Adsense

Isnin, 10 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


“Anugerah Skrin 2012″ Platform Para Karyawan Dan Artis Menjulang Nama

Posted: 10 Sep 2012 10:16 PM PDT

Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2012, pihak TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon untuk Anugerah Skrin 2012. Kesemua telefilem ini bakal disiarkan setiap hari Ahad, pada jam 9.00 malam mulai 16 September hingga 4 November 2012.

Antara telefilem yang bakal ditayangkan untuk anugerah ini adalah Pelarian, Ku Petik Dosa, Di Telapak Kaki Bonda, Bedah Tong Gas, Aku Mahu Terbang, Ajaibnya Cinta, Hilangnya Doa Seorang Ibu dan Maharku Untukmu.

Selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV Al-Hijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin memaklumkan bahawa Anugerah Skrin kini telah memasuki tempoh usia yang matang, di mana ia dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka.

Pada dasarnya, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi ia lebih fokus kepada drama dan terbitan bermutu yang disiarkan menerusi stesen-stesen yang dipertandingkan. Pihak TV3 turut berharap agar penganjuran ASK 2012 ini akan mendapat kerjasama dan sokongan positif daripada stesen-stesen televisyen yang lain.

Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej yang positif kepada penonton.

“Rush Hour Comedy” Rancangan Lawak Terbaru

Posted: 10 Sep 2012 10:12 PM PDT

Bermula 12 September 2012 ini, pihak KL Live dengan bangganya mempersembahkan sebuah rancangan komedi terbaru berjudul "Rush Hour Comedy."

Menerusi pengenalan rancangan komedi terbaru ini, pasti warga kota akan terhibur dengan lawak yang dipersembahkan oleh pelawak-pelawak tempatan dan ia bakal menjanjikan malam Rabu yang sungguh indah buat anda semua.

Rancangan komedi ini, telah menampilakan barisan pelakon komedi tempatan seperti Alfred Loh, Papi Zak, Kavin Jay, Harith Iskander dan Jit Murad, Rizal van Geyzel serta Phoon Ho Chi, yang merupakan ahli Persatuan Pelawak Cina Malaysia yang sangat popular.

Kesemua pelawak ini bakal menghiburkan penonton mereka dengan lawak yang tidak kering gusi dan bersahaja. Rancangan komedi ini difahamkan akan berlangsung setiap hari Rabu, pada minggu ketiga setiap bulan.

Tayangan "Comedy Rush Hour" ini telah menetapkan sasaran penontonnya sendiri, iaitu mereka yang terdiri daripada golongan berstatus eksekutif. Ini kerana, golongan seperti ini sememangnya memerlukan hiburan berunsurkan komedi dan mampu mengurangkan tekanan kerja seharian mereka.