Harian Metro: Rap |
Posted: 07 Nov 2010 06:33 AM PST LIMA tahun menceburi bidang seni, Zehra Zambri nyata masih terkial-kial membina nama. Ini kerana, genre muzik pilihannya iaitu irama Malaysia kurang mendapat tempat dan semestinya ia memberi cabaran besar kepada Zehra untuk bergerak maju. Apapun, sedar bukan mudah untuk berjaya membuatkan Zehra terus tabah. Lebih-lebih lagi, melihatkan ramai juga rakan artis yang popular sekarang mengambil masa lama untuk dikenali. Contoh paling ketara, tentunya penyanyi lagu Realiti Dewi, Alyah.
"Sekarang, siapa yang tidak kenal Alyah. Namanya menjadi sebutan peminat dan lagu nyanyian Alyah juga mendapat tempat di corong-corong radio tempatan. Bahkan, gaya Alyah turut menarik perhatian ramai dan ia bagi saya satu kejayaan besar.
"Bagaimanapun, jujur saya akui selagi ada peluang tentu akan mencuba. Ditambah lagi, kejayaan Alyah menjadi sumber inspirasi kepada saya yang mana gagal pasti tidak selamanya. Saya yakin, ruang dan peluang untuk saya tetap wujud," katanya.
Tegas Zehra, dia sentiasa terbuka melihat kejayaan individu lain sebagai pengukur diri. Ini kerana, pemangkin semangat untuknya memastikan kehendak dan cita rasa pendengar dapat ditawan. Katanya mungkin sekarang dia perlu berubah arah.
>PROFIL |
Posted: 07 Nov 2010 06:31 AM PST HANYA kerana seekor nyamuk, nyawa manusia boleh melayang. Sama ada diri sendiri, keluarga, kenalan rapat atau sesiapa saja, semua terdedah dengan risiko demam denggi oleh gigitan nyamuk aedes. Sehubungan itu, hanya langkah pencegahan harus dilakukan untuk memerangi pembiakan nyamuk pembunuh itu. Pelbagai aktiviti kesedaran masyarakat dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai peringatan bahayanya denggi.
"Sekarang saya semakin tahu betapa bahaya nyamuk aedes dan demam denggi yang semakin menular di negara ini. Lebih-lebih lagi, disebabkan seekor nyamuk juga saya kehilangan sahabat baik, Allahyarham Din Beramboi, 44.
Ditemui pada sesi dialog bertemakan 2010: Transformasi Minda Dalam Memerangi Denggi, Aznil berkata kini giat membabitkan diri dalam kempen antidenggi. "Saya tahu, perkara serius seperti demam denggi ini kurang diambil berat kerana belum terkena pada batang hidung sendiri. Bagi keluarga yang pernah mengalami dan menjadi mangsa, mereka menyesal kerana sebelum ini bersikap sambil lewa terhadap kebersihan.
Selain Aznil sebagai pengacara pada sesi dialog itu, hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam KKM, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, Pengarah Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Sallehudin Abu Bakar dan Ketua Program Komunikasi dan Dasar Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Yusof Abdullah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |