Adsense

Sabtu, 11 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sein - Nana selepas “berdansa”

Posted:

Sein - Nana selepas "berdansa"

Sein - Nana selepas "berdansa"



KASIHAN sungguh! Memang Joyah kasihan melihat rumahtangga orang runtuh bertimpa-timpa ni. Inilah yang terjadi kepada bekas penyanyi kumpulan Ruffadge, Sein dengan pasangannya Nana.

Apa masalah yang melanda tak pula Joyah ketahui. Bukan apa mereka ni senyap sahaja. Tak berapa nak aktif dalam bidang seni sangat selepas kahwin. Cuma adalah masuk pertandingan Sehati Berdansa dan Sein juga ada berlakon beberapa buah drama termasuklah Adamaya.

Orang kata ini badi Sehati Berdansa! Eh, Joyah tak pula tahu ini badi atau apa sebab masa sekolah dulu tak ada cikgu yang ajar orang masuk pertandingan menari akan kena badi bercerai-berai.

Jawapan paling mudah, paling klise yang boleh Joyah bagi - tak ada jodoh! Habis nak cakap apa lagi kan. Tak mengapalah, kalau itu jalan terbaik buat mereka, apa lagi nak kata?

Kepada Sein mahupun Nana, Joyah harap mereka bersabar. Langit tak selalunya cerah, kadangkala mendung, hujan ribut dan basah kuyup jadinya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Shaz Jazle ada apa-apa ke?

Posted:

Shaz Jazle ada apa-apa ke?

Shaz Jazle ada apa-apa ke?



ORANG kalau tengah popular memang menjadi perhatian ramai. Macam artis lelaki yang cukup panas menggelegak ketika ini, siapa lagi kalau bukan Shaz Jazle yang baru berusia 22 tahun.

Orangnya kacak dan muda belia lagi okey. Sebelum ini memang heboh orang dok bercerita tentang dia dengan pelakon Maria Farida. Cerita anak ikanlah, bercinta dengan wanita berusialah dan macam-macam lagi.

Kalau ikut kata Shaz, dia dengan Maria hanya kawan biasa. Tak ada yang yang istimewa melainkan hanya rakan sesama artis sahaja. Kira macam artis lain yang keluar sama-samalah.

Tapi apa yang Syed dengar lain pula versinya. Kata sumber yang boleh dipercayai mereka memang cukup rapat dan sering keluar sekali okey!

Ramai yang nampak mereka berkepit sakan sekali sejak kebelakangan ini. Kira macam orang tengah mabuk bercinta. Banyak versi yang Syed dengar termasuklah banyak mata yang memandang mereka makan di sebuah restoran di Damansara, Selangor baru-baru ini.

Biarpun banyak mata yang memandang kemesraan yang mereka tunjukkan, tapi mereka tetap maintain. Kalau tak buat salah buat apa nak gelabahkan!

Tak cukup dengan itu, orang-orang di sekitar pejabat Syed turut bercerita yang mereka ada ternampak Maria di hadapan pejabat Syed ni. Yang membuatkan ramai terkejut apabila dapat tahu kehadiran Maria hanya untuk menemani Shaz yang terlibat dalam satu sesi fotografi.

Wah, hebat sungguh menjadi Shaz Jaszle. Ada orang yang sudi meneman dia ke mana sahaja sejak akhir-akhir ini. Yang pasti tak ramai artis yang mampu jadi macam Shaz okey.

Tapi untuk berfikiran positif Syed tak mahu komen lebih-lebih. Mungkin mereka banyak job bersama dan hanya sebagai rakan artis. Hahaha... Sebab Maria Farida pun tak mahu komen isu peribadi. Hanya cerita kerja sahaja boleh ditanyakan!

Syed: Selalu dapat panggilan bukan-bukan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.