Adsense

Isnin, 14 Jun 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Semakan Temuduga

Posted: 13 Jun 2010 11:06 PM PDT

Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010

Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di Laman Web KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) : http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tawarkplspm_jun10/

14 Jun 2010
Bahagian Pendidikan Guru
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
Putrajaya
http://www.moe.gov.my

Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010

Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di Laman Web KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) : http://apps.emoe.gov.my/kpli/tawarkpli_jun2010/

14 Jun 2010
Bahagian Pendidikan Guru
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
Putrajaya
http://www.moe.gov.my

 

 

Nik Aziz: Anwar paling layak terajui Pakatan

Posted: 13 Jun 2010 11:04 PM PDT





Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam Pakatan Rakyat jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Sebaliknya menteri besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

"Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata Anwar juga lulus dari segi moral.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas saranan seorang perwakilan pada muktamar ke-56 PAS yang berakhir semalam agar menteri besar Kelantan itu dilantik peneraju pakatan pembangkang berasaskan kewibawaan dan kejayaannya memimpin Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Islam yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: "Tidak mengapa, saya terima dari segi sifat orang melihat saya."

- Bernama

Photoshop CS5: Hdr Toning

Posted: 13 Jun 2010 11:02 PM PDT





Hdr Toning adalah satu feature terbaru di dalam Photoshop CS5. Feature ini membolehkan anda menghasilkan efek hdr daripada satu imej sahaja.

Kegilaan efek Hdr semakin menjadi-jadi di kalangan fotografer digital. Ramai yang tercari-cari cara menghasilkan imej Hdr, terutamanya cara menghasilkan Hdr daripada satu imej sahaja.
Teknik asal penghasil Hdr sebenarnya memerlukan penggabungan beberapa imej dengan setting exposure yang berbeza. Penggabungan ini boleh dilakukan dengan baik di dalam perisian Photomatix. Versi lama Photoshop mempunyai fungsi Merge to Hdr tetapi ianya tidak sebaik Photomatix.
Untuk menghasilkan imej Hdr, anda perlu faham dulu maksud sebenarnya Hdr dan apa sebenarnya yang menyebabkan sesebuah imej itu boleh dipanggil sebagai imej Hdr. Sila google ;)
Photoshop CS5 menyediakan fungsi baru iaitu Hdr Toning (Klik menu Image > Adjustments > Hdr Toning). Setelah mencuba fungsi ini, saya mendapati ianya sangat bagus untuk menghasikan imej Hdr dengan menggunakan hanya satu imej.
Jika di versi lama, saya perlu menggunakan fungsi Shadow/Highlight, Curve dan High Pass untuk mendapatkan hasil yang sama. Hdr Toning telah menggabungkan semua ini di dalam satu menu. Great stuff!
Lihat foto asal dan foto hasil di bawah ini.

FOTO ASAL:


FOTO HASIL:


HDR TONING:


Ini adalah setting yang saya gunakan untuk mendapatkan imej Hdr di atas.
Sangat mudah!

CONTOH HDR LAIN:


Pengeluar wanita dan lelaki

Posted: 13 Jun 2010 10:47 PM PDT





gambar lawak

SMS Percuma via Facebook

Posted: 13 Jun 2010 10:46 PM PDT


Aplikasi facebook yang paling best yang ingin kongsikan terutama kepada facebooker iaitu kita boleh menghantar SMS Free melalui FB. Nampaknya selepas ini penyedia rangkaian handphone boleh kurang masyuknya jika semua pengguna FB menggunakan aplikasi ini.
Caranya begini:
1. Login ke facebook.
2. Buka website http://www.dodotext.com/
sms percuma facebook @ isuhangat
3. Kemudian klik pada button Add our Facebook Aplication.
4. Klik add to profile
sms facebook @ isuhangat
5. Klik button 'Allow'
sms facebook @ isuhangat
6. Nah sekarang anda sudah boleh mula SMS secara percuma, pilih negara Malaysia, tekan tab dan masukkan terus nombor handphone yang anda hendak SMS tuh.
sms free @ isuhangat
7. Jika anda nak save sms tersebut cuma klik Add
sms facebook @ isuhangat
Selamat mencuba dan selamat berSMS sakan dan jangan lupa kongsi artikel ini dengan rakan facebook anda dengan klik button 'share' di atas.
kredit isuhangat

Had Laju Yang Boleh Buat Driver Jadi Gila

Posted: 13 Jun 2010 10:43 PM PDT






GAMBAR LAWAK
Tak tahu signboard ni kat mana. Tapi kalau betul la ada had laju yang hanya 5 km/j, memang ramai la driver yang akan jadi gila sebab terpaksa drive sama laju macam kura-kura. Huhu..

kredit zonbebas

Perkahwinan Anne Hot.FMar

Posted: 13 Jun 2010 10:39 PM PDT





Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, atau lebih mesra disapa, Anne, dan Nik Mahathir Zainuddin, 33, yang telah selamat diijabkabulkan Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira 11.30 pagi (12/6). Dengan hanya sekali lafaz, Anne sah menjadi isteri kepada pereka grafik, Nik yang dikenalinya ketika sama-sama bekerja di MiTV satu ketika dulu. Pada majlis bersejarah itu, Anne telah menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin De Gem, beg tangan Prada, jam tangan Tag Hauer, set kosmetik YSL, sejadah, sireh junjung dan mas kahwin RM1,000.

Anne turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,181 sebagai simbolik hari lahir Anne pada 11 Januari 1981. Manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran antaranya sebentuk cincin De Gem, jam tangan Tag Hauer, dompet Prada, senaskah Al-Quran, sireh junjung, coklat Patchi, kek cawan dan set wangian Gucci. Bertemakan perkahwinan dalam taman dengan berkonsepkan warna merah jambu dan perak, majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah diadakan tengah hari (13/6) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Damansara. -Gua

Saiful Apek direman polis miliki 40g Ganja

Posted: 13 Jun 2010 10:38 PM PDT





Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam (12/6). Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini (13/6)" kata Zainal.
Gambar lama Apek dituduh hisap dadah