bahkan golongan ini paling mudah jadi ikutan.

Aksi mesra Rosyam Nor, Vanida Imran?

Posted: 06 Jul 2010 10:23 PM PDT





Waduh jadi bisa gawat ni. Artis yang masing-masing dah kahwin ni bakal buat kontroversi yang bakal meletop. Kontroversi versi yang sihat tahu, bukan tidak sihat. Hehe. Rosyam Nor dan Vanida Imran ni sekali lagi digandingkan bersama untuk sebuah drama cinta tragis gitue yang penuh konflik iaitu Isabella. Anda semua boleh lah lihat gandingan mantap mereka berdua ni di Astro Prima bermula 13 Julai ini. Selain itu drama Isabella ini yang mempunyai 26 episod turut dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Kartina Aziz, Corrine Adrienne, Izreen Azminda, Raja Norbaizura dan Yuswaisar. Wah jangan ketinggalan yer. :) -mStar