Adsense

Rabu, 10 November 2010

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


AC Mizal buat laporan polis kerana di fitnah dan di ugut

Posted: 10 Nov 2010 03:12 AM PST

Baru-baru ni heboh di blog-blog hiburan Malaysia yang membuat pendedahan yang kononya AC Mizal memalsukan testimoni pelangan AC Konsortium dengan mengambil testimoni-testimoni dari negara luar.. Malah AC Konsortium juga di fitnah mengambil untung berlebihan daripada gelang yang katakan bermodalkan sekitar RM78, yang dibeli di China, tetapi telah dijual semula oleh AC Mizal dengan harga RM1000..

Lebih teruk lagi AC Mizal juga dikatakan menerima ugutan yang melampau, Antara ugutan itu ialah 'elok sembelih je kot' dan 'AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk 'jail' ke apa?'

Demi Menjaga nama baik AC Mizal dan keselamatanya, dia telah pun membuat laporan polis semalam kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dan manafikan segala tuduhan yang tidak berasas tersebut..

Kini pihak polis serta Jabatan Siasatan suruhanjaya komunikasi dan multimedia sedang menjalankan siasatan terhadap kes ni.. MyGosip harap kes ini dapat diselesaikan dengan baik dengan secepat yang mungkin..

laporan polis ac mizal dikatakan penipu

siasatan suruhanjaya komunikasi dan multimedia ac mizal penipu


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mamat Exist mencuri lagi serta positif dadah jenis methamphetamine

Posted: 09 Nov 2010 01:26 PM PST

Nampaknya memang takkan serik si Mamat ni.. Jika sebelum ini Mamat Exist sudah disabitkan bersalah mencuri handphone dan jam tangan di singapore, kali ni dia di tangkap atas kesalahan memiliki barang curi yang berupa sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 pula.. Siasatan awal mendapati Mamat Exist mengaku yang dia mencuri motosikal tersebut..

Mamat Exist dikatakan ditahan oleh pihak polis semalam dalam pukul 3 petang di bawah blok Flat Taman Pulai Utama, Johor Bahru, setelah pihak polis menerima maklumat dari orang ramai.. Yang bestnya, Mamat Exist bukan sahaja ditahan kerana mencuri motosikal Yamaha LC 135 ni, malah dia juga didapati positif dadah jenis methamphetamine..

Sekarang kes ini masih lagi didalam siasatan pihak polis.. Jadi kita tunggu dan lihat je la apa kesudahan kes ni nanti..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.