Harian Metro: Rap |
Pengalaman berharga temu bual Dr Mahathir Posted: 09 Nov 2010 07:18 AM PST SETIAP kali berbicara, wajahnya sentiasa menguntum senyuman manis. Ternyata, sekalipun baru kali pertama bertemu, dia sudah cepat mesra dan mudah didekati seolah-olah sudah kenal lama dengannya. Itulah sedikit sebanyak menggambarkan diri personaliti yang juga wartawan penyiaran dan penyampai berita Buletin Pagi, Buletin 1.30 dan Buletin Utama di TV3, Pang Chinn Fei atau lebih mesra dengan panggilan Fei.
Ia mengingatkan penonton kepada bekas pembaca berita, Christine Ling; wartawan Melodi, Michelle Wee serta pelakon dan penyanyi Kelvin Lau yang sudah dikenali ramai kerana kefasihan mereka berbahasa Melayu dengan baik.
"Saya belajar di sekolah kebangsaan dan bergaul dengan masyarakat Melayu sejak kecil. Ibu bapa menghantar saya ke sekolah kebangsaan kerana ia berhampiran kediaman kami. "Saya juga memang minat bahasa Melayu sejak kecil dan berminat mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi. Saya terus menguasai bahasa Melayu ketika belajar di tingkatan lima di Sekolah Menengah Convent, Bukit Nanas dan tingkatan enam di Sekolah menengah Methodist, Kuala Lumpur. "Subjek Bahasa Malaysia saya dapat A begitu juga dalam Pengajian Melayu di tingkatan 6," katanya. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Penyiaran dan Linguistik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengakui, dia juga tidak pernah terfikir untuk menjadi pembaca berita di stesen TV berbahasa Melayu. "Semuanya berlaku secara kebetulan. Sebenarnya, cita-cita saya hendak jadi guru ketika di sekolah rendah. Namun, ia bertukar apabila saya memohon mengikuti Kursus Sains Sosial di UKM tapi pihak universiti pula tawarkan kursus komunikasi.
Selepas menamatkan pengajian di UKM, Fei menyertai TV3 sebagai wartawan penyiaran pada 2000, tetapi pada 2003 berhenti sekejap atas alasan peribadi dan kembali berkhidmat di TV3 pada 2004. "Saya ditawarkan menjadi pembaca berita pada 2005 sehinggalah sekarang," katanya. Sepuluh tahun berkhidmat di TV3, banyak suka duka ditempuhinya. Pengalaman paling berharga ialah ketika menemubual bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, beliau seorang yang kejar masa dan sangat praktikal orangnya. "Kita kena sampai tepat pada masa majlis yang dihadirinya kerana beliau tidak akan menunggu kita. Saya berasa takut jika datang lewat ke majlis dihadirinya kerana beliau sudah sampai di majlis itu lima minit sebelum majlis bermula. Pernah saya sampai ketika beliau sudah berucap dan kita ketinggalan ucapannya yang awal itu," katanya. Antara pengalaman sukar dilupakan Fei ialah ketika membuat liputan pilihan raya kecil di Lunas, Kedah. Ketika itu Fei belum setahun berkhidmat dengan TV3, tetapi sudah diberi peluang membuat liputan.
Namun, kata Fei, paling membimbangkannya apabila berdepan dengan masalah teknikal ketika bersiaran secara langsung.
Ditanya, impiannya yang belum tercapai dalam karier, Fei menegaskan, masih banyak lagi yang perlu diperbaikinya dalam sebutan yang digunakan. "Banyak perkataan yang saya tidak boleh sebut dengan betul seperti tidak semena-mena. Kalau tersalah sebut, maksudnya jadi lain pula dan orang tidak faham nanti. Selain itu perkataan Allahyarham.
"Kini, saya lebih berhati-hati supaya isu seperti itu tidak berulang," katanya. Berkongsi cerita peribadi pula, Fei sudah berkahwin dengan arkitek, Goo Huey Kian, 41. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga anak perempuan, Goo Qian Ni, 3, Goo Qian Rau, 2 dan Goo Qian Jing, 11 bulan.
Apapun, Fei tetap mendidik anak-anaknya untuk belajar bahasa Melayu di rumah. Sekalipun dia dan suami bercakap bahasa Inggeris di rumah, anak mereka belajar bahasa Melayu apabila Fei bercakap dengan pembantu rumah warga Indonesia. PROFIL |
Kenapa takut EGM jika tak bersalah? Posted: 09 Nov 2010 07:07 AM PST KEMELUT yang melanda Persatuan Pekerja Professional Malaysia (PROFIMA) tidak menunjukkan sebarang tanda perdamaian selagi Presidennya, Khir Mohd Noor 'berdegil' dan tidak melaksanakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) sebagaimana dituntut dan dipersetujui sebulat suara oleh ahlinya pada Mesyuarat Dwi Tahunan, pada 25 September lalu. Dakwaan Mohamad Kamil Arifin selaku Pemangku Setiausaha PROFIMA, yang mengeluarkan kenyataan EGM tidak akan diadakan berikutan nasihat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) pada 5 Oktober 2010, juga dilihat sebagai satu kenyataan yang mencurigakan. Ghazali Datuk Hamid, pemegang keahlian 9247 di bawah PROFIMA mewakili ahli menuntut dan menggesa presiden persatuan itu segera mengadakan EGM secepat mungkin untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Ketika Mesyuarat Dwi Tahunan pada 25 September lalu yang dipengerusikan Ismail Ahmad atas pemilihan presiden PROFIMA dan dipersetujui ahli, ada beberapa perkara disuarakan berhubung penyelewengan wang dan kekosongan jawatan terpenting dalam persatuan iaitu Timbalan Presiden, Setiausaha dan Penolong Setiausaha.
"Disebabkan keadaan sedikit tegang ketika itu, saya mencadangkan agar EGM diadakan dalam tempoh sebulan dari tarikh berkenaan dan cadangan itu disokong sebulat suara oleh ahli yang hadir dan tiada bantahan daripada ahli jawatan kuasa sebagaimana termaktub dalam minit mesyuarat," katanya.
"Pada 4 November, sekitar jam 2.51 petang saya menghubungi Pegawai Penguat Kuasa ROS, Mohd Roslan untuk mendapatkan kepastian apakah benar EGM itu tidak boleh diadakan atas saranan ROS dan beliau menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |