Adsense

Rabu, 10 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Prasangka ubat kekecewan Eyeja

Posted: 09 Nov 2010 05:17 PM PST


LAHIR daripada program realiti Bintang RTM, tidak bermakna setiap pesertanya dijanjikan tempat dalam industri muzik tempatan walaupun bergelar juara.

Namun, masih ada lagi antara peserta yang bernasib baik untuk kekal dalam bidang seni dengan menjadikan karier lain seperti pengacara atau pelakon sebagai kerjaya mereka.

Begitulah situasi yang dialami pengacara yang mencipta kontroversi ketika mengacarakan pentas akhir Gah 1 baru-baru ini, Eyeja Arshad apabila impian bergelar penyanyi sejurus menyertai Bintang RTM 2004 tidak kesampaian.

Bagaimanapun, Eyeja kini dapat menarik nafas lega selepas enam tahun menunggu, akhirnya cita-citanya tercapai dengan terhasilnya single pertama iaitu Prasangka.

Lagu ciptaan Intan Shahrudin itu membuka semula peluangnya untuk merealisasikan impiannya semenjak kecil lagi.

Malangnya, lumrah orang baru yang masih mentah, kelahiran Prasangka seakan terbantut memandangkan Eyeja tidak mampu mengikuti jadual promosi.

Mempunyai wajah persis artis Bollywood, gadis itu berbicara, walaupun laluannya tampak sukar untuk bergelar penyanyi pada awalnya, Eyeja tidak pernah patah semangat untuk menuju ke arah itu.

"Saya sentiasa mencari peluang untuk menjadi penyanyi. Setiap majlis hiburan terutama yang melibatkan muzik saya akan hadir supaya boleh berkenalan dengan penggiat muzik terkenal.

"Namun, ia tidak semudah yang disangka apabila beberapa halangan dan masalah muncul yang mana ianya tidak berjalan seperti yang diharapkan," jelas Eyeja berkongsi pengalamannya.

Tatkala impian sudah digapai, bagaimana pula dengan karier Eyeja sebagai pengacara?

Jawabnya, rezeki setiap insan ditentukan oleh Allah. Jadi, jika tenaganya masih diperlukan untuk mengacarakan apa jua bentuk rancangan atau majlis, Eyeja bersedia untuk menggalasnya.

"Sebagai manusia, banyak tugas perlu dipikul. Paling penting, kita perlu pandai membahagikan tugas agar apa yang dikendong, tidak keciciran.

"Pada masa yang sama, saya akan tumpukan terhadap promosi single saya terlebih dahulu.

"Kemudian, barulah saya seimbangkan semula karier sebagai penyanyi dan pengacara.

"Saya tidak akan lepaskan karier pengacaraan walaupun sudah bergelar penyanyi kerana ia adalah rezeki saya," tambah Eyeja yang juga duta produk Eternity keluaran syarikat kosmetik Al Wahida.

Setakat ini, Eyeja telah mengacarakan sebanyak lapan rancangan terbitan RTM seperti Destinasi Etnik, Aroma Pagi, Sarapan Apa? dan Planet Seni.

google: eyeja arshad, eyeja arshad facebook, eyeja arshad blog, eyeja arshad twitter, eyeja arshad myspace, eyeja arshad seksi, eyeja arshad hot, eyeja arshad bogel, buah dada eyeja arshad, lagu eyeja arshad, lagu baru eyeja arshad, single terbaru eyeja arshad, album baru eyeja arshad, eyeja arshad lyrics, eyeja arshad lirik, eyeja arshad biodata, eyeja arshad biography, eyeja arshad terkini, terbaru eyeja arshad

Alif Satar: Bangga jadi pujaan hati remaja

Posted: 09 Nov 2010 05:14 PM PST



ANAK muda berusia 20 tahun ini mula mencuri perhatian pencinta muzik tempatan ketika menyertai pertandingan realiti One In A Million (OIAM) musim pertama pada tahun 2006.

Ketika dia menyertai pertandingan yang dicetuskan ideanya oleh stesen televisyen 8TV itu, umurnya masih mentah, 16 tahun.

Namun, atas semangat kecintaan dan minatnya terhadap dunia seni, pengorbanannya cukup besar demi memastikan impiannya untuk bergelar penyanyi tercapai.

Perlahan-lahan Muhammad Alif Mohd. Satar atau kini lebih dikenali sebagai Alif Satar membina namanya sehingga menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja hari ini.

Di sebalik nikmat populariti yang dikecapinya hari ini, anak muda yang gemar membahasakan dirinya sebagai Alif ini tidak pernah lupa akan kepayahan yang ditempuhinya sepanjang empat tahun lalu.

"Ketika keluar OIAM, saya dapat melihat kerjaya saya ketika itu agak cerah kerana sudah mula dikenali dan menjadi perhatian. Malah, sempat juga saya mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman tempatan.

"Sangka saya, kerjaya saya akan menjadi mudah selepas itu. Tetapi, entah bagaimana, percaturan yang dilakukan itu tidak menjadi dan ia hampir menenggelamkan nama saya.

"Jujurnya, saya memang cukup bimbang ketika itu kerana saya memang benar-benar mahu berada dalam industri untuk berkongsi bakat saya dengan masyarakat.

"Mujurlah dengan bantuan keluarga dan pengurus, Meor Shariman, saya kembali bangkit dan sudah berada di landasan yang betul," katanya dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di pejabat Sony Music Entertainment di ibu negara, minggu lalu.

Atas alasan itu jugalah, Alif yang berusia 20 tahun itu mengambil keputusan untuk menjenamakan semula dirinya sebagai Alif Satar.

Ternyata, semua yang dilakukannya itu membuahkan hasil dan namanya mula melonjak selepas single pertamanya, Jangan Nakal begitu kerap diputarkan di corong radio.

"Saya mula dikenali sebagai Alif OIAM dan kemudiannya sebagai Alif Remaja kerana saya pernah mengacarakan rancangan terbitan TV3 itu.

"Pada masa yang sama juga, saya tak sangka ada ramai juga penyanyi bernama Alif di negara ini termasuklah Alif Azfar yang turut sama bertanding dalam OIAM bersama-sama saya.

"Tetapi, paling ketara apabila orang membandingkan saya dengan Aliff Aziz. Penat juga saya dibuatnya untuk menerangkan kepada mereka bahawa saya bukan penyanyi lagu Sayang Sayang itu," katanya sambil ketawa.

Bangga dengan Faizal Tahir

Sempat juga Alif ditebak dengan soalan tidakkah dia berasa cemburu dengan kejayaan luar biasa yang dikecapi Faizal Tahir yang juga lahir dari platform yang sama dengan Alif.

Sedangkan, Faizal hanya sekadar bergelar naib juara pertandingan itu tetapi populariti dan kejayaannya berjaya mengatasi juaranya, Suki.

Tanpa berselindung, Alif tidak sedikit pun berasa cemburu mahupun iri hati sebaliknya sama-sama tumpang gembira dengan kejayaan Faizal yang dianggapnya sebagai seorang abang itu.

"Ketika saya dan Suki menyertai OIAM, kami masih bersekolah. Faizal pula ketika itu, dia memang sudah memiliki kriteria untuk menjadi seorang penyanyi dan komposer.

"Jadi, dia berada di tempat dan masa yang tepat sehingga dia mampu menjadi seperti hari ini," kata Alif yang masih lagi mengekalkan hubungan akrab dengan Faizal.

google: alif satar, alif satar facebook, alif satar blog, alif satar twitter, alif satar myspace, album baru alif satar, lagu baru alif satar, lyrics alif satar, download mp3 lagu alif satar, single terbaru alif satar, alif satar seksi, alif satar hot, alif satar 2010, alif biodata alif satar, biography alif satar, kisah alif satar, terkini alif satar, terbaru alif satar

Rabecca Perjelas Gosip Kahwin Duda

Posted: 09 Nov 2010 03:15 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon seksi, Rabecca Nur Al-Islam menafikan khabar angin yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan duda anak dua pada Januari tahun depan.

Menurut Rabecca, dia enggan memberikan sebarang komen mengenai perkahwinannya itu dan menganggap ia sekadar gosip biasa sahaja.

"Apa-apa pun, dalam masa terdekat ini saya tak mahu komen. Saya akan beritahu semuanya bila tiba masa," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Selasa.

Sementara itu, gambar Rabecca bersama seorang lelaki yang dikatakan kekasihnya itu telah pun tersebar di Internet.


Anak Rabecca, Adam, dikhabarkan turut selesa dengan bakal ayahnya.
Difahamkan, lelaki tersebut begitu rapat dengan anak angkat Rabecca, Adam, berdasakan gambar yang dipaparkan.

Bagaimanapun, Rabecca yang popular menerusi drama Legasi 43 Karat itu berkata lelaki berkenaan bukan kekasihnya seperti yang didakwa.

"Saya belum lihat lagi gambar yang disebarkan itu. Tapi saya percaya mungkin gambar-gambar itu adalah abang saya. Saya mempunyai lima orang abang," jelasnya.

Ditanya pula adakah dia kini sedang dilamun cinta dengan seseorang, katanya: "Tunggulah nanti saya beritahu."

google: rebecca nur islam, rebecca nur islam kahwin, rebecca nur islam kahwin duda,  gambar rebecca nur islam dan bakal suami, rebecca nur islam dan suami baru, rebecca nur islam berkahwin, rebecca nur islam bertunang, rebecca nur islam seksi, rebecca nur islam hot, rebecca nur islam bogel, buah dada rebecca nur islam, rebecca nur islam dan anak, rebecca nur islam bercinta dengan duda, gambar rebecca nur islam dan kekasih, rebecca nur islam dan teman lelaki, rebecca nur islam sosial, rebecca nur islam parti

Hasrat Ramlah Ram Bertudung Sudah Lama Dipendam

Posted: 09 Nov 2010 03:13 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.

Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. dan Ketentuan.

Kata Ramlah, ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.

"Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.

"Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini," katanya.

Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.

"Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.

"Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini," katanya.

Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.

"Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini," katanya.

Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.

"Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.

"Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai," ujarnya.

Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.

google: ramlah ram bertudung,  ramlah ram terbaru, ramlah ram terkini, foto ramlah ram pakai tudung, gambar terbaru bertudung ramlah ram, tudung ramlah ram,

Ammar Alfian Tolak Kepala Puteri Sarah

Posted: 09 Nov 2010 03:11 PM PST


PETALING JAYA: Aktor Ammar Alfian Aziz, 23, yang pernah dilanda kontroversi kerana mencerca wartawan pada awal tahun lalu mengaku terpaksa bersikap profesional dengan menunjal kepala kekasihnya, Puteri Sarah, 25.

Ini kerana, pertengkaran tersebut dilakukan demi menjayakan watak masing-masing dalam drama Atilia terbitan Astro Prima.

Bagaimanapun, apabila berada di luar penggambaran, Ammar dan Sarah bersikap seperti pasangan kekasih seperti biasa.

"Dalam drama tersebut, Fasha Sandha melakonkan watak seorang tomboi bernama Atilia yang ditakdirkan jatuh cinta seorang lelaki lakonan Zamarul Hisham.

"Sementara saya pula bertemu cinta dengan wanita yang dilakonkan oleh Almy Nadia. Jadi, saya terpaksa menolak cinta Puteri Sarah yang menyintai saya dalam diam.

"Saya bukan sahaja menolak cintanya, malah kami juga bergaduh mulut. Walaupun agak keterlaluan kerana di luar dia merupakan kekasih saya, tetapi saya terpaksa lakukan juga atas dasar profesional. Jadi saya kami hanya mengikut kehendak pengarah," ujar Ammar ketika dihubungi mStar Online.

Bukan sahaja dalam drama Atilia, dia dan Sarah turut bergandingan dalam Sirah Cinta terbitan RTM1.

Walaupun dipertemukan dalam satu drama, mereka turut tidak disatukan sebagai pasangan kekasih.

"Dalam cerita Sirah Cinta, Sarah bercinta dengan Ezany. Walaupun dia melakonkan adegan itu, saya tidak rasa apa-apa jauh sekali hendak bersikap cemburu. Saya faham ia hanya sebuah lakonan," jelasnya.

Mencungkil lebih lanjut tentang hubungan cinta mereka, Ammar berkata dia belum bersedia atau merancang untuk berkahwin.

Ini kerana, dia menganggap usia mereka masih muda.

Biarpun begitu, pasangan ini sentiasa tidak putus untuk berhubung antara satu sama lain.

Kini, Ammar sedang menjalani penggambaran drama Kempink di Perlis untuk TV3. Selain itu, dia baru selesai penggambaran drama Terlepas Pandang untuk RTM1 dan Gamitan Bayu Kasih di RTM2

google: ammar alfian dan puteri sarah, gambar ammar alfian dan puteri sarah, , kontroversi ammar alfian dan puteri sarah, , terkiniammar alfian dan puteri sarah, , terbaru ammar ammar alfian dan puteri sarah, , gambar seksi ammar alfian dan puteri sarah, , foto ammar alfian dan puteri sarah, ,ammar alfian dan puteri sarah,  hotammar alfian dan puteri sarah,  seksi ammar alfian dan puteri sarah,  facebook ammar alfian dan puteri sarah,  gambar bogel ammar alfian dan puteri sarah, buah dada ammar alfian dan puteri sarah,

Persaingan Sengit Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

Posted: 09 Nov 2010 03:02 PM PST


PETALING JAYA: Separuh akhir Muzik Muzik 25 peringkat pertama, Isnin lalu menyaksikan enam buah lagu mendapat makrah tertinggi yang memberi peluang mara ke Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25).

Lagu tersebut ialah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Sejujur Hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal Tahir).

Semua lagu yang dipertandingkan pada malam separuh akhir itu telah memberi saingan sengit dari segi vokal dan kekuatan lagu masing-masing.

Keputusan 12 buah lagu layak ke AJL25 akan ditentukan pada pusingan ketiga, pada 22 November ini.


Antara 12 buah lagu yang bersaing iaitu Gerak Hati (Azlan & The Typewriter), Inikah Cinta (Akim), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Cinta (Mohd), Noktah Cinta (Hafiz), Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Anna Raffali), Nadiku (Sabhi Sadhi), Cinta Sempurna (Yuna), Oh Juwita (Nubhan), Sejujur Hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal Tahir).

Antara komen artis yang bertanding pada malam itu ialah:

Ana Raffali

"Jika tidak terpilih sekalipun saya berbangga dapat berkongsi pentas separuh akhir ini bersama artis-artis yang jauh lebih berpengalaman daripada saya. Ini merupakan pengalalaman pertama saya sebagai artis ke anugerah yang berprestij ini," ujarnya.

Shahir AF8

"Sebagai pendatang baru dan kali pertama ke pertandingan ini sudah tentu saya berdebar dan gugup. Saya rasa sangat kerdil di atas pentas berbanding dengan penyanyi yang sudah mempunyai nama kukuh seperti Faizal Tahir," kata Shahir.

Azlan & The Type Writer

"Semua yang bertanding mempunyai kelebihan sendiri. Pertandingan ini tidak menilai suara atau penyanyi tapi lagu. Saya pasti semua lagu ada kelebihan sendiri yang mampu memikat hati para juri," ujar Azlan.

Adibah Noor

"Biarpun saya anatara yang paling senior tapi sebenarnya saya juga masih baru. Bagi saya industri muzik kita semakin berkembang. Ramai anak muda yang berbakat mula muncul ke dunia mainstream. Malah masyarakat juga sudah mula menerima mereka sebagai sebahagian dari muzik Malaysia," kata Adibah.

Separuh akhir ini akan mempertandingkan 30 buah lagu untuk tiga pusingan. Kini tinggal dua pusingan lagi iaitu pada 15 November dan 22 November yang akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 10 hingga 11.30 malam.

google: separuh akhir muzik muzik 25, pemenang separuh akhir muzik muzik 25 pertama, senarai pemenang separuh akhir muzik muzik 25, senarai akhir separuh akhir muzik muzik 25, siaran separuh akhir muzik muzik 25, video separuh akhir muzik muzik 25, artis separuh akhir muzik muzik 25, juara separuh akhir muzik muzik 25,

Anugerah Profima 2010 Hargai Pengiat Belakang Tabir

Posted: 09 Nov 2010 02:59 PM PST


PETALING JAYA: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) akan menganjurkan Majlis Anugerah Profima 2010 (MAP 2010), pada 23 Disember ini di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Majlis Anugerah Profima atau sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Oskar merupakan penganjuran kali pertama di atas nama Profima sejak mula diperkenalkan pada tahun 2002.

Menurut presidennya, Khir Mohd Noor, anugerah ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan pekerja belakang tabir dan pengiat industri filem tanah air.

"Anugerah ini adalah bagi meraikan pencapaian mereka dalam lapangan kerja masing masing.

"Ia akan bermula pada pukul 4 petang dengan gerai pameran penaja berkaitan industri perfileman tanah air," katanya.

Selain itu, MAP 2010 ini juga akan menampilkan anugerah Ikon Profima 2010.

"Anugerah khas ini akan mengiktiraf individu belakang tabir yang bermula dari bawah sehingga berjaya menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam industri sehingga kini," ujarnya.

Sebanyak 51 kategori dipertandingkan dan penglibatan tenaga kerja profesional filem Malaysia khususnya ahli Profima di dalam MAP 2010.

Antara kategori Anugerah Profima 2010 ialah Sinematografi Filem Terbaik, Pengarah Seni Terbaik, Pengurus Produksi Terbaik dan Editor Filem / Drama Terbaik.

Penjurian Anugerah Profima akan bermula pada 1 Disember 2010 selama 7 hari di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Tetamu kehormat bakal hadir pada Anugerah Profima 2010 ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun DR. Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Tarikh akhir bagi setiap penyertaan pada 30 November 2010. Profima mengenakan bayaran RM50 bagi setiap penyertaan. Maklumat lanjut hubungi Urusetia MAP 2010 – Cik Sara di talian 03-4106 0116 / 013-339 3412.

google:  majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), lokasi majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), taikh majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), tarikh akhir majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), bayaran majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), urusetia majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), nombor telefon majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), tetamu hormat majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), menteri majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), kategori majlis anugerah profima 2010 (MAP 2010), presiden profima, nama presiden profima

Ntv7 Siar Siri 'Dr Daisaku Ikeda' Sempena Cuti Sekolah

Posted: 09 Nov 2010 02:57 PM PST

PETALING JAYA: Bermula 13 November hingga 25 Disember ini, sebanyak lima anugerah siri animasi terbaik berjudul, "Seperti Aku, Seperti Engkau : Dunia Dalam Hatimu" yang diadaptasi dari cerita kanak-kanak terkenal Dr Daisaku Ikeda akan disiarkan di ntv7, setiap Sabtu, pada pukul 2 petang.

Dr Daisaku Ikeda merupakan pengasas dan Presiden SOKA Gakkai International.


Dr Daisaku Ikeda.
Siri-siri tersebut ialah The Snow Country Prince bahagian 1 ditayangkan pada 13 November, bahagian 2 (20 November) manakala bahagian 3 (27 November).

Sementara The Two Princes (4 Disember), The Princess and the Moon (11 Disember), The Prince and the White Horse (18 Disember), dan The Flower and the Phoenix (25 Disember).

Ini merupakan kali kedua ntv7 bekerjasama dengan Soka Gakkai Malaysia untuk menyiarkan siri ini.


The Flower and the Phoenix.
Ia mendapat respons positif dari kanak-kanak serta ibu bapa serata dunia.

Dengan nilai-nilai moral yang disertakan, siri animasi Dr Ikeda bukan sahaja akan menyentuh hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Ceritanya akan menyampaikan mesej yang penting untuk penontonnya seperti ciri-ciri keberanian, harapan, persahabatan, dan keamanan.

Nilai-nilai seperti kebijaksanaan dan keadilan juga diterjemahkan dalam watak-watak siri animasi ini berserta dengan jalan cerita yang menarik.

Filem-filem animasi ini yang dihasilkan dalam Bahasa Jepun, dialih suara dalam sembilan bahasa dan telah disiarkan di 23 buah negara termasuk Malaysia, Iceland, Panama, Filipina dan Singapura.

Di Malaysia, siri ini dialih suara dalam Bahasa Mandarin dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia.

Astro Naik Taraf Sistem Maklumat Pelanggan

Posted: 09 Nov 2010 02:56 PM PST


KUALA LUMPUR: Stesen berbayar, Astro sedang mengemaskinikan sistem informasi pelanggan bermula dari 11 hingga 17 November ini.

Menurut jurucakap Astro, para pelanggan digalakkan untuk mengemukakan maklumat berkaitan kepada bahagian khidmat pelanggan sebelum 10 November ini dengan menghubungi talian 1-300-82-3838 atau emelkan kepada wecare@astro.com.my.

Sebagai alternatif lain, para pelanggan juga boleh maklumat melalui laman web www.astro.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Astro