Adsense

Isnin, 8 November 2010

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Gambar Lelaki Bakar Diri Kerana Bimbang Kuil Di Roboh Di Puchong...!!!

Posted: 08 Nov 2010 08:00 PM PST

Salam Buat Semua, Mengerikankan Apabila M Chakragunasegaran, 52 Sanggup Membakar Diri Nya kerana Bimbang Kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan Awal Pagi Tadi.. Tak Sakit Ke Huh ?? Aku Terkena Percikan Minyak Panas Di Perut Semasa Menggoreng Keropok Lekor Ari Sabtu Aritu Pon Dok Rasa Pedih Lagi ke Hari Ini <--Kisah Benar, Sila Percaya.. Inikan Pula Membakar Diri Sendiri... Choii....!!! Tak Ke Membuat Perkara Yang Boleh Menyakitkan Diri Sendiri.. Read More...!!!

Brader Ni Cuba Menyelamatkan Mangsa Guna Air Meneral Je Ke ? Hehe..

Apa Pun, Mungkin Dia Mempunyai Alasan nya Sendiri... Kan...? Tapi Kalau Aku La Kan, Berhadapan Situasi Macam Gini, Aku Lebih Prefer To Berbincang Terlebih Dahulu.. Tengok Kot-Kot Boleh Settle Ke.. Ni Main Bakar Je Buta-buta Gitu.. Tak Pasal-pasal Je Ko Jadi BBQ.. Kerja-kerja Merobohkan Kuil Still Dijalankan Macam Biasa.. Apapun, Ini Pendapat Aku Je La.. Bukan Nak Salahkan @ Mengaibkan Mana-mana Kaum.. Kaum Aku Sendiri Pon Ada Banyak Yang Bunuh Diri.. Kadang-kadang Lebih Teruk Daripada Ni... Tepuk Dada Tanya Selera... <-- Ayat Poyo...!!! Hehehe... Kat Bawah Ni Sumber Berita Yang Asli.. Sila Klik "Buka" Kalau Nak Baca...

Spoiler:

Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

Menurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit "Jangan roboh kuil ini," tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu.

Dia kemudian bertindak nekad dan menyalakan api di badannya dan dilaporkan terbakar kira-kira lima minit sebelum berjaya diselamatkan.

Selesai drama itu, kerja-kerja merobohkan sebahagian daripada kuil itu yang menjadi tempat simpanan barangan kemudiannya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

NONELebih kurang 200 kakitangan terdiri daripada ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan.

Sebelum ini, notis arahan dikeluarkan oleh pada 26 Oktober lalu dengan persatuan kuil berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk berpindah bagi tujuan pembinaan sebuah tadika baru.

Dharmalingam yang juga setiausaha kuil Sri Srinivasa Perumal itu berkata, pihaknya kesal kerana pihak berwajib tidak memberi tempoh yang mencukupi bagi mereka berpindah.

"Sudah lebih 10 tahun kuil ini dibina, tanah ini merupakan tanah rezab," katanya.

Kakitangan penguatkuasa kemudian melakukan kerja memagar sekeliling kawasan tersebut.

NONESementara itu, ahli jawatankuasa kebajikan kuil itu, T Pukalenthy,42, berkata berdasarkan maklumat diperolehinya pihak sekolah memberi kebenaran kepada persatuan kuil untuk membina bangunan tambahan yang menjadi stor tempat simpanan barangan sejak 10 tahun dahulu.

"Perbuatan mereka merobohkan stor tersebut tidak wajar, sepatutnya mereka memberitahu pihak pengurusan kuil lebih awal," katanya.

Sementara itu, ahli majlis MPSJ, KN Michael Tamilarason berkata satu mesyuarat tergempar telah diadakan kira-kira jam 11.30 pagi tadi melibatkan wakil daripada kedua-dua belah parti politik, polis, agensi penguatkuasaan, sekolah dan persatuan kuil tersebut.

NONEMenurutnya hasil sesi perbincangan itu, pihak berwajib bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan bangunan simpanan stor milik kuil berkenaan untuk seminggu lagi

"Pihak sekolah bersetuju memberi masa selama tujuh hari kepada persatuan kuil untuk memindahkan barang tersebut. Masalah ini sudah selesai," katanya kepada Malaysiakini, petang tadi. - Malaysiakini


Gambar Sekitar Proses Merobohkan Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor





Kalau Uncle Kat Bawah Ni Mungkin Kena Bakar Tak Jadi Apa Kot... Pasai Dia Dan Kawan-kawan nya Padai "Berlakon" Hehehehe...



P.s:Oh! Aku Pun Orang Puchong Gak...!!! Sapa Lagi Orang Puchong, Sila Angkat Tangan...!!! Jom Yam Cha...



LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.