Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 07 Nov 2010 12:00 PM PST
KAHERAH 25 Okt. – Golongan wanita di ibu negara Mesir kini mempunyai cara baru mengatasi gangguan seksual tidak kira secara pandangan jahat, siulan atau diraba ketika melalui jalan-jalan besar dan lorong-lorong belakang di bandar raya Kaherah. Sebuah laman web, Harrasmap membolehkan wanita melaporkan dengan segera kejadian gangguan seksual melalui khidmat pesanan ringkas atau Twitter untuk dimuatkan ke dalam peta digital Kaherah yang akan memaparkan tempat dan kawasan berbahaya. Data tersebut akan dikongsi oleh aktivis, media dan polis. "Idea keseluruhannya adalah untuk mewujudkan maklumat yang disalurkan pengguna," kata seorang aktivis sukarelawan yang menganjurkan program yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, Engy Ghozlan. Ghozlan berkata, ia membantu wanita yang berasa tidak selamat dan ia sangat membantu. Peta itu turut memberi gambaran grafik tentang masalah yang dihadapi wanita Mesir, yang hanya baru-baru ini diambil berat oleh pihak berkuasa. Sebelum ini kes gangguan seksual tidak dibicarakan secara umum tetapi selepas video di Internet menunjukkan wanita dicabul di jalan-jalan raya oleh sekumpulan pemuda pada musim cuti empat tahun lalu, media mula melaporkan masalah ini. Sejak itu, rang undang-undang jenayah bagi menghukum kesalahan gangguan seksual telah dibentangkan di Parlimen, namun masih belum diluluskan. Penganjur Harassmap berkata, masalah itu bukan diperbesar-besarkan kerana wanita tetap menjadi mangsa tidak kira mereka memakai pakaian konservatif atau moden. Selepas khidmat pesanan ringkas dihantar ke laman web itu, wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual akan menerima galakan, tip keselamatan dan cara-cara membuat laporan polis. – AP // utusanmalaysia // November 8th, 2010 in Gelagat Manusia | tags: aktiviti sukarelawan, cabul kehormatan, gangguan seksual, kawasan lelaki gila seks, khidmat pesanan ringkas, laman web harrasmap, raba punggung, sensasi, video lucah internet, wanita cantik mesir |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |