Celebrity News |
- Sari Yanti Dan Muniff Teman Tapi Mesra | Pelakon Drama BFF
- Kerajaan Kelantan Bercadang Tukar Hari 'Valentine' Kepada Hari Suami Isteri
- Jenazah Habibullah Diterbangkan Ke Alor Setar
- Maya Karin Dilantik Sebagai Duta Muhibah Untuk OKU
- Adakah Dia Isteri Anda Di Akhirat Kelak
- Cerita Lawak : Kisah Sahabat Yang Berterus Terang
- Cerita Lawak - Harta karun Pak Pandir
Sari Yanti Dan Muniff Teman Tapi Mesra | Pelakon Drama BFF Posted: 09 Feb 2012 09:40 AM PST MEREKA tidak pernah bertemu, namun tetap mesra dek tuntutan kerja. Kemesraan yang terjalin antara pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari, 28 dengan Muniff Md. Isa, 29, selari dengan jangka waktu penggambaran drama bersiri BFF...Teman Tapi Mesra. Malah sewaktu sesi foto yang diadakan baru-baru ini, kemesraan antara mereka jelas kelihatan. Saling usik mengusik tapi tetap sopan. Maklumlah sepanjang tempoh Sari dan Muniff membabitkan diri dalam bidang lakonan, mereka bersih daripada kontroversi berbanding artis lain. Artis residen TV Alhijrah? BAGI yang sering menonton saluran TV Alhijrah, pasti tidak lepas pandang kemunculan Muniff sebagai hos dalam program Ejen Halal dan Assalamualiakum, setiap Sabtu. Program Ejen Halal yang dihos oleh Muniff sudah pun memasuki musim keempat dan sekarang ini dia sibuk dengan sebuah lagi program dokumentari terbitan stesen tv yang sama. Kata Muniff, dia tidak terikat dengan mana-mana stesen tv, kebetulan sahaja TV Alhijrah mengundangnya untuk beberapa program mereka. "Saya bebas dan boleh berlakon atau bekerja dengan sesiapa sahaja, selagi jadual kerja tidak bertindan. "Banyak pengalaman yang saya timba sepanjang mengendali program Ejen Halal. Sejak bekerja dalam lingkungan kakitangan TV Alhijrah, sedikit sebanyak ia menggubah cara kehidupan saya," akuinya. Menurutnya, gara-gara menjadi hos program Ejen Halal ada juga yang salah sangka terhadapnya apabila melakonkan watak antagonis. Kata Muniff, dia ditawar menjadi pengacara kerana bakat lakonannya dan bukan kerana dia memiliki ilmu agama yang tinggi. "Saya hanya menyampaikan maklumat dan bukan mengutarakan pendapat. Ilmu saya masih kurang untuk mengendalikan program yang berkaitan hukum hakam ini. "Meskipun mengacara program, lakonan tetap keutamaan. Bagi saya baik program atau lakonan, kedua-duanya boleh dijadikan teladan jika kita memandangnya dari sudut positif," katanya yang mengakui sudah mempunyai kekasih hati. Info : Utusan Tahniah dan teruskan usaha anda, artis sebegini lah yang kita inginkan lakonan bermutu dan konterversi yang sepi. Apa kata anda ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Kerajaan Kelantan Bercadang Tukar Hari 'Valentine' Kepada Hari Suami Isteri Posted: 09 Feb 2012 09:33 AM PST KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih 'Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan. Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam. "Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Valentine's Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini, Khamis.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar. Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar. Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lepas melibatkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok, katanya. Melalui program itu, katanya kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010. Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara. Untuk tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terlibat dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab. Sementara itu, Wan Ubaidah berkata pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita yang merupakan mangsa gejala sosial.-BERNAMA ZOoM : Sebenarnya ada sesetengah pasangan diluar sana yang terlalu taksub menyambut hari kekasih atau Valentine ni, Al maklumlah jiwa muda...dan sedang membuak-buak. Jika hari suami isteri ZoOM rasa ia untuk pasangan yang dah berkahwin je..kalau yang belum berkahwin ZoOM rasa masih menyambut Hari Kekasih tu....Entahlah itu pendapat ZoOM je, zaman sekarang ni muda mudi kita serba moden dan canggih tak kiralah canggih mencipta benda baik...benda tak elok pun laju je...Apa kata anda mengenai cerita atau berita semasa ini? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Jenazah Habibullah Diterbangkan Ke Alor Setar Posted: 09 Feb 2012 09:23 AM PST KUALA LUMPUR: Jenazah Pegawai Staf Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) Leftenan Kolonel Habibullah Ismail diterbangkan ke Alor Setar dengan pesawat C130 malam ini untuk pengebumian. Terdahulu, jenazah Habibullah, 42, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 8.30 malam sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 10 malam Khamis. Jenazah disembahyangkan di masjid pangkalan TUDM di sini oleh isteri dan tiga anaknya serta kira-kira 100 pegawai dan anggota TUDM. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung ketika berkhidmat di Naquora pada 3.30 petang waktu Lubnan (8.30 malam waktu Malaysia) Isnin lepas. -BERNAMA ZoOM : Marilah sama-sama kita sedekahkan surah AL-Fatihah untuk arwah. |
Maya Karin Dilantik Sebagai Duta Muhibah Untuk OKU Posted: 09 Feb 2012 08:11 AM PST KUALA LUMPUR: Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan (YOKUK) telah melantik pelakon terkenal Maya Karin sebagai Duta Muhibah YOKUK dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk golongan orang kurang upaya (OKU). "Saya benar-benar harap sebagai Duta Muhibah, saya dapat menonjolkan usaha-usaha YOKUK dalam membantu OKU dan menggalakkan orang awam menderma secara murah hati," katanya. YOKUK adalah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3,400 OKU di pusatnya di Kota Baharu, Kelantan, sejak 13 tahun lalu. Bercakap kepada pemberita pada majlis pelantikannya di sini, Khamis Maya berkata peranannya sesuai dengan dirinya kerana beliau suka membantu. Pada majlis itu Maya dan beberapa individu dan syarikat menyampaikan sumbangan kepada YOKUK serta melancarkan kempen baru YOKUK untuk mengumpul dana bagi membantu menampung kos pemulihan OKU di Kelantan dikenali sebagai "Menaja Pemulihan Seorang OKU". Sementara itu, Pengarah Eksekutif YOKUK Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata kehadiran selebriti itu akan memberi yayasan itu semangat untuk meningkatkan lagi kualiti hidup golongan kurang upaya.-BERNAMA Info : Mstar & Bernama ZoOM : Semoga niat murni dan ikhlas Maya akan dibalas dengan kebaikan.Apa kata anda mengenai artis yang terlibat dengan kebajikan seperti apa yang Maya buat ini. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Adakah Dia Isteri Anda Di Akhirat Kelak Posted: 09 Feb 2012 06:45 AM PST 1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda:"Tiada si bujang di dalam syurga" ~ (HR Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b'kahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga. 3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga. 4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. 5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga. 6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda: "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir." Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Cerita Lawak : Kisah Sahabat Yang Berterus Terang Posted: 08 Feb 2012 08:01 PM PST Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!" "Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja. Kawan yang pertama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis "too tapi sengaja tulis '2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia. Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang. Kami semua 'bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa. Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu "Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar. Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang. Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak 'menangkap' apa yang mahu disampaikan. Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya. Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau 'kasar' dengan isterinya. Maka, dia pun bérkata: "Orang lelaki, kalau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!" "Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga. Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: "Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup." Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu. Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak. "Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?" Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu. Berkata pula si isteri: "Sekarang abang ada berapa isteri?" "Satu!" Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Cerita Lawak - Harta karun Pak Pandir Posted: 08 Feb 2012 07:53 PM PST Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut. Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya. Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira. Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis "BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!". Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Cerita Artis | Isu Semasa | Tutorial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |