Adsense

Selasa, 7 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Juliana Evans Akui Zizan Lelaki Idaman

Posted: 06 Dec 2010 07:11 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julia Evans,21, atau Jue (gambar) mengaku mempunyai keserasian dengan bekas peserta Raja Lawak, Zizan,26, yang dikenalinya selepas digandingkan bersama dalam filem Hantu Bonceng bulan lalu.

Malah kata Jue, Zizan juga menepati kriteria lelaki idamannya selama ini tetapi sayang sekali hatinya masih belum terbuka untuk menerima Zizan sebagai seorang kekasih buat sementara waktu.

"Saya memang selesa berkawan dengan Zizan kerana dia kelakar dan matang. Keserasian antara kami mula terbina sejak membintangi filem Hantu Bonceng.

"Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula," katanya yang ingin memberi tumpuan kepada pengajian dan karier terlebih dahulu.

Menurut Jue, hatinya masih tertutup untuk menerima lelaki buat masa ini kerana luka akibat kekecewaan cintanya dengan Sam, penyanyi kumpulan Bunkface masih belum lagi terubat selain meninggalkan kesan yang amat mendalam kepadanya.

Justeru, pada fasa ini dia lebih senang untuk berkawan sahaja dengan mana-mana lelaki daripada menjalin hubungan yang serius dengan mereka.

"Bukan bermakna pintu hati sudah tertutup untuk terima lelaki lain tapi buat masa ini saya lebih senang untuk berkawan saja dengan sesiapa pun.

"Adalah lebih baik jika saya buka peluang untuk berkawan dengan ramai orang daripada membataskan pilihan dengan satu atau dua lelaki saja.

"Namun itu bukan bermakna saya mudah untuk bergaul bebas dengan mana-mana lelaki tanpa batasan. Cuma, saya lebih senang membuatkan pilihan lebih terbuka pada waktu ini," katanya.

Baru-baru ini, pasangan pengacara itu dilihat mesra bersama ketika menghadiri Anugerah Shout 2010 (Shout Awards 2010) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 20 November lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kononnya mereka bercinta.

google: juliana evans dan zizan raja lawa, gambar juliana evans dan zizan raja lawak , photo juliana evans dan zizan raja lawak , juliana evans dan zizan raja lawak  bercinta, lelaki juliana evans dan zizan raja lawak , skandal juliana evans dan zizan raja lawak , gosip cinta juliana evans dan zizan raja lawak , kontroversi juliana evans dan zizan raja lawak , terkini juliana evans dan zizan raja lawak , terbaru juliana evans dan zizan raja lawak , photo juliana evans dan zizan raja lawak 

Ning Tolak Selesai Saman Luar Mahkamah

Posted: 06 Dec 2010 07:09 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Ning Baizura Hamzah,35, enggan menyelesaikan kes saman RM1 juta yang difailkan oleh seorang penerbit dan pengurus warga Itali bernama Luigi Bajona secara baik di luar mahkamah.

Menurut Ning, selepas menfailkan saman malu pada 7 Julai 2009, Luigi telah menawarkan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah iaitu dengan meminta Ning agar meminta maaf secara terbuka kepadanya.

Namun begitu, penyanyi itu menolak dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh Luigi terhadapnya tidak munasabah.

"Kes ini belum dibicarakan lagi, pada saya apa yang dibuat itu kelakar dan tidak masuk akal. Mungkin juga mahkamah akan menolak kes ini sebab tiada bukti yang kukuh.

"Dia ada menawarkan untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan meminta saya mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka tetapi saya menolak kerana ia bukan salah saya," ujarnya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Album Langkah... Nubhan, di sini.

Menurut Ning, tindakan bekas pengurusnya itu adalah untuk menuntut ganti rugi terhadap perlaburannya album East To West yang mencecah RM1 juta.

"Dia banyak kali cuba untuk saman saya. Motif sebenar dia mungkin untuk dapatkan semula duit pelaburan untuk album berkenaan.

"Dia mendakwa saya telah menyebabkan kerugian kepadanya dan memalukan dia di laman sosial Facebook saya, sedangkan saya tidak menulis namanya atau apa-apa berkaitan dengan dirinya," ujar Ning.

Tambah Ning, dia tidak gentar untuk berhadapan dengan bekas pengurusnya itu.

"Saya tidak takut untuk berhadapan dengannya kerana ini bukan salah saya. Saya rasa kes ini sebagai memalukan. Walaupun tidak menjejaskan saya tetapi telah membazir masa dan duit saya terhadap kos," katanya.

google: kes mahkamah ning baizura, kes saman ning baizura, ning baizura dan mahkamah, berita ning baizura mahkamah, keputusan saman ning baizura, berita ning baizura dan mahkamah

'RM30,000 Bukan Duit Ayah' - Dafi

Posted: 06 Dec 2010 07:08 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 22, menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya dia menggunakan wang bapanya sebanyak RM30,000 bagi membuka syarikat pengurusan artis dan acara, Laugh Out Loud Entertainment.

Dafi yang juga anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, wang tersebut adalah hasil simpanannya sejak bergelar artis.

"Saya tahu ramai yang menyangka saya membuka syarikat menggunakan wang bapa saya tetapi sebenarnya tidak. Duit itu adalah hasil titik peluh saya yang saya kumpulkan sekian lama sejak bergelar artis," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan untuk syarikat itu.

Katanya, jika wang itu hasil pemberian ayahnya, tentu sekali jumlahnya melebihi daripada jumlah itu.

Ujar Dafi, bapanya sendiri tidak tahu perancangan membuka syarikat itu sehinggalah apabila segala urusan syarikat tersebut siap.

"Memang saya ingin berdikari dan barulah kita boleh tahu erti susah dan senang cari duit. Dulu pun selepas tamat SPM (Sijil Penilaian Malaysia), saya bekerja sebagai jurujual di sebuah butik terkenal.

"Sebenarnya bapa saya tak tahu pun yang saya nak buka syarikat, sampailah bila semua siap, baru saya memberitahunya," katanya yang membuka syarikat tersebut bersama rakan kongsinya.

Menurut Dafi, syarikat berkenaan bertanggungjawab menguruskan kerjaya seninya selain bertindak sebagai syarikat pengurusan acara.

Justeru itu, untuk permulaan, Dafi akan menganjurkan majlis hari jadinya yang ke-22 bertemakan 'Masquerade' pada 14 Disember ini yang akan diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.

"Selain menganjurkan majlis, saya kini sedang menyiapkan sebuah album kedua yang berkonsepkan muzik pop. Bagi lagu pertama, ia masih dalam proses pembikinan di mana ia dihasilkan oleh Omar K dan Zell.

"Saya juga sedang mempelajari menulis lirik daripada orang yang berpengalaman. Saya harap perjalanan perniagaan saya ini berjalan dengan baik," ujar Dafi.

Pierre Andre Mengaku Biadab

Posted: 06 Dec 2010 07:07 PM PST


PERSELISIHAN faham antara penerbit juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MiG), David Teo dan pelakon Pierre Andre yang tercetus pada 2008 bukan satu isu baru. Malah, ketegangan itu turut mendapat liputan meluas di merata media.

Dek membawa hati yang rajuk, Pierre yang tidak berpuas hati apabila sentuhannya dalam filem Jangan Tegur (2008) dipertikaikan oleh penerbit itu, lantas mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan produksi tersebut dan membiarkan ia terkontang kanting sebelum diambil alih oleh orang lain.

Dua tahun berselang, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pengakuan Pierre yang kembali menghubungi David pada Ogos lalu bagi menjernihkan keadaan. Pierre terpaksa menyerah kalah dek kedegilannya selama ini.

Menerusi pertemuan bersama Mingguan mStar baru-baru ini, gambar dirakamkan sebagai bukti kedua-dua mereka tidak berperang lagi. Sebaliknya kata David, dia menerima permohonan maaf Pierre dan sudah melupakan kisah lama walaupun sebelum ini telinganya sudah bernanah untuk mendengar nama Pierre Andre.
Pierre akui kesilapan diri.

Ujar Pierre, dia bertemu semula dengan David pada Ogos lalu selepas dua tahun membawa diri. Sedar akan kesilapannya, Pierre akui berdebar untuk berdepan dengan penerbit itu buat pertama kalinya selepas peristiwa itu.

"Saya akui bimbang apabila hendak bertemu dengan David. Saya memang sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan, dimarah atau ditengking atas kesilapan saya.

"Ketika berselisih faham dengannya dulu, saya bukan saja telah menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan bajet tambahan untuk melakukan penggambaran semula beberapa babak dalam filem itu.

"Malah, saya juga berlaku biadap dan mengungkapkan perkataan yang tidak sepatutnya kerana terlalu mengikutkan kata hati. Namun, dia menerima kemaafan saya dengan hati yang terbuka," katanya.

Pierre lantas diusik apakah keputusannya untuk berbaik semula dengan David berpunca daripada kegagalannya untuk menyerlah di persada seni. Jawabnya, keputusan itu adalah ketentuan Tuhan yang melembutkan hatinya untuk berdamai.

"Dakwaan yang mengatakan saya berbaik semula dengan David kerana gagal berdikari atau tidak menyerlah di persada seni tanpa pertalian dengan MiG adalah tidak berasas.

"Sepanjang dua tahun membawa diri, saya aktif berlakon dan mengarahkan pelbagai drama dan filem. Selain berlakon dalam siri popular Halimah Jongang, saya juga sempat mengarahkan tiga filem iaitu Hijab, Cantik dan Seru.

"Saya berbaik dengan David kerana ketentuan Tuhan. Pengalaman berdikari di luar sana telah mematangkan diri dan membuka pintu hati saya untuk berdamai," katanya.
David sudah lama maafkan Pierre.

Sementara itu, David menyifatkan kepulangan anak kepada dramatis Khatijah Tan itu ke pangkuan MiG bukan saja menggembirakan hatinya, malah turut bermanfaat kepada industri filem tanah air.

"Seperti yang saya katakan dulu, saya sentiasa memaafkan kesilapan anak-anak muda seperti Pierre. Sebagai pemilik produksi ini, saya selalu berharap agar pekerja-pekerja saya melakukan kesilapan supaya mereka dapat belajar sesuatu daripada kesalahan itu.

"Melakukan kesilapan bukan satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan. Apa yang lebih penting, mereka sedar kesilapan itu dan tidak mengulanginya. Perkara yang sama juga saya sematkan pada Pierre dan nampaknya dia semakin matang sekarang.

"Kepulangan Pierre ke MiG bukan saja menguntungkan dirinya dan MiG kerana lebih banyak kerjasama akan terjalin selepas ini, malah ia juga bermanfaat kepada industri seni. Pierre akan terus aktif bergiat dan sekali gus menambahkan jumlah modal insan bagi perkembangan industri filem," katanya.
David berpesan kepada Pierre agar tidak mengulangi kesilapannya.

Mengulas tentang perancangan untuk Pierre, David berkata, dia akan membimbing lelaki berusia 25 tahun itu mempelajari lebih banyak ilmu pembikinan filem mengikut perubahan dan keperluan semasa.

"Pierre akan didedahkan dengan lebih banyak ilmu penerbitan filem mengikut trend semasa. Dia kini sedang berkobar-kobar untuk kembali bersaing di dalam industri dan saya akan buka jalan itu mengikut perancangan yang telah disusun.

"Jika permintaan terhadap Pierre menjurus kepada tawaran lakonan, dia harus rebut peluang itu. Peluang mengarahkan filem sentiasa terbuka dan dia harus bijak mengimbangkan kedua-dua bidang ini agar dapat bergerak seiring," katanya.

Sebagai permulaan, Pierre yang mengikat kontrak baru pada Oktober lalu untuk tempoh lima tahun lagi baru saja membintangi filem 321 Cinta (arahan Azhari Zain) di samping Farid Kamil dan Diana Amir. Filem komedi romantik itu bakal ditayangkan pada 2011.

Sebelum perbualan kami bernokhtah, David sempat berkata, Pierre juga akan kembali ke kerusi pengarah bagi menerajui sebuah projek filem pada awal tahun depan.

98 Adegan Awan Dania 3 Di Australia

Posted: 06 Dec 2010 07:05 PM PST

AWAN Dania musim ke tiga (Awan Dania 3) yang sebelum ini menjadikan Korea sebagai lokasi penggambaran diteruskan apabila Perth, Australia dipilih sebagai destinasi berikutnya bagi memperhebatkan pembikinan drama tersebut.

Penggambaran yang diadakan pada hujung November lalu diatur dengan padat melibatkan kru serta barisan pelakon hebat iaitu Scha Al-Yahya, Jehan Miskin, Gambit dan Zed Zaidi.

Mingguan mStar yang berkesempatan menyertai penggambaran selama dua hari bermula 21 November itu menyaksikan adegan-adegan menarik yang dilakonkan di Kings Park.


Satu per satu adegan yang dirakamkan tidak perlu mengambil masa lama kerana kemampuan pelakon membawa watak mereka dengan berkesan sehingga memudahkan penggambaran dijalankan termasuklah apatah lagi dengan bantuan pihak agensi pelancongan di Australia.
Salah satu adegan Scha dengan Gambit.

Antara babak yang sempat disaksikan Mingguan mStar semasa penggambaran di Kings Park melibatkan Dania lakonan aktres Scha Al-Yahya manakala Zed Zaidi selaku Kapten Iman.

Selain itu, babak di Hay Street dan Murray Street pula melibatkan Gambit Saifullah yang memegang watak Akmal Tan Sri Akbar dan juga Scha.

Agak sukar menceritakan adegan yang dilakonkan itu kerana pengarahnya, Dinesh Samby gemar merakamkan sedikit demi sedikit paparan melibatkan lokasi yang berlainan.


Bagaimanapun pelakon dan kru bernasib baik kerana bas pelancongan yang disediakan membantu membawa mereka untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Untuk adegan di Perth itu, ia mengisahkan Kapten Iman yang bekerja sebagai juruterbang penerbangan komersial telah menaruh minat untuk memikat Dania. Namun Dania selesa menganggap Iman sebagai kawan. Dalam menghadapi konflik cinta tiga segi itu, Akmal, seorang lelaki kasanova yang selama ini mempunyai persepsi buruk terhadap Dania berusaha untuk memenangi hati wanita itu.
Aksi Scha sebagai Dania.

Dinesh selaku pengarah drama itu mengakui Awan Dania 3 menghidangkan jalan cerita yang agak klise dan tidak lari dari jalan cerita yang pernah ditonton dalam siri-siri sebelum ini.

Ini kerana, ia masih mengekalkan konflik melibatkan cinta tiga segi antara Dania, Akmal dan Benjy (Jehan Miskin). Lantas, sebab itu lokasi penggambaran di luar negara dirasakan sebagai salah satu kelainan bagi menyampaikan latar belakang cerita dunia pramugari Dania itu.

Kata Dinesh, sebanyak 70 peratus penggambaran dilakukan di luar Malaysia manakala 98 adegan yang terdapat di dalamnya merangkumi semua lokasi di Perth.

"Dengan sokongan pihak pelancongan di Perth, kami berjaya mendapatkan bantuan untuk menjalani penggambaran di semua tempat di Perth," kata Dinesh yang melakukan penggambaran di negara itu pada 20 November sehingga 29 November lalu.

Selain Australia dan Korea, penggambaran drama itu dijangka akan dilakukan di Jordan selepas ini.
Zed Zaidi memegang watak sebagai Kapten Iman.

Cuba mendalami teknik sinematografi yang cuba diterapkan oleh Dinesh dalam Awan Dania 3, diakui pengarah itu seorang yang cerewet dan teliti apabila dia lebih menekankan teknik photo frames kerana dia mahu semua perkara yang hendak disampaikan terdapat dalam satu frame.

"Jadi, kami tidak menggunakan banyak troli kerana hendak mengekalkan momentum penyampaian cerita itu. Ini kerana drama ini menggabungkan lakonan, dialog dan framing," tambahnya.

Selain Kings Park, Hay Street dan Murray Street, Awan Dania 3 turut menjalani penggambaran di London Court, Esplanade River Suites, Old Fire Station, Old Perth Jetty, Bell Tower, Perth International Airport, Caversham Wildlife Park, Esplanade Hotel Fremantle, Fremantle Streets, Cottesloe Beach, The Rocks Albany, Albany Town Centre dan Mandurah Ferry Cruises.

Drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Dania, seorang wanita lasak dan cekal. Walaupun begitu, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari.

Musim kali ini menyaksikan lembaran baru dalam hidup Dania yang kini berkhidmat sebagai pramugari eksekutif di Syarikat Penerbangan D'nest.
Jurukamera mencari posisi menarik.

Di sinilah bermulanya cabaran baru dalam hidup Dania yang terpaksa ditempuhi untuk membuktikan bahawa dirinya layak menggalas tanggung jawab tersebut walaupun mempunyai pengalaman yang cetek dalam menjalankan tugas sebagai kru kabin kelas pertama.

Bagi Scha, pengalaman berlakon di luar negara untuk drama musim ketiga ini memberikan keseronokan berganda lebih-lebih lagi dia dapat menaiki jet peribadi mewah yang hanya boleh memuatkan tidak lebih dari 10 orang.

Sementara itu, Gambit yang pertama kali terlibat dalam drama ini akui tertarik dengan tawaran karakter yang bagus dan penggambaran yang banyak dilakukan di luar negara.

Sama seperti Scha, dia yang pertama kali mengunjungi Perth merasakan pengalaman berlakon di tempat orang sebagai suatu pengalaman berharga yang akan dikenang sampai bila-bila.

Dia yang pertama kali berlakon sebagai pasangan Scha juga berkata tidak kekok untuk mendapatkan keserasian dengan wanita itu kerana mereka sudah lama kenal dan berkawan antara satu sama lain.
Pelakon dan tenaga produksi semasa penggambaran Awan Dania 3 di Perth, Australia.

Dalam pada itu, Zed Zaidi berkata dia perlu mengembangkan dialog sendiri agar bersesuaian dengan karakternya yang periang, nakal dan suka mengambil berat.

Penonton boleh menyaksikan Awan Dania 3 pada setiap Isnin, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Izwan Pilus Mahu Berdikari

Posted: 06 Dec 2010 07:03 PM PST

PETALING JAYA: Setelah tidak lagi diuruskan oleh pengurus sejak sebulan lalu, penyanyi Izwan Pilus akui agak sukar bergerak sendiri.

Bagaimanapun, semua cabaran yang dilaluinya itu tidak melunturkan semangatnya untuk mengendalikan kerjanya sendiri.

Biarpun mempunyai seorang pembantu peribadi, penyanyi lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku ini merancang untuk cuba mengurus diri-sendiri tanpa menggunakan khidmat pengurus pada tiga tahun pertama ini.

"Tengok keadaan dulu, setakat ini saya belum mempunyai perancangan untuk mencari pengurus baru. Sekarang, saya selesa membuat kerja-kerja perhubungan awam dan menyusun jadual sendiri," katanya yang telah bergelar artis sejak tahun 2004.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, abang kepada penyanyi Aril ini sedang sibuk menghasilkan album keduanya.

Buat pertama kalinya, dia cuba membuat lagu untuk album ini selain kali kedua membuat lirik untuk lagu sendiri.

"Saya akan merakamkan single duet dengan penyanyi dari Singapura, Maiya Rahman pada 11 Disember ini. Insya-Allah, jika tiada aral album ini akan dikeluarkan pada tahun depan," ujarnya yang mengakui sedang menurunkan berat badan.

Selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Mac lalu, Izwan akui berat badannya naik mendadak. Setelah melalui sesi menurunkan berat badan, kini berat badannya telah berkurangan sebanyak lima kg.

Rahsianya adalah mengawal pemakanan dengan mengelakkan makan nasi dan banyak mengamalkan sayu-sayuran.

google: izwan pilus, izwan pilus facebook, izwan pilus blog, izwan pilus twitter, izwan pilus terkini, izwan pilus myspace, izwan pilus hot, izwan pilus seksi, izwan pilus album baru, lagu baru izwan pilus, single terbaru izwan pilus, gambar izwan pilus, foto izwan pilus, kisah izwan pilus, cover album izwan pilus, gosip izwan pilus, kontroversi izwan pilus, gosip cinta izwan pilus

Diddy Hirdy Bakal Timang Bayi Perempuan

Posted: 06 Dec 2010 07:01 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Diddy Hirdy mengesahkan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan.

Menurut penyanyi lagu Genggam dan Biar Diddy Sambung ini, isterinya, Allen Nor Azah Musa sedang hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada 12 Januari 2011.

Setakat ini, Diddy telah mempunyai nama untuk bayi sulungnya namun mahu merahsiakan sehingga anaknya itu dilahirkan.

"Sekarang saya sudah membeli semua kelengkapan untuk bayi, cuma membuat persediaan mental kerana apabila mempunyai anak cabaran semakin besar.

"Sedikit-sebanyak, saya sudah menggalas tanggungjawab sebagai suami seperti membantu isteri menjemur baju dan selepas ini perlu memikul tanggungjawab sebagai bapa pula," ujarnya semasa menjual kek coklat untuk mengisi dana amal badan perlindungan kanak-kanak di Great Estern Mall, Sabtu.

Diddy dan Allen bernikah pada 6 Februari 2010.

Dalam perkembangan lain, Diddy akan terlibat dengan teater muzikal Terima Kasih Cinta. Ini merupakan teaternya yang kedua selepas teater Lorong Blues.

Selain itu, dia sibuk dengan rakaman album kedua.

google: diddy hirdy af, diddy hirdy af facebook, diddy hirdy af blog, diddy hirdy af myspace, diddy hirdy af twitter, album baru diddy hirdy af, lagu baru diddy hirdy af, cerita terbaru diddy hirdy af, gambar terbaru diddy hirdy af, diddy hirdy af dan isteri, gambar anak diddy hirdy af, diddy hirdy af bakal timang anak

U-Wei Perlu Dana Tambahan Untuk Siapkan 'Hanyut'

Posted: 06 Dec 2010 06:59 PM PST



PETALING JAYA: Pengarah filem U-Wei Hj Saari memberitahu pra-tonton Hanyut yang diadakan secara tertutup di hadapan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Finas, Khamis lalu, adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan kementerian itu bagi memperuntukkan dana tambahan untuk menyiapkan proses akhir filem tersebut.

Kata U-Wei, dana sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan di bawah Dana Industri Kreatif sebelum ini adalah tidak memadai untuk menghasilkan sebuah filem epik yang mencapai piawaian antarabangsa.

Walaupun secara kasarnya filem itu telah lengkap, beberapa aspek kemasan seperti penambahan efek janaan imej berkomputer (CGI), muzik latar, foley dan grading masih diperlukan bagi memperkemaskan lagi kualitinya.

Justeru, dia berharap agar pra-tonton yang diadakan itu dapat meyakinkan kementerian bagi tujuan tersebut.

"Walaupun filem ini sudah siap, beberapa aspek tambahan seperti CGI, muzik latar, foley dan grading masih diperlukan bagi memperkemaskan kualitinya agar setanding filem-filem antarabangsa.

"Masalah yang saya hadapi adalah kekangan untuk melaksanakan proses kemasan itu. Kepakaran dan teknologi itu tidak terdapat di Malaysia, Thailand atau India sekalipun kecuali di Australia. Ia pula memakan bajet yang besar untuk dilaksanakan.

"Sebab itu saya harus menayangkan perkembangan terkini filem Hanyut agar dapat meyakinkan mereka tentang kesungguhan dan komitmen saya menghasilkan filem Malaysia yang sehebat filem luar," katanya.
U-Wei tekun mendengar taklimat daripada Datuk Seri Dr Rais Yatim pada pra-tonton filem itu di Finas, Khamis lalu.

Bercerita tentang status terkini filem itu, U-Wei berkata, ia boleh diibaratkan seperti seorang wanita yang sedang berpantang, di mana penjagaan dan amalan yang teliti perlu dilakukan untuk pemulihan sepenuhnya.

Walaupun Hanyut sudah siap sebanyak 75 peratus, baki 25 peratus itu perlu diisi dengan proses kemasan agar ia menjadi sebuah filem epik yang setanding filem antarabangsa.

"Saya akui filem itu sudah siap dan memang boleh dipasarkan. Namun, impian saya bukan setakat untuk menayangkan filem itu di Malaysia saja. Saya ingin membawa Hanyut ke persada dunia dan festival-festival luar.

"Untuk pergi ke luar, filem itu perlu diperkemaskan agar mencapai piawaian filem antarabangsa. Maka, saya perlukan dana tambahan untuk memperkemaskan ia agar kualitinya setanding filem-filem luar," katanya.

Diminta mengulas reaksi Datuk Seri Rais selepas menyaksikan Hanyut, U-Wei berkata, dia lega kerana berjaya mengikat perhatian menteri itu sehingga ke penghujung filem walaupun masih belum dilengkapi aspek bunyi, efek dan sebagainya.

"Saya lega kerana Datuk Seri melihat pra-tonton filem ini sehingga ke penghujung walaupun ia masih belum lengkap. Ia memberikan petanda yang positif kepada saya sebagai pembikinnya.

"Berhubung dana tambahan itu, saya tidak boleh komen lanjut kerana ia bergantung kepada budi bicara kementerian. Beliau (Datuk Seri) seorang yang peka dan bijak untuk membuat pertimbangan selanjutnya," katanya yang enggan mendedahkan jumlah dana tambahan yang diperlukan.

Filem yang diadaptasi daripada novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad itu menampilkan pelakon Australia, Peter O' Brien (sebagai Almayer), pelakon handalan Indonesia iaitu El-Manik (Raja Ibrahim) dan Alex Komang (Sayed Abdullah), Khalid Salleh (Orang Kaya Tinggi), Sofia Jane (Mem) Diana Danielle (Nina), Adi Putra (Dain Maroola) dan Rahayu Saraswati (Taminah).

google: hanyut, filem hanyut, hanyut preview, pelakon hanyut, pengarah hanyut, ost hanyut, soundtrack hanyut, penyanyi hanyut, poster hanyut, 

Hadiah Pertunangan Noh (Hujan)

Posted: 06 Dec 2010 06:58 PM PST


KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan, Mohammed Noh Salleh (Noh) menganggap anugerah Komposer Muda Berpotensi (25 tahun ke bawah) yang dimenanginya di Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2010 pada Jumaat lalu sebagai hadiah pertunangannya.

Noh yang bertunang dengan Mizz Nina atau Shazrina Azman pada 6 November lalu turut meraikan kemenangannya pada malam itu di samping bakal isterinya.

"Saya memang tak jangka dengan kemenangan ini kerana MACP terdiri daripada komposer nama-nama besar.

"Jadi, saya rasa sangat dihargai dan terharu dengan rezeki ini," katanya pada sidang media di Hotel Crown Plaza, di sini.

Noh pada mulanya menjangkakan Aizat Amdan yang akan memenangi anugerah tersebut berdasarkan pencapaian yang dilakukan sebelum ini.

Walaupun begitu, dia akui tetap mengagumi bakat yang dimiliki oleh penyanyi dan komposer berusia 20 tahun itu.

Bercerita tentang rahsianya bergelar seorang komposer sebelum ini, penyanyi lagu Kau Harus Ada, Bila Aku Sudah Tiada dan Mencari Konklusi ini akui setiap lagu yang digubah atas kehendaknya sendiri.

"Sebagai komposer, saya tak pernah letakkan diri ini dalam situasi yang kena sentiasa melakukan perubahan sebaliknya saya juga perlu menjadi seorang pendengar kepada lagu sendiri.

"Daripada situ, baru saya dapat menikmati lagu itu sepenuhnya. Jadi, sebab itu saya buat lagu berdasarkan apa yang saya rasa. Sebagai pemuzik, saya tak boleh hadkan kreativiti dan tidak dinafikan, komposer nama besar banyak dijadikan sebagai pendorong," katanya yang pertama kali memenangi anugerah daripada MACP.

Di sebalik kemenangannya itu, Noh terpaksa akur kepada kekalahan dua buah lagunya iaitu Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap dalam kategori Lagu Melayu: Kategori Persembahan Terbanyak.

Kategori tersebut dimenangi oleh lagu Buronan Cinta (The Lima/Edry Abdul Halim).

"Lagu Buronan Cinta memang kuat dan saya tak rasakan lagu-lagu saya layak untuk menang anugerah itu," jawabnya.

Katanya lagi: "Saya akui, saya bukanlah vokalis yang teknikal dan melakukan sekadar yang termampu. Misalnya, saya rasa dihargai apabila Monoloque mengajak saya sama-sama menyanyikan lagu Pelita di bawah projek API."

Selepas kemenangan ini, Noh berjanji akan lebih banyak menghasilkan lagu-lagu untuk industri muzik tempatan.

"Album baru saya baru diterbitkan baru-baru ini dan Dimas banyak membantu promosi secara konsisten. Saya pula sudah mula menumpukan kepada album akan datang," ujarnya.

Album Lonely Soldier Boy edaran Warner Music Malaysia itu memuatkan 14 buah lagu termasuklah lagu Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Bagaikan Matahari dan Di Kala Bulan Bermain Biola.

google: noh hujan, noh hujan menang, noh hujan dan hadiah kemenangan,  noh hujan komposer termuda berpontensi, hadiah kemenangan noh hujan

Didie Alias Tak Kisah Pendapat Orang

Posted: 06 Dec 2010 06:56 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengakui tidak pernah mengambil peduli tanggapan orang ramai terhadap imej dan penampilan barunya yang lebih seksi dan berani.

Jelas Didie, apa juga yang cuba ditampilkan melalui fesyen tersebut adalah dari dalam dirinya sendiri dan bukan sekadar ikut-ikutan.

"Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap, saya hanya jadi diri saya yang sebenar. Apa yang saya cuba sampaikan ialah sebagai selebriti kita perlu ketengahkan fesyen.

"Saya berfesyen begini juga seiring dengan konsep program televisyen yang sedang saya kendalikan berjudul Kalau Berani 1 vs 0. Apa juga cakap orang, itu adalah hak mereka dan kita tidak boleh untuk tutup mulut mereka," ujarnya.

Tambah Didie, industri hiburan tanah air kini sedang mundur dari segi fesyen, ramai artis masih tidak berani untuk mengayakan pelbagai fesyen.

"Saya mahu jadi ikon fesyen, bagi saya tidak salah kalau kita ingin bergaya bagi memberi pembaharuan kepada industri hiburan tanah air.

"Jika mereka kata saya semakin seksi, bagi saya dari dulu memang saya begini. Pada saya apa yang saya pakai bukan seksi tetapi lebih berani dengan rekaan yang agak pelik," ujarnya.

Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengakui usia bukan penghalang baginya untuk bergaya, namun begitu dia masih mengetahui batasan sebagai seorang isteri dan ibu.

"Saya tahu ke mana saya ingin bergaya seperti ini. Tidak semua tempat dan majlis saya berpakaian seperti ini.

"Saya bersyukur anak-anak dan suami saya sangat memahami. Malah mereka juga ada memberi idea sedikit sebanyak tentang penampilan saya," katanya.

Komen: Ape la didie alias ni, bukankan ko ade anak dan suami, benda ni boleh jadi bahan gurauan dan ejekan pada anak anak. Kalau mak aku macam nie, sure aku malu. 

google: didie alias, didie alias facebook, didie alias blog, didie alias twitter, didie alias myspace, didie alias wiki, didie alias profile, didie alias biodata, didie alias biography, didie alias dan anak, didie alias dan suami, gambar didie alias dan keluarga, gambar didie alias dan anak, gambar didie alias dan suami baru, didie alias seksi, didie alias hot, didie alias panas, didie alias fesyen lucu.

24 Selebriti Jual Kek Coklat

Posted: 06 Dec 2010 06:53 PM PST


KUALA LUMPUR: Kehadiran 24 selebriti di Great Estern Mall (GEM), Sabtu membantu melariskan jualan kek coklat untuk kutipan amal.

Mereka termasuklah Marsha Londoh, Jehan Miskin, Juliana Evans, Lisdawati, Siti Shahriza, Farhan Azizan, Amber Chia, Diddy Hirdy, Sharnaaz Ahmad, Faeza Elai dan Fouziah Gous.


Pihak GEM mensasarkan sebanyak RM17,000 hasil jualan kek itu untuk didermakan kepada badan kebajikan kanak-kanak.

Menurut Eksekutif Kanan Periklanan dan Promosi GEM, Jessica Lee Siao Hoon, sebanyak 15 buah hotel di ibu kota yang terlibat dengan Pertandingan Kek Coklat ke-4 dan aktiviti jualan kek.

Kek dijual pada harga RM15 sepotong dan RM500 sebiji.

Antara hotel yang terlibat termasuklah Berjaya Times Square Hotel, Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Dorsett Regency Hotel, Empire Hotel, Le Meridien, Mandarin Oriental, The Legend Hotel dan Sheraton Imperial Hotel.

Pemenang tempat pertama, kedua, ketiga, kategori kek coklat paling kreatif dan kek coklat terbaik berjaya membawa pulang sebuah trofi masing-masing.

Pertandingan ini diadili oleh chef selebriti Datuk Chef Wan selaku ketua juri, wakil GEM, Bruce Lee Yee Lam, Emilya Ab Rahim (ntv7), Winnie Yong (Prestige), Sharifah Intan (Weekender, The Star), Kee Hua Chee (Lifestyle Journalist), Theresa Madavalan (Life & Times, NST), Elaine Kwong (Women's Weekly), Salina Abdullah (Berita Harian) dan Rahayu Salleh (Harian Metro).

Pertandingan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2004 dan tahun ini merupakan tahun keempat.


Apa kata selebriti:

Diddy Hirdy

"Acara ini sangat bagus, unik dan patut diteruskan pada masa akan datang. Biasa orang buat show untuk amal tetapi acara ini berlainan sedikit dengan menjual makanan."

Amber Chia

"Saya terlibat dengan acara ini buat kali ketiga. Saya rasa gembira kerana ramai orang datang memberikan sokongan kepada acara ini. Tetapi jualan pada tahun ini agak perlahan berbanding tahun lalu.

"Bagaimanapun, saya akan cuba membantu acara ini dan sempat membeli sepotong kek. Saya akan memberikan sokongan untuk kebajikan kanak-kanak kerana ia sangat penting untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja."

Sharnaaz Ahmad

"Walaupun pertama kali menyertai acara ini, saya rasa sangat seronok. Saya tak sangka dan tidak pernah tahu ada acara seperti ini. Nasib baik Bill Bora mengajak saya dan selebriti lain untuk menyertainya.

"Tetapi saya sarankan acara seperti ini dilakukan dalam sekali atau dua kali setahun kerana jika selalu dilakukan, nilai eksklusivitinya semakin hilang. Jadi, orang pun cepat jemu kerana tiada tarikan lagi."

Farhan Azizan

"Selain aktiviti sosial, kami juga membantu orang yang memerlukan melalui acara seperti ini. Saya berminat menyertai acara ini kerana kerja amal dan kebaikan.

"Kami bukan sekadar mendapatkan wang untuk amal tetapi dalam masa yang sama menggunakan peluang bertemu dan beramah mesra dengan peminat."