- Blog Hanz - |
- Keunikan Matematik
- Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama
- Fahami Teknik Agar Seks Lebih Asyik
- Mencegah Masalah Di Alam Perkahwinan
Posted: 08 Feb 2012 12:02 PM PST |
Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama Posted: 08 Feb 2012 11:38 AM PST Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan asmara anda semakin 'senja'. Masih banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan 'kehangatan malam pertama'. Tidak mustahil, sekiranya diikuti dengan teratur, nescaya kedua belah pihak akan mendapat kepuasan yang diidamkan. Segarkan 'Keinginan' Dengan Rehat Yang Cukup Usah bermimpi untuk menjalin hubungan asmara sekiranya anda sedang keletihan. Dapatkan rehat seketika dan bernafaslah dengan tenang. Apabila tubuh kembali bertenaga, fikiran juga mudah terbuka untuk memikirkan 'aksi-aksi' yang bakal dipraktikkan bersama pasangan. Berfantasi Sebelum Berhubungan Gunakan sedikit imaginasi sebelum melakukan hubungan intim. Secara tidak langsung, ia membantu menghangatkan kembali nafsu berahi tatkala pasangan berada dalam dakapan. Memang benar, ia sekadar mimpi yang bermain di fikiran tetapi sekiranya anda 'bijak' menukar imaginasi kepada realiti sudah pasti ia lebih menyeronokkan. Beraksi Dengan Fikiran Yang Positif Jangan sekali-sekali perkecilkan kemampuan diri sendiri. Percayalah, hanya anda yang mengetahui tahap ereksi yang dialami. Kerana itu, sematkan dalam diri bahawa pasangan pasti puas dengan 'persembahan' yang anda berikan. Sekiranya fikiran kembali positif, nescaya segala yang diharap berlangsung seperti yang diharapkan. Tambah Potensi Diri Sama ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mampu menambah 'potensi' diri menggunakan pandangan, pendengaran, ciuman, sentuhan, pujukan mahupun usapan. Disebabkan itulah penjagaan wajah dan tubuh badan perlu sentiasa diberi perhatian agar kelihatan indah dan menawan. Semburan minyak wangi tentunya menghangatkan lagi detik manis yang dirasai. Oleh itu, jangan tergesa-gesa menamatkan 'aksi' yang baru sahaja hendak bermula. Lakukan pemanasan dengan pelbagai cara dan sekiranya pasangan sudah sampai ke 'kemuncaknya' barulah 'tugas' dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. |
Fahami Teknik Agar Seks Lebih Asyik Posted: 08 Feb 2012 11:36 AM PST Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan. Walhal teknik inilah yang perlu dititik beratkan. Tapi apabila bercakap tentang teknik jangan hanya ingat tentang posisi seks saja, ada perkara yang lagi yang berkaitan. Antaranya seperti teknik ucapan, sentuhan selain pemanasan yang semuanya membawa kepada hubungan intim yang menarik. Ucapkan Dengan Cinta Harus diingat bahawa komunikasi yang baik berlaku secara dua hala. Kerana itu, ungkapan penuh perasaan cinta dan sayang hendaklah dilakukan dengan telus dan terbuka. Hilangkan rasa malu pada pasangan dan anggaplah bahawa anda adalah sebahagian dari hidupnya. Katakan apa yang kalian inginkan dan berbincanglah dari hati ke hati. Renungi wajahnya dan tanyalah dengan lembut sama ada pasangan dirundung masalah. Sekali-sekala, belailah rambutnya dan ramas tangannya perlahan-lahan bagi membuktikan keikhlasan. Tentu pasangan berasa selesa dan 'bersedia' untuk beraksi dengan anda setelah merasai betapa prihatinnya anda padanya. Ekspresikan Ciuman Dari Hati Ciuman? Ia biasa dilakukan sama ada ingin ke tempat kerja atau melelapkan mata di kamar peraduan. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan ialah ciuman yang mendalam dan terkesan di ingatan? Mungkinkah ia juga kerap dipraktikkan? Tahukah anda bahawa ciuman sedemikian mampu mengikis perasaan 'badmood' sekali gus menaikkan nafsu ghairahnya. Hadiahkan ciuman yang paling menggoda dan berbisa hinggakan pasangan terlupa bahawa sebentar tadi dia sebenarnya dirundung masalah yang membebankan kepala. Pentingnya Pemanasan Dalam Hubungan Malas melakukan pemanasan atau 'foreplay'? Janganlah begitu kerana itulah 'kunci' keasyikan yang bakal ditemui sebaik anda mula berasmara. Cubalah usahakan perlahan-lahan, apatah lagi sekiranya pasangan anda menginginkan. Susuli dengan sentuhan-sentuhan lembut di bahagian sensitifnya. Jika perlu, selang-seli dengan gerakan erotis bagi menaikkan keinginannya. Suasana pastinya lebih romantik dengan irama lagu serta pencahayaan yang remang-remang. Tentunya ia akan menaikkan gelora cinta kalian berdua. Cetuskan Perubahan Dan Berfikirlah Lebih Kreatif Bagi menghindarkan perasaan jemu dan bosan, usahakan untuk satu perubahan. Mungkin anda perlu luangkan lebih banyak waktu intim berdua seperti mengatur makan malam yang ditemani cahaya lilin ataupun cukup di halaman rumah sahaja dengan simbahan cahaya rembulan. Segarkan ingatan bersama ketika menikmati bulan madu serta melayari 'malam pertama' yang cukup memberi makna. Kembalikan kehangatan pelukan dan ciuman tersebut ke kamar peraduan. Aplikasikan waktu bersama dengan mengembalikan memori cinta sewaktu mula mendirikan rumah tangga. Tentu ada sedikit kelainan berbanding asmara yang dilakukan sebelum-sebelumnya. |
Mencegah Masalah Di Alam Perkahwinan Posted: 08 Feb 2012 11:34 AM PST 1.Ada pergaduhan terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu, anda perlu terlebih dahulu berterus terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian. 2.Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar. 3.Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda.Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda. 4.Sentiasa beri sepenuhnya pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas. 5.Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda. 6.Sentiasa luangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan – kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda. 7.Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesautu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan. 8.Sentiasa ingat tarikh penting dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda. 9.Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat. 10.Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rahsuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu kebahagiaan perkahwinan anda. |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |