My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia |
Kalau Sayang, Kenapa Masih Aibkan Saya? – Aidil Zafuan Posted: 25 Feb 2013 11:20 PM PST Posted: 26 February 2013 at 3:20 pm Rita Rudaini yang mengakui masih sayangkan Aidil Zafuan dalam prosiding permohonan Cerai semalam telah menimbulkan satu tanda tanya buat Aidil Zafuan.. Jika benar Rita Rudaini masih sayangkannya, mengapa mengaibkan saya dan keluarga?.. Ada kebenaran juga dengan persoalan Aidil Zafuan tu.. Aidil juga menegaskan agar Rita Rudaini tidak membawa lakonannya kedalam Mahkamah.
Tambah Aidil lagi, Dia juga turut kecewa apabila Rita Rudaini tidak membenarkan anak-anak mereka berjumpa dengan keluarganya.. Tambah sedih apabila anak-anaknya sendiri tidak mengenali siapa datuk dan nenek belah keluarga Aidil.
Dalam pada masa yang sama, Adil Zafuan juga menegaskan yang keputusan untuk bercerai ini tiada kena mengena dengan orang ketiga apatah lagi dengan Zarema, wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini..
Foto : Faisol Mustafa |
Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Julai Ini Posted: 25 Feb 2013 10:45 PM PST Posted: 26 February 2013 at 2:45 pm Pasangan yang sedang hangat bercinta, Zain Saidin dan Rozita Che Wan nampaknya akan berkahwin pada bulan Julai ini.. Berita gembira ini telah dikongsi sendiri oleh Pelakon jelita, Rozita Che Wan melalui Harian Metro hari ini dimana beliau mengakui yang perancangan sudahpun dibuat dan mereka berdua telah bersepakat dengan memilih hujung bulan Julai ini untuk disatukan..
Jelas Rozita Che Wan lagi, mereka berdua memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu, ini kerana mereka berdua dikatakan sudahpun mengenali hati budi masing-masing.. Tambahnya, Sikap romantik dan berani Zain Saidin membuatkan beliau tertarik dengan kekasihnya itu..
MyGosip ucapkan tahniah buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan, Semoga segala perancangan perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar hendaknya… Pastinya perkahwinan mereka bakal menjadi wedding of the year kan… |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia Terkini | MyGosip .com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |