Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Belum tercemar
- Pengantin terharu
- Bapa pertaruh nyawa
- Karya tempatan setanding luar
- Ibu Cut Tari fobia dengar nama Ariel
- Sumber utama serat
- Anuar Zain Anggap Twitter, Facebook Punca Masalah
- Mentor 5: Erra Masih Wajah Ekslusif Astro
- Edry Janjikan Peluang Kerjaya
- Puisi Luahan Hati Ariel Ketika Di Tahanan
- Popular Punca Eminem Sukar Dapat Kekasih
- Gaji baru ATM diperinci
- Angkara cinta tiga segi
- Hantu Kak Limah kutip RM1.2 juta
- Mimpi buruk jadi kenyataan
- Pelajar cicir diberi peluang kedua
- Solo itu bahagia - Anuar
- Terima hadiah rumah sebelum nikah
- Harajuku Sarimah
- Misi serba baru SDAF
- Ricky reda kekasih tiada dara
- Tiga dekad Jake Gyllenhaal
- Jumpa rangka gladiator Rom kuno
- Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook
- EU minta 'ujian porno' Republik Czech dihentikan
Posted: 11 Dec 2010 08:14 PM PST BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun. KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000. Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum 'tercemar' dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.
| ||||
Posted: 11 Dec 2010 08:13 PM PST CERIA... Kamsiah yang bersanding tanpa suami bergambar kenangan bersama ibu bapanya. MASJID TANAH: Biarpun bersanding sendirian di atas pelamin berikutan suaminya masih terlantar di Wad Orthopedik Hospital Melaka akibat patah kedua-dua kaki dalam kemalangan Isnin lalu, pengantin baru, Kamsiah Abd Majid, 21, tetap ceria. Baginya, biarpun terasa sedikit kekok, majlis persandingan diadakan di rumahnya di Kampung Tanjung Bidara, dekat sini, diteruskan sebagai memenuhi hasrat ibu bapanya dan ahli keluarga yang ingin meraikan perkahwinannya. "Semalam dan hari ini (semalam) adalah hari yang membahagiakan saya apabila disatukan dengan suami tercinta (Asmani Aziz, 32).
| ||||
Posted: 11 Dec 2010 08:12 PM PST RAWAT... Henky bersama anaknya Tressa Tun Aleasah menerima rawatan di Hospital Tuaran. KIULU: "Ketika itu, saya tidak fikir apa-apa kecuali mengorek tanah lebih sejam untuk menyelamatkan anak saya daripada tertimbus selepas kakinya terhimpit pada sebatang kayu." kata Henky Pinllan, 30, bapa kepada Tressa Tun Aleasah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Logkou Kiulu awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, rumah yang didiami lima sekeluarga ranap akibat runtuhan tanah disebabkan hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan kanak-kanak berusia empat tahun itu patah kaki kiri. Rumah didiami keluarga Henky yang terletak di pinggir bukit menggelungsur kira-kira lima meter pada kedudukan asal selepas dirempuh tanah runtuh.
| ||||
Posted: 11 Dec 2010 08:10 PM PST IRONI! Raut wajahnya serius, tampak angkuh namun karektor di sebalik itu mampu menggeletek teman sekeliling. Sekali pandang, Shaheizy Sam Abdul Samad dianggap sukar didampingi, bagaimanapun selepas lima minit berborak, andaian itu meleset. Dia sebenarnya kelakar dan mudah mesra. Pesona aktor hebat berkarisma cukup mudah dikesan pada kelibatnya. Tidak hanya mempertaruhkan bakat lakonan malah Shaheizy Sam yang mesra disapa Sam ini punya daya tarikan yang kuat bagi merantai perhatian peminat untuk setia menagih kemunculannya. Bagaimanapun, terlintas pula persoalan, acap kali bintang berusia 28 tahun ini selesa diulit pujian, adakah dengan persepsi positif itu mampu memimpinnya untuk memacu langkah ke hadapan? Membawa nama Malaysia dengan senyuman bangga dan pulang dengan tangisan syukur adalah impiannya yang sudah lama disimpan kemas.
| ||||
Ibu Cut Tari fobia dengar nama Ariel Posted: 11 Dec 2010 08:09 PM PST JAKARTA: Selebriti, Cut Tari Aminah Anasya (gambar) berkata ibunya fobia mendengar nama Muhammad Nazriel Irham atau Ariel 'Peterpan.' "Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau melihat gambar Ariel, dia akan menggigil. "Saya simpati dengannya sehingga terpaksa melarang ibu menonton televisyen," kata Cut Tari ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman Paris Hutapea di Jakarta, semalam. "Dia tidak pernah berhenti berdoa, kadang kala hingga jam 3 pagi. Saya kesal dengan perbuatan saya tetapi dia tetap memaafkan saya," kata Cut Tari. Dalam pada itu, dia juga berkata sudah bersiap sedia untuk bersemuka dengan Ariel Peterpan apabila menghadiri perbicaraan penyanyi berkenaan di Bandung, hari ini. "Ia, saya suda bersedia. Tetapi ini bukan kali pertama saya menemuinya selepas kes video lucah kami terbongkar," katanya. Hotman pula berkata, anak guamnya itu perlu bersedia dari segi mental bagi menjadi saksi dalam perbicaraan itu, lebih-lebih lagi video dia melakukan seks dengan Ariel mungkin ditayangkan dalam perbicaraan itu. Ariel menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan Cut Tari dan teman wanitanya, Luna Maya. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 08:03 PM PST MENYELERAKAN... jikalau kena dengan cara masakan, sayur boleh menjadi hidangan kegemaran. KEKURANGAN makanan ini menyumbang kepada 85 peratus penyakit kardiovaskular (jantung), 19 peratus kes kanser perut dan usus, 15 peratus kanser secara keseluruhan dan 11 peratus angin ahmar. Pengambilan yang cukup sebanyak tiga hingga lima hidangan sehari pula boleh mengurangkan 17 peratus penyakit jantung — penyakit pembunuh nombor satu di dunia.
Malah ada yang mengambil satu atau dua hidangan seminggu dianggap banyak, sedangkan jumlah itu sebenarnya terlalu sedikit. Makanan hebat yang dimaksudkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dalam soal selidik dijalankan Persatuan Advokasi Kanser Malaysia (Empowered) ke atas 400 warga kota di tiga kawasan di Lembah Klang (Sentul, Sri Pantai dan Selayang Prima) mendapati responden mengaku suka makan sayur tetapi kekerapan pengambilannya ialah dua atau tiga kali (hidangan) seminggu.
A. 90 gram kerepek epal (mengandungi 460 kalori). Gantikan ia dengan empat biji epal bersaiz sederhana (320 kalori) dan empat batang pretzel (120 kalori). Jumlah kalori kudapan baru anda ialah 460 kalori. Bila masa terbaik untuk makan buah?
Epal Pisang Anggur dan kismis Buah kiwi Mangga Oren | ||||
Anuar Zain Anggap Twitter, Facebook Punca Masalah Posted: 11 Dec 2010 08:02 PM PST PUTRAJAYA: Penyanyi popular Anuar Zain mengakui takut dengan trend masyarakat kini yang terlalu obsess dengan laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Menurutnya, kecanggihan teknologi tersebut boleh mengundang bahaya kepada orang lain atau mudah disalahgunakan. "Saya lihat ramai yang terlalu taksub dengan Twitter atau Fecebook, di mana mereka berada pasti akan diberitahu kepada semua rakan dalam laman sosial tersebut. "Tetapi mereka tidak tahu sebenarnya perkara tersebut akan mengundang bahaya. Bayangkan jika mereka ada mempunyai musuh sudah pasti dengan mudah sahaja mereka boleh dicari," katanya. Tambah Anuar, menyedari bahaya tersebut dia tidak pernah mempunyai sebarang laman sosial peribadi miliknya. Segala perkembangan kerjayanya hanya beritahu melalui laman web rasmi yang diuruskan oleh pengurusannya. "Saya tidak mengatakan iannya tidak elok, ia bergantung kepada artis atau individu untuk menggunakan mengikut kepentingan mereka. "Tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang mengundang bahaya, malah ramai selebriti luar negara yang sudah menghentikan penggunaan Twitter atau Facebook," katanya yang ditemui baru-baru ini. Jelasnya, pengalaman dikatakan telah meninggal dunia merupakan peristiwa buruk yang pernah dialami akibat kecanggihan teknologi internet ini. "Tahun lalu saya pernah diberitakan mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Ramai yang penik dengan berita tersebut dan mencari saya. "Walhal ketika itu saya baru sahaja menghubungi pembantu peribadi saya. Semua ini gara-gara khabar angin di internet yang entah dari mana datangnya," katanya kesal. Tambahnya, biarpun peredaran teknologi semakin canggih namun ia tidak sepatutnya disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. | ||||
Mentor 5: Erra Masih Wajah Ekslusif Astro Posted: 11 Dec 2010 08:01 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira mengakui masih lagi wajah ekslusif stesen televisyen Astro biarpun dipilih menyertai program realiti Mentor musim ke-5 terbitan TV3. Jelasnya, peranannya sebagai wajah ekslusif adalah sebagai pelakon sahaja dan tidak melibatkan komitmen lain. "Wajah Ekslusif ialah sebagai pelakon sahaja, yang mana komitmen saya hanya berlakon di stesen televisyen tersebut. "Bagaimanapun, sebelum menerima tawaran sebagai mentor ini saya sudah berbincang dengan pihak Astro terlebih dahulu samaada ianya boleh atau tidak," ujarnya yang ditemui di Majlis Sidang Media Mentor musim ke-5, di sini, Jumaat. Selain itu, bercerita tentang bidang lakonan filem yang lama ditinggalkannya, Erra memberitahu dia masih menunggu watak yang benar-benar sesuai dengannya sekarang. "Bukan saya tidak mahu berlakon filem lagi tetapi saya masih menunggu filem yang benar-benar memberi impak kepada penonton. "Bukan tiada tawaran tetapi saya menolak kerana saya rasakan watak tersebut terlalu biasa dan jika saya tidak berlakon dalam filem tersebut pun tidak mencacatkan filme tersebut," ujarnya. Tambahnya, dia tidak terkilan jika menolak tawaran yang dirasakan tidak sesuai buatnya. Menyentuh bidang nyanyian, Erra memberitahu dalam perancangan untuk menerbitkan album sendiri pada tahun depan. "Terlalu banyak kisah tentang album saya yang tidak keluar sampai sekarang, jadi saya ambil keputusan untuk terbitkannya sendiri. "Sekarang masih lagi merancang dan saya harap tahun depan dapat kumpul metarial dan lagu yang betul-betul sesuai dengan saya," katanya. Sementara itu, Erra memberitahu kesanggupan dia menenrima tawaran menyertai Mentor kerana sudah bersedia untuk mencurahkan pengalaman yang dimilikinya kepada seseorang yang layak bergelar bintang. "Program ini bagus kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya kepada seseorang yang saya rasa layak untuk menjadi seorang anak seni. "Saya juga tidak hanya menekankan aspek vokal semata-mata tetapi mencari seorang penghibur yang serba boleh," katanya. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 08:01 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim menjanjikan peluang kerjaya kepada anak didik (protege)yang bakal dipilih dalam program realiti Mentor musim ini. Pemilik syarikat KRU Sdn Bhd ini juga memberitahu menang atau kalah dalam pertandingan tersebut dia tetap akan memberi laluan sebagai seorang bintang. "Ya, sebab itu saya cari seorang bintang pop yang mempunyai pakej persona bintang. Saya mahu dia boleh pergi jauh walaupun tidak memenangi pertandingan ini. "Salah satu kelebihan menjadi protege saya ialah menang atau tidak, dia akan diberi peluang untuk menjadi seorang artis," ujarnya. Bagaimanapun, menurutnya dia bimbang terhadap permilihan yang bakal dijalankan pada sesi uji bakat yang diadakan nanti. "Saya takut jika tiada lagi bakat yang boleh digilap pada sesi uji bakat yang dijalankan nanti. Biasanya memang susah nak cari sebab yang dating ialah muka yang sama sahaja. "Saya harap ada lagi bintang yang ada bakat nyanyian dan boleh digilap memandangkan sudah terlalu banyak program realiti nyanyian yang mencungkil bakat-bakat baru," katanya. Selain itu, Edry memberitahu bagi menyertai program ini dia terpaksa menangguhkan beberapa projek filem terbarunya sehingga selesai Mentor. "Secara jujurnya saya memang sibuk tetapi memandangkan telah berjanji lama dan mereka telah menawarkan saya sejak musim pertama lagi. "Saya telah kosongkan jadual saya sehingan Jun nanti, setakat ini projek besar yang tertangguh ialah filem 29 Februari. "Saya tidak mahu protege saya terabai jika saya sibuk dengan hal-hal lain. Saya akan beri komitmen kepada program ini sehingga selesai dan barulah sambung semula tugas yang terbengkalai itu," katanya. | ||||
Puisi Luahan Hati Ariel Ketika Di Tahanan Posted: 11 Dec 2010 08:00 PM PST JAKARTA: Biarpun berada di tahanan, bekas vokalis Peterpan, Ariel masih mampu berkarya. Kekasih kepada Luna Maya ini mencurahkan rahsia hatinya ketika bersendirian berada di penjara. Kandungan puisi tersebut adalah berkaitan kenapa dia lebih banyak berdiam diri sepanjang berada di dalam tahanan. Puisi tersebut telah dibacakan oleh Alvin Adam dalam majlis The 50 Greatest Indonesian Singers yang dianjurkan oleh sebuah majalah popular Indonesia Rolling Stone.Ariel turut tersenarai sebagai artis terbaik Indonesia. Jika saya bercerita sekarang,Maka itu hanya akan membuat sebagian orang memaklumi saya,Dan sebagian lagi akan tetap menyalahkan saya,Tetapi itu juga akan membuat mereka memaklumi dunia yang seharusnya tidak dimaklumi,Dan tidak ada yang dapat menjamin apakah semua dapat memetik hal yang baik darikemakluman itu,Atau hanya akan mengikuti keburukannyaMaka lebih baik saya diam. Jika saya bersuara sekarang,Maka itu akan membuat,Saya terlihat sedikit lebih baik,Dan beberapa lainnya terlihat lebih buruk sebenarnya,Maka saya lebih baik diam. Jika saya berkata sekarang,Maka akan hanya ada caci maki,Dari lidah ini,Dan teriakan kasar tentang kemuakan,Serta cemoohan hina pada keadilan,Maka saya lebih baik diam. Saya hanya akan berkata pada Tuhan, bersuara pada yang berhak,Berkata pada diri sendiri,Lalu diam kepada yang lainnya,Lalu biarkan seleksi Tuhan,Bekerja pada hati setiap orang. | ||||
Popular Punca Eminem Sukar Dapat Kekasih Posted: 11 Dec 2010 07:40 PM PST PENYANYI Rap, Eminem tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang yang terkenal. Jejaka bernama Marshall Mathers itu mengakui disebabkan itu juga dia sukar untuk mempunyai teman wanita. Walaupun berstatus duda, bekas suami kepada Kimberley Scott ini juga mengakui belum bertemu dengan pasangan yang sesuai untuk dirinya. "Saya ingin mempunyai seorang kekasih namun ketika ini ia adalah sangat sukar. Saya sukar untuk bertemu dengan orang baru, sedangkan untuk keluar ke tempat umum juga menjadi masalah kepada saya," ujarnya. Dalam pada itu penyanyi ini tidak suka kehidupan pribadinya menjadi perhatian media. Dia mengakui mahu dikenali dengan perkembangan kerjaya berbanding cerita cintanya. Populariti yang dimilikinya kini bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupannya malah dia sukar untuk mempercayai seseorang yang boleh menerima dia seadanya. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:39 PM PST
KUALA TERENGGANU - Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat. "Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan. "Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:37 PM PST KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri. Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu. Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala. Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya. Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah. "Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di Rawang. "Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga menyebabkan mangsa cedera parah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. | ||||
Hantu Kak Limah kutip RM1.2 juta Posted: 11 Dec 2010 07:37 PM PST KUALA LUMPUR – Walaupun jumlah kutipan filem Estet agak mengecewakan pengarah filem, Mamat Khalid, namun filem terbarunya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) pula menunjukkan perkembangan di sebaliknya. Dalam tempoh dua hari tayangan, filem sekuel filem Zombi Kampung Pisang itu didakwanya sudah berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta. Bagaimanapun jumlah itu belum disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas seminggu sesebuah filem ditayangkan. Menurut Mamat, beliau dimaklumkan, jumlah kutipan pada hari pertama tayangan filem HKLBR pada Khamis lalu, mencecah RM330,000 dan RM870,000 pada hari kedua. "Masa membaca skrip sahaja saya sudah dapat rasa ada kelainan yang akan berlaku dalam filem ini dan jangkaan itu boleh dikatakan menjadi sekarang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:36 PM PST KUALA TERENGGANU - Bapa kepada tiga adik-beradik yang ditemui mati lemas di Pantai Pandak, Chendering dekat sini tidak menyangka mimpi ketiga-tiga mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya benar-benar memberikan petanda buruk. V. Shanmugam, 47, berkata, dia bermimpi mengenai perkara tersebut pada malam sebelum tiga anaknya itu terbabit dalam kejadian lemas kelmarin. "Saya bermimpi ketiga-tiga mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selepas itu perasaan saya menjadi tidak tenteram," ceritanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam. | ||||
Pelajar cicir diberi peluang kedua Posted: 11 Dec 2010 07:22 PM PST PUTRAJAYA - Rebutlah peluang kedua yang ditawarkan oleh 64 kolej komuniti di seluruh negara yang menyediakan lebih 50 kursus kemahiran di bawah sembilan Program Sijil Modular Kebangsaan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang kedua itu diberikan kepada golongan yang tercicir pada kali pertama dan ia memberikan kesempatan kepada mereka menyambung pengajian. Dalam syarahan bertajuk Peluang Kedua di sini semalam, beliau berkata, pada yuran serendah RM10 sebulan, mereka boleh mengikuti kursus jangka pendek dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan. Katanya, syarat kemasukan yang lebih terbuka kerana hanya memerlukan sekurang-kurangnya pelajar yang boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:20 PM PST MENJENGAH ke teluk rasa figura ternama Anuar Zain, sekali lagi pertanyaan tentang kesendirian tanpa suri di penghujung usia 40 tahun disuakan ke mukanya. Sedikit lelah yang enggan dijelmakan, pelantun yang masih berhantu dengan alunan Lelaki Ini teguh mendakap syukur. Terima kasih Tuhan katanya kerana diperlengkapkan kehidupan bahagia beriring utuh karier. Teman dan keluarga juga berkelip indah, menemani siang malam seorang Anuar Zain. Dia masih beraja tanpa permaisuri dan 2010 yang bakal ditinggalkan ini, langkahnya teratur tidak bergugah oleh terkilan atau sepi bersendirian yang masuk mencelah. "Saya seorang yang sabar dan sangat bersyukur. Jika tiada jodoh sekali pun untuk saya, mungkin itulah aturan terbaiknya yang telah ditentukan kepada saya. "Saya sendirian, solo tanpa teman hidup tetapi tidak bermakna saya dalam kesepian. Walaupun belum berkahwin dalam usia begini, saya ada ramai kawan yang berkualiti," pertahan Anuar meladeni hakikat hidup membujang. Menambah resam orang bujang, Anuar juga tidak terdesak atau merintih jodoh tak sampai. "Saya bukan orang yang suka berdrama sebegitu rupa. Saya menikmati hidup saya sepenuhnya dan tidak merosakkan jiwa dengan perkara sebegitu. "Fokus sahaja dengan kerja dan kenapa harus menjadi mangsa perasaan kerana saya reda jodoh itu kerja Tuhan. Tapi bila saya kata saya reda, ada pula menggelarkan saya sebagai 'poyo'. Biarlah," ucapnya. Berbaki kurang tiga minggu sebelum 2011 menyelinap ke posisi, Shahrul Anuar Zain yang bugar bersandar vokal lunak ada berharap. Biarlah 2011 mencurahkan hasil yang baik untuk semua. Kepada dirinya sendiri, dia tidak meletak sebarang visi khusus. "Saya jenis sukar untuk bercakap tentang visi, lainlah kalau berkaitan dengan album atau lagu baru. Ada perkara tertentu yang datang tanpa dijangka. Tetapi biasalah, bila masuk tahun baru, orang akan cakap tentang penambahan usia atau peralihan hidup. "Saya masih Anuar Zain yang dikenali umum, jika ada peralihan dari segi kematangan itu takrifan orang luar terhadap saya. Dalam soal kerja, ia masih sama," ucapnya sedar ada janji kepada peminat yang belum diselesaikan.
Janji Bukan berjanji untuk menamatkan zaman bujang tetapi janji terhadap album yang masih berdepan proses pembikinan. Mulanya September kemudian terheret ke bulan Disember, belum ada tanda-tanda bahawa album baru yang kerap diperkatakannya menunjukkan tanda kelahiran. "Sudah tertangguh lebih tiga bulan, saya sedar ramai yang merungut kenapa begitu lama. Bukan terlalu mahukan hasil yang sempurna tetapi saya mahukan kelainan. "Sekarang ia dalam proses mixing. Semua lapan buah lagu telah siap, awal tahun depan mungkin album akan siap sepenuhnya," katanya yang menjual single terbaru, Ku Berjanji Karna Cinta sebagai pengubat rindu peminat setianya. Kedatangan tahun baru juga memberi laluan kepada kerja yang telah ditumpahkan sepenuh hati sepanjang penghasilan lagu Sedetik Lebih akan membuahkan hasil. Bukan sekadar lagu tema yang sering dinyanyikan oleh naskhah terdahulu, tetapi sentuhan indah Edry dan Yusri Abdul Halim untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa itu memberi makna kepuasan kepada Anuar. Dirakamkan bersama 40 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), proses penghasilan lagu itu sahaja cukup sebagai satu kekaguman Anuar terhadap kreativiti dan kredibiliti trio tiga beradik KRU itu. "Melodi lagu itu sangat bagus dan saya sukakan elemen yang menjadi signatur kepada Edry. Saya terima tawaran itu kerana mahukan suasana berkerja orang yang berbeza-beza, kerja dengan Edry serta pihak KRU. Itu semua penting untuk profil kerjaya saya. Diberi kepercayaan menyanyikan dua versi lagu tema, Sedetik Lebih untuk versi bahasa Melayu dan The Memories dalam versi Inggeris, Anuar menambah: "Untuk projek lagu tema itu, kami bersama-sama berbincang dan saya turut memberi input dari segi idea dan penyampaian, jadi pendengar boleh kenal stail saya dalam lagu berkenaan dan saya sukakan hasilnya," katanya dalam sesi fotografi yang disusun pihak KRU di Hotel Marriot Putrajaya, Khamis lalu. Diusulkan satu kebarangkalian melihat kelibat Anuar dalam projek filem KRU Motion Pictures untuk masa akan datang, adik Ziana Zain itu pantas menggeleng kepala.
"Saya tak pandai berlakon dan tak adil untuk pelakon lain. Cukuplah, saya pernah mencuba berlakon tapi gagal. Ada artis lain boleh jadi penyanyi dan pelakon sekali gus, tapi bukan saya. "Lakonan saya sangat 'keras'. Saya cuma tengok sekali sahaja filem yang saya lakonkan (Bintang Hati). Saya tak sanggup tengok, segan,' katanya yang pernah dipelawa pihak KRU untuk membintangi filem Magika sebelum ini. Menolak kemungkinan ketibaan Sedetik Lagi untuk penayangan Hikayat Merong Mahawangsa sekitar Mac nanti bakal bertindih kelancaran promosi album terbaru yang direncanakan terzahir pada waktu yang sama, Anuar yakin terhadap strategi yang telah disusun. Dalam santai pertemuan singkat itu, Anuar berkongsi pelbagai luahan termasuklah soal jaringan laman sosial Facebook mahupun Twitter yang sedang menjadi trend semasa, baik di kalangan artis mahupun masyarakat umumnya. "Terus-terang saya katakan, saya tidak ada akaun peribadi Facebook atau Twitter. Ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan kelebihan yang ada menerusi laman sosial berkenan. "Untuk saya, saya sangat pentingkan privasi. Untuk apa saya ada laman sosial sedangkan saya sudah boleh bertemu ramai orang setiap masa. Peribadinya, saya melihat ada bahayanya jika teknologi itu diaplikasi secara melampau," katanya. Cukuplah dihina atau diperlekehkan di laman sosial orang lain, untuk memiliki laman sosial peribadi satu perkara yang mustahil untuknya. Secara rasmi, Anuar cuma didaftarkan atas satu akaun Facebook Fan Page yang dikendalikan oleh pengurusannya. | ||||
Terima hadiah rumah sebelum nikah Posted: 11 Dec 2010 07:19 PM PST
BERAGAM rasa, teruja dan berdebar terlihat pada wajahnya. Kelmarin, semua separuh sabar menanti Rabecca Nur Al-Islam, 24, mengotakan janjinya berkongsi bahagia tentang ikatan penting bernama pernikahan. Senyumnya meleret menyembunyikan debar di sebalik baju kurung moden sentuhan Ezuwan Ismail yang bersalut ke tubuhnya. Rabecca atau panggilan mesranya, Becca membongkar segala pertanyaan sejak seminggu lalu apabila pertama kali membuka mulut tentang tarikh hari bahagianya. Tanggal 14 Januari 2011 menjadi angka keramat yang dipilih Rabecca sebagai detik bercantumnya dia dengan belahan jiwa digelar 'sayang' - seorang peguam dan bapa tunggal kepada dua cahaya mata berusia 14 dan 7 tahun. Lelaki yang dimaksudkan, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42, seperti yang pernah dihebahkan media sebelum ini. Di rembang petang bertempat di Butik Harrods, KLCC, Kuala Lumpur, Becca melanjutkan bicara tentang lelaki kelahiran Kuching, Sarawak itu. "Dia bukan Datuk, orang korporat, bukan juga dari tanah seberang. Saya mengenalinya sejak tiga tahun lalu. "Biarpun jarak usia kami 18 tahun, saya tidak menganggapnya satu masalah. "Kami akan bernikah 14 Januari 2011 di rumah baru saya di Ampang, Selangor. "Keesokan harinya, saya dan sayang mengadakan resepsi persandingan di Hotel Flamingo manakala sebuah acara diadakan di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur pada hari ketiga. "Untuk majlis belah pihak keluarga saya di Johor Bahru keluarga bakal suami di Kuching, kami belum menetapkan tarikhnya," jelas Rabecca yang akan menerima 15 berbalas 17 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Bakal suaminya tidak dapat hadir semasa sidang akhbar itu atas urusan kerja. Kata Rabecca, dia menetapkan bulan madu di Eropah pada Februari. "Saya akan menjemput pihak media datang ke rumah baru yang kini dalam proses pengubahsuaian sekitar dua minggu sebelum majlis pernikahan kami. "Itu janji saya," ungkapnya. Sensasi Bintang: Kenapa kalian memilih Januari 2011? RABECCA: Ia sebagai simbolik genap tiga tahun usia perkenalan kami. Kami keluar bertemu janji buat kali pertama juga pada tarikh tersebut. Sejak bila kalian mula menjalin cinta? Kami bertemu secara kebetulan pada sebuah acara tiga tahun lepas. Dia menghubungi saya setelah mendapatkan nombor telefon daripada kenalannya. Beberapa bulan bercakap menerusi telefon hampir setiap hari, kami mula rapat. Kenapa dia mahu cepat melamar Rabecca sedangkan kalian baru berkenalan? Saya sendiri terkejut dengan keputusannya. Dia berharap perkahwinan kami jadi yang kedua dan terakhir buatnya. Saya yang baru berusia 22 tahun ketika itu menolak lamarannya dan beri syarat dua tahun lagi kerana ada sasaran dalam karier. Saya tambah lagi setahun. Bila majlis merisik dan pertunangan? Pihak lelaki datang merisik ke kediaman keluarga saya di Ampang pada 25 Ogos lalu. Ia sekadar majlis kecil-kecilan yang dihadiri sekitar 10 orang. Majlis pertunangan pula mungkin dilangsungkan beberapa jam sebelum kami bernikah. Berapa jumlah mas kahwin dan hantaran kalian? Dia bagi dirinya (tergelak). Saya tidak tahu jumlah mas kahwin dan wang hantaran nanti. Saya bersyukur kerana dia tunai janjinya menghadiahkan sebuah rumah di Ampang untuk saya. Apa yang menariknya tentang bakal suami? Dia merupakan seorang bapa yang baik. Saya pula menyayangi budak-budak. Sifat sama ada pada dirinya. Sebaik saja kami berkenalan, saya dapat mengambil seorang anak angkat (Nor Adam Daniel, 3). Itu juga situasi paling berharga buat saya apabila bertemu dengan calon suami dan Adam. Apa rancangan selepas mendirikan rumah tangga kelak? Masih berlakon atau meninggalkan dunia seni? Saya tidak akan berhenti berlakon. Ada kebarangkalian saya akan memperlahankan kerjaya lakonan saya. Saya ingin membuka perniagaan kerana minat mendalam terhadap bidang fesyen. Saya bercita-cita untuk menghasilkan jenama baju dan kasut sendiri. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:18 PM PST
SAAT kelibatnya melangkah berjalan atas permaidani merah, menghadiri deretan majlis hiburan dan bersantai di tempat umum, gaya Sarimah Ibrahim, 32, tidak pernah terlepas daripada tumpuan mata memandang. Fesyen dan Sarimah ibarat penyatuan yang saling melengkap antara satu sama lain. Terbaru, wanita kelahiran Dublin, Ireland itu nekad untuk menukar penampilannya secara total. Dengan penampilan sebagai wanita matang yang sudah terbiasa dilihat selama ini, Sarimah kini menyuntik elemen fesyen Harajuku. Fesyen tersebut menterjemah gaya ranggi dan berwarna-warni daripada stail ekstrem remaja Jepun. "Saya baru pulang dari Jepun minggu lalu. Lawatan ke sana umpama bercuti sambil bekerja. "Tiga alasan saya berada di Negara Matahari Terbit itu - ingin mempelajari budaya asing, mencari pakaian dan menjalankan pemerhatian terhadap pengaruh fesyen digunakan dalam program televisyen mereka. "Bayangkan, saya sanggup menukar stail rambut dan cara pemakaian semata-mata hendak tampil dengan fesyen Harajuku. "Ini semua dilakukan sebab saya mahu nampak lain dalam program terbaru, 1. 2.. 3... Tukar. "Ia menjadi pengganti kepada Tangkap Muat yang pernah bertemu peminat beberapa bulan lalu. "Umum tahu, fesyen jenis ini tidak hanya tertumpu di Jepun. Ia sebaliknya mendapat perhatian daripada peminat di seluruh negara lantaran gayanya yang unik. "Cuma, mungkin bilangan penggemar stail ini tidak ramai kerana mereka masih kekok mengenakan kostum dan berdandan seperti watak dalam komik. "Biarpun memilih konsep Harajuku, saya tetap menyarungkan pakaian yang bersesuaian dengan cara pemakaian orang Timur," ujar Sarimah teruja dengan penampilan 360 darjahnya. 1. 2.. 3... Tukar menjadi refleksi gaya hidup yang merubah penampilan individu terpilih mencapai impian. Rancangan 14 episod itu terangkum soal kerjaya, percintaan dan masa depan. Untuk melihat sendiri 'magis' yang direalisasikan oleh Sarimah dengan bantuan penata gaya, jangan lupa menyaksikan 1. 2.. 3... Tukar yang akan menemui audiens setiap Rabu pukul 10 malam mulai 15 Disember ini di Astro Ria (saluran 104). | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:17 PM PST MENJELMA sahaja judul Siti Di Alam Fantasi yang berhias kostum serta kisah pengembaraan imaginasi, khalayak cepat mentafsir, karya itu sebagai karya saduran yang menterjemah kisah Alice In Wonderland ataupun The Wizard of Oz ke dalam ruang lingkup budaya Melayu. Bukan kali pertama teater Siti Di Alam Fantasi (SDAF) dipentaskan tetapi naskhah itu pernah menemui khalayak pada 1998 dan 2000. Di bawah teraju pengarah yang sama, Aminah Rhaphor, hujung 2010 bakal menyaksikan teks yang sama itu masuk ke Istana Budaya (IB) mulai 22 hingga 31 Disember ini. "Memanglah orang kita mudah menyangka SDAF sebagai Alice In Wonderland Malaysia sebab kita tiada bahan rujukan lain yang lebih memberangsangkan. "Tanpa kita sedar, sebenarnya orang Melayu ada teks hikayat pengembaraan yang besar seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Demang, Hikayat Malim Dewa dan banyak lagi. "Itu semua hikayat tentang anak raja yang keluar mengembara ketika mereka masih remaja, sebelum menjadi raja. "Pengembaraan adalah proses wajib dalam hikayat lama. "Penulis sendiri tidak kisah dengan jolokan itu, idea penghasilan teater ini dahulupun lahir daripada pengamatan saya terhadap animasi di luar negara. "Sama macam SDAF, ia kisah Siti anak orang bangsawan yang sangat sombong. Dia diperintahkan ayahandanya untuk mencari batu geliga milik keluarganya yang dicuri oleh lembaga hitam. "Dalam pengembaraan itu, Siti mengenal erti kasih sayang, persahabatan serta nilai murni. "Kata kunci teater ini adalah hidup haruslah berkasih sayang," kata Aminah yang giat menjalankan latihan SDAF sejak 20 November lalu. Berubah mengikut aliran waktu, pemegang watak Siti yang dahulunya dibawa Amy Mastura kini beralih kepada pelakon genit, Liyana Jasmay. Dahulunya, Siti mengembara bersama dua orang suruhan bapanya. Kembara kali ini, dia hanya ditemani Mamat lakonan Ebby Yus dan sebatang pokok hidup dan boleh bercakap, lakonan Johan Raja Lawak. "Saya kira pengembaraan tiga orang kanak-kanak tidak akan jadi menarik, jadi saya buangkan satu watak budak lelaki dan masukkan watak pokok (Johan). "Saya percaya kanak-kanak akan lebih seronok," tambah Aminah. Ebby Yus didera Siti Di kalangan pelakon seperti Liyana Jasmay, Johan, Fizo Omar, Mas Muharnie, Vanidah Imran dan Che Kem, Ebby Yus mendahului senarai berkenaan dari segi usia. Tanpa peneman sepanjang kembara Siti (Liyana) sebagai watak budak lelaki berusia 13 tahun merupakan satu penderaan fizikal kepada Ebby yang sudah berusia 43 tahun. "Sepanjang berteater dalam enam atau tujuh produksi di IB, inilah teater yang paling menyakitkan saya. Ada masanya bila di rumah saya akan tertidur kepenatan. "Apa tidaknya, daripada usia sebenar 43 tahun saya kena bergerak seaktif kanak-kanak 13 tahun. Saya juga seiring dengan stamina Liyana dan Johan," katanya.
Sibuk dengan bisnes minyak wangi Couple Perfume yang baru diusahakan sejak September lalu, Ebby meletakkan keyakinan bahawa SDAF terzahir sebagai sebuah teater kanak-kanak yang mampu menggeletek hati semua penonton. Johan si pokok hidup Pertama kali berdepan cabaran serta komitmen sesi latihan teater disifatkan Johan Raja Lawak sebagai ilmu lakonan yang cukup berguna kepadanya. "Saya jadi pokok. Mulanya saya keliru bagaimana watak pokok hendak diluahkan, mujurlah setelah berbincang, cikgu (Aminah) berikan saya kebebasan. "Dia mahukan elemen Johan Raja Lawak itu disertakan sepanjang saya menjadi pokok. "Jangkaan kami, kanak-kanak akan gemarkannya," beritahu Johan semasa ditemui pada sesi latihan SDAF di IB, Selasa lalu. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:14 PM PST
MENYAKSIKAN senario pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutama membabitkan remaja membuatkan aktor popular, Ricky Harun, 23, meluah rasa syukurnya kerana dia masih dilindungi daripada gejala sosial. "Lihat saja sekarang para pelajar perempuan berpakaian menjolok mata. Mereka bergaul tanpa batasan dengan lelaki. Situasi ini membimbangkan. Jika tidak dibendung, ia boleh melarat," jelasnya yang lahir pada 12 Januari 1987. Enggan berselindung, pelakon utama filem Kawin Kontrak itu mengaku ada rakannya mengamalkan gaya hidup bebas termasuk remaja beragama Islam. Malah, tanpa segan silu mereka memperlihatkan budaya tidak bermoral di depan orang lain. "Namun, saya tidak pernah terikut dengan stail hidup mereka yang kebaratan. Meskipun berkelakuan nakal sebelum ini, saya sebaliknya masih berpegang pada prinsip menjauhi perkara dilarang Tuhan," luah Ricky yang membawa nama lengkap Ricky Chilnady Pratama Harun. Pada waktu sama, anak sulung daripada dua beradik itu tidak berdepan masalah jika teman wanitanya kelak tidak punya dara lagi. Jika itu ditakdirkan jodohnya, Ricky menerima keadaan tersebut dengan perasaan terbuka. "Harus bagaimana lagi kalau saya mengalami situasi ini. Mahu atau tidak, saya kena terima si dia seadanya disebabkan sudah terlalu sayang dan mencintainya. "Soal kekasih masih perawan atau sebaliknya, saya enggan membuat penilaian terhadap wanita ini," ucapnya santai. | ||||
Posted: 11 Dec 2010 07:12 PM PST
BAKAL melangkah usia 30 tahun pada 19 Disember ini, Jake Gyllenhaal mengaku dia tidak sesekali risau terhadap peningkatan umurnya. Aktor tampan yang sedang menjalin cinta dengan Taylor Swift itu sebaliknya teruja untuk melihat apa yang tersedia untuk masa depannya. "Saya optimis serta seronok menyambut kedatangan umur baru ini. Ia seperti saya menutup halaman dalam sebuah buku sebelum menyambung halaman seterusnya. Saya anggap seperti penghormatan terbesar apabila sampai usia 30 tahun. Jake mengecap glamor sebaik muncul dalam filem Donnie Darko sekitar sembilan tahun lalu. Dia juga sempat berkongsi cerita tentang dirinya yang mengalami transisi positif dari semasa ke semasa. Jake takjub dengan kejayaan yang dimilikinya kini. | ||||
Jumpa rangka gladiator Rom kuno Posted: 11 Dec 2010 07:12 PM PST YORK - Rangka seorang gladiator zaman Rom Kuno setinggi 1.77 meter berjaya ditemui oleh seorang ketua kurator, Andrew Morrison sewaktu kerja-kerja membaik pulih Muzium Yorkshire, England dilakukan baru-baru ini. Bagi seorang lelaki Rom, rangka itu cukup tinggi dan memiliki tubuh yang tegap. Purata ketinggian manusia yang hidup pada waktu itu ialah 1.6 meter. Gladiator merupakan lelaki yang dilatih untuk bertarung menggunakan senjata dalam pertunjukan di gelanggang seperti yang digambarkan dalam filem Gladiator lakonan Russell Crowe. Rangka itu ditemui hanya 30 sentimeter di bawah lantai muzium. Analisis yang dibuat membuktikan rangka itu milik seorang lelaki yang kuat tetapi mati ditikam secara bertubi-tubi, termasuk satu kesan tikaman pedang di bahagian belakang kepalanya. "Bukti fizikal menunjukkan gladiator ini tidak dikebumikan sebagaimana sepatutnya. "Memang mustahil untuk disahkan, tetapi dia mungkin seorang gladiator yang dibunuh secara kejam dan dibiarkan mati begitu sahaja," kata Morrison. Pakar dari Osteo Arkeleologi York merumuskan bahawa lelaki itu berusia antara 36 hingga 45 tahun. Menurut pengarahnya, Malin Holst, jangkaan umurnya diperoleh menerusi analisis kemerosotan bahagian sendi dan keadaan giginya. Berikutan penemuan itu, pakar arkelogi semakin yakin mengenai kewujudan gelanggang sukan berbahaya itu di bandar tersebut. Pada 1,600 tahun lalu, York yang kini sebuah bandar di England merupakan ibu negara Rom untuk wilayah utara. Bahagian bawah tanah Muzium Yorkshire juga sudah lama dijangka menjadi salah satu lokasi utama perlawanan itu. Rangka itu kini dipamerkan untuk tatapan umum di muzium yang sama. | ||||
Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook Posted: 11 Dec 2010 07:11 PM PST WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri. Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu. Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby, pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa jam setiap hari. "Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di Internet," kata Moore. Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan. Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore. "Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu. "Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu. Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya. | ||||
EU minta 'ujian porno' Republik Czech dihentikan Posted: 11 Dec 2010 07:08 PM PST PRAGUE - Kesatuan Eropah (EU) menggesa Republik Czech agar menghentikan 'ujian porno' yang dikenakan kepada pencari suaka gay yang bertujuan memastikan bahawa mereka adalah lelaki gay sebenar. Ujian itu memerlukan mereka menonton filem lucah yang terdiri daripada filem porno biasa (melibatkan lelaki dan perempuan) serta filem porno gay untuk dinilai tahap rangsangannya. Alat pengesan akan disambungkan kepada alat sulit untuk menguji sama ada mereka terangsang atau sebaliknya. Jika pemohon terangsang apabila menonton pasangan lelaki dan wanita melakukan hubungan seks, permohonan suaka akan ditolak secara automatik. Suaka tersebut dipohon oleh golongan gay kerana beranggapan mereka berada dalam bahaya di negara asal masing-masing. Jurucakap Menteri Dalam Negeri Republik Czech, Pavel Novak menyatakan ujian itu hanya dijalankan ke atas pemohon dari negara seperti Iran yang golongan gay boleh didakwa. Ujian tersebut dilihat penting bagi memastikan orientasi seks pemohon. EU pula menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia. Dalam satu laporan mengenai kesaksamaan homoseksual, Agensi bagi Hak-hak Asasi menegaskan bahawa ketepatan keputusan ujian tersebut adalah diragui. Biarpun begitu, Kementerian Dalam Negeri Republik Czech mendakwa, ujian itu hanya melibatkan kurang daripada sepuluh kes dan ia dihadiri oleh pakar perubatan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |