- Blog Hanz - |
- Mawi akui dirinya masih lagi popular!
- (Gambar) Awie, isteri dan 5 anaknya
- S. Shamsudin Kritikal Selepas Jatuh Bilik Air
- (VIDEO) Naked Rock Band
Mawi akui dirinya masih lagi popular! Posted: 27 Jun 2010 11:45 PM PDT Mawi tetap mempertahankan dirinya masih lagi popular dengan menolak dakwaan dia sebenarnya sudah jatuh merudum. Malah Mawi juga berkata dia masih mendapat tawaran menyanyi dan akan menghasilkan album berjudul Idola tidak lama lagi. Mawi juga menolak tanggapan buruk masyarakat dia terpaksa beralih untuk menjadi pengarah drama selepas mendapati kerjaya seninya mula terumbang ambing walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengarah. "Selagi ada sokongan peminat terhadap saya dalam bidang nyanyian, selagi itulah saya akan menyanyi," katanya. Menolak tuduhan itu, ujar Mawi tidak salah dia mengembangkan bakatnya dalam cabang baru apatah lagi menerusi syarikat produksinya Mawi World Entertainment. "Saya memang sudah lama berhasrat menjadi pengarah apatah lagi selepas saya menghasilkan sendiri skrip Pak Nil, Mak Kirim Salam," katanya. -mStar |
(Gambar) Awie, isteri dan 5 anaknya Posted: 27 Jun 2010 11:41 PM PDT Sudah mempunyai lima cahaya mata, tiga daripadanya perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 10, Puteri Aleefa Antasha, 8, Puteri Qasseh Antasha, dua bulan dan dua lelaki, Putra Ahmad Merah, 3 serta Putra Ahmad Rezkki, 2 tahun, rockers dan aktor Awie dengan serius menyatakan dia masih mahu menambah bilangan anak lagi. Kata Awie yang kini berusia 42 tahun, keseronokan mempunyai anak ramai sukar diungkap dengan kata-kata. Usia yang menginjak juga bukan faktor untuk dia tidak menambah anak. "Saya suka kalau boleh memperoleh anak lagi. Meriah dan rumah selalu riuh dengan keletah mereka. Itu yang saya suka," kata Awie sewaktu ditemui pada majlis cukur jambul cahaya mata terbarunya, Qasseh yang dilahirkan pada 19 April lalu, berkongsi tarikh kelahiran dengan isterinya, Rozana Misbun, 31. |
S. Shamsudin Kritikal Selepas Jatuh Bilik Air Posted: 27 Jun 2010 11:31 PM PDT PETALING JAYA: Pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Alexandra di sini hari ini selepas terjatuh di bilik air pada malam Sabtu lalu. Ketika mStar Online menghubungi rakan baiknya, pelawak veteran tersohor Datuk Aziz Sattar, dia berkata Shamsudin terjatuh daripada bilik air sehingga menyebabkan tulangnya retak. "Waktu dia (Shamsudin) jatuh tulang dia dah retak. Lagipun, faktor usianya juga menyebabkan dia kritikal. "Anaknya juga beritahu ayahnya itu akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Aziz, dia baru sahaja menziarahi sahabatnya itu bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu. Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas. "Saya baru sahaja melawat dia pada Sabtu lalu. Tetapi dia jatuh pada malam selepas kami datang ke rumahnya. "Doktor ada maklumkan kepada anaknya, kalau dia tak stabil dalam satu hingga dua jam ini, pihak hospital akan minta isteri dan anak-anaknya datang ke hospital," ujarnya lagi. Tambahnya, dia akan memaklumkan perkembangan lanjut tentang Shamsudin selepas ini. Shamsudin adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A. R Tompel dan Datuk Aziz Satar. Dia telah berlakon dalam lebih 30 buah filem. Anak kelahiran Singapura ini mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz dalam filem Bujang Lapok. |
Posted: 27 Jun 2010 05:16 PM PDT |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |