Gosip Artis Malaysia |
Posted: 10 Nov 2010 09:02 AM PST KUALA LUMPUR - Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.
Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor. "Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang. "Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujarnya. Oleh RONI HIDAYAT RIDWANroni.ridwan@kosmo.com.my |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |