Adsense

Isnin, 8 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


“Buka Tudung Atas Kerelaan Hati” – Dita Mari Menari

Posted: 08 Nov 2010 10:58 PM PST

4958 a2313  Buka Tudung Atas Kerelaan Hati   Dita Mari Menari

Ingatkan dah tutup cerita ini, rupanya baru hari ini pasangan Dita meluahkan perasaan mengenai isu tudung yang pernah kami paparkan dalam artikel Mari Menari : Pasangan Dita Dulu Pakai Tudung, Sekarang Free Hair

Puan Rudita berkata, beliau buka tudung bukan atas paksaan atau hasutan sesiapa, semuanya atas kerelaan hati. Malah beliau sudah dimaklumkan oleh pihak produksi dengan risiko yang akan berlaku kerana sebelum ini Puan Dita kerap muncul dalam program-program terbitan Astro.

Apabila ditanyakan mengenai imej selepas terkeluar, Dita berkata bahawa beliau akan kembali berimej tudung seperti biasa.

"Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya," kata Dita.

Alhamdullilah, harap Puan Dita jangan buat lagi ye.

Firman Allah:

"…sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (al-Baqarah: 222)."

Kredit berita : Murai

pixel  Buka Tudung Atas Kerelaan Hati   Dita Mari Menari
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Nora Danish Tidak Suka Fasha Sandha Bertemu Anaknya

Posted: 08 Nov 2010 08:39 PM PST

012441977 Nora Danish Tidak Suka Fasha Sandha Bertemu Anaknya

Semuanya bermula apabila Fasha Sandha dikatakan telah membeli barang mainan untuk anak Nora Danish, Rayqal di sebuah kedai permainan yang sering menjadi pilihan Jejai.

Nora Danish dengan tegas mengatakan bahawa buat masa ini beliau tidak suka Fasha Sansha bertemu dengan anaknya. Namun satu hari nanti akan berlembut hati andai kata Fasha Sandha sudah berkahwin dengan Jejai, iaitu ayah kepada Rayqal.

Kami faham, bukan senang hati Nora Danish hendak dipulihkan selepas pelbagai kontroversi melanda beliau. Nora Danish juga tidak menolak kemungkinan besar permainan tersebut dibelikan untuk orang lain.

Kata Nora lagi, "Lagipun anak saya ada ibunya sendiri dan itu kehidupan saya, bukan urusan dia (Fasha Sandha) untuk membeli sesuatu untuk Rayqal. Mungkin orang nampak pelik dengan kata-kata saya ini, tapi bagi saya, kita hanyalah manusia biasa dan hati saya tidaklah sekuat mana."

Kredit berita : Mstar

pixel Nora Danish Tidak Suka Fasha Sandha Bertemu Anaknya
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.